Wednesday, February 20, 2013

RAKAMAN

Sana sini..
Nun sana sini melahirkan ekspresi ambil berat.Baik dengan simpati,sedih sudah tentu ada juga dengan marah.Bukan alang kepalang ekspresi yang keluar.Andai didepan mata,lunyai maunya dikerjakan.

Mana sana sini tu?
Merata dinding muka buku,status juga diblog blog dipapar dan dibicarakan.

Fokus ekspresi apakah yang menjadi bicara?
Semuanya kerana satu rakaman,

Apa sudahnya ekspresi itu?
Akhiran ekspresi diatas berkesudahan dengan hasilan tindakan,dan semestinya oleh pihak berkuasa iaitu Pihak Polis dengan tindakan hanya dengan sehelai laporan Polis.

Begitulah nilai sebuah rakaman,
Begitulah tinggi respon atas sebuah rakaman.
Begitulah andai Report Polis dibuat bagi mencari keadilan

Ya,AP berbicara mengenai perilaku pembantu rumah yang menganiaya dan mendera bayi yang tertangkap perilakunya oleh sebuah rakaman.
Tindakan wanita pembantu rumah itu dibayar dengan 20 tahun hukuman penjara.

Syukur,pihak polis mampu bertindak dengan bantuan rakaman itu.

Soalan yang berlegar di minda ini,

Sebegitu juga ekspresi dan riakbalas atas sebuah rakaman itu
Jijik,tak mampu dipercayai,tergamam.
Bukan alang kepalang jua.

Mana?
Bukan sekadar di dalam negara ribut akan peri dalam rakaman tersebut,luar negara juga bersambut.

Maka bersoal juga, ada laporan polis kah yang dibuat? Tidak mencari keadilan kah?

Ya,AP bicarakan "muka" Anwar yang "bukan" perut Anwar itu,menunggangi dengan pelbagai posisi warga China dipercayai pelacur.
Yang diekspresikan dengan semua elemen.

Namun tiada laporan Polis yang dibuat untuk menuntut keadilan dan membersihkan maruah,
Tidak ada juga jam omega seperti yang "dijanjikan"untuk dipertontonkan kepada rakyat..(Manifesto barangkali) seperti kata MB Selangor Khalid," Manifesto itu bukan janji "....

apa yang berlegar di minda AP?

TIADA TINDAKAN DARI ANWAR,
TIADA REPORT UNTUK MEMBERSIHKAN DIRINYA DARI JIJIK ITU.
TIADA KEADILAN.
TIADA JAM OMEGA

Rendahnya dia memandang upaya fikir rakyat Negara ini
Rendahnya dia memandang akal pengikut pengikutnya.
Rendah juga tunduk ulama ulama sekutunya dek hebatnya dia
Mengatakan "bukan saya walaupun seperti saya".

Dengan rendah diri,AP dengan ini berjanji
" TIDAK MEMBERI ANWAR dan SEKUTUNYA WALAU DENGAN SATU UNDI PILIHANRAYA NANTI".
Rendah moralnya Anwar anak Ibrahem itu.


Perakcybertroopers ada yang rendah rendah ni.. Tapi elok kelakunya.Pulak tu kuat sokongnya pada Barisan Nasional.
Yang baik kelaku tu eloh teruskan dengan memangkah Barisan Nasional,
Yang tak elok kelaku.. Bawa bawalah muhasabah diri.
Elok jadi tauladan





2 comments:

  1. mohon pautkan saya http://metromalaya.blogspot.com/

    saya sudah pautkan tuan.thanks...

    ReplyDelete