Friday, August 24, 2018

KUASA PM Vs KEDAULATAN RAJA MELAYU


JERIH ANAK MUDA MENERANG SOAL SIAPA BERKUASA SULTAN ATAU PM? Dari FB seorang anak muda...

Mungkin ramai rakyat hanya mampu menggeleng kepala dan berdengus soal negara semakin pudar dan kusam, cuma berharap 5 tahun mendatang Malaysia bakal kembali berubah merangkak semula utk membina negara yg dipenuhi kudis hasil kerosakan negara yg sdg dilakukan dgn rakus ketika ini, soal terhasut janji semuanya terpaksa ditanggung di jemala rakyat.

Sesal berdarah jiwa terpaksa dipapah dikandung kalau boleh berakhir 5 tahun lagi. Tak segan silu kita katakan memang sudah tertipu dgn janji, akibat kita disemai benih peraturan dan ketaatan oleh kerajaan terdahulu hanya mampu akur dan akurlah menanggung biawak hidup utk sepenggal kalau mahu rakyat berubah, kalau tidak, bermakna kenalah belajar dalam dunia baru yg diungguli sang pemfitnah yg kononnya berkata benar dari azali. Semuanya bagai pengakhiran episod hayat yg tiada lagi kesinambungan seterusnya. Kata mudah 'nak buat macamana? Hadap jer la Malaysia baru yg memualkan, kita yg pilih, tanggung jer lah'

Bagi Menteri Agung (PM) pula melalak bukan soal rakyat yg tertinggal dgn janjinya, ayat paling MENANG DI CANANG merata ialah KUASA RAKYAT yg lebih berkuasadari segalanya dan Agung dan Sultan juga patut tunduk dan hormat dari kehendak RAKYAT yg diamanahkan kepada mereka hasil PRU yg sudah. Apa sahaja kata atau titah mereka adalah keramat dan jangan sesekali pertikaikan.
Semunya berlapis tebal soal kononnya Rakyat yg beri amanah!

Soalnya Rakyat semacam menikus kerana tersalah pangkah, tak kan kena simpan sesal dan bebal hingga keakhir hayat anak cucu, apa lagi terpaksa menahan sembur seranah anak cucu nanti hingga nafas terhenti. Bukan boleh disorokan celah gelegar sebab Menteri terang-terang dalam episod membodohkan ayat utk rakyat serta mula menjahanamkan negara. Anak cucu sdg memerhati dan merakam setiap pandangan dan kedengaran dicuping telinga kerasukan mereka bagai NAM JAHANAM lakunya. Adakah ini salah kita yg akan dibebal dan dibebelkan oleh anak dan generasi kita yg mendatang kepada Arwah kita nanti. Tapi itulah kuasa yg maha Agung memerintah kata mereka sebagai kera Jagaan sekarang, seolah tiada lagi yg boleh ubah atau nafikan lagi.

Sebaliknya yg rakyat simpan mendalam dibucu hati Kera jaan sekarang terbukti walau 100 hari janji sebenarnya adlah TIPU. Akibat kita percaya maka undi diberi utk mereka menjadikan negara bertambah-tambah baik, maju dan dibela dari kerajaan terdahulu. Mereka sebenarnya bukan mendapat mandat rakyat kerana kepercayaan dgn kemampuan kerajaan baru yg terkini mengharamkan soal menyebuy MERDEKA.

Sebaliknya kerajaan yg ada wujud kerana pembohongan dan penipuan dalam apa cara pun janji untuk menang dan berkuasa, itulah sebenarnya yg rakyat kesalkan kerana tidak menyangka boleh terjadi dan tertipu, sapa sahaja bangsa Malaysia yg terkenal dalam dunia sebagai bangsa yg paling murah hati dan lembut hati tidak akan mengesyaki bangsa sendiri apa lagi memang kita cukup menghormati dan mempercayai seorang tua merangka. Sudah tersurat dari dulu ' IKUT KATA ORANG TUA' sebaliknya kita lupa atau tak tahu menahu Firaun pun sampai ketua berhasad sampai mati.

Inilah soalnya sekarang, Sudah tertipu bagai Kadok Menjual kampung. Seolah toada jalan keluar lagi utk bangsa melayu dan negara ketika ini.tak ingat apa lagi saat ini hanya fikir soal kubur dan kesal.

Sebenarnya Melayu juga cerdik dan pintar, kalau tidak manakan seantero dunia tahu bangsa ini paling bijak dan negara yg paling kecil yg gagal yahudi menaklukinya. Sekalipun bangsa berpecah dipecahkan kecai-kecaian, sebenarnya dari dulu wujudnya negara yg aman damai ini kerana  Agung dan Sultan yg tidak boleh diubah sejarah dan keramatnya. Kuasa yg lebih besar negara adalah diatas kebijaksaan kesultanan Melayu dari dulu.

Janganlah anggap hidup tertipu hingga keakhir hayat, sebaliknya jgn lagi buat pekara bebal dan sesal, sebaliknya berilah sepenuh jiwa dan pemgorbanan kali ini sebagai rakyat yg tertipu, bangkitlah kita bersama Agung dan Sultan yg sebenarnya lebih adil dan saksama terhadap rakyat.

Kita ikuti bagaimana seorang anak muda mengupas bijak tentang kuasa sebenarnya Rakyat dan negara, Apakah kuasa Hebat yg didakwa penipuan sebagai Kera jaan atau Agung dan Sultan yg mendaulatkan hak rakyat.
JOM KITA PAKAT SHARE KEPADA SEMUA. Inilah masa kita tebus kesilapan yg lalu.
Dunia belum berakhir...

@ T○P♤N ♤L♤M
___________________________________

Dari FB : Khairi Asyraf
Walau apapun yang bakal terjadi nanti, sumpah taat setia Rakyat adalah tetap kepada Raja. Bukan kepada mana-mana ahli politik atau partinya. Negara ini ada Tuan Rajanya. Kita Rakyat bernaung dibawah Payung Raja. Kita ini Rakyat Raja. RAJA itu Ketua Negara.

Demokrasi mengangkat tinggi seorang Rakyat sehingga bergelar Perdana Menteri, tetapi beliau hanyalah sebagai Ketua KeRAJAan. RAJA itu kata akar, keRAJAan itu kata terbitannya. Tiada akar, tiadalah terbitan itu. Perdana Menteri hanya tukang urus kepada Negara empunya Tuannya. Hanya sebagai Badan Pelaksana (Eksekutif).

Diangkat untuk mewakili rakyat dalam Parlimen hanya sebagai Badan Perundangan (Legislatif). Namun perlu dipersembahkan dahulu pada empunya Negara, kerana Baginda yang Berdaulat.

Rakyat memilih wakil rakyat ke Parlimen Dewan Rakyat (Legislatif), kemudian wakil-wakil itu membentuk Kerajaan dengan Kabinet Jemaah Menteri mereka (Eksekutif). Maka barulah Raja memberi mandat kepada mereka. Tiada sah perlantikan mereka selagi mereka tidak mengangkat sumpah dihadapan Raja. Walau terpaksa menunggu hari esok.

Kerana Badan-Badan ini bernaung di bawah kekuasaan Raja. Raja lah yang memiliki kuasa, namun dibahagikan sebahagian kuasa kepada badan-badan ini sebagai tukang urus untuk semak dan imbang. Inilah prinsip Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen.

Raja adalah Ketua Agama, Ketua Adat Istiadat Melayu, Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Hakim. Ketua Dewan Rakyat, Ketua Dewan Negara, Baginda lebih tinggi dari mana-mana entiti parti politik.

Raja ialah Pemerintah Utama negara ini, bukannya Perdana Menteri. Dalam konsep pemerintahan Islam, Raja adalah Amirul Mukminin. Raja adalah Ulil Amri. Raja adalah Mulk. Kepada Bagindalah doa khutbah Jumaat diaminkan. Raja pada zaman dahulu adalah wakil Khalifah. Perdana Menteri hanyalah seorang Wazir. Perdana Menteri hanyalah Penasihat kepada sang Raja.

Walau secara zahir seolah-olah Raja dibayangi Perdana Menteri, tapi ketahuilah itu semua kerana Raja menghormati Persepakatan Raja-Rakyat dalam Perlembagaan. Kalau Rakyat mula melanggar persepakatan ini, Raja jua boleh membalasnya. Renung semula Perjanjian Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Duli Tuanku adalah Yang Di-PerTuan dalam negara ini.

Berkuasa Rakyat hari ini adalah kerana Raja dengan segala kebesarannya telah menitiskan sedikit kuasanya kepada Rakyat. Pengurniaan Cokmar Regalia DiRaja dalam Dewan Parlimen adalah simbolik titisan kuasa Tuanku.

Cokmar adalah sebuah alat kebesaran utama Parlimen kerana Cokmar adalah tongkat yang melambangkan keagungan dan kuasa Raja. Penggunaan Cokmar menambahkan lagi kehormatan Dewan Rakyat. Sebelum Dewan Rakyat dirasmikan persidangannya, tiada sah jika tidak diletakkan dahulu Cokmar ini. Ibarat Dewan tiada kuasa.

Walaupun Baginda tiada dalam Parlimen, namun Cokmar itu wakil saksinya sebagai tanda sebahagian kuasa telah diamanahkan kepada Rakyat bagi mengurus kerajaan Negara Tuanku. Baginda hanya “pinjamkan” tongkat kuasanya pada Dewan Rakyat, bila-bila masa sahaja tongkat kuasa itu boleh diambil semula kerana ianya adalah hak milik baginda.

Sesungguhnya, Raja adalah pemimpin tertinggi dalam Tanah Air kita, lebih tinggi daripada Perdana Menteri. Dewan Rakyat hanya dipinjamkan Cokmar. Regalia lain seperti Keris Panjang-Pendek, Pedang & Sundang, Tombak, Payung Emas, Cogan Alam, Cogan Agama, Pending, Persalinan Muskat, bahkan Tengkolok, Kursy-Arasy (Takhta & Istana/Singgahsana) sang Raja tidak mereka perolehi. Bahkan tiada iringan Nobat untuk Wakil Rakyat melainkan untuk Tuan Raja sahaja.

Ingatlah sebaik mungkin, walau apa jua yang bakal terjadi nanti, walau perang, walau rusuhan, walau darurat, walau genjatan, walau Kerajaan digantung, walau Ahli Politik semua dilucut kuasa mereka, sumpah taat kesetiaan Rakyat hanya pada RAJA dan NEGARA.

#YangManaFaham_Faham

Friday, August 17, 2018

VIDEO YAHUDI BANGGA BANTU PH JATUHKAN KERJAAN BN


Puak Yahudi US rupanya memang mahu menjatuhkan kerjaan sedia ada (BN) semenjak dulu lagi dgn membantu pembangkang (PH) mendakwa kerjaan tidak demokratik kerana bertahan terlalu lama selama 61 tahun dgn satu parti yg sama.

Daniel Twining yg juga semenjak dahulu yg sentiasa berkempen memburukan China dan Russia tidak segan silu menganggap kejayaan mereka membantu menjatuhkam Kerajaan Malaysia, beliau juga diantara yg ,enkadi nadi kepada NDI yayasan yahudi yg terkenal dgn perang saraf memerangi Islam global yg ada kaitan Freemansion.



Apa yg disorok ttg kebenaran adalah mereka tidak katakan orang yg mereka bantu Tun yg juga meraih bantuan mereka adalah juga yg menjadi PM selama 22 tahun lamanya dalam BN dan semua PM selepasnya punya jangka tadbir yg pendek akibat beliau campurtangan dan menjatuhkan termasuk Anwat Ibrahim yg akhirnya tidak menjadi PM selepasnya akibat merengkok dipenjara.

BN juga bukan satu parti tetapi punya kompenan dari pelbagai bangsa. Itu tidak disebut oleh mereka. Memang kalau kita lihat sejarah mmguak yahudi yg sebenarnya kuasa besar di Amerika memang mahu kaitkan bantuan kepada negara terutamanya berlandaskan Islam supaya JASA boleh dibalas dengan hubungan erat seterusnya, dalam ertikata campur urusan negara tersebut, tidak meminta yg besar sebaliknya cukup hanya kononnya negara yg demokrasi supaya tidak memghalang puak Libreal, LGBT termasuk Gay, Lesbian, transeksual dan seangkatannya sepertimana mereka bebas dan diangkat diAmerika.
Jangan lupa atas sebab itu setiap tahun bakal dinobatkan anugerah Preaiden US kepada Pondan Terpilih menerimannya di Negara mereka dan diberi layanan serta hak istimewa di sana .

Dalam video ini juga mereka memuji pemansuhan hubungan perjanjian yg membabitkan ekonomi dan pembangunan negara dgn kerajaan China yg dilakukan secara Drastik oleh Kera jaan Baru (PH). Rakyat juga agak tergamam bila kera jaan memutuskan hubungan dgn China secara tergesa-gesa tanpa kajian dan terus menuduh dan memberi alasan pembaziran wang rakyat selain MK menuduh disinilah Najib mencuri utk kroni.

Sebaliknya kelebihan perjanjian dgn pertukaran antara negara seperti import China terhadap Minyak sawit, Durian dan lain-lain secra lansung juga terhapus, China mengalih impot ke Indonesia utk sawit manakala Musang King kini menjunam kerana mereka beralih ke Thailand dengan Durian Muthong yg juga merupakan laba besat petani disana sementara dinegera kita Felda merundum tersungkur bila harga sawit hanya mencapai RM 200+ dari RM 600 satu tan. Usaha memujuk kembali China agak terlambat kerana semua barangan tersebut keperluan harian dan tidak perlu tunggu atau sekali sekala di import.

Seperti Biasa Amerika merasakan dgn pemutusan perdagangan negara dan projek mega ini satu kejayaan bagi mereka kerana. China juga musuh politik dan ekonomi mereka  yg punya kuasa besar didunia. China juga merupakan saingan kuat bagi mereka khususnya dari segi penjana ekonomi negara.

Kita berharap jangan kuman seberang laut nampak sebaliknya gajah didepan mata tidak diendahkan, apa sahaja tindakan yg dibuat nampaknya negara akan terus kehilangan dan semakin rugi. 1MDB yg dikaitkan entah kemana sudahnya, akhirnya yg dikatakan ada unsur rasuah cuba dikira semula utk buat yg baru utk contohnya projek ECRL nyata jauh lebih mahal dari sebelumnya.  55b ke 88b jadinya



Dalam soal lain pula rakyat terasa dianggap tidak cerdik dan hanya Wajib terima bila kita makin hilang eset dgn tindakan demi tindakan,  Rakyat wajib percaya negara sedang rugi akibat kerajaan dahulu dari mulut mereka, mereka nampaknya sedang memberi alasan semua terjadi akibat rasuah dan samunan kerjaan dahulu. Khazanah contohnya cuba dimalukan dgn penjualan pakaian dalamm kononnya hampir 7 juta terpaksa dihapus kira dan spt dirancang dan ada agenda lain padahal eset Kazanah dari 33b kini sudah mencapai RM130b terkumpul tidak pulak hendak disyukuri,
Yang kita takut yg sekecil itu dibesarkan sudahnya nanti yg terkumpul juga lesap akibat percaturan yg kita tidak ketahui,

Semua pengarah urusan ditekan dan dimansuhkan dan diganti atau dilantik diri mereka sendiri, soal janji awal dan laungan keramat DS Anwar Ibrahim sebaik bebas dari penjara masih diingat oleh semua ' Kita kasi tendang semua jenis ini (pemimpin yg ambil jawatan tak sepatutnya) keluar! Pemimpin kena Kerja untuk rakyat bukan melobi utk pegang jawatan besar" inilah yg katakan bukan lantik diri sendiri dan kroni kini mereka juga yg laksanakan segera bila berebut duduk di kawasan emas negara.
Khazanah hilang 3 billion akibat 7 pengarah urusan serta pimpinan tertinggi akur tekanan dan meletak jawatan.

Apa lagi yg kita akan kehilangan...... Tikus tentunya tidak akan dapat baiki labu kononnya utk buat rumahnya sendiri sebab bila mengigit terasa labu sedap dibaham. Alasan utk rakyat ' labu bukan boleh dibiar lama nanti kering dan tidak segar lagi, jafi kena dihabiskan supaya tidak rugi" utk alasan terbaik salahkan petani kenapa ditanam dan ditani buah labu?

@ Ot@k K@n@n

Monday, August 13, 2018

BUKAN ISLAM SAHAJA DICACI ALLAH JUGA DIHINA OLEH LAKNATULLAH!


APAKAH YG KAMU RASA SEBAGAI UMAT ISLAM RASA? (TONTON VIDEO)

Memang pasti ada Melayu yg akan jawab balik dan menghina Islam dan terus menyokong kera jaan PH yg mahu hapuskan Islam di Malaysia, kita pun tahu sgt iannya bukan mereka yg berbangsa melayu dan beragama islam, semua yg sifat begini terdiri dari puak kafir harbik dan bukan melayu tetapi guna nama melayu dan akan terus memporak perandakan sesama melayu atas perjuangan mereka DAP.

Tapi inilah golongan yg Islam sudah tolak dan ditegah kepada semua umat islam, mereka sekarang sudah lebih berani dan lantang mempertikai dan menuntut hak kononnya atas asasi hak manusia. Mereka juga mendapat tempat dan ruang dalam PH sendiri yg jelas menolak hukum dan larangan islam itu sendiri, dari yg kafir hingga kepada menteri Agama sendiri.

Diingatkan kepada semua umat akhir zaman, Allah akan turunkan Musibah atas segala kekufuran yg dilakukan jika kita tidak menentang ataupun tegah, apa lagi kalau kita siap menyokong dan mengangkat segala kekufuran mereka. 

Dewasa ini LGBT, GAY, Lesbian, Transgender dan semua jenis yg seangkatan ini kini mula menampilkan diri malah menuntut hak mereka tanpa hirau sebarang larangam dalam islam. Bukan sahaja tandas khas, berkawad dalam perbarisan Merdeka dan banyak lagi semata-mata mahu mereka diiktiraf sekalipun dalam islam adalah larangan dikehendaki bertaubat dan kembali kejalan yg benar.

Lebih menyedihkan lagi saat umat islam sdg mengerjakan rukun Islam yg kelima dan bakal menyambut Aidil Adha dimana peristiwa Korban kerana taat kepada Allah swt sebaliknya di Malaysia Islam sdg dihina bila menteri lebih sibuk perihal hak pondan dari Hari wukuf yg bakal menjelma. Malah menyekat dana IKSIM yg sekian lamanya mengembangkan dan memertabat syiar Islam di Negara dan maya dunia.

Bukan sekadar agama dihina dan dicaci berleluasa oleh puak PH, negara semakin huru hata dgn segala bapak penipuan merampas negara dgn pembohongan kepada rakyat. Setiap hari bakal Ada sahaja episod baru menipu dan memfitnah seolah apa yg negara ada kaya selamanya. Malaysia makin nazak, terbuka luas kepada golongan laknatulah menyusup secara terang dan lebih berani. Malah inilah masanya utk mereka menghancurkan Islam dgn saudara baru mereka yg sudah kufur terhadap islam. 

Sanggupkah kalian mengaku sebagai islam tetapi tidak bangkit menentang....?
Sanggupkah kalian seperti mereka! Allahuakhbar jom kita SHARE utk semua sebelum kita sudah terlambat, Nauzubillahiminzalik..... 

@ S@rb@n Tujuh H@st@
#berpesanUtkUmatIslam
#BangkitlahUmmah

Tuesday, August 7, 2018

DAP AKAN PASTIKAN MEREKA TERKUBUR


Nampaknya DAP terus menekan kerajaan PH kerana mereka adalah kuasa besar didalamnya, spt yg kita tahu disetiap ceramahnya menekankan soal agensi yg patut dihapuskan utk Malaysian Malaysia yg sebenarnya merupakan target utama utk melumpuhkan kekuatan orang Melayu dan mereka yg setia berkhidmat utk memangkin kemajuan Negara.

Tak perlu sorok lagi ttg kuasa sebenarnya milik siapa didalam PH. Sekali pun Tun dan PBBM yg belum pun disahkan hanya melukut tepi gantang, disorongkan bantal utk yg terhangguk mengantuk kita boleh lihat secara jelas Tun Hanya dgn misinya membina sheild atau protection bagi dirinya selain dgn membalas dendam, soal negara huru hara dan islam semakin dihancurkan bukan soal dia sebagai nom 1 negara

Beberapa agensi yg selama ini menyumbang ekonomi dan kemajuan negara kini dalam tekanan spt org salah supaya membukrikan betapa mereka berguna utk negara sebelum dimansuhkan sedikit demi sedikit atau dikapankan sekali seliang sebagai pesalah kepada mereka dan juga mahu diertikan kepada rakyat jajahan sebagai musuh negara sdg dimusnahkan.


Secara senyap tekanan demi tekanan bila semua menteri utama yg dimiliki oleh DAP berperanan amat baik dan berkesan termasuk menghina Sultan, Islam dan melayu diperbanyakan spya blh ditonton dan ditakuti oleh Rakyat ttg kuasa besar mereka. Tiada tindakan akan diambil kpd mereka yg buat penghinaan dan penderhakaan ini, termasuklah tentera fitnah meraka RBA yg makin menunjukan muka secara berani kerana kuasa kini milik mereka.

Sementara menteli yg ada masing-masing membutuhkan keteloran masing-masing utk play safe dari bangkit sebagai penegak hak Agama Sultan dan Bangsa. Masa inilah utk menghimpunkan Harta, kuasa dan populariti. Soal taubat boleh dikemudiankan.....

Hari ini RELA sudah boleh menutup semangat juang utk masyarakat yg boleh dikapankan sekali dgn segala keikhlasan demi negara dalam satu liang lahat kubur yg dikenali sebagai musuh negara ciptaan mereka. Makin menusuk kata-kata Ustaz Kazim Elias, jgn percaya dgn kata-kata ' Beri kami peluang sekali sahaja, kerana tak perlu tunggu 5 tahun'...... nampaknya tak sampai 3 bulan makin parah negara kini makin dihancurkan dan sdg dirompak oleh mereka depan mata kita.

Bagi yg memilih mereka tahniahla setidak-tidaknya syahdu sikit hati kalian melIhat mak bapak korang dikampung yg makin susah dan sugul meninti hari akhir mereka. Tak perlulah nak meyesal dan tunjukan lagi betapa besar dan angkuhnya kamu dan tidak akan bangkit semula utk mereka sehingga terhenti nafas akhir mereka kerana kejayaan mengecewakan mereka, barulah ada umphhh sikit betapa hebatnya korang sebagai HERO Negara Harapan BARU!

ALfatihah......

@ SaRbAn TuJuH HaSTa........ Musibah Allah dan hikmah darinya 

Friday, August 3, 2018

KAMI TETAP TUNTUT JANJI, KAMI TAK BODOH


SUNGAI KANDIS : ANDA MENENTUKAN RAKYAT TIDAK SEBODOH YG MENTERI PH RASAKAN!

KENAPA PILIH LOKMAN ADAM? #TuntutTolFREE
Hanya dia yg mampu membawa suara dan perasaan kita yg terlalu banyak kali dibodohkan dan ditipu hidup-hidup dengan pelbagai janji hanya kerana mahu menang pilihanraya ke 14.

MASIH BELUM TERLAMBAT UTK RAKYAT :
Jika dia menang, kita tahu sikap berani, lantang, sanggup berdepan dan tidak gentar adalah milage kepada Rakyat, Kita minta dia lead utk kita tuntut janji-janji Pakatan Harapan yg menipu RAKYAT ditunaikan dah tak lama lagi,  berbaki 15 hari utk 100 hari tempoh yg mereka janjikan. Yang penting kita tak Bodoh dan bukan senang sentiasa dikencing oleh PH.

KITA MINTA Lokman supaya menyatukan rakyat utk kita :
CUKUP 100 HARI, TEPAT JAM 12 TENGAH MALAM, Kita pakat semua keluar guna disemua Plaza Tol secara PERCUMA! ITU JANJI KERAJAAN, RAKYAT DAH BERSABAR 100 HARI SPT MEREKA KATAKAN, MINYAK PETROL KITA AKAN ISI DENGAN HARGA RM1.50 SELITER DISEMUA PETROL PAM DAN SEMUA TUNTUTAN DILANGSAIKAN TANPA ADA ALASAN BODOH LAGI.

Kami tidak bodoh seperti yg kamu anggap!

Rakyat angkat kamu sebagai kerajaan kerana kamu berjanji, sila tunaikan, jangan kamu rasa sudah berkuasa Rakyat boleh ditipu hidup-hidup, Rakyat juga boleh jatuhkan kembali Kera jaan yg Pembohong dan perosak Agama, Raja, Bangsa dan Negara.
Rakyat akan bertindak sebelum Musibah Dari Allah swt jika kami terus bersama kemungkaran kamu yg kami tidak mencegah dari berterusan.

@ Ot@k K@n@n 
#RakyatTuntutJANJI
#JanganKENCINGrakyat