Tuesday, April 16, 2013

SURUHANJAYA PILIHANRAYA YANG DIKECAM


Maka selesailah sudah babak penting dalam setiap kali mahu berlakunya pengundian di pilihanraya.Rakyat sudah pun diberitahu secara rasmi oleh badan yang menjalankan sistem pilihanraya iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.Diseluruh pelusuk negara,Sabah dan Serawak,Kedah hingga ke Johor.calon calon telah pun diperkenalkan,diumumkan serta disahkan akan bertanding untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negara.
Dimana mana pusat penamaan calon semalam acara penting itu dilihat meriah,tersusun serta tiada gangguan yang terbit yang boleh menggangu perjalanan acara itu.

Dan yang terlibat semalam adalah...
Ermm rehatkan minda sebentar,kita ke laluan bacaan lain dibawah.

Dalam pemegang sistem yang dikatakan pincang,Berat sebelah,dikawal Barisan Nasional,dipenuhi senarai pengundi hantu,Alat oleh BN menzalimi rakyat dan berbagai tuduhan oleh mereka mereka pemimpin Pakatan Rakyat.
Disambut pula dengan media media luar negara dengan liputan demi liputan di perhimpunan perhimpunan anjuran bersama mereka
Bahkan ada Rally yang menghimpunkan rakyat sepanjang tahun lalu yang tak sudah mengecam SPR dan BARISAN NASIONAL bukan hanya dilakukan sekali bukan dua kali malah tiga kali..di ulang TIGA KALI.
Tidakkah kesemua mereka itu baik PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT mahupun penyokong penyokong Himpunan Itu bersetuju bahawa SPR atau Suruhanjaya Pilihanraya wajar dikecam pada acara semalam?

...HIDUP!!HIDUP!!HIDUP RAKYAT!!..BERSIH!!BERSIH!!BERSIH SPR!!

Terkejutkan dengan tiadanya tempik dan teriak semalam...kan...


pada 20 April semalam, ribuan yang yang turun di himpunan BERSIH 1.2,dan 3 tahun lalu turun juga di tempat penamaan calon yang disediakan SPR TETAPI Tiada seorang pun peneriak dan penempik Himpunan Bersih 1,2,3 yang mengecam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai proses bermulanya Pilihanraya yang mereka kecam dan bantah tahun lalu.
SORAK MEREKA HANYA KEPADA PEMIMPIN MEREKA yang diumum oleh SPR pada akhir penamaan calon ya.betul..pemimpin mereka itu sedang diumumkan oleh SPR yang hina,yang alat,yang pincang.

Pelik...pelik...SPR..tak bersih?,alat?pengundi hantu?

pada 20 April semalam,kepala kepala yang mengetuai Himpunan mengecam SPR dan Barisan Nasional yang menzalimi parti mereka itu...masing masing tersenyum lebar di meja meja pendaftaran calon yang disediakan oleh SPR,ya badan yang mereka kecam,kritik dan berbagai lagi itu.

Pelik...pelik..SPR tak bersih?alat?nafi hak rakyat?

MENAMBAHKAN RASA KELIRU ANDA

Apabila ditanya kepada pemimpin mereka..ya sekali lagi,pemimpin Pakatan Rakyat,Apakah peluang Pakatan Rakyat pada Pilihanraya ke 13 yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia....

"Kami yakin dapat menang banyak kerusi pada pilihanraya kali ini"...
(Tiada lah kena mengena bicara atas ini dengan mana mana babak jenaka maharaja lawak atau lawak minggu ini yang ke udara dan bersiaran di Astro.Tidak juga kenanya dengan mana mana ceritera cerekarama bersiri disiar di siaran percuma samaada di tv1,atau tv3,)


AP cuma nak ingatkan..kalaulah SPR itu menzalimi dan menjadi alat kepada BN..tak merasalah lima Negeri diperintah PAKATAN RAKYAT sepanjang 5 tahun lepas..

Rakyat yang naif jualah bekalan mereka buat bertempik..sucinya hati rakyat..




No comments:

Post a Comment