Wednesday, February 20, 2013

HUKUM KARMA

MENULIS.
Terkadang dengan kebanjiran blog blog baru di ruang luas ini,membantutkan hasrat untuk berkongsi informasi,pandangan,pendapat dan luahan mengenai suasana iklim politik di negara ini.Bukan kerana kekurangan maklumat,bukan juga kerana persaingan malah jauh sangat dari rasa kecewa.Langkah untuk "pause" seketika dilihat langkah baik untuk menilai kembali "NIAT" ketika mula menulis dan menyebar luas pandangan AP.

Dan pada langkah "PAUSE" itu,kelahiran rakan rakan baru AP mengagumkan.Saban pertemuan Teh Tarik dikalangan kami pasti berakhir dengan PENCAPAIAN carian atau seHOT mana blog diperkatakan.Anugerah tahniah dari AP buat rakan rakan.

Lalu pada ketika pause itu juga tersedar bahawa rakan rakan telah terikat tanpa sedar dengan beban PENCAPAIAN...ada perlumbaan untuk itu.Dan perlumbaan itu bahaya.Buat sahabat, definasi bahaya itu boleh ditakrifkan mengikut kesesuaian cara kita berfikir.

buat pembaca , tajuk kecil "MENULIS" sebenarnya seperti artikel artikel lepas adalah permulaan kepada keseluruhan artikel kali ini.

Penulis penulis blog seperti AP,ramai.Melihat penulisan dan penceritaan dari blog kawan maupun bukan kawan,(blog berunsur politik wajibnya mempunyai lawan)Blog bukan lagi dilihat dari sudut " DIARI UMUM " yang berkongsi informasi.Peranan luasnya melangkaui segala bidang. Pendidikan,ekonomi,sosial,konspirasi dan segalanya.Sebutlah apa pun,pasti ada terkait dengan "Diari Umum" ini.

Dan untuk menghadapi pilihanraya yang mendatang ini,pesan AP kepada pembaca sekalian, membacalah tulisan yang pembacaannya tidak memberatkan akal minda,tidak mengurangkan akal waras,Tidak mengemosikan perasaan tika berhadapan dengan rakan bukan seParti.

Apabila menyentuh "sebutlah apa pun pasti ada terkait" mengingatkan AP pada Cerita Perhimpunan 112 atau 121( terkait ingatan AP pada skandal bilik hotel Timbalan Presiden Parti Addin) yang pada kiraan matematik AP,Sudah dihalal sucikan oleh keseluruhan ahli Parti Addin.Itu peristiwa yang berlaku pada satu ketika dulu.

Berlaku selepas itu salah seorang ADUN dari Parti Addin itu ditangkap didalam Koc KTM,juga dihalal suci oleh keseluruhan mereka di Parti Addin itu.walhal ditangkap oleh suami perempuan itu sendiri....(ketua keselamatan Parti Addin sendiri yang mendedahkan)

Dikaitkan dengan tindakan seorang suami yang menangkap sendiri isterinya pada 3.00 pagi bersama penceramah bertaraf ustaz.(laporan oleh suami tersebut kepihak berkuasa)

Terkait juga peristiwa baru membabitkan Setiausaha Agung pula..Seperti biasa percayalah kata kata AP,pasti dihalal suci oleh kepimpinan Ulama Parti Addin itu....(2 ahli AMK PKR ditangkap ketika menyebarkannya)

Andai diatas tadi pesan AP agar pembaca tidak membebankan akal dengan pembacaan berat,bacaan yang megeruhkan minda agar kita berprasangka.AP memesan juga lagi.rangkap ini.

Lama benar mereka menggunakan ISLAM demi kepentingan dan dahaganya mereka dengan KUASA baik dari gaya bahasa,penampilan...tidak lah kita redha dengan perbuatan mereka itu.
Mereka pertikaikan kita tidak menerima Allah seperti mana mereka,
Mereka sindir Seolah ISLAM kita hanya 30% berbanding mereka 100%..
mereka keji kita seolah kita lah anjing yang patuh pada tuan kerana dikatakan mengekalkan undang undang penjajah..
Dan cukup banyak....cukup banyak.

Tidakkah terlintas dihati kita ini...apa yang berlaku adalah "BAYARAN TUNAI" dari Maha Pencipta buat mereka.....



No comments:

Post a Comment