Saturday, April 13, 2013

MISTERI PATUNG BERNYAWA

Kesiangan  hari ini,AP penuhkan dengan melayari blog rakan rakan.Medium medium lain seperti FB dan Tweeter,Naik turun mata AP membaca posting posting sahahat, posting yang sebelah sana pun AP tengok,tak mahu pulak nanti dikatakan tak update macam kenyataan ketua muda Partai Addin,Nasha Tantawi kepada Ustaz Fathul Bari, "KARPAL  DAH TERIMA NEGARA ISLAM"...
Tinggalkan bicara Tantawi itu..bukan dia menjadi pengisian artikel ini.

Dalam layaran tadi,sebenarnya AP mencari cari informasi PARODY  mengenai klip video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Parti Pas itu,mencari informasi mengenai kaitan apakah yang menyebabkan AMK atau Angkatan Muda Keadilan dari Parti Keadilan Nasional dibawah kepimpinan Presidennya "MISTERI PATUNG BERNYAWA"

Langsung tak terkeluar barang sepatah huruf darinya.Apa...tak di"Update"kan oleh sesiapa kah?..
Lupa gamaknya...AMK itu adalah sayap untuk pemuda Parti Presiden "MISTERI PATUNG BERNYAWA".
Barangkali dalam fikir si Presiden Misteri Patung Bernyawa itu yang harus menjawab persoalan itu adalah BAHAGIAN STRATEGIK PARTI,(hebat partinya,ada unit strategik bagai bagai)

Jadi lampiran DISINI mungkin sedikit dapat meleraikan apa yang sebenarnya berlaku dalam kepimpinan Pakatan Rakyat...





Friday, April 12, 2013

PARODY SCENE ANWAR part 2

Sambung Artikel nampaknya.
BOBO DATANG JUGAK LAGI.
Begitulah Bobo,setelah masyurnya gerakan gerakan tangan,liuk liuk badan,cekang rahang mulut mengikut bait bait lagu "Sayang",di popularkan pula gerakannya oleh seorang yang masyur dalam dunia Seni Lawak Tanahair. dikatakan beliau ber PARODY lagi,Iya mungkin,itulah satu satunya saluran yang mampu beliau tafsir dan mengIMPLIMENTASIkan NAFSU beliau dalam berkarya.

Baiklah,kita ke mood sebenar posting ini.
Juga dalam RUANG bersangka baik dan Positif,(bukan dalam ruang bilik hotel)
Cerita klip durasi 11 minit iras Pemimpin Pas......

Telah dalam agakan dan hemat fikir AP,Pemimpin pemimpin Utama Parti Addin itu telah meyediakan alasan dan jawapan kental yang tak mampu dibalas oleh sesiapa pun..;

"Saya/ambo/kami selaku ulama dan kepimpinan tertinggi parti akan mengadakan solat hajat mencari kebenaran mengenai video itu"...

Hermm,dunia,dunia... Senang benar melapikkan perbuatan dengan sentimen agama.Tertutup sudah perlakuan NAFSU yang dirakam 11 minit itu.
Sebenarnya AP memberikan ruang dan pilihan kepada Pemimpin dan juga penyokong penyokong Parti Addin,ruang untuk berasa selesa,ruang untuk rasa tidak bersalah,ruang untuk tidak menjadi ASSABIYAH,ruang untuk mereka berkata "itu bukan nafsu"Ruang untuk menyerang kembali Para pejuang maya seperti AP,PCT,NADI RAKYAT dan lain lain.

Apa ruang itu?

SELESAKAN DIRI ANDA WAHAI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT,ANGGAPKAN KLIP VIDEO ITU "parody scene anwar versi sopan".... Selesakan....

BANGGAKAN DIRI ANDA WAHAI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT,
"pemimpin anda juga mampu MEMBAWA WATAK BERNAFSU seperti ketua De Facto PR" banggakan....

HEBATKAN SEMANGAT ANDA WAHAI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.
Berceramah boleh,Memberi tazkirah boleh,mengimamkan solat boleh,bercakap soal Islam lagi la boleh....paling Hebat..bersenggama secara DEMOKRASI pun Boleh.... Malam ini isteri,malam esok Isfour,malam lusa tukang urut,malam tulat tukang bancuh kopi...
Hebatkan......



Kerr....pasal banyak sangat kaji kot,video lama Chianadoll de facto tu..












PARODY SCENE ANWAR...part 1

BOBO DATANG LAGI...
Ya,memang dia yang AP maksudkan.Kesekian kalinya juga laman Youtube berjaya mempopularkan seorang orang biasa menjadi luar biasa dan ber FENOMENA.

Parody lagu sayang bawaannya disambut dan dipertontonkan secara langsung oleh Johan RajaLawak di ABPBH,Anugerah besar buat Artis artis di Malaysia.Senak perut menahan ketawa,mata bergenang dek durasi yang tak sampai 3.00 minit itu.Tahniah Johan.Bagi semua rakyat malaysia itu amat menghiburkan.Bagi yang terkebil kebil kurang faham apa yang cuba disampaikan oleh Johan RajaLawak dimalam ANUGERAH itu...boleh membuat pencerahan dengan melayari laman Youtube dengan Tajuk Parody Sayang.

Ya,artikel dibawah ini juga mungkin punya persamaan dengan perenggan diatas,...PARODY BARANGKALI....

AP tinggalkan sangka yang berbagai di ruang fikir ini hanya untuk melihat perkara positif tentang apa yang berlaku di dunia politik maya tika ini.

Ingat sahabat sahabat...sangka yang POSITIF saja...yang NEGATIF,BURUK,HINA itu sudah mereka LABELKAN kepada kita : PARA PEJUANG KEBENARAN DAN PEJUANG BARISAN NASIONAL.Tak mengapalah,kebenaran itu memang pahit untuk diterima buat mereka.Yang penting,kita tidakkan berhenti untuk memberitahu mereka kebenaran.

AP berkesempatan melihat Klip terbaru yang dikatakan mirip Pemimpin PAS,semalam lagi tersebarnya.Kuatkan semangat AP untuk mengatakan ini gimik.Namun jauh panggang...jauh.. Ditambah pula tadi melihat berita tentang siasatan yang bakal dijalankan mengenai Klip berdurasi 11 minit lebih itu..Pilu melihat scene akhir itu...ada sampul.ada not ringgit.....

Sekejab...

ERMM SEPERTI SEMALAM...MEJA AP DIDATANGI LAGI..Tapi kali ini,seorang India dan seorang lagi Mamak.. (walau dah tukar port kekedai lain)

Khanna ( India ) itu AP kenal ketika dia menjadi Chef di sebuah hotel di Ipoh,
Mamak itu AP kenal di kedai ini.

Topik ; khanna sakit hati sebab semalam ada empat orang datang pujuk dia sokong Lee Bhoon Chye (calon PKR Gopeng).Dulu Khanna ini PKR.Sebab hati sakit...rasanya semua orang tahu,Dia cerita panjang..AP pendekkan "Ini PKR banyak cilaka.." memetik kata Khanna.

Alias (mamak) "nak kerja senang,makan senang..salahkan mak bapak la kenapa tak jadi anak raja.. Boleh celik celik mata jadi cucu raja.tak habis habis menyalahkan BN." pun AP pendekkan kata katanya.

Pendekkan cerita diorang yang panjang ini ; Diorang sudah sedar mana kaca mana permata.
Cerita benar ini tidak ditaja atau diongkosi dengan Teh Tarik atau Nescafe dari AP.
Muka AP ini barangkali muka Pelaris Kedai kot...

Dimana ya terhentinya artikel kali ini....



Hermm...kita sambung lain lah.. Panjang panjang nanti tak berPARODY pulak..




Thursday, April 11, 2013

SUBURNYA DEMOKRASI PAKATAN RAKYAT

Pertama kali mungkin, tajuk entry AP dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat,kalau ada yang bertanya mengapa sedemikian,adakah kerana MANIFESTO Pakatan Rakyat yang banyak diperkatakan didada surat khabar Harakah?

JAUH...Uiihhh JAUH tiada kena mengena langsung,mana mungkin "MANIFESTO BUKANLAH JANJI" itu mahu dikatakan suburnya DEMOKRASI Pakatan Rakyat.

PENGUMUMAN SENARAI CALON CALON PAKATANKAH?

Yang ini tentu tentunya kelaut dasar, DEMOKRASI PAKATAN hapenya, fungsian Presiden Parti apakah yang hanya "Menguncikan Mulut"Membisu ribuan kata.SEORANG PRESIDEN SEBUAH PARTI PALING TERKENAL DENGAN LAUNGAN PERUBAHAN, Penentu hala tuju partinya, menjadi tauladan pengikutnya, TETAPI dikawal oleh orang yang BUKANNYA AHLI PARTINYA.
DEMOKRASI KAH KAH KAH.Maaf, Presiden Parti Keadilan Nasional secara terang harfiahnya adalah PATUNG BERNYAWA.

Jadi,dimana kena mengenanya tajuk entry diatas dengan artikel kali ini?

Dan seperti biasa,tidaklah AP mahu menyesak dan menggasak minda pembaca dengan kenyataan seperti pemimpin de facto Pakatan Rakyat,sekejab mahu bertanding di Perak,dengar dengar mahu kembali ke Permatang Pauh,..tak ada pendirian langsung..

Kenanya Entry diatas,"DEMOKRASI"nya para para Pemimpin Pakatan Rakyat dalam (demokrasi)memilih "Pasangan di bilik hotel".Dari kepala De factonya, JAMBU,PUCUK MUDA,KACAK,LUAR NEGARA,BARANGAN CHINA.bawah sikit dari dia, BINI ORANG BINI KU JUA KERNA KU USTAZ PAKAR,BILIK 121 KAH 112 KAH..Mah..oh Mah.. Dan terkini paling mengejut dan mengujakan...

Dikatakan wajah pelaku itu mirip dengan pemimpin terkenal Parti Addin itu...saksikan dan nilaikan.

Apa yang mengujakan.... Psstt...tangkapan oleh Pihak berkuasa keatas individu yang menyebarkan cd lucah itu mendedah dan mengesahkan mereka dari AMK.. Parti mana agaknya ya?...

Hebat DEMOKRASI PAKATAN RAKYAT...HEBAT..












FENOMENA

Melihat kebanjiran majalah/diari maya yang selesa di panggil blog,yang saban hari bertambah keahliannya,yang majoritinya menulis mengenai suasana politik di negara ini.Hebat dan sesuatu yang tak dijangka.
FENOMENA besar ini bukanlah sesuatu yang dirancang dan direncana teliti, BERSTRATEGIK serta berAGENDA seperti gerakan menjatuhkan Dato Seri Shahrizat selaku General Besar Pergerakan Wanita UMNO Malaysia oleh Kumpulan Strategik PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang diketuai oleh Rafizi Ramli yang juga KETUA EKSEKUTIF Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebelum melepaskan jawatan,yang diketuai oleh Ketua Umum PKR yang semua sedia maklum siapa empunya diri.

Sehingga ketika ini,nama Dato Seri Shahrizat sering menjadi buah "perang" yang dimainkan oleh penyokong penyokong Pakatan Rakyat,Walhal telah dibuktikan dengan jelas tiada penglibatan beliau dalam isu Pinjaman jutaan ringgit itu.

Hebat strategi dan ketelitian dalam bermedia oleh Pembangkang diMalaysia.
Inikah sekatan media yang diperkatakan oleh Pembangkang diMalaysia?
Inikah ketidakadilan kebebasan media seperti mana dilaungkan Pembangkang diMalaysia?
Tidakkah semua itu hasil dari BEBASNYA MEREKA BERMEDIA.

BELUM LAGI membicarakan cubaan mereka menjatuhkan Zulkifli Nordin iaitu BEKAS PEGUAM DSAI melalui klip video ketika beliau menjadi pemimpin PAS.

Tinggalkan segala pertanyaan diatas,redakan ragu mengenai KUMPULAN STRATEGIK PKR yang bersarang diminda kerana bukan itu fokus AP untuk tatapan Entry kali ini.

FENOMENA,

Ya,kita bercakap mengenai FENOMENA,atau bahasa mudahnya PERISTIWA.

Hari ini rata rata kita dapat melihat FENOMENA kebangkitan rakyat menyokong KEPIMPINAN DATO SERI NAJIB TUN RAZAK,

PERISTIWA sokongan ini bukanlah dibuat buat oleh rakyat.
Bukan juga kerana diongkosi keterlibatan mereka.

Kesemua itu terjadi kerana TRANFORMASI KERAJAAN BARISAN NASIONAL berjaya memenuhi aspirasi KEHENDAK RAKYAT.

AP terhenti menulis seketika bila mana meja minum AP ketika ini didatangi calon PAS Sg Rapat bersama jenteranya,duduk dan makan tengahari bersama.

Ada diantara mereka itu orang kampung AP,kami berbual dan sempat jua AP LONTARkan satu soalan ini ketika mereka mahu beredar

"KETETAPAN MAJLIS MANA HARUS DITAATI...MAJLIS SYURA PAS atau MAJLIS KONVENSYEN PR"

Terdiam lalu terus beredar...
Walau AP tahu takkan berganjak hijaunya abang N itu.

Beredarnya mereka,maka beredar juga semangat mahu menulis ini.




AP di PCT cukup jelas mengenai ketetapan..