Saturday, March 3, 2012

MENGAKU PUN DAP

DAP PERAK AKUI

AP sempat melayari laman laman sahabat,lalu satu artikel ini cukup menarik minat AP
Andailah tidak dapat membuka mata mata pengundi melayu,maka benarlah mereka kini tidak melihat dengan mata hati..


Ini kenyataan Thomas Su,orang penting dalam Parti DAP Perak...


"Saya telah buat survey semua pengundi cina telah menolak Barisan Nasional daripada memerintah negeri Perak. BN/UMNO hanya mengharapkan pengundi Melayu sahaja jika kita dapat rampas pengundi Melayu dari UMNO Perak akan jadi milik kita, kata Thomas Su Adun Pinji ketika ceramah di Kampung Changkat Larang Ipoh.

Walaupun kita baru memerintah 11 bulan, kerajaan pakatan rakyat telah berjaya memberi tanah kepada penyokong setia pakatan rakyat yang majoritinya pengundi cina.

DAP memandang serius tentang pengagihan peruntukkan kepada rumah ibadat yang dilakukan oleh UMNO. UMNO hanya menumpukan kepada Masjid dan surau sahaja, jika pakatan rakyat memerintah Perak kita akan agihkan kepada semua rumah ibadat, kata Thomas Su lagi.

Semasa memerintah Perak 11 bulan DAP telah merancang selepas memberi tanah kepada pengundi cina 999 tahun DAP akan memberi tanah kepada orang Melayu pula," katanya lagi dihadapan kira-kira 50 penyokong tegar Pas.

Ceramah ini diadakan secara tertutup untuk mengelakkan daripada rahsia pakatan rakyat tersebar.

Thomas Su merupakan Adun DAP Pinji yang secara keras mahukan pengundi cina yang tinggal dikampung Baru diberi hakmilik kekal tanah selama 999 tahun.

Thomas Su mengejek ceramah Agama yang dibuat oleh UMNO berdekatan dengan ceramah politik pakatan

Sumber dari sungairapatonline.

1 comment: