Monday, July 23, 2012

BUKU BERTEMU RUAS

"Nak itu nak ini"....jari telunjuk berserta muncung mulut seiring mengikut irama..
"Ini bungkus 2 ringgit,..itu bungkus tiga ringgit" arahan dari muncung mulut dan jari tersebut.Makcik penjual bazar AP lihat cekap menangkap gerakan jari dan muncung kakak tuan punya jari dan muncung itu.

MELIHAT teknik mengikat plastik bungkusan yang dipesan muncung dan jari itu,mengagumkan AP,
Terbayang jua diminda andai muncung kakak yang memberi arahan tadi jua diikat seperti mana bungkusan itu...

"panjang sedepa" muncungnya.

Begitulah apabila buku bertemu ruas,plastik bertemu makcik pembungkus,kuih bertemu tuan.
Segalanya nampak tersusun,
Segalanya nampak terletak kepada kehendak.
Selesai dua pertemuan yang ditengahnya ada jualan,barangan dan nafsu.
Keduanya,makcik penjual bazar,kakak muncung sedepa ada perasaan puas diwajah,(cuma wajah kakak muncung itu ada lagi gelojak nafsunya,melihat dari larian anak mata kakak muncung itu)

Dan itu SUASANA BAZAR....

APABILA melihat dan mendengar debat antara dua tokoh ini SEBENARNYA AMAT JAUH DARI SAMA DARI SITUASI DIATAS..JAUH...

Seperti Mulianya Ramadhan ini,tidaklah mahu AP ulaskan kepincangan pembicara debat diatas..
Cuma mampu AP serukan agar mendengar bagaimana ILMUAN SEBENARNYA bercakap soal ILMU.
tidak jua mahu AP lampirkan PEMBOHONGAN TERANG TERANGAN SEMASA DEBAT MENGENAI HUDUD seperti mana rakan blogger lain.SEBAB BERSEMPENA RAMADHAN INI,TIDAK MAHU MENGAIBKAN KETUA PEMUDA ADDIN ITU.

Namun apapun kenangan Bazar Ramadhan petang tadi,tetap menjadi kenangan hari hari Ramadhan buat AP,

Perakcybertroopers ada jugak sis muncung...hehehhe,kalo nak kenal jom join Kami.

3 comments: