Monday, June 11, 2018

THE RETURN PEJUANG KAMPUNG PASTI PENINGKAN JKKK BARU SETAHUN JAGUNG?



Pelik dan sebenarnya bakal membawa petaka kepada kerajaan PH selepas ini, menghukum peranan ketua kampung dengan menyingkir mereka dgn penuh aib bakal membuatkan semua ketua kampung di Malaysia bakal menjadi pembangkang yg kuat dgn sokongan akar umbi.

Kesilapan Kerajaan bohong bakal mengundang malapetaka dinperingkat kampung, semua ketua kampung yg layak menerima Bonus Raya kali kedua RM 500 lansung tidak ada dalam buku kejam mereka. Bukan semuanya berbangsa Melayu, malah dari semua kaum, kaum orang asli, ketua-ketua kaum yg berbilang bangsa, Imam, siak dan lain-lain lansung tak diendahkan. Malah tiada apa berita tentang status pemberian Bonus yg sepatutnya dimaklumkan sebaliknya surat pembubaran yg bertarikh 30.6.2018 diberikan tanpa sebarang alasan. Tidak kah ini dilihat PH sengaja mencari masalah nanti.

Ketua kampung biasannya bertahan oleh sokongan kuat akar umbi dgn penuh keyakinan mampu mengalas jemala soal kampung. Mereka bukan setahun dua berkhidmat malah setiap inci kampung dalam external GB di otak mereka sudah sedia ada. Siap ada takwim next and next sebagai contoh moreh, tarawih, sambutan ramadan kampung, sholat raya, bantuan raya, zakat, sehinggalah sambutan Hari Raya. Bukan itu sahaja kebiasaannya sudah terancang awal denga teliti menyusul sambutan Aidil Adha dan Korban nanti.

Itu belum bab masalah kampung tentang dadah, kerosakan moral anak muda, jenayah, kemiskinan, bencana ribut atau banjir, kahwin, sekolah, kematian dan banyak lagi, peranan yg begitu besar khidmat ketua kampung yg tidak semua mampu atau semudah tunjuk jari melantik Ketua Kampung Baru kerana orang kampung tahu siapa yg sebenarnya layak dicalonkan, malah seringkali yg tidak bertahan undur terhormat dan memberikan laluan. Dimana mereka nak lari dari orang kampung?

Penghinaan yg amat ketara bila mereka diberhentikan malah segala peruntukan yg sepatutnya diterima dibatalkan begitu sahaja, bayangkan betapa ramai yg mendahulukan wang JKKK yg diberi oleh kerajaan negeri (5k) utk program dan program bersama agensi seperti Kospen yg telah dilaksanakan akhirnya penduduk kampung juga terpaksa menanggung kos tersebut. Diburukan lagi segala Janji Elaun tambahan atau Bonus lansung tidak dimaklumkan sudah dihapuskan walhal masih dalam tempoh berkhidmat hujung bulan ini sedangkan bayaran sepatutnya dilakukan diawal bulan ini.

Kita tidak tahu apa pula tindakan kera jaan PH nanti ttg Dana yg kampung dapat hasil hadiah dari kemenangan pertandingan  Desa peringkat Negeri dan Malaysia, mungkinkah semua itunjuga turut disekat? Melihat perkembangan sekarang seolah kampung dulu-dulu pula jadinya. Pemerintah pula memeras hasil kampung untuk diberikan sebagai cukai atau UFTI DAUN EMAS sinonim dengan senario sekarang, tak mustahil kerana dewasa ini Sekolah pula menjadi mangsa untuk Tabung Harapan urusan Maybank dan bukan Bank Negara sepatutnya.

Apa pun kita boleh lihat bagaimana peranan Ketua  Kampung Baru nanti yg salah sati syaratnya mesti sebagai ahli Parti PH walaupun kononnya penjawat awam diberhentikan kerana mereka merupakan ahli parti BN  sebelum ini adalah satu kesalahan yg amat besar. Tidakkah ada kajian tentang ketua kampung sebelum ini? Dikampung saya di Taiping sendiri jawatakuasa yg dilantik tanpa mengira parti tetapi diambil kira peranan mereka terhadap kampung. Malah paling ketara bila Imam atau Bilal dikampung yg cukup diketahui menjadi ahli parti PKR, PAN dan PAS juga menjadi mereka yg menunaikan Haji dan Umrah dalam program 1MDB dan Tawaran Kerajaan Negeri.

Percayalah bila tiba Hari Raya nanti, bila semua anak kampung pulang beraya nanti isu Ketua Kampung tentunya membuatkan penduduk kampung bakal panas dengan isu ini, manakan tidak kerana anak-anak mereka diperantauan tentunya tidak berpuas hati soal aktiviti ibu serta ayah dinafikan dan siapa lagi yg akan mengambil tahu tentang mereka sebagai perantau?

Kepada Ketua Kampung yg ada bertabahlah, lupakan soal Berjasa kepada Kampung hanya kerana Uri dan Mayat Tok Moyang yg tertanam dikampung bukan lagi alasan perjuangan anda. Hadapilah dengan sabar kekejaman kera jaan yg ada ketika ini.

1 comment:

  1. mereka patut bersyukur..
    sebab orang yg bagi diaorg bonus dah kalah..
    orang yg diaorg sokong dah menang..
    ok la tu.. haji atau umrah nanti.. pastinya tadak lagi kot?
    ya la.. dah nak banrup katanya.. dan org pesalah rasuah yg jaga duit rakyat sekarang...

    ReplyDelete