MALAYSIA PENUH SANG PEMBOHONG? Hari ini siapa sahaja yg menjadi Rakyat Malaysia pasti akan disumbat pelbagai kerenah dan skill pembohongan supaya rakyat mempercayai dengan kesumat pembohongan. Apa sahaja melaluimkaca TV dan dada akhbar tujuannya utk rakyat jadin takut dan bimbang, kesannya bukan setakat itu, melihat senario panas politik yg ada kini pelaburu pun mula angkat kaki cari kawasan baru utk berniaga, soal mejunam nilai ringgit juga jadi kelebihan supaya Rakyat KENA tanggung. Yang penting gambarkan Malaysia dalam keadaan muflis dengan keberhutangan yg disebabkan oleh Kerajaan BN sebelum ini. Soal fakta Negara yg diiktiraf cukup stabil dgn simpanan lebih 600 billion yg ada perlu diwas-waskan kepada Rakyat, tak kisahlah maca, biskut sekejap 1Trillion, sekejap 1.2 Trillion akan sentiasa diubah supaya memadamkan ingatan kukuh simpanan sebenar yg ada.
Cuba lihat carta iktiraf dunia tentang Garf hutang Dunia (gambar), mungkin anda perlu guna kanta pembesar utk cari kedudukan Malaysia. Cuba pula anda nilaikan dgn apa yg dikhabarkan dlm sidang Media Menteri Kewangan Trowong laksana ceramah Pakatan Harapan jadi standard atau nilai seorang Menteri Kanan yg ditonton seluruh Dunia. Motif sudah mula dibaca Rakyat kini seolah meletakan satu Doktrin kekal dihati Rakyat bahawa betapa musnahnya negara akibat segala keburukan dijemala BN sekalipun mereka kini sedang memusnahkan usaha lebih 60 tahun negara dibagunkan dan dimajukan sebelum ini.
Mengheret selagi ada sudut dan habuk untuk menolak apa sahaja kemajuan yg ada walaupun mereka sebenarnya gagal membuktikan kemajuan dan kelebihan rakyat hasil terdahulu ada kepincangan. Apa lagi utk menjanakan buah gikiran baru lansung tidak upaya, jadi jalan menutup kelemahan pemerintah yg carca merba sedia ada sekarang maka penjenamaan baru diupayakan.
Apa sahaja yg memjadi kejayaan sumbangan kepada rakyat akan dijenamakan semula, bak kata satiya..... SUDAH TUKAR KA? Tak kiralah apa nama sekali pun yg penting tukar! Maka timbullah pelbagai nama sehingga nama kereta mewah idaman orang miskin seperti APAD pun digunakan...... hahaha.
Kebiasaanya Nama program atau Projek wujud selepas perancangan teliti dan pengkajian awal yg dibuat sebelum dilaksanakan maupun dibentangkan. Jadinya kalau selepas itu maknanya lebih hentam kromo, contohnya kalau RTC atau UTC tidak lansung berkesan atau berkelebihan untuk rakyat, maka tutup sahaja dan buka saja yg baru hasil idea bernas menunjukan Kera jaan baru lagi hebat sepertimana dalam Manifesto sebelumnya. Buatlah apa sahaja, tukarkan RTC kepada komplek beli belah ker atau jadikan Hotel 20 bintang-bintang yg boleh bawa hasil kepada negara beratus kali ganda keuntungannya.
Malangnya apa saja nama yg ditukarkan maka ianya tak membentuk kelebihan malah rakyat sepatutnya disalahkan kerana sudah memang dari awal mereka hanya menjanjikan HARAPAN dalam erti kata lain BELUM TENTU JADI. Bak kata anak-anak muda yg selalunya akan ketawa ' Hambik kau, TADAH lah'
Apa pun kepada Pak Menteri sebenarnya menggunakan kesempatan yg ada bagi menyemat kekal doktrin dihati Rakyat, mereka sedar apa sahaja yg hendak dibohong atau hasut tempohnya bakal berakhir kerana Musim Bola Dunia sangat-sangat menghampiri, kerana dimasa itu apa sahaja mereka katakan atau berbuih mulut wayang penerangan akan di ' MARK AS READ' oleh rakyat, maklumlah siapa yg nak muntah jelek dengan segala sandiwara sama yg dipenuhi scene sedih mengalir air mata dan air liur basi pak Menteri. Rakyat mula sedar tentang tersilap jafi pak Kadok, maka baik berdiam dan maki hamun dalam hati lebih baik dan selamat utk menerima kekesalan tindakan sebelum ini hanya kerana mengunung HARAPAN akibat terpedaya. Sungguh...... Unik kan Malaysia!
No comments:
Post a Comment