Tuesday, July 24, 2012

KISAH RAMDHAN 4

"pergi sana...duduk sana dulu" Ucap Insan yang paling AP sayang,kasih dan itulah seorang insan yang mencukupkan hidup AP,

Sudah habiskah sayang insan itu kepada AP....
Salah besar manakah yang telah AP lakukan sehingga ditunjukkan kepenjuru sudut itu,tidak bersama sama yang lain.

Sudah lupakah semua yang AP buat bersama insan itu,mencangkul halaman,mengangkat pasu,mengecat tangga,malah tidak pernam sekali pun menolak untuk kekedai Pak Wan yang jaraknya hampir 10 minit perjalanan pergi itu,hanya semata mata mahu membeli cili boh bungkus.

Apa dosa AP sehingga tidak dibenarkan untuk duduk bersama sama abang dan kakak menghadap juadah..


Sebenarnya,Telah terdetik pada perkiraan AP ketika ini yang pembaca telah mula menangkap apa yang mahu AP sampaikan pada entri ini..

Bukanlah AP mengenangkan betapa banyak sekali Barisan Nasional dan UMNO melakar sejarah bersama rakyat,kempen kereta nasioanlnya,bangunan berkembar kebanggaannya,jambatannya,Thomas Cupnya,Pingat pertama Olimpiknya,Dan jarak hubungan antara RAKYAT dan BARISAN NASIONAL MENJANGKAU LEBIH 50 TAHUN.
Dan bukan juga AP mengenangkan "HUKUMAN" yang diberikan kepada BARISAN NASIONAL itu sama dengan HUKUMAN yang AP terima,
CUMA ANTARA KESAMAAN AP DAN BARISAN NASIONAL ITU IALAH.... "KAMI MENERIMA HUKUMAN SAYANG"....
Diberikan kesedaran untuk berubah,dan Begitulah nikmatnya kini,BARISAN NASIONAL TELAH BERUBAH.BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK,BEGITU JUA AP...



Ya,itu antara kenangan Ramadhan AP ketika kecil,diasuh bagaimana memulakan puasa,diasuh untuk menghormati ahli keluarga yang berpuasa dengan tidak menyentuh juadah berbuka bersama.

Korang macam mana?ada pengalaman pertama puasa..

1 comment: