Melihat kebanjiran majalah/diari maya yang selesa di panggil blog,yang saban hari bertambah keahliannya,yang majoritinya menulis mengenai suasana politik di negara ini.Hebat dan sesuatu yang tak dijangka.
FENOMENA besar ini bukanlah sesuatu yang dirancang dan direncana teliti, BERSTRATEGIK serta berAGENDA seperti gerakan menjatuhkan Dato Seri Shahrizat selaku General Besar Pergerakan Wanita UMNO Malaysia oleh Kumpulan Strategik PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang diketuai oleh Rafizi Ramli yang juga KETUA EKSEKUTIF Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebelum melepaskan jawatan,yang diketuai oleh Ketua Umum PKR yang semua sedia maklum siapa empunya diri.
Sehingga ketika ini,nama Dato Seri Shahrizat sering menjadi buah "perang" yang dimainkan oleh penyokong penyokong Pakatan Rakyat,Walhal telah dibuktikan dengan jelas tiada penglibatan beliau dalam isu Pinjaman jutaan ringgit itu.
Hebat strategi dan ketelitian dalam bermedia oleh Pembangkang diMalaysia.
Inikah sekatan media yang diperkatakan oleh Pembangkang diMalaysia?
Inikah ketidakadilan kebebasan media seperti mana dilaungkan Pembangkang diMalaysia?
Tidakkah semua itu hasil dari BEBASNYA MEREKA BERMEDIA.
BELUM LAGI membicarakan cubaan mereka menjatuhkan Zulkifli Nordin iaitu BEKAS PEGUAM DSAI melalui klip video ketika beliau menjadi pemimpin PAS.
Tinggalkan segala pertanyaan diatas,redakan ragu mengenai KUMPULAN STRATEGIK PKR yang bersarang diminda kerana bukan itu fokus AP untuk tatapan Entry kali ini.
FENOMENA,
Ya,kita bercakap mengenai FENOMENA,atau bahasa mudahnya PERISTIWA.
Hari ini rata rata kita dapat melihat FENOMENA kebangkitan rakyat menyokong KEPIMPINAN DATO SERI NAJIB TUN RAZAK,
PERISTIWA sokongan ini bukanlah dibuat buat oleh rakyat.
Bukan juga kerana diongkosi keterlibatan mereka.
Kesemua itu terjadi kerana TRANFORMASI KERAJAAN BARISAN NASIONAL berjaya memenuhi aspirasi KEHENDAK RAKYAT.
AP terhenti menulis seketika bila mana meja minum AP ketika ini didatangi calon PAS Sg Rapat bersama jenteranya,duduk dan makan tengahari bersama.
Ada diantara mereka itu orang kampung AP,kami berbual dan sempat jua AP LONTARkan satu soalan ini ketika mereka mahu beredar
"KETETAPAN MAJLIS MANA HARUS DITAATI...MAJLIS SYURA PAS atau MAJLIS KONVENSYEN PR"
Terdiam lalu terus beredar...
Walau AP tahu takkan berganjak hijaunya abang N itu.
Beredarnya mereka,maka beredar juga semangat mahu menulis ini.
AP di PCT cukup jelas mengenai ketetapan..
No comments:
Post a Comment