Saturday, October 22, 2011

HIMPUN SEJUTA UMAT! NYATA PAS BUKAN PERJUANGKAN ISLAM?

SIAPA SANGKA! Dengan wujudnya harapan Umat ISLAM supaya dapat berHIMPUN bagi menyatukan umat ISLAM akhirnya dijawab oleh PAS yang bertuankan lain untuk memutuskan sama ada boleh menyertainya ataupun tidak? Siapa kah sebenarnya Mursyidol PAS? Tuan Guru Nik AZIZ aau Anuar Ibrahim ataupun seperti yang rakyat maklum DAP yang sebenarnya, sebelum ini dengan suara lantang Ambiga nyata diperlihatkan PAS pasti angguk bila dikerah kejalanan demonstrasi walaupun diharamkan. Bukan setakat itu sahaja malah HIMPUN juga menjadi kecaman puak juak PAS dalam media cyber seperti FB dan Blog. Apakah tabiat angguk sudah dijadikan keMESTIan dalam PAS yang sebelum ini paling lantang menyalahkan UMNO bila kegagalan PAS wujudkan hudud. Sebagaimana yang kita ketahui sekadar melalak memarah bukit sebab bukit yang menghalang penglihatan si bongkak. Kalau BERSIH merekalah dalangnya menjadi pencetus kini HIMPUN seolah membuka pekung si PELAKUN yang berlagak ALIM memperlihatkan sebenarnya menjadi pengangguk DAP sahaja. Mana tidaknya untuk BERSIH sehingga sanggup melakunkan mati sambil diselang seli takbir dan ayat Al Quran. Paling Jelas Ahli PAS paling dominasi perarakan Haram tersebut. Kini mereka juga lah yang paling kecut bila cubaan menghimpun dan menyatukan umat ISLAM dalam HIMPUN SEJUTA UMAT. Malah sampai sanggup menjadi penentang dengan mencipta fitnah baru sebagai alasan . Tentunya UMNO adalah sebab atau punca sebab kita memang MAKLUM kalau Mat sabu jatuh tangga sekali pun UMNO confirm akan dipersalahkan! am' I Right BRO?

Monday, October 17, 2011

BERFIKIRLAH DGN WARAS! KALAU LAH INI PERDANA MENTERI KITA?



Sebagai seorang Rakyat yang menentukan kerajaan, sebaik-baik insan, sematang-matang pemikiran, Apakah kita terfikir jika pelaku didalam VIDEO ini bakal Perdana Menteri Kita, apakah kelansungan bakal berlaku jika benar-benar dia diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia di PRU 13 maupun dengan rampasan? Adakah kita mahu menjadi benar dalam salah satu peribahsa Melayu 'Sudah terhantuk baru mengaduh?' Apakah kita mahu membebankan soal negara yang bakal huru hara dengan menunding jari kepada yang lain?
Jangan jadi antara yang memperjudikan nasib Bangsa sendiri, jangan jadi penyebab keamanan di rampas dan diserahkan kepada lain, jangan pertaruhkan masa depan warisan dan bangsa dengan hanya terpedaya lenggok ceramah yg memfitnah, bersamalah kita menjadi angkatan pemikir yang menilai dengan hati, perhitungan, kajian, dan fakta. Telah diperingatkan bahawasanya kita adalah umat akhir zaman. Sepalitt kita salah memangkah bakal binasa seumur zaman bangsa sendiri.
Jadilah mereka yang berfikir jauh......tidak kah siapa sahaja yg punya simpanan video aksi keji ini dalam beberapa siri merupakan Kuasa Utama sekalipun pelaku didalam video-video ini bakal menjadi Perdana Menteri maupun peneraju Utama pembangkang. yang tersirat telah dikeahui, mengapa cari jalan hancur untuk generasi mendatang?

Wednesday, September 28, 2011

SEBELUM NASI LEMAK DIPAWAGAM, DS NAJIB DI CACI! NAK BAGI LALUAN?



Bukan satu tapi banyak video-video terbitan produksi Nasi Lemak 2020 yang mencaci termasuk Perdana Menteri, menghina orang Melayu, menjijikan lagu Negara ku, memutar belitkan fakta keamanan sedia ada, malah dailog lansung tiada tapisan, lagi berani dengan serikata dalam bahasa MALAYSIA, di ubah suara dari salah sebuah Filem Hong kong. inilah perbuatan yang dapat kita saksikan sebelum NASI LEMAK sekali lagi digunakan di pawagam-pawagam serta VCD yang berleluasa dewasa ini. tujuan keuntungan bukan soal utama tapi pengaruh dan simpati Namawee supaya diangkat sebagai HERO Orang Muda Kaum Cina sebagai tanda sokongan satu kaum bersatu hati apatah lagi menjejak dan meneliti kelebihan di PRU 13 yang bakal ditunggu. Halus caranya tapi jijik hasratnya, kali ini mencuba berkahak keatas bendera negara supaya orang ketawa, Kahak diatas bendera, rakyat terbahak-bahak tanpa sedar maruah tercela!

Persoalannya adakah kejujuran dalam menghasilkan Filem dengan pelbagai undangan Artis-artis Popular untuk memperlihatkan mereka mampu dan berDUIT untuk laksanakan hasrat sambil menyimpan niat untuk jadikan cara menghina era baru. kenapa NASI LEMAK tajuk yang digunakan kenapa tidak Char kueh tiow, Tosei ataupun Putumayum kenapa NASI LEMAK? tentunya kerana kesinambungan yang ada pada Video-video yang di tayangkan di Youtube yang boleh ditonton seluruh dunia terutama yang berada diluar negara, terfikirkah anda bagaimana video-video ini dapat di terima cepat dan baik terutama pelajar-pelajar di luar negara? tentunya serta pastinya ada hantu yang menyampaikan atau lebih tepat lagi menghasut!

Maka berfikir lah ANDA sebagai seorang dari Angkatan Pemikir? Kewarasan dan kebijaksanaan anda menjadi penentu!
Oleh : BUDAK HITAM 1

Tuesday, September 20, 2011

MELAYU KENA TAHU! KISAH SEORANG PEJUANG BRITISH & MAT SABU the HERO!

Sebagai seorang RAKYAT, Kami cukup tertarik dengan Temuramah serta pertemuan rakan Bloggers seperjuangan Seorang  Bekas Warga Pejuang, British Army yang menjangkau usia 80 tahun. Sebaik selesai membaca, meneliti dan menghuraikan postig salah seorang dari rakan maya Sdr sekupang Dua didalam Blognya (terus ke halaman), kesemua kami sungguh terharu dengan penceritaan beliau, dihujani dengan pelbagai rasa Marah, sedih, menyentuh, Bangga dan bermacam-macam lagi. Jadi kami sepakat mahu kisah ini diwartakan didalam Blog Kami. Cukup berbangga dengan Pejuang ini selayaknya kami paparkan semula untuk semua, Insyallah, Anda, jika sebagai salah seorang rakyat yang berbangga dengan kemerdekaan yang dikecapi sudah pasti akan bersetuju dan merasakan sebahagian dari cerita ini yang akan di noktahkan dalam kotak fikiran anda malah akan menyimpan kisah ini sebagai sejarah tuntutan kemerdekaan Malaysia. Pada pejuang yang dimaksudkan, kami menzahir serta mengangkat dia sebagai HERO dan Pahlawan, Cuma sedikit terkilan pada beliau dan rakan-rakan. membaca kisahnya sudah cukup meremang bulu roma, Apatah lagi kalau dapat bersua dan bertentang mata dengan beliau. Harap-harapnya kali hadapan jangan di lupa rakan-rakan bloggers jika ada lagi. Mengetahui kisahnya sudah cukup menghuraikan segala pertanyaan dan penjelasan sebenar! Kami mahu diantaranya yang pastinya amat bangga kerana dapat DENGAR dan apa lagi dapat Bersua muka dengan pahlawan ini. Kepada Rakan Bloggers diharap jangan tercicir lagi AP dalam senarai undangan nanti. Syabas dan Tahniah! Jom ikuti Kisahnya......



BACA KISAH INI KALAU KAMU SEBAGAI BANGSA MELAYU YANG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH! Sekupang BERTENTANG MATA dan berkongsi APA BEKAS PEJUANG 2COY BRITISH ARMY yang meletak nyawa demi kesinambungan Keamanan Negara, dari berjuang hingga berkawad di baris hadapan semasa MALAYA mendapat kemerdekaan! Wajah ini juga yang sekarang siSABU gelarkan PENGKHIANAT atau PENGGANAS NEGARA!
Sebaik Sekupang bersama rakan bloggers kinta dan kamunting memasuki highway menuju utara selepas selesai tugas di Ibu kota, tak banyak kami nak bercakap dek keletihan, sebaik selesai dan menyambung kembali perjalanan selepas membasahi tekak di Kawasan Rehat Rawang, Kinta Jauh termenung lama dan tiba-tiba terpacul ayat, KITA ADA SATU KERJA LAGI! KENA PEGI! terkejut teman... apa lagi yg tak selesai. Amenda bro? Kinta ingatkan teman 'kita kena pergi terus rumah Pakcik Bekas British Army tu' 
Ikuti kisah penuhnya {disini}

Friday, September 9, 2011

HALALNYA DARAH MELAYU...!!!


Belum pun habis isu tentang Mat Sabu menyatakan Polis Bukit Kepong adalah talibarut British, kini Mat Sabu sekali lagi cuba mengeruhkan lagi isu Polis Bukit Kepong dengan penyelewengan Fakta. Malam tadi Mat Sabu sekali lagi mempertahankan kenyataannya yang jelas cuba memesongkan fakta sejarah dalam ceramahnya di Bukit Jana, Taiping Di Markas Pas Bukit Jana bahawa kononnya membandingkan keadaan sebelum merdeka dan selepas merdeka. 

            Mat Sabu beria-ia benarnya menyatakan bahawa polis Melayu Islam yang bertugas pada masa sebelum merdeka adalah talibarut British dan tindakan Mat Indera yang mengetuai Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya adalah betul sebagai seorang pejuangan kemerdekaan. GILA!!!!! Pada masa yang masa tidak menafikan kebenaran bahawa Mat Indera dalam buku tulisan Samsiah Fakeh (Komunis) dan Abdullah CD (Komunis) adalah seorang Pemimpin Parti Komunis Malaya.



Adakah HALAL darah-darah Anggota Polis Islam yang berkhidmat di Bukit Kepong yang telah dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera??? 

Apakah HALAL bagi Mat sabu, darah-darah orang kampung Islam Bukit Kepong yang dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera???

Apakah HALAL bagi Mat sabu, darah-darah merah isteri-isteri dan anak-anak Anggota polis Islam Bukit Kepong yang dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera???

Dan kami percaya..”HALAL lah jawapan yang akan dikeluarkan atas nama sokongan undi Ultra Kiasu kepada Parti ysng mengaku islam itu. 


Dan untuk itu Persoalan yang paling besar  buat Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia ini atas kenyataannya bahawa kerajaan Malaysia ini adalah warisan dari penjajah British, maka atas nama warisan British...undang undang Negara ini adalah warisan British, Parlimen Negara ini juga didikan British ..

maka nyatalah Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia itu sebenarnya TALIBARUT ATAU PENGKHIANAT Warisan British kerana menerima gaji sebagai Ahli Parlimen Negara WARISAN BRITISH INI.

Juga Jawapan terbaik untuk PENGKHIANATAN itu ialah HALAL!!!!