Monday, July 30, 2012

KISAH RAMDHAN 9 (Alasan Auta Nizar )

Orang ini
Dari jauh jalan gelap ini sudah nampak bayang orang itu kelam kelam kelihatan menunggu di pintu.Tiada bayang insan tersayang bersamanya. Aduh,bagaimana menghadapi orang itu tanpa pembela yang selalu ada waktu aku perlukannya.Sudah lenakah?sudah tidak mahu lagi membelakah aku ini, insan kerdil lagi lemah.
Dalam kepala, seolah setiap pertanyaan orang itu wajib bukan lagi harus terjawab dengan lancar tanpa putus dan tersangkut.
Itu fikirku kini dalam derap perlahan lahan melangkah longlai menuju tepat kearah tempat orang itu.

Orang itu
Sudah gelap benar malam ini mengesot waktu..sudah hampir dengan tengah malam..Rumah Allah yang ditepi jalan itu sudah lama penziarah penziarah yang mencari RedhaNya pulang.paling tidak yang paling akhir,Mokhsen...orang akhir yang memastikan kipas,lampu,,paip air,sejadah dikembalikan kepada asal.Serabut perut memikirkan kemana budak itu pada malam malam ramadhan ini.

"kamu kemana?!"...Meninggi suara Abah.
"masjidla"...jawap AP selamba.
"Masjid mana".. Soal abah lagi.
Dan tanpa terus menunggu jawapan AP,Abah meneruskan ketokohannya (yang sedikit banyak tumpah ke AP) dalam memberi prosa kata tanpa dapat dijawab.
"Berapa rakaat kamu buat solat hajat?solat taubat? Sampai tengah malam baru balik?kamu sembahyang Tarawih ke tidak?kamu main kat belakang kan?dan banyak lagi ayat dengan kesudahannya bertanda soal, yang boleh memanjangkan entri kali ini,kira AP.

AP tidaklah seperti mana Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dalam reaksinya apabila jelas melakukan kesilapan "tweet saya itu adalah UNTUK UMUM,bukan UNTUK SULTAN"atau selambanya Ketua Pemuda Addin Nasa Tantawi menutup AIBnya dengan "memutar"kan "DAP sudah menerima HUDUD pada Debatnya bersama Ustaz Fathul Bari tempohari.
"SILAP YANG SEDAP" kata sahabat..... "sedap sedap dia je layan silap tanpa rasa bersalah".

"Ha ah,orang main kat belakang tadi,kawan bawak bunga api banyak..tak sedar dah lewat"....
"tapi orang sembahyang...kan Abah nampak tadikan..."( Rujuk entri sebelumnya)
Tengok macam mana AP jawab...tak samakan dengan Silambai dengan Ketua  Muda Addin tu jawabkan...hehehe mengaku dengan penuh keinsafan tu.
panjang adegan kena sound dengan Abah,tak payah cerita penuh.
Malam itu serius,nyaris tak tidor beralaskan langit...
Malam itu,serius sangatlah mak tak cover AP langsung..
Dan malam tu serius la tersangat layan "thunderclap" yang baru kali pertama AP jumpa.
berkat ramadhan la tu.

Perakcybertroopers ramai jiwa kanak kanak...semua layan main bunga api time pose ni,nak join?

3 comments: