Friday, August 24, 2018

KUASA PM Vs KEDAULATAN RAJA MELAYU


JERIH ANAK MUDA MENERANG SOAL SIAPA BERKUASA SULTAN ATAU PM? Dari FB seorang anak muda...

Mungkin ramai rakyat hanya mampu menggeleng kepala dan berdengus soal negara semakin pudar dan kusam, cuma berharap 5 tahun mendatang Malaysia bakal kembali berubah merangkak semula utk membina negara yg dipenuhi kudis hasil kerosakan negara yg sdg dilakukan dgn rakus ketika ini, soal terhasut janji semuanya terpaksa ditanggung di jemala rakyat.

Sesal berdarah jiwa terpaksa dipapah dikandung kalau boleh berakhir 5 tahun lagi. Tak segan silu kita katakan memang sudah tertipu dgn janji, akibat kita disemai benih peraturan dan ketaatan oleh kerajaan terdahulu hanya mampu akur dan akurlah menanggung biawak hidup utk sepenggal kalau mahu rakyat berubah, kalau tidak, bermakna kenalah belajar dalam dunia baru yg diungguli sang pemfitnah yg kononnya berkata benar dari azali. Semuanya bagai pengakhiran episod hayat yg tiada lagi kesinambungan seterusnya. Kata mudah 'nak buat macamana? Hadap jer la Malaysia baru yg memualkan, kita yg pilih, tanggung jer lah'

Bagi Menteri Agung (PM) pula melalak bukan soal rakyat yg tertinggal dgn janjinya, ayat paling MENANG DI CANANG merata ialah KUASA RAKYAT yg lebih berkuasadari segalanya dan Agung dan Sultan juga patut tunduk dan hormat dari kehendak RAKYAT yg diamanahkan kepada mereka hasil PRU yg sudah. Apa sahaja kata atau titah mereka adalah keramat dan jangan sesekali pertikaikan.
Semunya berlapis tebal soal kononnya Rakyat yg beri amanah!

Soalnya Rakyat semacam menikus kerana tersalah pangkah, tak kan kena simpan sesal dan bebal hingga keakhir hayat anak cucu, apa lagi terpaksa menahan sembur seranah anak cucu nanti hingga nafas terhenti. Bukan boleh disorokan celah gelegar sebab Menteri terang-terang dalam episod membodohkan ayat utk rakyat serta mula menjahanamkan negara. Anak cucu sdg memerhati dan merakam setiap pandangan dan kedengaran dicuping telinga kerasukan mereka bagai NAM JAHANAM lakunya. Adakah ini salah kita yg akan dibebal dan dibebelkan oleh anak dan generasi kita yg mendatang kepada Arwah kita nanti. Tapi itulah kuasa yg maha Agung memerintah kata mereka sebagai kera Jagaan sekarang, seolah tiada lagi yg boleh ubah atau nafikan lagi.

Sebaliknya yg rakyat simpan mendalam dibucu hati Kera jaan sekarang terbukti walau 100 hari janji sebenarnya adlah TIPU. Akibat kita percaya maka undi diberi utk mereka menjadikan negara bertambah-tambah baik, maju dan dibela dari kerajaan terdahulu. Mereka sebenarnya bukan mendapat mandat rakyat kerana kepercayaan dgn kemampuan kerajaan baru yg terkini mengharamkan soal menyebuy MERDEKA.

Sebaliknya kerajaan yg ada wujud kerana pembohongan dan penipuan dalam apa cara pun janji untuk menang dan berkuasa, itulah sebenarnya yg rakyat kesalkan kerana tidak menyangka boleh terjadi dan tertipu, sapa sahaja bangsa Malaysia yg terkenal dalam dunia sebagai bangsa yg paling murah hati dan lembut hati tidak akan mengesyaki bangsa sendiri apa lagi memang kita cukup menghormati dan mempercayai seorang tua merangka. Sudah tersurat dari dulu ' IKUT KATA ORANG TUA' sebaliknya kita lupa atau tak tahu menahu Firaun pun sampai ketua berhasad sampai mati.

Inilah soalnya sekarang, Sudah tertipu bagai Kadok Menjual kampung. Seolah toada jalan keluar lagi utk bangsa melayu dan negara ketika ini.tak ingat apa lagi saat ini hanya fikir soal kubur dan kesal.

Sebenarnya Melayu juga cerdik dan pintar, kalau tidak manakan seantero dunia tahu bangsa ini paling bijak dan negara yg paling kecil yg gagal yahudi menaklukinya. Sekalipun bangsa berpecah dipecahkan kecai-kecaian, sebenarnya dari dulu wujudnya negara yg aman damai ini kerana  Agung dan Sultan yg tidak boleh diubah sejarah dan keramatnya. Kuasa yg lebih besar negara adalah diatas kebijaksaan kesultanan Melayu dari dulu.

Janganlah anggap hidup tertipu hingga keakhir hayat, sebaliknya jgn lagi buat pekara bebal dan sesal, sebaliknya berilah sepenuh jiwa dan pemgorbanan kali ini sebagai rakyat yg tertipu, bangkitlah kita bersama Agung dan Sultan yg sebenarnya lebih adil dan saksama terhadap rakyat.

Kita ikuti bagaimana seorang anak muda mengupas bijak tentang kuasa sebenarnya Rakyat dan negara, Apakah kuasa Hebat yg didakwa penipuan sebagai Kera jaan atau Agung dan Sultan yg mendaulatkan hak rakyat.
JOM KITA PAKAT SHARE KEPADA SEMUA. Inilah masa kita tebus kesilapan yg lalu.
Dunia belum berakhir...

@ T○P♤N ♤L♤M
___________________________________

Dari FB : Khairi Asyraf
Walau apapun yang bakal terjadi nanti, sumpah taat setia Rakyat adalah tetap kepada Raja. Bukan kepada mana-mana ahli politik atau partinya. Negara ini ada Tuan Rajanya. Kita Rakyat bernaung dibawah Payung Raja. Kita ini Rakyat Raja. RAJA itu Ketua Negara.

Demokrasi mengangkat tinggi seorang Rakyat sehingga bergelar Perdana Menteri, tetapi beliau hanyalah sebagai Ketua KeRAJAan. RAJA itu kata akar, keRAJAan itu kata terbitannya. Tiada akar, tiadalah terbitan itu. Perdana Menteri hanya tukang urus kepada Negara empunya Tuannya. Hanya sebagai Badan Pelaksana (Eksekutif).

Diangkat untuk mewakili rakyat dalam Parlimen hanya sebagai Badan Perundangan (Legislatif). Namun perlu dipersembahkan dahulu pada empunya Negara, kerana Baginda yang Berdaulat.

Rakyat memilih wakil rakyat ke Parlimen Dewan Rakyat (Legislatif), kemudian wakil-wakil itu membentuk Kerajaan dengan Kabinet Jemaah Menteri mereka (Eksekutif). Maka barulah Raja memberi mandat kepada mereka. Tiada sah perlantikan mereka selagi mereka tidak mengangkat sumpah dihadapan Raja. Walau terpaksa menunggu hari esok.

Kerana Badan-Badan ini bernaung di bawah kekuasaan Raja. Raja lah yang memiliki kuasa, namun dibahagikan sebahagian kuasa kepada badan-badan ini sebagai tukang urus untuk semak dan imbang. Inilah prinsip Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen.

Raja adalah Ketua Agama, Ketua Adat Istiadat Melayu, Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Hakim. Ketua Dewan Rakyat, Ketua Dewan Negara, Baginda lebih tinggi dari mana-mana entiti parti politik.

Raja ialah Pemerintah Utama negara ini, bukannya Perdana Menteri. Dalam konsep pemerintahan Islam, Raja adalah Amirul Mukminin. Raja adalah Ulil Amri. Raja adalah Mulk. Kepada Bagindalah doa khutbah Jumaat diaminkan. Raja pada zaman dahulu adalah wakil Khalifah. Perdana Menteri hanyalah seorang Wazir. Perdana Menteri hanyalah Penasihat kepada sang Raja.

Walau secara zahir seolah-olah Raja dibayangi Perdana Menteri, tapi ketahuilah itu semua kerana Raja menghormati Persepakatan Raja-Rakyat dalam Perlembagaan. Kalau Rakyat mula melanggar persepakatan ini, Raja jua boleh membalasnya. Renung semula Perjanjian Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Duli Tuanku adalah Yang Di-PerTuan dalam negara ini.

Berkuasa Rakyat hari ini adalah kerana Raja dengan segala kebesarannya telah menitiskan sedikit kuasanya kepada Rakyat. Pengurniaan Cokmar Regalia DiRaja dalam Dewan Parlimen adalah simbolik titisan kuasa Tuanku.

Cokmar adalah sebuah alat kebesaran utama Parlimen kerana Cokmar adalah tongkat yang melambangkan keagungan dan kuasa Raja. Penggunaan Cokmar menambahkan lagi kehormatan Dewan Rakyat. Sebelum Dewan Rakyat dirasmikan persidangannya, tiada sah jika tidak diletakkan dahulu Cokmar ini. Ibarat Dewan tiada kuasa.

Walaupun Baginda tiada dalam Parlimen, namun Cokmar itu wakil saksinya sebagai tanda sebahagian kuasa telah diamanahkan kepada Rakyat bagi mengurus kerajaan Negara Tuanku. Baginda hanya “pinjamkan” tongkat kuasanya pada Dewan Rakyat, bila-bila masa sahaja tongkat kuasa itu boleh diambil semula kerana ianya adalah hak milik baginda.

Sesungguhnya, Raja adalah pemimpin tertinggi dalam Tanah Air kita, lebih tinggi daripada Perdana Menteri. Dewan Rakyat hanya dipinjamkan Cokmar. Regalia lain seperti Keris Panjang-Pendek, Pedang & Sundang, Tombak, Payung Emas, Cogan Alam, Cogan Agama, Pending, Persalinan Muskat, bahkan Tengkolok, Kursy-Arasy (Takhta & Istana/Singgahsana) sang Raja tidak mereka perolehi. Bahkan tiada iringan Nobat untuk Wakil Rakyat melainkan untuk Tuan Raja sahaja.

Ingatlah sebaik mungkin, walau apa jua yang bakal terjadi nanti, walau perang, walau rusuhan, walau darurat, walau genjatan, walau Kerajaan digantung, walau Ahli Politik semua dilucut kuasa mereka, sumpah taat kesetiaan Rakyat hanya pada RAJA dan NEGARA.

#YangManaFaham_Faham

No comments:

Post a Comment