Wednesday, July 18, 2012

BODOH TAK DAPAT DIAJAR LA NI!!!

Dari Utara tanah air,dari Negeri Dibawah Bayu membawalah hingga ke kota yang mengisi tangga pertama kekayaannya di ASIA TENGGARA,Selangor.Kayanya negeri itu bukanlah sekarang.Tapi sebelum diperintah oleh Pakatan Rakyat.Bukanlah kaya Selangor itu mahu dibicarakan pada entri ini.Bukan juga kontangnya kantung negeri terkaya di ASIA TENGGARA dijadikan bicara entri ini.Jauh benar cerita BEKAS KEKAYAAN SELANGOR jika mahu dibandingkan apa yang AP mahu bual bicarakan disini..

Jadi lebih senang bicara kita andai terus ke asbab adanya entri kita kali ini,"TABUNG JIHAD"

"asal berkumpul...keluar TABUNG DERMA,...Asal DERMA...Mesti masa KUMPUL"
Tapi,biarlah...bukan DERMA,TABUNG,JIHAD Atau KUMPUL itu yang MEMILIKI TAJUK DIATAS.
KOMPENAN ELEMAN YANG MELENGKAPKAN PARTI ADDIN ITU TIDAK MENGUJA Angkatan Pemikir bagi berbicara.tambah memualkan,apabila MELIHAT BEG PLASTIK diatas,(tin milo mana?).
Biarlah....

Jadi apabila ditanya siapa atau apa yang memiliki TAJUK ATAS... INI JAWAPANNYA

Kesian insan ini,kesian...bukan satu,bukan dua TAPI berkali kali KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT MELAUNGKAN...TIADA HUDUD! Faham ke tidak agaknya? TI A DA HU DUD!...opss jangan serang AP sembrono...bukan AP yang lafazkan itu BUKAN fitnah...bukan.. TAPI PEMIMPIN WAHID PARTI ADDIN itu sendiri...

LAIN KALI PAKAI BAJU YANG ADA TULIS "SUDAH TUKAR,TIADA HUDUD"... Tidaklah kiranya di pandang seperti tajuk diatas....

PERAKCYBERTROOPERS tiada tukar tukar....kami steady jer...jom join kami.

MAMPUS AKU KALI INI!!!

"Mampus!!Mampus aku kali ini!....
Apa benaknya si Rapiji beria ria menyuruh aku berbaju serba kelabu ini!
Andai diludah pun..cukup!cukup boleh melemaskan nafas serba laju pantas ini
"...bentak Nijar sifanatik dalam nubarinya.

Perghh...korang sure mengecilkan retina mata bila membaca rangkap pertama diatas..surelah,
Bukanlah seratus peratus sure seperti mana tweet "Ustazah Abby""Imam Heri"mengenai imbuhan untuk turun berceramah dipentas PAS,..

Kita sambung..

Nijar : "Bodoh Rapiji nih!!tempat kumpul kumpulan kelabu bukan disini!Nun...hujung padang sebelah sana,disini berkumpul buat apa!ini kawasan kampung Timbang!Baju Merah!
Perlawanan merebut Piala Penghulu Mukim buat kali ke 3.0 ini bukan perkara main main."

Sudah,serangkap dua cerita diatas sebenarnya cukup menggambarkan puluhan cerita yang mampu digarap.Namun bukan kejuaraan bola kampung yang mahu dibicarakan.Bukan juga mahu membicarakan bodoh atau pandainya si Rapiji dalam menyusun atur tempat kumpul penyokong bola itu.

Yang mahu AP sampaikan adalah ini

Nampakkan...Apa?..Owh dah tentunya gambar Mantan Menteri Besar Negeri Perak yang AP bicarakan..
Andai masih ingat artikel AP mengenainya sudah tentu "GILA PUBLISITI" yang bakal terpancul keluar deras dari mulut.
Ngerti entri penuh artikel ini?
BAJU OREN,BERAPA KALI NAK BAGITAU...BAJU OREN BUKAN KOTAK KOTAK!!

Bak seperti kata sahabat AP,Blogger Kinta Menjerit...."sah dia nin meroyan"...

Meroyan,gila publisiti tiada dalam PCT..... JOM JOIN KAMI.

Monday, July 16, 2012

LAPORAN LAGI!

Maka berulang lagi kegusaran dan kebimbangan semua yang menyanjungi insan itu,

Juga yang berulang sama.... KONSPIRASI,FITNAH DAN REKAYASA MENBUSUK UMNO.
NAHH..Apa lagi agaknya bualan dan alasan tempelan buat mereka yang menyokong ketua De Facto PKR merangkap Penasihat Kewangan Negeri Selangor itu.

AP teruja sebenarnya,mengetahui dari rakan rakan blogger lain bahawa ada laporan Polis Terbaru melibatkan LIWAT.Yang pemain UTAMANYA sudah tentulah maha mahsyur dan terkenal dengan "bentuk badan macam saya,..muka macam saya,tapi bukan saya!"..

Haruslah para pembaca meneruskan bacaan disini

Sebenarnya buat pengetahuan Umum,AP juga diberitahu oleh rakan rakan AP di IPTA bahawa "Bangkai Gajah" takkan mampu ditutup dengan Penafian dan sindrom meletakkan salah pada pihak lain.
(sudah kuat benar cerita liwat terbaru melibatkan De Facto itu bermain di kalangan sahabat AP,cuma menunggu kesahihan laporan sahaja).

Wednesday, July 11, 2012

KEGEMPARAN KIAMAT PETANDA DI MALAYSIA!!

Menitis air mata AP,bukan kepalang lajunya air mata berjujuran tatkala mendengar kisah KIAMAT yang Ustaz sampaikan,Nahu dan lenggok bahasa ustaz cukup meruntun perasaan.Malah separuh kelas AP tika itu hanya dihuni sayu dan keinsafan...
Sempat jua AP mencuri pandang pada gadis kegilaan kelas AP dan kelas sebelah itu,wahh..tak segan silu juga titis air matanya keluar...


SPONTAN sebenarnya kenangan diatas keluar diminda AP,kenangan bersama ustaz tika AP kecil kerap benar mengunjung AP sekarang,kerap...SEKERAP LIM BHOON CHYE DAN RADHI ZAINOL PAKATAN RAKYAT GOPENG BERDEMO MENBANTAH Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman.
namun bukan SEBAB DEMO itu yang menyebabkan terkenang Usrah ustaz Musa itu.

GEMPAR YANG AP MAKSUDKAN BILA MANA TERKEJUT DENGAN ADANYA INSAN YANG MENGAKU "IMAM MAHDI" terkemudian pula diteruskan ke"GEMPAR"ran itu dengan amukan di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya.Apatah lagi dengan berakhirnya riwayat "Insan NINJA" ditangan pihak berkuasa.

"Maka,....KIAMATLAH DUNIA INI SETELAH MENINGGALNYA IMAM MAHDI,"..antara kata kata ustaz Musa tatkala memberi usrah kepada kami dulu....

MAHU KIAMATKAH DUNIA!?! Dan sudah tentulah jawapannya belum ketentuan Ilahi.

Andai dulu,linangan airmatalah mengiringi berita seperti ini buat AP...Namun kali ini sayu dan kekesalan yang melanda apabila mendengar "DEMIKIANLAH SUDAH JANJI IMAM MAHDI DI DUNIA INI"
Bagaimana seorang itu mudah di manupulasikan hanya atas sifat kekaguman terhadap insan lain.
Melayari blog insan tersebut,cukup menggambarkan betapa terganggunya insan itu.betapa mudahnya manusia terganggu ini dieksplotasi atas kepentingan POLITIK..

Dan kesemua diatas,mana mungkin berlaku jika setiap Parti Politik di Malaysia ini menanamkan sifat sayangkan negara,hormati lawan dan menolak fahaman ekstrim dalam mencari kuasa.

Sebagai blogger,AP MENGHARAPKAN AGAR BLOGGER MILOSUAM TAMPIL MEMBERI KERJASAMA.MUSYKIL,BAGAIMANA BLOGGER MILOSUAM ITU BOLEH BERADA DITEMPAT KEJADIAN (juga blogger pertama yang mengeluarkan klip video insiden tersebut di youtube)

Soal nyawa,bukanlah pertaruhan.
Soal Agama,bukanlah gadaian.



Kerana kuasa,nyawa insan tidak berdosa diperalatkan.....

Mari bersama PCT,kita bersama membina negara.

Sunday, July 1, 2012

KISAH BENAR

Keraguan,maha tidak muhasabah,
Sengaja AP diamkan dari berbicara tentang SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN IPOH,yang menjadi perkara hangat yang dibicarakan dikalangan orang melayu di sekitar Ipoh,

DIAM bukan kerana tidak mahu menyentuh isu berkenaan,BUKAN KERANA GENTAR DEK TINDAKAN SAMAN 200JUTA KEPADA YB HAMIDAH OLEH PEMIMPIN PR KAWASAN GOPENG ATAS ISU TERSEBUT.tetapi sebenarnya diam kerana mencari kebenaran APA SEBENARNYA YANG DIPERJUANGKAN OLEH KEPIMPINAN PARTI ISLAM GOPENG ATAS ISU TERSEBUT.

"kami bukan menentang SEKOLAH AGAMA RAKYAT,kami sebenarnya menyokong,biar nak buat 20 tingkat pun,yang kami soal sebab keselamatan,satu signbord pun tak ada,tau tau ada bangunan jer"......(AP memetik bualan hujah dikedai NASI AYAM TAUGEH BONG MOHSEN)

INI ALASAN "Abang A"(salah seorang kepimpinan tertinggi PAS Gopeng)..

Bicara atas bukan itu sahaja,KESELURUHAN BICARA ITU SEBENARNYA AMAT PANJANG,

KATA KATA ABANG A MENGENAI SEKOLAH AGAMA RAKYAT ITU DIPATAHKAN OLEH SEORANG ANAK MUDA YANG KEBETULAN AP LIHAT CUKUP SEDERHANA.

PALING TERTARIK BILA ANAK MUDA ITU MENGAJUKAN SOALAN KEPADA ABANG A(kepimpinan PAS Gopeng)

"andainya saya berdiri ditepi jalan itu sambil memegang sepanduk "SAYA ANTI ISLAM",kemudian gambar saya memegang sepanduk itu keluar di suratkhabar,apa tanggapan abang kepada saya?"..

Soalan itu sebenarnya rentetan dari kenyatan abang A apabila beliau berhujah mengatakan YB Hamidah menguasai media dan kerana itu rakyat tidak tahu hal sebenar,KEBENARAN YANG PEDIH BUAT ABANG A itu, apabila anak muda itu memberitahu bahawa gambar menentang pembinaan SEKOLAH AGAMA RAKYAT OLEH AHLI PARLIMEN GOPENG ITU BELIAU LIHAT KELUAR DIAKHBAR AKHBAR CINA,

Bukan seperti kenyataan abang A itu,keluar di media kawalan YB Sg Rapat,YB memutarbelitkan kenyatan,menghalau dan banyak lagi.Abang A mula kendur dalam berbicara.....

Kata anak muda itu lagi,"tentulah perkara pertama bila melihat gambar saya diakhbar dengan memegang sepanduk seperti itu,boleh menyebabkan darah saya "halal"...tidak perlu menambah apa apa elemen untuk mempertahankan tindakan bersepanduk saya."

Mematah hujah dan alasan alasan tambahan oleh abang A mengHALALkan tindakan ahli parlimen Pakatan dan calon PAS Radzi Zainol (bukan menentang katanya) "keselamatan",signbord,media UMNO,
Dan berbagai lagi alasan karutnya.

DAN UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA,bual bicara ini memang benar benar terjadi.takdirnya AP berada di kedai yang sama dan mendengar bualan hebat tersebut.

Tak perlu menceritakan kesudahan bual tersebut,cukuplah selepas Abang A itu beredar dengan kereta barunya itu (BUKAN MEMBAZIR SEPERTI MEMBELI PLAT KATANYA,walhal sudah memiliki banyak kereta)

AP mengucapkan tahniah pada anak muda itu,tahniah kerana berjaya "MENDIAMKAN" orang kuat PAS Gopeng itu.

Jangan mengadaikan agama demi kuasa.
Jangan demi kuasa menghalalkan apa jua tindakan merosakkan kesucian agama.
Jangan aniaya pendidikan islam buat kanak kanak Taman Desa Aman

Yang penting,
Mari menjadi lebih bijak bersama PCT DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.