Tuesday, April 16, 2013

SAAT GETIR NIK AZIZ DAN HAJI HADI

Kita sama sekali tidak salahkan Haji Hadi dalam perkara ini. Kita juga tahu yang Haji Hadi serta Nik Aziz pening untuk memikirkan masalah ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Haji Hadi dan Nik Aziz menghadapi saat yang getir ini.

Begitulah ujian Allah buat mereka,
Sebahagian kupasan ikhlas dari rakan bloger AP.

Blogger Tokguru86 sebenarnya membicarakan realiti kecelakaan yang bakal berlaku dalam kepimpinan PAS,lebih menarik andai rakan pembaca berlapang dada,bernafas tenang dan membuat latihtubi minda sedikit.
Ajari minda anda di  SINI 

Tidak dinafikan selepas ini akan ada pendokong dan penyokong bangkit melulu dan ber sembrono mempertahankan Pemimpin pemimpin PAS YANG TERBUKA AIBNYA ITU.
(benarkah Ada lagi klip membabitkan pemimpin"zuhud" Parti PAS yang di "JADUALSIARKAN" oleh Parti cauvanis?)
Andai ada lagi TERBUKA AIB pemimpin PAS  selepas ini,fahamlah AP betapa tertinggalnya PAS dalam kestrategian kelompok elit Pakatan Rakyat.
Kesamaan yang berlaku kepada PARTI UMNO sepanjang  tempoh 10 tahun kebelakangan ini.Tertinggal dari segi kestrategian.

Itulah kekeliruan yang AP tegaskan sebelum ini.Kebanyakan pendokong dan penyokong Parti PAS khususnya amat dilihat tertekan dengan realiti "keadaan masa kini" Parti harapan mereka itu.
Agar tidak disia siakan teriakan Takbir!!!, baik di stadium,dijalanan didataran,di tempat tempat ceramah. Mereka kehadapan mempertahankan  dalam soal RENDAH MORAL PEMIMPIN PAS  dengan MENAFIKAN SEGALA YANG BENAR.

keliru yang dialami penyokong dari Parti PAS bukan isu remeh yang patut kita ambil mudah dan buangkan pada akal ruang fikir kita.
Kerana kita juga dilihat terkadang hampir terjebak dengan strategi halus,menyahut apa saja isu yang dilemparkan kepada kita.

Apapun AP mendoakan pemimpin pemimpin PAS bermuhasabah diri,selamat pilihanraya.




Monday, April 15, 2013

PENDAKWAH YANG DITAKUTI

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,dan janganlah kamu berbalah;kalau tidak nescaya kamu akan gagal dan kekuatan kamu akan hilang;dan bersabarlah;sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar"

(Al-Anfaal,46)

Demikian juga andai dihalusi dan dimengertikan ayat diatas,maka harus tiada perbalahan yang berlaku dalam Umat Islam di negara ini.Bagi mereka yang mengaku Taat kepada Perintah Allah,mengangkat Addin sebagai yang tertinggi,mana mungkin terbit kesanggupan dalam diri untuk menkafirkan saudara seKiblatnya.

Soalnya...golongan yang mana satu mengakui taat pada perintahNya,menegakkan agamaNya dan pada masa yang sama membenci,menghina sehingga mengkafirkan andai tidak seParti seperti mereka.UMNO kah?..
Belum mengambil kira "seParti, tetapi tetap juga dihina,caci dan dikeji,andai menegakkan Kebenaran"..UMNO jugakah?

mahu contoh?

Pernah dengar insan yang bernama Ustaz Nasharuddin Isa?..
Pernah dengar juga insan yang bernama Dr Hassan Ali?
Dah tentu yang ini jarang dengar namanya..Ustaz Kazem Elyas?

PENDAKWAH BELAKA TU......
Dan senarai panjang yang tak tertulis disini.UMNO kah juga?

sampaikanlah wahai Saudara Penyokong Pakatan Rakyat,KEPERIBADIAN ISLAM itu BUKAN HANYA TERLETAK PADA SIFAT PAKAIANNYA.
Kejutan demi kejutan dibuat oleh pemimpin pemimpin anda,AP percaya dan yakin dengan akal waras kurniaanNya kepada anda.Boleh membezakan keperibadian Palsu yang dibuat buat atas kehendak kuasa Politik.jangan terkeliru dan terikut ikut dengan semangat SETIA yang melulu.

Mahu tahu mengapa posting ini sedikit serius dari kebiasaan?

Kerana AP percaya,pesan dan ingatan yang berterusan mampu membebaskan pendokong dari Pakatan Rakyat khususnya umat yang seagama dengan AP,

Slogan Kebebasan dan keadilan yang dilaung selama ini tidakkah menjurus kepada tindakan tindakan kebencian,ketegangan,prasangka sesama umat islam,serong dan jijik melihat UMNO yang mana ahlinya majoriti Islam yang sesaudara?

ISLAM BUKAN PARTI PAS... IA MILIK SEKALIAN UMAT MUSLIM
SYURGA BUKAN MILIK ULAMA PAS.... IA KURNIAAN ALLAH UNTUK HAMBANYA.

Teringat nada sahabat AP dulu "pengikut Pas berjuang atas dasar parti,bukan atas dasar individu.(intima' aqidi)".... Relevenkah lagi?









Saturday, April 13, 2013

MISTERI PATUNG BERNYAWA

Kesiangan  hari ini,AP penuhkan dengan melayari blog rakan rakan.Medium medium lain seperti FB dan Tweeter,Naik turun mata AP membaca posting posting sahahat, posting yang sebelah sana pun AP tengok,tak mahu pulak nanti dikatakan tak update macam kenyataan ketua muda Partai Addin,Nasha Tantawi kepada Ustaz Fathul Bari, "KARPAL  DAH TERIMA NEGARA ISLAM"...
Tinggalkan bicara Tantawi itu..bukan dia menjadi pengisian artikel ini.

Dalam layaran tadi,sebenarnya AP mencari cari informasi PARODY  mengenai klip video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Parti Pas itu,mencari informasi mengenai kaitan apakah yang menyebabkan AMK atau Angkatan Muda Keadilan dari Parti Keadilan Nasional dibawah kepimpinan Presidennya "MISTERI PATUNG BERNYAWA"

Langsung tak terkeluar barang sepatah huruf darinya.Apa...tak di"Update"kan oleh sesiapa kah?..
Lupa gamaknya...AMK itu adalah sayap untuk pemuda Parti Presiden "MISTERI PATUNG BERNYAWA".
Barangkali dalam fikir si Presiden Misteri Patung Bernyawa itu yang harus menjawab persoalan itu adalah BAHAGIAN STRATEGIK PARTI,(hebat partinya,ada unit strategik bagai bagai)

Jadi lampiran DISINI mungkin sedikit dapat meleraikan apa yang sebenarnya berlaku dalam kepimpinan Pakatan Rakyat...





Friday, April 12, 2013

PARODY SCENE ANWAR part 2

Sambung Artikel nampaknya.
BOBO DATANG JUGAK LAGI.
Begitulah Bobo,setelah masyurnya gerakan gerakan tangan,liuk liuk badan,cekang rahang mulut mengikut bait bait lagu "Sayang",di popularkan pula gerakannya oleh seorang yang masyur dalam dunia Seni Lawak Tanahair. dikatakan beliau ber PARODY lagi,Iya mungkin,itulah satu satunya saluran yang mampu beliau tafsir dan mengIMPLIMENTASIkan NAFSU beliau dalam berkarya.

Baiklah,kita ke mood sebenar posting ini.
Juga dalam RUANG bersangka baik dan Positif,(bukan dalam ruang bilik hotel)
Cerita klip durasi 11 minit iras Pemimpin Pas......

Telah dalam agakan dan hemat fikir AP,Pemimpin pemimpin Utama Parti Addin itu telah meyediakan alasan dan jawapan kental yang tak mampu dibalas oleh sesiapa pun..;

"Saya/ambo/kami selaku ulama dan kepimpinan tertinggi parti akan mengadakan solat hajat mencari kebenaran mengenai video itu"...

Hermm,dunia,dunia... Senang benar melapikkan perbuatan dengan sentimen agama.Tertutup sudah perlakuan NAFSU yang dirakam 11 minit itu.
Sebenarnya AP memberikan ruang dan pilihan kepada Pemimpin dan juga penyokong penyokong Parti Addin,ruang untuk berasa selesa,ruang untuk rasa tidak bersalah,ruang untuk tidak menjadi ASSABIYAH,ruang untuk mereka berkata "itu bukan nafsu"Ruang untuk menyerang kembali Para pejuang maya seperti AP,PCT,NADI RAKYAT dan lain lain.

Apa ruang itu?

SELESAKAN DIRI ANDA WAHAI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT,ANGGAPKAN KLIP VIDEO ITU "parody scene anwar versi sopan".... Selesakan....

BANGGAKAN DIRI ANDA WAHAI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT,
"pemimpin anda juga mampu MEMBAWA WATAK BERNAFSU seperti ketua De Facto PR" banggakan....

HEBATKAN SEMANGAT ANDA WAHAI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.
Berceramah boleh,Memberi tazkirah boleh,mengimamkan solat boleh,bercakap soal Islam lagi la boleh....paling Hebat..bersenggama secara DEMOKRASI pun Boleh.... Malam ini isteri,malam esok Isfour,malam lusa tukang urut,malam tulat tukang bancuh kopi...
Hebatkan......



Kerr....pasal banyak sangat kaji kot,video lama Chianadoll de facto tu..












PARODY SCENE ANWAR...part 1

BOBO DATANG LAGI...
Ya,memang dia yang AP maksudkan.Kesekian kalinya juga laman Youtube berjaya mempopularkan seorang orang biasa menjadi luar biasa dan ber FENOMENA.

Parody lagu sayang bawaannya disambut dan dipertontonkan secara langsung oleh Johan RajaLawak di ABPBH,Anugerah besar buat Artis artis di Malaysia.Senak perut menahan ketawa,mata bergenang dek durasi yang tak sampai 3.00 minit itu.Tahniah Johan.Bagi semua rakyat malaysia itu amat menghiburkan.Bagi yang terkebil kebil kurang faham apa yang cuba disampaikan oleh Johan RajaLawak dimalam ANUGERAH itu...boleh membuat pencerahan dengan melayari laman Youtube dengan Tajuk Parody Sayang.

Ya,artikel dibawah ini juga mungkin punya persamaan dengan perenggan diatas,...PARODY BARANGKALI....

AP tinggalkan sangka yang berbagai di ruang fikir ini hanya untuk melihat perkara positif tentang apa yang berlaku di dunia politik maya tika ini.

Ingat sahabat sahabat...sangka yang POSITIF saja...yang NEGATIF,BURUK,HINA itu sudah mereka LABELKAN kepada kita : PARA PEJUANG KEBENARAN DAN PEJUANG BARISAN NASIONAL.Tak mengapalah,kebenaran itu memang pahit untuk diterima buat mereka.Yang penting,kita tidakkan berhenti untuk memberitahu mereka kebenaran.

AP berkesempatan melihat Klip terbaru yang dikatakan mirip Pemimpin PAS,semalam lagi tersebarnya.Kuatkan semangat AP untuk mengatakan ini gimik.Namun jauh panggang...jauh.. Ditambah pula tadi melihat berita tentang siasatan yang bakal dijalankan mengenai Klip berdurasi 11 minit lebih itu..Pilu melihat scene akhir itu...ada sampul.ada not ringgit.....

Sekejab...

ERMM SEPERTI SEMALAM...MEJA AP DIDATANGI LAGI..Tapi kali ini,seorang India dan seorang lagi Mamak.. (walau dah tukar port kekedai lain)

Khanna ( India ) itu AP kenal ketika dia menjadi Chef di sebuah hotel di Ipoh,
Mamak itu AP kenal di kedai ini.

Topik ; khanna sakit hati sebab semalam ada empat orang datang pujuk dia sokong Lee Bhoon Chye (calon PKR Gopeng).Dulu Khanna ini PKR.Sebab hati sakit...rasanya semua orang tahu,Dia cerita panjang..AP pendekkan "Ini PKR banyak cilaka.." memetik kata Khanna.

Alias (mamak) "nak kerja senang,makan senang..salahkan mak bapak la kenapa tak jadi anak raja.. Boleh celik celik mata jadi cucu raja.tak habis habis menyalahkan BN." pun AP pendekkan kata katanya.

Pendekkan cerita diorang yang panjang ini ; Diorang sudah sedar mana kaca mana permata.
Cerita benar ini tidak ditaja atau diongkosi dengan Teh Tarik atau Nescafe dari AP.
Muka AP ini barangkali muka Pelaris Kedai kot...

Dimana ya terhentinya artikel kali ini....



Hermm...kita sambung lain lah.. Panjang panjang nanti tak berPARODY pulak..