Monday, November 26, 2012

KALAH...BUKAN GAGAL!!

Sehabis lontaran vokal tika menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura sebentar tadi.
Biarpun tidak bersama sama UltraMalaya di stadium,namun lagu pembakar semangatnya tetap berkumandang di tempat AP menyaksikannya.
Skrin besar ala wayang pacak,dataran yang di tar, sebungkus nescafe ditangan dan puluhan keluh kesah rakan rakan, hujung tepian gelanggang futsal ternampak juga 2,3 orang rakan parti dari "sebelah sana"turut serta menyaksikan bola wayang pacak walaupun ada siaran langsung di tv1.Ramai,
Jauh benar jurangnya kami yang didataran ini dengan mereka itu sekarang,hilang gamaknya ingatan bermain bola bersama dipadang waktu belasan dulu.Tika sama sama menyarung jersi baru yang dibeli oleh Abg Ham, ketika menjawat Ketua Pemuda UMNO Cawangan.Pudar mungkin...Azam dan semangat yang dilaungkan bersama,untuk bermain di Divisyen 1 Ipoh dulu.

Bila dilambai untuk diajak bersama duduk didataran tar,hanya senyum pahit dan tangan beralah yang ditunjuk.Biarlah dan entahlah.

Semuanya kerana ANGGAPAN... Kami ini UMNO,segala berkaitan UMNO mungkin "HARAM" barangkali.

Untuk menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki edisi 2012,bukan lah semudah "berdiri di pentas kemudian menghamburkan segala cela kepada lawan"atau semudah memetik separuh dari ayat al quran berkenaan "tiada paksaan memilih agama" Dari keseluruhan ayat :

Ertinya:
Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al Baqarah 254.

Tidak pula mahu kiranya dibaca ayat seterusnya didepan para mubaligh mubaligh kristian dalam dewan itu....

Ertinya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Al Baqarah 256.

Sudahlah,bukan bicara itu mahu dipanjangkan pada posting ini,bukan juga kawan kawan Kampung yang "Taat pada doa Ulama Parti" duduk dihujung dataran itu bualannya.

Kita bual pada Skuad Harimau Malaya.. Kalah kepada Singapura 0 berbalas 3 pada perlawanan tadi bukan bermakna skuad Harimau Malaya kita telah gagal mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012,
HARIMAU MALAYA BELUM LAGI GAGAL.

Seharusnya kita men DOA kan agar perlawanan menentang Laos dan Indonesia nanti,moga beroleh kemenangan.

INGAT...DOA YANG BAIK BAIK BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA KITA.

Jangan Doa mintak mati,k.o. Dan berbagai bagai..hanya kerana mereka kalah.





Sunday, November 25, 2012

Mongol baru pulang!

Tadda... Memang,memang lama AP tak menulis,sinis je luahan luahan sahabat Perak Cyber Troopers mengenai berita,isu dan segala macam hal dunia yang diibaratkan mereka sudah meninggalkan AP,

Lama merenung papan huruf,lama.mahu ditaipkan apa atas pemuka blog ini,buntu.
Mahu dibacakan apa buat tatapan mata yang membaca blog AP kali ini.

Isu politik Negeri Perak yang mana patut pembaca blog AP tahu dan bicarakan..
Isu Doa yang bagaimana mahu dijadikan senjata.
Isu itu isu ini,cerita itu cerita ini.
Khabar itu khabar ini..

Semua itu diuji lari dalam minda AP tika ini.

Apapun,terima kasih kepada semua sahabat PCT,sentiasa menyokong AP,sentiasa ada bahu untuk dipaut.

Apapun pengalaman lalu AP jadikan pengajaran

Seperti mana tajuk diatas...

MONGOL BARU PULANG!!!





: PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012


دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو: PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012: 3 USUL BAKAL DIBAHASKAN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012~ PUTRAJAYA 22 Nov - Tiga usul penting bakal dibahaskan menerusi Perhimpunan...

Monday, October 8, 2012

KRISTIAN EVANGALIS DALAM DAP

Menarik sebenarnya apabila bercakap tentang tajuk diatas.Sudah tentu dibayangi dengan maksud perkauman,jumud dan maksud bahasa yang seantaranya.

Jadi benarlah,bahawa bahasa penulisan boleh meyebabkan dan menimbul keraguan apabila minda sering diasak dengan kecelaruan maklumat.

Tidaklah AP mahu menambah beban bagi pembaca kali ini dengan teori atau tanggapan baru mengenai politik negara.Seperti mana pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat "MEMPERBAHARUI" IKRAR" janji janji lagi kepada rakyat pada pembentangan baJET mereka lalu. dalam menyusur blog rakan rakan tadi terlihat 1 artikel menark untuk dikongsi bersama pembaca
KLIK SINI dari blog AIDC.

Menarik,pemerhatian dan pengalaman wartawan ini patut setidak tidaknya menjadi penilaian peribadi kita menilai Pemimpin pemimpin parti politik DAP dalam agenda mereka berparti di Malaysia.

Di akhiran wawancara itu jua sedikit mendetikkan perasaan ragu AP tentang pegangan pemimpin utama DAP Malaysia.Mungkin kerana terkurang maklumat.Atau mungkin maklumat tidak terdedah,seperti mana terdedahnya "MENAIKI JET.SEWA?SPONSOR?BELI? " begitulah Faham AP ketika ini.






Saturday, October 6, 2012

SESSI MARI BELAJAR MEMFITNAH ZAMBRY

Mari belajar memfitnah 1.

Elemen utama dalam memfitnah ialah memastikan bahan atau material untuk dijadikan bahan fitnah
MEMPUNYAI KEPENTINGAN / PERHATIAN UMUM

Kesannya

Bergantung,paling nyata ialah memastikan karektor atau imej keperibadian yang menjadi mangsa fitnah rosak.

Jadi dalam artikel kali ini bahan fitnah kita ialah Menteri Besar Negeri Perak, Dr Zambry Abd Kadir.

Mengapa Dr Zambry?

Jawapanya ialah, Intergriti beliau dalam memacu kepimpinan UMNO Negeri Perak dilihat ancaman kepada kemahuan Parti Islam di negeri Perak yang dahagakan kuasa.
Jua kerana ketokohan beliau membentuk
Juga apabila fitnah terbesar yang dilaluinya "MENTERI BESAR HARAMJADAH,HITAM TAR JALAN,ANAK NELAYAN TIDAK SEDAR DIRI,  Secara  terbuka di ceramah ceramah yang dibuat oleh rakan sekutu parti Islam di Perak itu, memakan diri dan menghakiskan sokongan umat islam kepada mereka DAP,PAS DAN PKR berikutan hinaan dan cacian kepada kepada Zambry itu melampaui batas dari sudut agama.Lalu DAP menyedari silap besar mereka.

Mengapa tidak DAP yang menyerang seperti selalu?mengapa PAS PERAK?

Jawapannya, Apabila qalam qalam Allah digunakan secara pukal untuk mencari kuasa, oleh mereka mereka kafir yang diangkat seolah Khalifah Islam oleh pemimpin Parti Islam di Perak.Memberi implikasi buruk dan membuka mata rakyat,betapa tergadainya Islam ditangan KHALIFAH DAP.


KEROSAKAN" besar itu harus diperbaiki dan diperbetulkan dengan cepat,dan untuk itu demi memastikan kelangsungan undi Ultrakiasu berterusan,maka kedepanlah pembahas pembahas bertaraf Ulama parti Addin menghalalkan fitnah kepada Dr Zambry.Dengan harapan Umat Islam tidak terus tersinggung dengan tindakan mereka.

Dibawah ini contoh FAKTA SEPARUH BENAR yang diputarkan oleh parti Addin melalui media utamanya Harakah

Bagaimana mereka mengalihkan isu sebenar,

2.Kenapa kerajaan negeri menjual rumah perak dan apakah rasionalnya.
3.Adakah kerajaan negeri Perak menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa menjual aset?
4.Adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah baru untuk menggantikan rumah yg telah dijual?

Dan Untuk mengetahu jawapan panjang sila KLIK dan percayalah mereka takkan mampu membalas kenyataan yang sebenar,
Untuk itu AP sebenarnya menanti SESSI MARI MEMFITNAH MENTERI BESAR PERAK siri 2, yang bakal dibuat oleh mereka apabila isu diatas dijawab.

Sama sama kita nantikan