Keraguan,maha tidak muhasabah,
Sengaja AP diamkan dari berbicara tentang SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN IPOH,yang menjadi perkara hangat yang dibicarakan dikalangan orang melayu di sekitar Ipoh,
DIAM bukan kerana tidak mahu menyentuh isu berkenaan,BUKAN KERANA GENTAR DEK TINDAKAN SAMAN 200JUTA KEPADA YB HAMIDAH OLEH PEMIMPIN PR KAWASAN GOPENG ATAS ISU TERSEBUT.tetapi sebenarnya diam kerana mencari kebenaran APA SEBENARNYA YANG DIPERJUANGKAN OLEH KEPIMPINAN PARTI ISLAM GOPENG ATAS ISU TERSEBUT.
"kami bukan menentang SEKOLAH AGAMA RAKYAT,kami sebenarnya menyokong,biar nak buat 20 tingkat pun,yang kami soal sebab keselamatan,satu signbord pun tak ada,tau tau ada bangunan jer"......(AP memetik bualan hujah dikedai NASI AYAM TAUGEH BONG MOHSEN)
INI ALASAN "Abang A"(salah seorang kepimpinan tertinggi PAS Gopeng)..
Bicara atas bukan itu sahaja,KESELURUHAN BICARA ITU SEBENARNYA AMAT PANJANG,
KATA KATA ABANG A MENGENAI SEKOLAH AGAMA RAKYAT ITU DIPATAHKAN OLEH SEORANG ANAK MUDA YANG KEBETULAN AP LIHAT CUKUP SEDERHANA.
PALING TERTARIK BILA ANAK MUDA ITU MENGAJUKAN SOALAN KEPADA ABANG A(kepimpinan PAS Gopeng)
"andainya saya berdiri ditepi jalan itu sambil memegang sepanduk "SAYA ANTI ISLAM",kemudian gambar saya memegang sepanduk itu keluar di suratkhabar,apa tanggapan abang kepada saya?"..
Soalan itu sebenarnya rentetan dari kenyatan abang A apabila beliau berhujah mengatakan YB Hamidah menguasai media dan kerana itu rakyat tidak tahu hal sebenar,KEBENARAN YANG PEDIH BUAT ABANG A itu, apabila anak muda itu memberitahu bahawa gambar menentang pembinaan SEKOLAH AGAMA RAKYAT OLEH AHLI PARLIMEN GOPENG ITU BELIAU LIHAT KELUAR DIAKHBAR AKHBAR CINA,
Bukan seperti kenyataan abang A itu,keluar di media kawalan YB Sg Rapat,YB memutarbelitkan kenyatan,menghalau dan banyak lagi.Abang A mula kendur dalam berbicara.....
Kata anak muda itu lagi,"tentulah perkara pertama bila melihat gambar saya diakhbar dengan memegang sepanduk seperti itu,boleh menyebabkan darah saya "halal"...tidak perlu menambah apa apa elemen untuk mempertahankan tindakan bersepanduk saya."
Mematah hujah dan alasan alasan tambahan oleh abang A mengHALALkan tindakan ahli parlimen Pakatan dan calon PAS Radzi Zainol (bukan menentang katanya) "keselamatan",signbord,media UMNO,
Dan berbagai lagi alasan karutnya.
DAN UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA,bual bicara ini memang benar benar terjadi.takdirnya AP berada di kedai yang sama dan mendengar bualan hebat tersebut.
Tak perlu menceritakan kesudahan bual tersebut,cukuplah selepas Abang A itu beredar dengan kereta barunya itu (BUKAN MEMBAZIR SEPERTI MEMBELI PLAT KATANYA,walhal sudah memiliki banyak kereta)
AP mengucapkan tahniah pada anak muda itu,tahniah kerana berjaya "MENDIAMKAN" orang kuat PAS Gopeng itu.
Jangan mengadaikan agama demi kuasa.
Jangan demi kuasa menghalalkan apa jua tindakan merosakkan kesucian agama.
Jangan aniaya pendidikan islam buat kanak kanak Taman Desa Aman
Yang penting,
Mari menjadi lebih bijak bersama PCT DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.
Anak muda yang bijak tu jangan di beri bejumpa ngan anwar....hehehe...
ReplyDelete