Showing posts with label Perakcybertroopers. Show all posts
Showing posts with label Perakcybertroopers. Show all posts

Monday, July 23, 2012

KORANG ADE?!??

"ada sekelumit rasa gementar"..
Dalam hati ini,

"A'uzubillah himinashyaitonnirrojim"...
Laju keluar dari mulut AP,

SEBELUM SEMUA DIATAS.....

"ngko beli kedai Kak An!kedai Kak An ada juai!"
Jhuer memberi arahan. (Zuher Amir nama sebenar)

"Nan,Sauk,Majid,Man Ken..korang tunggu kat lombong kambus,Aku pergi ambik barang"
Sambung Jhuer dengan lagak selayak ketua dikalangan kami.kecil,geliga dan berani.

Lombong bekas bijih timah memang berceratuk dikawasan kampung AP,namun bekas lombong yang sedang dikambus itulah yang paling strategik buat kami anak kampung,Besi tiang telefon yang tumbang tempohhari telah "Selamat" dioperasikan oleh sikecil geliga dikalangan kami,teman operasinya..Alun,budak paling bijak matematik dalam kelas AP.

"besi ini yang terbaik,tahan hujan,tahan panas dan paling penting percuma dari Telekom Malaysia"..Hujah Alun.

Nak sanggah hujah Alun?..baik lupakan.dari tadika sampailah ke darjah enam,belum lagi kiraan strategiknya salah,
Nak ambilalih tugas Jhuer?..simpang malaikat,kata orang tua...dari kecil dah di anugerahkan dengan kepakaran kerja kampung dan besi,senapang kayu AP pun hasil kerja tangan Jhuer..
Syukur kepada Allah,diturunkan orang yang betul dan tahu tanggungjawab.

Teringat pula gelagat Abby Abadi dan Hairi Othman..senang benar menyanggah hujah mereka berdua.Almaklumlah,senang benar menerima anugerah Penceramah Agama Parti.Semudah memegang microfon dan kemudian menyalah sana sini.

"Ngko jangan cemas... Percayalah aku,aku bukan pakai buluh,ini besi.muncungnya dah aku balut dengan tali.Alun dah sukat panjang besi ni,lubangnya ngam.Karbait dah dekat habis bunyi.Ngko cucuh je"
DEMIKIAN syarahan Jhuer kepada AP.JELAS,PENUH DENGAN FAKTA.

DAN
Kembali kepada rangkap pertama........


GEDEEGUUMMMM!!!!!!!


Hehehhe....Entri lain AP kisahkan berkenaan bunga api...

Kisah diatas adalah kenangan AP,semasa kecil dulu.Korang ade?

Sunday, July 22, 2012

LANTAKLAH NIZAR NAK BUAT APA.

"Tabuh berbunyi...gemparkan malam hari...berkumandang suara Azan"...
Sedikit bait lagu yang disampaikan oleh kumpulan nasyid Raihan,

Mengapa,oh sebab AP menulis kala menunggu juadah sahur,tenang.aman.
Dalam pada itu terkenang juga zaman kanak kanak yang seolah kelmarin baru mula pusingan waktunya.

Terkenang kenang bagaimana dalam sejuk subuh bangun untuk menghadap sahur...
Berebut ikan kering nan seekor,sebelah kepalakah atau ekor yang menghiasi pinggan.

Memang banyak kenangan...



Bulan yang dinanti ini,tidaklah mahu AP penuhkan Entri dengan suasana POLITIK NEGARA DAN NEGERI,
BIARLAH NIZAR JAMALUDDIN BEKAS MENTERI BESAR PERAK ITU DENGAN "PUBLISITI"nya.
BIARLAH JUA RADZI YDP PAS GOPENG DENGAN "ROBOH ATAU TIDAK" SEKOLAH AGAMA FAKYAT Taman Desa Aman.
BIARLAH JUA SEGALA MACAM HIMPUNAN WARNA,OREN KE,HIJAU KE,KUNING KE,

YANG PASTI RAMADHAN INI AP MENGHARAPKAN AGAR UMAT ISLAM DI MALAYSIA MAUPUN DIMANA MANA DAPAT MENJALANINYA DENGAN PENUH KEREDHAAN MAHA PENCIPTA.

Sunday, May 20, 2012

SILA TUDUH INI GAMBAR EDIT!!

Gamam sudah jari para pendukung Pakatan melihat kehadiran Generasi Y dalam konvensyen Media Sosial yang berlangsung di Syuen Hotel Ballroom peringkat Negeri Perak.Maka gamam itu harus dikibas lekas.
Mengapa?
Setelah saban hari,saban minggu,saban tahun mereka menghidangkan KEZALIMAN, RASUAH,ANIAYA,MENGAMBIL HAK ORANG MUDA di medium Maya.Sangka mereka umpan itu dijamah generasi Y, semudah melancarkan "TABUNG TIN MILO JIHAD" diceramah ceramah Pakatan.

TAHNIAH DARI AP BUAT SEMUA GENERASI MUDA YANG HADIR PADA KONVENSYEN MEDIA SOSIAL DAN PELANCARAN PERAKCYBERTROOPERS.

Buat Pakatan dan para pendukungnya di media Maya.AP LAMPIRKAN perakcybertroopers di pelancaran Konvensyen Media Sosial Negeri Perak untuk di "PUTAR"kan Oleh anda.





Tips juga AP lampirkan bersama

1 diberi upah
2 pembaziran
3 gambar edit
4 maksiat
5 tajaan UPCO
6 "PUTAR" yang anda rasa sesuai buat jiwa ANDA.


YANG BIJAK ITU LEBIH TAHU MENGGUNAKAN pasangan telinga,pasangan mata,pasangan akal dari satu mulutnya.
Mari jadi lebih bijak bersama perakcybertroopers.