AP mencatat kembali.
Sembah Takziah dari AP buat seluruh Kerabat Di Raja Sultan Perak,atas kemangkatan Baginda Sultan Pemerintah Darul Ridzuan.
Bagi rakyat Perak,AP begitu merasakan kehilangan Seorang Sultan Melayu yang hampir dengan rakyat, sekarang terkenangkan senda gurau almarhum Sultan tika datang melawat masjid dikampung dahulu,
ketika AP kecil
Loghat Perak Almarhum bersama kami anak anak kampung kekal menjadi ingatan.Sejak itu setiap jumaat tika imam mendoakan sejahtera atas Almarhum Sultan Perak Pemerintah Darul Ridzuan Pasti wajah jernih Almarhum muncul diingatan.
"budak-budak berbaris!!..jangan rebut-rebut,semua dapat salam sultan.." arahan imam pak Jagho pada kami.
Kami berbaris mendahului yang tua,makcik,abang nenek yang turut serta di halaman masjid itu.
"udah sunat belum nih?"... Suara Almarhum Sultan menegur Juher,disebabkan kecil sangat dia dikalangan kami.Kami gelak berdekah.
Semua disalamnya,semua ditegurnya.Ada juga diselang gelak sebab digurau Baginda Sultan.
Banyak kenangan sebenarnya.Tak tertulis di catatan ini.
KERANA JASANYA, PERBUATANNYA,TINGKAHNYA DAN NAMANYA
SULTAN PEMERINTAH PERAK DARUL RIDZUAN
AP antara RIBUAN ANAK PERAK yang bangkit mempertahankan Almarhum baginda dari dihina Oleh LIM KIT SIANG pada 16 Mac 2008.Kerana angkuhnya tidak mahu menerima titah baginda.
HARUS DIINGAT! RIBUAN ANAK PERAK KETIKA ITU TIDAK BERLABELKAN SEBARANG PARTI POLITIK.
JANJI ANGKATANPEMIKIR.
KAMI AKAN TERUS BANGKIT!MARA! MEMPERTAHANKAN ISLAM,KESULTANAN DAN NEGARA
No comments:
Post a Comment