Thursday, March 22, 2012

SIAPA KENA TUDUH????

ANDAI DIAMBIL SEBAHAGIAN SEBAHAGIAN.....MAKA ROSAK LAH MAKSUD PENUH YANG INGIN DISAMPAIKAN


"Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rusdie).. Saya sukar untuk bersetuju.. ”, kata : (...................) ketika berucap dalam tajuk “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.


“Tetapi itukan (Satanic Verses) satu karya..Ini faham kebebasan..sebab itu kebebasan berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat)”, katanya di hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.
Menurut ,(.................) tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law).


Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah golongan agama yang berpandukan Al Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.


“Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.


“Jadi saya, kalau Islam itu mengonkong kebebasan..Islam yang sangat usang dan jumud..dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.


“Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan)”, katanya. 



AP tidaklah berniat untuk mengambil sebahagian sebahagian ayat bagi menghalalkan perbuatan dan sokongan AP terhadap apa yang AP percaya sebagai teras intipati politik AP..tidak seperti penyokong PR yang menyelongkar "kalamullah" bagi membaris secebis ayat yang berpadanan niat mereka,bagi ditunjukkan suci dan murni lagi diredhai perjuangannya

Cuma memetik rangkap rangkap kata yang tertera dalam posting rakan blogger lain....

Ruang dot yang ter tinggal diatas itu,AP sandarkan kepada pembaca untuk "mengisi ruang kosong" siapa?bersempena ingatan, kita semua pernah menduduki kerusi periksa dan jam singkat dalam darjah rendah dan tinggi.(tahniah kepada graduasi SPM)

Ruang kosong itu adalah sebenarnya pemisah antara KEBENARAN DAN REKAYASA. garis halus yang membuka kenyataan minda.Tiada markah yang ingin AP berikan kepada pembaca apatahlagi "HARAPAN TERBARU LAGI TULEN' tidak,tidak ada dalam kamus.
sebelum ke laman penuh,sila penuhkan ruang kosong diatas.... (semat dalam hati) kalau rajin berilah jawapan diruangan komen.

http://www.anwaraidc.com/?p=22762  ada bahagian penuh untuk pembaca..

No comments:

Post a Comment