Monday, November 26, 2012

KALAH...BUKAN GAGAL!!

Sehabis lontaran vokal tika menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura sebentar tadi.
Biarpun tidak bersama sama UltraMalaya di stadium,namun lagu pembakar semangatnya tetap berkumandang di tempat AP menyaksikannya.
Skrin besar ala wayang pacak,dataran yang di tar, sebungkus nescafe ditangan dan puluhan keluh kesah rakan rakan, hujung tepian gelanggang futsal ternampak juga 2,3 orang rakan parti dari "sebelah sana"turut serta menyaksikan bola wayang pacak walaupun ada siaran langsung di tv1.Ramai,
Jauh benar jurangnya kami yang didataran ini dengan mereka itu sekarang,hilang gamaknya ingatan bermain bola bersama dipadang waktu belasan dulu.Tika sama sama menyarung jersi baru yang dibeli oleh Abg Ham, ketika menjawat Ketua Pemuda UMNO Cawangan.Pudar mungkin...Azam dan semangat yang dilaungkan bersama,untuk bermain di Divisyen 1 Ipoh dulu.

Bila dilambai untuk diajak bersama duduk didataran tar,hanya senyum pahit dan tangan beralah yang ditunjuk.Biarlah dan entahlah.

Semuanya kerana ANGGAPAN... Kami ini UMNO,segala berkaitan UMNO mungkin "HARAM" barangkali.

Untuk menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki edisi 2012,bukan lah semudah "berdiri di pentas kemudian menghamburkan segala cela kepada lawan"atau semudah memetik separuh dari ayat al quran berkenaan "tiada paksaan memilih agama" Dari keseluruhan ayat :

Ertinya:
Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al Baqarah 254.

Tidak pula mahu kiranya dibaca ayat seterusnya didepan para mubaligh mubaligh kristian dalam dewan itu....

Ertinya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Al Baqarah 256.

Sudahlah,bukan bicara itu mahu dipanjangkan pada posting ini,bukan juga kawan kawan Kampung yang "Taat pada doa Ulama Parti" duduk dihujung dataran itu bualannya.

Kita bual pada Skuad Harimau Malaya.. Kalah kepada Singapura 0 berbalas 3 pada perlawanan tadi bukan bermakna skuad Harimau Malaya kita telah gagal mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012,
HARIMAU MALAYA BELUM LAGI GAGAL.

Seharusnya kita men DOA kan agar perlawanan menentang Laos dan Indonesia nanti,moga beroleh kemenangan.

INGAT...DOA YANG BAIK BAIK BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA KITA.

Jangan Doa mintak mati,k.o. Dan berbagai bagai..hanya kerana mereka kalah.





7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kalah adalah gagal,gagal adalah kalah...terimalah hakikatnya...selagi Ketua Jurulatih eksprimen...selagi itu harimau itu tempang...malah akan dilanyak hingga lumpuh...harimau hanya bermimpi...nak baham peladok...kena tendang dari tikus pun ia tak melawan....kerana apa...kerana FAM
    Cerdik tak boleh ditumpang,bodoh tak boleh ditegur...3R mesti undur....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh dinafi,benar sahabat...tapi sama sama lah kita berdoa akan perlawanan seterusnya.kita belum GAGAL lagi dalam mempertahankan kejuaraan piala AFF edisi 2012 ini.

      Delete
  3. hai..

    gagal sekali bkan bermakna gagal selamanya..
    Mohonjasa baik untuk linkkna blog ini yer..
    sharing is carring,, http://psywarriors.blogspot.com

    Tqvm..

    ReplyDelete
  4. Salam tuan.Blog hebat ini sudah dipautkan.Mohon pautan semula ke
    apple-biru.blogspot.com.tq

    ReplyDelete
  5. Ws,sahabat,insyaallah akan dipautkan blog sahabat.

    ReplyDelete