Showing posts with label PERDANA MENTERI. Show all posts
Showing posts with label PERDANA MENTERI. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

LAGI AIB BUAT RAKYAT PERAK!!!

"Kalao bab metikkk..miker memang handei....mgengkalo miker tak paham,kejab lagi baca teruih bawah".,

Hah..ayat atas ini sudah tentunya kepunyaan orang Perak sejati,disebabkan ayat ayat sebegini,SeMalaysia ketahuan adanya.

Itu kalau ayat,..ayat dan kata kata melambangkan jati diri,semua rasanya sedia maklum dah penuh cerdik untuk memahami bahasa mudah AP,

Dibawah ini AP lampirkan Foto buat tatapan semua;


Ini wajah bendera bagi kepunyaan ayat ayat yang dituturkan rakyat diatas...(tak cerita pun,semua pembaca dah tahu).

Bagi mereka yang tahu dan arif benar penulisan AP,maka fahamlah bukan bahasa Ibunda Negeri Perak yang menjadi topik hari ini,bukanlah jua AP mahukan bahasa pertuturan Ibunda AP dijadikan bahasa pengantar disekolah,sepertimana kehendak keras sebuah pertubuhan UltraKiasu pada tiap kali dekatnya Pilihanraya.(buang guru yang tak boleh berbahasa cina lah,peruntukan sama dengan sek kebangsaan lah,berbagai lah).cisst! Rasis.

Kita tinggalkan Pertubuhan UltraKiasu Maha Rasist itu dengan kehendaknya,saksikan dulu Foto yang AP lampirkan ini.


NAMPAK?...Owh bukan Timbalan Presiden Parti Addin (sudatukar) kebajikan itu yang mahu AP perkatakan,

AP cuma mahu pembaca fikirkan,setidaknya merenung seketika,

Andai Presiden Parti Addin itu dalam road tour ceramahnya berkata "PAS GANTI UMNO" tentunya yang didalam gambar itu diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri,sebab statusnya sebagai Timbalan Presiden "PAS ganti UMNO"...

Cerdikkah seorang timbalan perdana menteri andai kesalahan meletakkan bendera itupun tidak disedari,
Mungkin banyak bangkangan,Tapi Tahap cerdik apakah yang dapat DITUNJUKKAN kepimpinan PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK YANG ADA PADA PROGRAM ITU.

JAWAPANNYA..... CERDIK TAK BOLEH DIIKUT,BODOH TAK DAPAT DIAJAR.

Begitulah tahap "CERDIKNYA" kepimpinan Mereka,
Dalam soal meletakkan Perkara yang RASMI pun tunggang langgang hasilnya,
Bagaimana pula meletakkan nasib jutaan rakyat Negara ini pada HAK dan TEMPATNYA.
Taksub sangatkah dengan KUASA sampai begini nasibnya diperlakukan bendera Negeri,

GILA?AIB?KOMPLOT?

"Gila" apa lagi yang mahu berterusan kepimpinan PAS mahu lakukan kepada Rakyat PERAK kali ini?
"Aib" mana lagi mahu dipalitkan kepada rakyat PERAK kali ini?
"KOMPLOT" UMNO manakah lagi mahu ditudingkan atas kebebalan mereka itu?

Cukup sudah dimalukan dengan perbuatan Nizar si pembohong bersiri itu.Cukup cukup sudah.



Mari menjadi lebih bijak bersama PCT.

Monday, March 12, 2012

RAMALAN UPCO ATAU ??????

RAMALAN UPCO ATAU ULAMA



Gula gula apa lagi?!?..BRIM!!   1AZAM!!..KR1M!!..1SARA!!RUMAH PERTAMA!!KENAIKAN GAJI!!wahh takkan habis lagi nampaknya siNajib Razak..memang betul betul terpukul kali ini,bukan sikit sikit gerakan yang harus dibuat bagi menangani gelombang anak Razak ini.Apa ilmunya sehingga menjadi bualbicara dari si penjual sayur kampung di Hulu Perak hingga ketengah lauatan dibicarakan tindakan anak Razak itu oleh sipenarik pukat laut lepas Itu.

Satu demi satu "Gelombang Ceramah" yang dulu menjadi lombong "jualan Tunai" menjadi kontang dari disinggahi manusia.. Arghhh!!!sudah tentunya bantuan APCO YAHUDI!!! 

Mungkin itulah yang bersarang dikebanyakan pemimpin pemimpin PR dan penyokong mereka.. Andai ramai dikalangan kita sinis,ragu ragu malah ada yang merasa mual dengan tindakan tindakan Najib Razak,
maka AP PERSEMBAHKAN HAKIKAT YANG MENGGEMPARKAN RAKYAT MALAYSIA.

Tun Razak


Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, seorang lelaki bijaksana, sabar, sensitif dengan kesusahan dan penderitaan rakyat dan memandang jauh ke hadapan untuk kepentingan negara dan rakyat.

Sebagai seorang wartawan, saya sering bercakap dengan beliau. Tiga perkataan beliau yang saya kira hikmah: sabar, amanah, gigih kerja, bertanggungjawab, cari orang pandai jadi rakan, jadikan Allah rakan, jadikan rakyat keluarga dan jadikan negara rumah kita.
Pada satu malam, 1970-an, di Taiping, Perak. Kata Tun Razak: "Semua anak saya jantan." .
"Saya tak tahu, anak saya, Najib, apa nak jadi." Kata ulama dan ahli tarikat, Haji Mat Saman Kati, "Insya Allah, anak lelaki Dato tu, akan jadi macam Dato." Sambut Tun Razak, "Saya harap begitu.
" Haji Mat Saman Kati mengangkat tangan dan berdoa, " ...Ya Rahman, ya Rahim, angkatkanlah anak hamba - Mu, Dato' Razak menjadi seperti bapanya, ...jadikanlah dia, amanah, jujur dan mengasihani orang - orang miskin."
(Dipetik dari blog penulisan Mokhtar Petah,)

DATO SRI NAJIB BIN TUN RAZAK ITU DIDOAKAN KEMULIANNYA DAN DIANGKAT UNTUK MENJEJAKI LANGKAH AYAHANDA OLEH SEORANG ULAMA.. DAN BENARLAH....BELIAU KINI SEDANG MENITI PERJALANAN SEORANG PERDANA MENTERI YANG DIKASIHI OLEH RAKYATNYA.YAKIN DAN PERCAYALAH DOA SEORANG ULAMA ITU,BAHAWA NEGARA MALAYSIA INI SEDANG DPIMPIN OLEH ORANG YANG BENAR