Showing posts with label PEMIMPIN SEBENAR. Show all posts
Showing posts with label PEMIMPIN SEBENAR. Show all posts

Monday, August 6, 2012

KISAH RAMDHAN 15. (kena Tangkap macam tangkap khalwat)

Ini Badrul Amin bagi yang tak mengenali wajahnya.
Kami berlari bagai nak gila,Kali ini mana mungkin tertangkap.Sempat juga menoleh sahabat AP,habislah andai kata dia tertangkap.Dia cekap meyelinap.Dia boleh mengagak gerak.Baju sudah tukar,tak pakai sudah baju melayu abang.Kembangnya mengganggu aliran angin.Corak larian terbantut andai meminjam lagi baju abang.
Semalam, akibat besarnya baju melayu abang yang AP pinjam itu.Cepat sangat tertangkapnya.

kalau kirakan tangkapan sekarang...
Lagi cepat dari tangkapan khalwat Badrul Amin,tak kenal?yang kena tangkap 3PAGI tu.Yang berjawatan Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor.Pakar Tazkirah dan Motivasi buat Isteri Isteri orang.Pemimpin PKR Selangor.
Kenalkan?
Ala... Yang satu dunia menyaksikan "KEBAL"nya Badrul Amin itu .."saya dipukul oleh 20 orang lelaki yang tidak saya kenali"..
(esoknya steady je keluar tv sikit lebam pun xde..pffff)

pukul berapa AP kena tangkap masa zaman budak dulu? Awal..dekat dekat abah nak abis terawih.
Kes sama??..Jauh sekali,AP mana bijak bab motivasi Isteri orang ni...ayat awek pun ilmu tak khatam lagi sampai sekarang.
Jhuer,Sauk,Majid,Nizam Pakjid.Diorang dalam satu kumpulan.
AP,Giant,Man Ken,Chek,Alun yang ini lebih kurang tag team AP malam itu.

Ini la kumpulan gerila dan keselamatan  kampung badge budak budak baya AP ketika itu .juga dikenali dengan permainan POLIS SENTRI.
Gambar hiasan

Sekarang mana ade,korang main PS je kan...
Sambung kisah ramadhan AP dulu dulu..
Pasal baju pinjam,semalam AP orang pertama dalam kumpulan kitaorang yang tertangkap..Ingat ye,tertangkap main POLIS SENTRI bukan dalam bilik hotel,bukan jam 3 pagi.

Hari itu,selepas memakai t shirt sendiri pun,berbanding hari sebelumnya ala ala  jubah Badrul Amin (baju abang)yang menyebabkan tertangkap,Masih juga
AP orang pertama kena tangkap main polis sentri time abah terawih..

Moral cerita ;
Baju seolah ustaz ke ulama ke kalau dah larian cam siput,tetap kena jugak..
Ingat tu Badrul Amin... Pakaian tak mencerminkan diri..




Monday, April 9, 2012

PAKCIK DEPAN SOGO VS PAKCIK KENA SOGOK

"Pakcik duduk depan sekali".."tak boleh dah,pakcik juga perlukan peminat".. Muncung pakcik itu mengumat ngamit meneruskan bebelan yang mungkin hanya difahami para pendeklamasi dan para puitis bait bait syair,sukar sedikit bagi mereka yang suka berpantun...walaupun dikategori dalam warisan yang sama,

"Pakcik ni pengkarya novel,syair,puisi...malah lagu juga pakcik terkadang buat...cuma tak didendang dalam radio jer"...sedikit tinggi nada pakcik tua itu menekan suara.

"JADI MENGAPA SEORANG LAGI PAKCIK TUA YANG TAK PERNAH BERKARYA LAGENDA ITU YANG DISANJUNG?"...MENGAPA PAKCIK TUA YANG HAMPIR BERBAU TANAH SEPERTI PAKCIK INI YANG KERAP DITONTON ORANG???".... menyoal pakcik tua itu....Kepada siapa?...entah.
"SUMBANGAN BESAR MANAKAH YANG MAMPU MEMBUAT RIBUAN PENONTON MENGULANGKAJI WATAK VIDEONYA?"... Soalan lagi yang keluar dari mulut pakcik tua itu.


Ah,sempit sudah ruang mata AP menekan nekan cermin hasilan "NADIRBUMI" ini.Mahu tahun depan,anugerah sasterawan muda dicermin bingkai hiasan dinding,andai diteruskan penulisan berat sebegini..dan sudah tentunya tahun berikut...AP diangkat untuk mengetuai "DEMO JENGKIT KAKI SEBELAH" wahh..jauh dah tu.
Hahahhaha

SEBENARNYA,AP CUMA MAHU BERKONGSI KENANGAN PAKCIK TUA DEPAN SOGO DALAM BICARANYA MENGENAI HIMPUNAN BERSIH 2.0,







Ini linknya bagi mereka yang masih belum berkesempatan melihat

Selepas itu bandingkan pula seorang lagi "PAKCIK TUA" yang akan mengambil alih watak utama persembahan BERSIH,

Lupa.Lupa agaknya pakcik tua itu,watak utama sebelumnya itu siapa.Jasanya kepada agama,jasanya kepada bangsa.Arghh,persetankan semua itu pakcik...
Yang penting!sogokan berupa semangat pasti pakcik dapat.

AP MENUNGGU VIDEOCLIP DI YOUTUBE "PAKCIK TUA" penyair INI YANG MENJADI HITS SEPERTI pakcik tua depan sogo
kurang kurang 300 ribu visitors...yer tak.





ps : "pakcik tua penyair" itu tidak AP lampirkan wajahnya.(belum layak nak dibandingkan dengan pakcik tua depan sogo itu).

Monday, March 12, 2012

SEBAB MELAYU BERPECAH

MEMCARI ERTI MELAYU BERPECAH

Pengakhiran kepada maksud perpecahan bangsa ; kerana berbezanya tujuan...
Namun apabila ditanya awalan kepada perpecahan bangsa itu ; pasti bermula dengan ISLAM.

DAN DITENGAH TENGAH ANTARA KEDUANYA ; 

 pertembungan meletakkan siapa yang paling banyak berdosa;
Perasaan yang menjadikan diri sendiri lebih normal DAN lebih betul dari orang lain,




PEMIMPIN
Pertandingan tanpa sedar siapa yang lebih banyak melepaskan tanggungjawab sebagai pemimpin;
Menuding kesalahan kepada pemimpin lain.




RAKYAT
juga tanpa sedar,sedang berperasaan mendahului segala sistem yang ada.
Lebih islamik dari Islam,lebih demokrat dari demokrasi,lebih terbuka dari terbuka,lebih graduasi dari graduan dan paling hebat...lebih pemimpin dari pemimpin...




Dan tidak boleh tidak,kita akui bersama bagaimana politik telah jauh memisahkan hubungan penyatuan yang kita cari selama ini.





BEGITULAH RESMI SEJARAH PERJUANGAN BANGSA dalam perlumbaan  bagi merebut sesuatu yang dipanggil kuasa.

Yang harus kita fikirkan bersama,selama mana lagi harus kita bertahan akibat perpecahan ini,
Pemimpin yang bagaimana lagi yang kita nantikan Untuk membolehkan kita bersatu.
Laungan yang bagaimana yang ingin kita dengarkan agar hati kita bertaut memegang teras yang kita gelarkan bangsa