Monday, July 23, 2012

KORANG ADE?!??

"ada sekelumit rasa gementar"..
Dalam hati ini,

"A'uzubillah himinashyaitonnirrojim"...
Laju keluar dari mulut AP,

SEBELUM SEMUA DIATAS.....

"ngko beli kedai Kak An!kedai Kak An ada juai!"
Jhuer memberi arahan. (Zuher Amir nama sebenar)

"Nan,Sauk,Majid,Man Ken..korang tunggu kat lombong kambus,Aku pergi ambik barang"
Sambung Jhuer dengan lagak selayak ketua dikalangan kami.kecil,geliga dan berani.

Lombong bekas bijih timah memang berceratuk dikawasan kampung AP,namun bekas lombong yang sedang dikambus itulah yang paling strategik buat kami anak kampung,Besi tiang telefon yang tumbang tempohhari telah "Selamat" dioperasikan oleh sikecil geliga dikalangan kami,teman operasinya..Alun,budak paling bijak matematik dalam kelas AP.

"besi ini yang terbaik,tahan hujan,tahan panas dan paling penting percuma dari Telekom Malaysia"..Hujah Alun.

Nak sanggah hujah Alun?..baik lupakan.dari tadika sampailah ke darjah enam,belum lagi kiraan strategiknya salah,
Nak ambilalih tugas Jhuer?..simpang malaikat,kata orang tua...dari kecil dah di anugerahkan dengan kepakaran kerja kampung dan besi,senapang kayu AP pun hasil kerja tangan Jhuer..
Syukur kepada Allah,diturunkan orang yang betul dan tahu tanggungjawab.

Teringat pula gelagat Abby Abadi dan Hairi Othman..senang benar menyanggah hujah mereka berdua.Almaklumlah,senang benar menerima anugerah Penceramah Agama Parti.Semudah memegang microfon dan kemudian menyalah sana sini.

"Ngko jangan cemas... Percayalah aku,aku bukan pakai buluh,ini besi.muncungnya dah aku balut dengan tali.Alun dah sukat panjang besi ni,lubangnya ngam.Karbait dah dekat habis bunyi.Ngko cucuh je"
DEMIKIAN syarahan Jhuer kepada AP.JELAS,PENUH DENGAN FAKTA.

DAN
Kembali kepada rangkap pertama........


GEDEEGUUMMMM!!!!!!!


Hehehhe....Entri lain AP kisahkan berkenaan bunga api...

Kisah diatas adalah kenangan AP,semasa kecil dulu.Korang ade?

2 comments: