Tuesday, October 9, 2018

PH TAK MAMPU ADAKAN PRINTER, MAMPUKAH MEMIMPIN NEGARA?


GAGAL SEDIAKAN DOKUMEN DAKWAAN SEMPURNA. PUN KENA JAMIN BERJUTA-JUTA, APA PUNYA BAGHAL LA...
PH tak lancar TABUNG HARAPAN lagi ka?

GAGAL SERAH DOKUMEN DAKWAAN SABALIKNYA SERAH CD MAKLUMAT YG ROSAK UNTUK PENDAKWAAN.

AYAT YG SESUAI : KEPALA BAPAK KO LA...

4 OKT: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai keyakinan tinggi untuk mengetepikan empat pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak susulan pendakwaan gagal mematuhi Seksyen 51A.

Muhammad Shafee berkata, pendakwaan gagal menyerahkan dokumen sebenar dan hanya diberikan cakera padat (CD) sejak hari pertama pertuduhan dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu.

“Dalam pertuduhan itu, saya dapati terdapat kecacatan serius dan kita mempunyai pembelaan yang kuat kerana ada fakta yang mencurigakan serta pendakwaan tidak mempunyai siasatan lengkap.

“Sejak 8 Ogos lalu, kami hanya diberikan CD dan pihak pendakwaan kata semua dokumen dalam CD tersebut, di mana cara ini tidak betul dalam serahan dokumen.

“Kami sepatutnya diberikan dokumen sebenar, salinan fotokopi pun tiada masalah, kita mesti diberikan dokumen sebenar yang terikat dengan indeks,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Komen Admin : Sepatutnya KERA jaan TUN DAP dan PH lah sebenarnya Pengubal duit Haram, mana taknya, asik dakwa tak ada kesalahan pun tetapi curi duit dengan jaminan bejuta-juta tuduhan. Dah Sangap sangat ka TUN dan PH ni?

Terdahulu Muhammad Shafee mewakili Najib hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pengurusan kes empat pertuduhan anak guamnya.

Antaranya, tiga pertuduhan pecah amanah skandal SRC International Sdn Bhd dan satu lagi penyalahgunaan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membabitkan RM42 juta.

Empat pertuduhan berkenaan dibuat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Muhammad Shafee juga mendakwa, CD yang mengandungi dokumen pendakwaan tidak dapat dibuka dan sukar dibaca kerana kebanyakan dokumen berkenaan rosak.

“Bila kami datang balik (pengurusan kes) dan kita buka CD tersebut, kebanyakan dokumen itu rosak, kami tak boleh buka (baca), kami hanya boleh lihat garisan sahaja dan sedikit saja boleh dibaca.

“Paling teruk mereka tidak meletakkan jujukan tertentu yang logik supaya kita boleh ikut apa pendakwaan yang disebutkan ketika prosiding mahkamah,” katanya lagi.

@ Ot@k K@n@n

No comments:

Post a Comment