Tuesday, August 28, 2012

APA AP NAK JAWAB!!!???

Apa AP nak jawab?..kelu lidah ni..kelu!
Korang pakar?tiada masaalah liguistik?
Korang BRAN nak jawab?

Oke,korang klik ,korang memang terror!

Soalan STPM tak sesusah camni......



Perakcybertroopers ada cikgu yang jadi bloggers...pun selalu main soal soal nih... Hehehehe

PERAK JUGA BERGOLAK!!!

Memang menjadi buah mulut ramai orang,desas desus mengenai kerusi mana patut diserahkan,kerusi mana patut diberi,siapa yang paling layak menjadi calon.

Telah ada ura ura mahu memboikot Pilihanraya yang akan datang ini  juga dengarnya.Begitulah besarnya pergolakan yang berlaku di Negeri Perak.
Sama besarnya peristiwa bergambar "Ustaz Nasharudin Isa bergambar dengan Perdana Menteri Malaysia  Dato Seri Najib Tun Razak".
Besarnya dibicarakan kesalahan Ustaz Nasha Isa bergambar itu oleh pengikut pengikut Parti Addin(ada pemimpinnya dikenali sebagai pemegang EXCO Adat dan Sukan,bukan EXCO Addin) dan penyokong rakan rakan Parti Ultra Kiasu dan Parti Kronisma.sehingga URA URA mahu dilucut dan direndah tarafkan segala perkara baik perbuatannya termasuk "MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM"
"Karpal dah setuju" kata insan tak "update" berita ini.

Kita tinggalkan segala macam ura ura dan segala macam penjatuh penjatuh hukuman penyokong parti Addin itu kepada tindakan "Fisabillah Ustaz Nasha"
Bakal ditalkinkan.
Bicara AP entri ini sebenarnya berkisarkan pergolakan Politik yang berlaku di Negeri Perak tercinta ini.Dan bukan berita yang diada adakan,tidak juga berita konspirasi malah,tiada kena mengena dengan peristiwa bergambar dengan mana mana pemimpin UMNO.

Pergolakan apa yang sedang berlaku diperak? Apa yang sedang diwar warkan?siapa yang mahu memboikot pilihanraya?

Perkara ini dikatakan antara menjadi punca;
Hasil dari perjumpaan pemimpin PR Perak yang dibuat secara tertutup di Clearwater Golf Club bulan lalu ;

"Nizar masih menjadi pilihan pertama untuk menjadi Menteri Besar sekiranya PR Perak menang pada PRU akan datang"

Dicadangkan oleh dua YB Dari parti DAP, Nga dan Ngeh bersaudara.Dengan alasan kesemua pengundi cina Perak,lebih lebih lagi pengundi di Kampung Kampung Baru amat menyenangi dan menyanjungi "tindakan bekas MB semasa berkuasa"

Sokongan penuh YB,YB dari DAP itu yang mendominasi kerusi kuasa di Perak itu,menenggelamkan suara suara minoriti Pejuang Pejuang Addin yang mahukan seorang Doktor,anak kepada tokoh agama untuk dijadikan Menteri Besar.

Begitulah kekecewaan yang diluahkan oleh seorang sahabat AP dari Parti Addin Perak,kecewanya dia dan ramai lagi pengikut parti Addin di Perak,kerana Kepimpinan partinya terbukti menjadi BONEKA DUA BERSAUDARA itu semuanya kerana dikhayalkan dengan KUASA.


ATAS ARAHAN DUA BERSAUDARA ITU JUGA.....DIKATAKAN KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG AKAN DIBERI KEPADA CALON LAIN BUKAN LAGI NIZARCAMRY...


dengar cerita,Doktor itu juga patah hati dengan apa yang berlaku dalam parti Addin Perak sendiri,
Kita tengok sama sama apa nak berlaku nanti.
Perakcybertroopers,kami tiada arahan arahan macam atas ni...."kau pergi sana...kau lawan sini.."
Tiada juga yang macam ini "kerusi ni bagi dia....kerusi tu aku punya"... Jom join kami.









MERDEKA!!!!!

Buat warga Perak.khususnya penduduk Ipoh sedikit informasi buat pengguna jalanraya.

Senarai jalan yang ditutup sempena perayaan kemerdekaan di Ipoh(klik)

Apapun selamat menyambut hari KEMERDEKAAN YANG KE 55.
Tema tahun ini


Monday, August 27, 2012

Ramadhan berlalu,

Maka selesailah sudah ibadah Puasa,sebegitu jua selesainya janji AP kepada pembaca blog AP tentang kurangnya bicara Politik semasa Ramadhan yang lalu,

Betullah banyak yang tertinggal mengenai ehwal politik negara ini,dari kenyataan Karpal Singh,kenyataan Ustaz Nasharudin Isa Mantan Timbalan Presiden Pas.Kenyataan Mursyidul Am dan ramai lagi,semuanya AP tinggalkan demi JANJI AP KEPADA PEMBACA.

Bagi yang tertanya mengapa artikel artikel Ramadhan dalam blog AP seolah terkurang bilangannya.
Jawapan untuk itu ialah begitulah sifat manusia,tentu ada kekurangan.MAAF dari AP.

Jadi pada yang masih meriah dalam suasana perayaan,perkahwinan dan berbagai peristiwa berkonsep raya.Syukur kepada Pencipta  kerana mereka mereka dapat menyambutnya tanpa takut bencana bom,bunuh,ganas demonstrasi dan segala macam ketidakadilan.


Bagi mereka mereka yang mengatakan "negara ini di bawah pemerintahan Zalim,rasuah,kroni" renung renungkan bagaimana"sengsaranya" menyambut perayaan di negara ini.

Wednesday, August 15, 2012

JEMPUTAN BUAT RAKYAT SELURUH PERAK

JEMPUTAN BUAT RAKYAT SELURUH PERAK


Yab Ds Dr Zambry menjemput seluruh rakyat Perak hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak pada Hari Raya Pertama dari :

2.00 petang hingga 5.30 petang 

Dengan Keberangkatan

 DYMM Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah.




Monday, August 13, 2012

Fitnah kepada Menteri Besar Perak terkini

tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Persoalan juga timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak ‘patriotik’?

Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?

ANTARA BAHAN FITNAH TERBARU PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK BUAT ZAMBRY ABDUL KADIR.MENTERI BESAR NEGERI PERAK.
Sepakat nampaknya blogger Pakatan Perak memutar Isu.


CABARAN SEBENAR BUAT Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Ialah MEMBUKTIKAN  tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ ITU WUJUD dan digunakan seperti didakwa
Bayangan macam ada

BUKAN SEKADAR MEMBERI GAMBARAN SEOLAH OLAH ADA.
BUKAN SEKADAR MEMBERI PERBANDINGAN HARGA KERETA.
TIDAK JUGA MENUDUH MENTERI BESAR TANPA MAMPU DIA PERTAHANKAN KERANA KETIKA INI BELIAU SEDANG MELAKUKAN UMRAH.

DAN SEMEMANGNYA TINDAKAN MEMBELI  "Camry" "Plat nombor Khas" AMAT TIDAK  PATRIOTIK.Mengaku dalam diam rupanya penyokong  dan pendokong PAS Perak.

Tak payah menunjukkan kebodohan dengan mengheret orang lain menjadi tidak patriotik sama seperti Bekas Menteri Besar Perak yang dulu.
Alasan apa lagi bloggers PAS Perak mahu ditempekkan bagi menghalalkan tindakan bekas Menteri Besar nizar itu.
Buktikan wahai pembela pembela Nizar sekalian.. Biarpun dengan sekeping gambar,seperti gambar dibawah ini...nampakkan......






Jadi... Apakah perbezaan antara Datuk Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin  dengan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir .
Perbezaan pengikut Parti Pakatan Rakyat dan Pengikut dan Pendokong Barisan Nasional
Jawapannya mudah,
Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir  tidak sembrono mengeluarkan kenyataan tanpa periksa.
Samalah juga penyokong dan pengikut Dr Haji Zambry...kami tak tuduh sembrono...

KISAH RAMDHAN 17 ( deklarasi seiras deklarasi Pakatan Rakyat)

Sebenarnya nak bersatu bukanlah sesuatu yang mustahil,apatah lagi apabila yang cuba disatukan itu..seagama.
MENYATUKAN seagama itu bukanlah sesuatu yang sukar apatah lagi penyatuan itu ...datangnya dari ras bangsa yang sama.
Begitulah kata kata bicara.Mudah tapi sangat sukar dilaksanakan andai NAFSU UNTUK BERKUASA tidak ditundukkan.
Bahan untuk dijual untuk mendapatkan kuasa terkadang diluar kotak pemikiran akal....TAUHID.
Para penjual bukan calang orangnya.ARTIS,ULAMA
Sudahlah kiranya mukadimah KISAH RAMADAN AP kali ini..

Masih lagi mengenai surau entri ini.Jua..bicaranya bukanlah berkenaan suramnya surau itu,sesuramnya As Salihin,surau diKedah yang berusia 107 tahun yang mahu diputus hayat atas nama pembangunan...bukan...
Lebih kurang macam surau AP bentuknya.
"Apa cadangnya kome nak bagi sinar pada surau lama kita nih" Yoi Satdan sedikit hairan apabila cadangan SINAR SURAU menjadi bahan bualan budak budak muda malam itu.( lihat entri lepas )

"Betoila..dari orang kampung nengok kita dengan pandangan hujung mata,baik kita buat mende elok.Idakla deme nuduh kita buat bende tak elok di surau ni"Monner merangkap anak ustaz kg AP memberi "tazkirah"(anak ustaz pun join kitaorang skali la)...
"bulan pose ni pun kalo kita buat mende elok,berganda pahalanya" anak ustaz itu menyambung.
Ngomelan dan bualan kami itu mencapai deklarasi bersama akhirnya.
Permuafakatan dimeterai,pembahagian tanggungjawab diagihi,semuanya dengan satu arahan,anak ustaz,AP,Yoi Satdan,Giant,Jimi dan semua yang lain mengangguk angguk.

Perghhhh...seolah deklarasi Pakatan Rakyat lagaknya."bersetuju TIADA HUDUD dan Negara Islam" jua dengan satu arahan...pemimpin ustaz parti agama,mengangguk angguk...Bersama sama dengan bukan seagama pulak tu.

"nak kumer nih buat ape?"Kata AP setelah menerima amanah dari Jhuer,
(Part seterusnya memerlukan pandangan neutral pembaca,menilai dari mata anak muda belasan tahun)

Ketika ini,Sudah tentunya Pakar Congak kami,Alun mengemukakan teori yang tak mungkin disanggah sesiapa.Kiraan strategiknya mengenai pelan SINAR SURAU dikongsikan....
"Nan,group kamu ambil belah dalam Kampung..Giant,group kamu belah padang bola,yang lain ikut aku dengan Jhuer". Arahan pertama Alun.
"ingat korang semue...1 rumah 1je... Jangan lebih!" Arahan keduanya.
Bukan 1 malaysia la... Time tu Tun Dr Mahathir Perdana Menterinya.
Korang rasa apa mendenya "SATU RUMAH, SATU SAHAJA"...tekalah

"Aku tak boleh buat kerja ni!...INI MENCURI namanya!"Kata Giant.
(Giant bersesuaian dengan nama,takut tahap dewa bila nampak ayah dia lalu,ayah dia garang derr...)

"Rileks G,rileks...kita bukan mencuri...kita nih kategori asnaf,patut dibantu,insan yang memerlukan,kita belum mampu untuk membeli.Apa yang kita buat ini kira ambil zakatlah..ambil dari orang yang mampu...bagi pada yang tak mampu.Dan kalau sekarang,kitalah golongan yang tak mampu tu"..sedap ayat dia nih.Agakkan dan telahan korang memang tepat,kalau korang kata ini ayat Monner..hehehe anak ustaz kg AP.Memang dia tiru seketul cara ayah dia bagi nasihat.Kalau sudah anak ustaz memberi "lampu hijau"....

Dan pertama kalinya Ramadhan kali itu bukan Polis Sentri yang mengujakan kami,
Pertama kali jualah AP menyusur sisi gelap sebagai anak muda belasan..

Kami pergi PERGI CURI PELITA.....dua group berjalan serentak.group ketiga, Jhuer Alun buat perkara lain.Pun sambung entri lain.

Dengan motto "satu rumah...satu sahaja...



Pheww...kenangan curi pelita memang thrill bro..tapi bukan entri ini..kita sambung nanti..

KISAH RAMDHAN 16 ( surau yang bukan PAS punya)

Suram surau ini.lama benar tidak berpenghuni,Berdiri letak bangunan surau ini,bukanlah jauh sangat dari jalan utama.Kurang lebih 300 meter dari selekoh itu.Bangunan dua tingkat separuh bata dan kayu itu banyak jasanya, pada penduduk atas dan penduduk bawah tanah kampung AP,

Disisi surau ini tersimpannya segala macam kelengkapan persiapan menghantar bekas penduduk atas untuk menjadi penduduk bawah.
Lengkap.
Juga yang mengisi sisi surau ini,kelengkapan andai gotong royong membersihkan wakaf mahu dibuat oleh Tok Ketua Kampung beserta penduduk.

Apabila bercakap tentang surau...
Tentunya pembaca mengaitkan cerita surau AP dengan Surau Al Salihin diKedah.
Memanglah kalau menceritakan nasib Surau Al Salihin itu, sedih dan kecewa pasti berbunga.Bagaimana kerajaan Negeri Kedah dibawah PR itu bersungguh mahu melenyapkan dan menamatkan riwayat nyawa 107 tahun usia surau itu atas nama kemajuan.Sebegitulah faham AP mengenai Surau AlSalihin.Terima kasih pada rakan blogger Kedah @padi jantan atas informasi yang berterusan di media.

Sayu nak meneruskan KISAH RAMDHAN kali ini,mengenangkan nasib Surau AlSalihin...

Surau AP,... 
Hermm..apa kata pembaca  berikan 5 minit untuk sama sama kita berdoa atas kesejahteraan Surau AlSalihin di Kedah itu..
Terima kasih.
Al Salihin(google image)


So kita terus pada kisah surau AP,
Malam malam pada bulan puasa masa itu,selepas Terawih di masjid biasanya kumpulan remaja baya AP akan mula memenuhi surau lama itu,bergebang,melawak,mengenakan orang dan segala macam buatan tangan,mulut,kaki yang AP tahu semua pembaca pernah buat ketika remaja dulu.(AP dah besar sikit time nih,geng sekolah menengah dah)

"Masjid dah terang benderang...surau lama kita ni gelap...takkan kita nak tengok gelap jer" sembang mula Jhuer pada malam itu.

"Kita kene bagi sinar sikit kat surau ni" Alun membantu hujah.

Dan atas pandangan dan hujah antara manusia terpenting dalam kumpulan remaja Kampung AP itu..maka kumpulan kami itu memulakan "PERMUAFAKATAN" atas nama memberi SINAR kepada surau lama itu.

Kitaorang tak macam PAS,nak bermuzakarah pun penuh dengan syarat dan auta.Nak bermuzakarah atas nama seIslam pun mengerikan.langsung jauh la persamaan kitaorang,benar kita orang rumah lain lain,tapi apabila menyentuh soal memakmurkan Surau.....Sepakat.PAS boleh tiru kitaorang?...tak bolehla jawabnya kalau banyak auta.

Panjang panjang nanti tak thrill...so kita sambung next entry..

Sory lama tak update...celcom bergurau kasar sekarang ni....





Monday, August 6, 2012

Blogger Perak yang berani

Pas dah Buat Hal Lagi..


Kali ini Pas telah menjadi kerajaan langit menggantikan kerajaan ayah pin dengan mengutip wang zakat dari masyarakat islam. Bukan sahaja umat islam malaysia yang menjadi ahli dan penyokong pas sahaja yang menjadi mangsa, malah warga asing yang beragama islam juga terpedaya dengan pengutip pengutip zakat fitrah dari parti pas ini. Yang agak musykil nya ialah pada resit bayaran zakat itu ditulis sebagai wang derma dan bukan atas nama zakat fitrah. Malah tarikh juga tidak diletakkan sebagai bukti zakat dibayar pada tahun ini.

Menurut salah seorang mangsa itu mereka menyatakan bahawa sudah bertahun tahun mereka membayar zakat pada puak puak parti sesat itu kerana terpedaya dengan pujukan yang mengatakan dengan wang zakat itu boleh juga dibina masjid dan surau kerana di negeri perak sudah tiada lagi golongan fakir miskin yang layak untuk menerima zakat dan kerajaan tidak menggunakan kutipan zakat fitrah dengan cara yang betul.


Antara sebahagian yang dapat AP kongsikan...cerita penuh SINI

KISAH RAMDHAN 15. (kena Tangkap macam tangkap khalwat)

Ini Badrul Amin bagi yang tak mengenali wajahnya.
Kami berlari bagai nak gila,Kali ini mana mungkin tertangkap.Sempat juga menoleh sahabat AP,habislah andai kata dia tertangkap.Dia cekap meyelinap.Dia boleh mengagak gerak.Baju sudah tukar,tak pakai sudah baju melayu abang.Kembangnya mengganggu aliran angin.Corak larian terbantut andai meminjam lagi baju abang.
Semalam, akibat besarnya baju melayu abang yang AP pinjam itu.Cepat sangat tertangkapnya.

kalau kirakan tangkapan sekarang...
Lagi cepat dari tangkapan khalwat Badrul Amin,tak kenal?yang kena tangkap 3PAGI tu.Yang berjawatan Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor.Pakar Tazkirah dan Motivasi buat Isteri Isteri orang.Pemimpin PKR Selangor.
Kenalkan?
Ala... Yang satu dunia menyaksikan "KEBAL"nya Badrul Amin itu .."saya dipukul oleh 20 orang lelaki yang tidak saya kenali"..
(esoknya steady je keluar tv sikit lebam pun xde..pffff)

pukul berapa AP kena tangkap masa zaman budak dulu? Awal..dekat dekat abah nak abis terawih.
Kes sama??..Jauh sekali,AP mana bijak bab motivasi Isteri orang ni...ayat awek pun ilmu tak khatam lagi sampai sekarang.
Jhuer,Sauk,Majid,Nizam Pakjid.Diorang dalam satu kumpulan.
AP,Giant,Man Ken,Chek,Alun yang ini lebih kurang tag team AP malam itu.

Ini la kumpulan gerila dan keselamatan  kampung badge budak budak baya AP ketika itu .juga dikenali dengan permainan POLIS SENTRI.
Gambar hiasan

Sekarang mana ade,korang main PS je kan...
Sambung kisah ramadhan AP dulu dulu..
Pasal baju pinjam,semalam AP orang pertama dalam kumpulan kitaorang yang tertangkap..Ingat ye,tertangkap main POLIS SENTRI bukan dalam bilik hotel,bukan jam 3 pagi.

Hari itu,selepas memakai t shirt sendiri pun,berbanding hari sebelumnya ala ala  jubah Badrul Amin (baju abang)yang menyebabkan tertangkap,Masih juga
AP orang pertama kena tangkap main polis sentri time abah terawih..

Moral cerita ;
Baju seolah ustaz ke ulama ke kalau dah larian cam siput,tetap kena jugak..
Ingat tu Badrul Amin... Pakaian tak mencerminkan diri..




Kutukan kepada Datuk Lee Chong Wei

Antara gambar gambar yang sempat AP screencapture kan..


Buat pembaca,lihatlah bagaimana hinanya seorang manusia yang kita lihat dengan mata kepala sendiri,betapa kudratnya,lelahnya,semangatnya diluah habis menentang Lin Dan,dalam merebut pingat emas olimpik.

Dan tahukah pembaca sekalian..dari mana AP ambil gambar gambar itu..
Di wall wall FB penyokong PR,korang surf sendirilah senang..taip je nama nama hebat penyokong PR kat FB tu.

Begitulah mereka,kudrat manusia yang berjuang mengharumkan nama Negara pun dipermainkan.dijadikan bahan jenaka.
DiPOLITIKKAN DEMI NAFSU CILAKA MEREKA

AP kurang menulis kasar tapi kali ini,untuk manusia yang memerah keringat atas nama TANAHAIR TERCINTA INI.
Atas hinaan kepada semangatnya.
Atas ketawa mereka akan sukanya kekalahan insan itu.

AP NAK KATA

PEGI MAMPUS LA KORANG YANG MENGATA.
PEGI MATILA CELAKA SIAL SIAPA YANG SUKA
PERGI JADI WARGANEGARA CHINA LAH KALAU SUKA SANGAT LIN DAN.
PEGI JAHANAM 
PEGI NERAKA LAH KORANG.

Sunday, August 5, 2012

KISAH RAMDHAN 14 (Hantu) seramlah pulak

Huarrhgghhh makan budakk...
Ini bukan mak lampir

Thrillkan tajuk entri AP kali ini.
Seram bro,serius seram.Apa kata kita cerita hal lain.Mana pulak ada hantu syaitan berkeliaran dalam bulan ini...yer tak.
Adalah sikit sikit kena mengena,macam bau bau bacanglah lebih kurang.

AP tahu,korang mesti nak tahu juga sisi gelap AP dalam Ramadhan dulu dulu.betul tak.?takkan lah mulia belia benar AP masa remaja remaja dulu.Bukan lah AP ini sependapat mulia sama dengan artis ustaza Abby ,kena tunggu kerajaan bertukar baru dia rasa dia dapat peluang berlakon lagi,maklumlah bila sudah bertudung,industri filem dan media di Malaysia ini mana ada tempat untuk artis bertudung,(Ana Rafalie artis Singapura gamaknya,Sheila Rusly artis Lubnan fikirnya kot)Pffft..mata lalat betullah.

Antara sedikit kenangan AP kongsikan bersama (jangan mengata,jauhi fitnah)
Setidaknya AP mengaku,tidaklah macam seorang Timbalan Presiden Parti Addin itu,kena tangkap basah dengan isteri orang,atau sepertimana Penasihat Ekonomi gaji seringgit yang berjaya menaiktarafkan INDUSTRI URUTAN MELEGAKAN di Selangor sehingga begitu rancak wujudnya mampu menjadi TERAS EKONOMI NEGERI YANG UTAMA.Berkenaan klip aksi pertarungannya dengan seorang gadis China."muka macam saya...tp perut bukan saya"?.... yeiiii!!!!!appadda!
"ISTERI SAYA HANYA RAKAN TIDUR DALAM PERNIAGAAN" kata pendakwah yang terkenal dengan surah "ala" .Yang cukup digemari oleh penyokong PR di Perak.
Asal dia baca surah "ala" dia,....gempita padang ceramah dengan jerit TAKBIR,
Asal dia mengata Zambry BIN Abd Kadir Metalic,berdekah dekah "umat yang sama BIN yang berada di tempat ceramah itu ketawa.( pendakwah itu bukan Islam,aik? Pun diorang boleh takbir?suka?)

Hehehhe,jauh sangat melencongnya AP ni,nak mengaku pun jalan cerita masih panjang.
Ini sedutan bualan melalui telefon :
"weii... Mana?" insan a bertanya.
"on the way"...insan b menjawab.
"banyak?" insan b tanyakan pula.
"tiga"...jawapan insan a.

Dua pertanyaan dan dua jawapan itu panjang maksudnya."weii..Mana?" : biasanya orang ini sudah menunggu di Port/tempat lepak@buang masa kitaorang.Jadi yang menjawab itu biasanya memikul tanggungjawab memastikan bekalan untuk "ehem ehem" kitaorang sampai..(dulu dulu, "anak cina" itulah runner kami,dia salah guna wajah.Bukan kitaorang yang suruh.)Jadi lebih kuranglah AP ceritakan sedikit kenangan sisi gelap AP buat pembaca.Hehehhe..

Kesimpulan dari cerita;
Kalau dah hantu syaitan kena rantai bulan puasa,siapalah yang ambil peranan jadi hantu,siap boleh selamba runner bekalan.... "anak cina" tu kan....bukan AP,hehehehe


"Weiii...mana?".
Yang baik jadikan tauladan,yang tak elok buat sempadan.
Lihat dari mata lebah,jangan dari mata lalat.





Saturday, August 4, 2012

KISAH RAMDHAN13(PAS sayang yang mana?) akhir

Kita sambung...
Bukanlah mudah untuk AP korbankan semangat atau pendirian,semudah Parti PAS mengubah slogan dan halatujunya.Tidak juga terdesak untuk bercerita betapa semangatnya mempertahankan pendirian,seperti terdesaknya Parti PAS bercerita mengenai "DASAR PARTI YANG BARUtukar" dengan menggunakan ustaz dan ustazah segera menggantikan ulama mereka.(cehh..)

Setelah gagahnya melangkah kedapur,dengan "sayang mata" untuk dibuka.hahaha taula..korang nak kata muka tak basuhkan?gigi tak gosokkan?..biasala budak belasan tahun time tu..
AP gapai botol yang berada disudut dinding itu,Seingat AP,malam semalam abang AP letakkan disitu.
Yang nih suspen sikit....
Lain macam pulak tegukan kedua rasa lidah AP,
"Adoiiyaiiii....terminum minyak tanah la pulak" (korang kontrol nafsu gelakkan orang tu)
Terbeliak la mata,dari gagah ke super gagah menuju bilik air.
Malas nak cerita macam mana gamatnya rumah AP subuh itu.Apahal la botol minyak tanah pengisi pelita panjut boleh tak perasan.

aP sebenarnya nak ceritakan pengajaran buat semua.
Mengenang peristiwa itu sebenarnya mengingatkan AP betapa PARTI ADDIN yang sepanjang puluhan tahun WUJUD . konsisten dengan Islamnya.Menentang UMNO yang dianggap plastik dalam beragama,SYAHID andai gugur menentangnya.KAFIR kerana berkerjasama dengan bukan ISLAM,Hanya kerana didodoikan dengan bantal KUASA.kesemuanya mereka yang mengaku arif dan mahir tentang agama itu sedang dalam sindrom SAYANG MATA.Leka dan tak tersedar tindakan mereka itu merugikan UMAT ISLAM DI NEGARA INI.
"tiada negara ISLAM"
Jadi,tidakkah soalan PAS SAYANG YANG MANA? Layak kita tanyakan kepada pemimpin mereka.
BANTAL MIMPI KUASA atau SYIAR NEGARA ISLAM?

Perakcybertroopers ada rakan bukan islam,kitaorang 1Malaysia ma....




KISAH RAMDHAN 12 (PAS sayang yang mana?)siri 1

Menggelang kepala orang itu melihat gelagat dimeja makan disubuh bedi itu.
Ramadhan sudah separuh bulan dilalui,sifat yang selalu orang itu tekankan ketika memberi nasihat kepada kami seolah tidak memberi kesan,
"kebal telinga budak budak ni" kata orang itu kepada pasangan hidupnya.
Pasangannya itu tersenyum dalam memberi reaksi.

Untuk orang itu (alfatihah untuk abah) 
AP lampirkan antara nasihat dan sebahagian kata katanya untuk dikongsi bersama :
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

· Menuruti sunnah;
· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
· Menambah kekuatan untuk beribadat;
· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

"jangan dapat puasa lapo je" leteran orang itu bersambung.
Mengenangkan kisah itu,Memang "kebal telinga" AP,hehehe.
Gambar Hiasan
Juga seperti entri entri yang lepas,tidaklah fadhilat fhadhilat berpuasa,sahur yang mahu dibicarakan.Kali ini SAYANGKAN MATA menjadi tajuk.

"aduhh..bising dah orang tu,orang tak lapar la,orang boleh tahan sampai berbuka nanti," ini antara alasan tetap AP bila mau ponteng sahur dulu.Namun tetap juga kena bangun dek kerana arahan "orang itu".
Merampus nak bangun...betul,memang potong betul la semangat bantal.Alah,korang pun samalah time umur sekitar AP dulu kan...
Namun tidaklah se"merampus" bekas MB Nizar,bila mahkamah sokong dia,melonjak sakan,bila tidak memihak..3 bulan bersongkok lilit protes,
"Rampas,Rompak,hak rakyat" seolah pengganti zikir dibuatnya.Kawasan Parlimennya tidak juga dijaga.
Memang merompak hak rakyat betul la nizar ni,kesian pengundi Bukit Gantang,pfff.entri lain kita cerita.

"arrghh..ku gagahkan jua untuk bangun melangkah kedapur.Namun untuk mem"buka mata" ini,biar dibayar dengan mercun roket thunderclap pun tak rela kutukar gantikan."
Lagi keras Pendirian AP ketika itu berbanding PENDIRIAN PARTI PAS SEKARANG.
SEKEJAB NEGARA ISLAM,SEKEJAB KEBAJIKAN,SEKEJAB ADA HUDUD,SEKEJAB TIADA.

Hermmm...Nafsu menulis menggila pulak..hehehehe
AP mahu tundukkan sedikit,
Kita sambung entri lain.












Thursday, August 2, 2012

KISAH RAMDHAN 11( bernafsunya PAS)

Sudah menghampiri separuh ramadhan,
Banyak sudah nafsu yang berjaya ditundukkan andai tak bisa ditewaskan.
Nafsu mata,nafsu mulut,nafsu akal...
Menunduk nafsu mata AP apabila melalui bazar ramadhan Medan Gopeng tempohari,gelora mainan mata bukan boleh di pandang ringan.Kesemuanya nampak indah,cantik.

Kini Gelora mata AP,
tidaklah sama dengan gelora mata penyokong Parti Demo,Parti Tin Milo atau Parti UltraRasict,
Mengapa,
Kata bait lagu, "dari kerana mata yang mempunyai kuasa..." 
Kerana nafsu mata yang tak ditundukkan,sebutkan hanya satu, ya satu sahaja DASAR KERAJAAN BARISAN NASIONAL yang cukup elok dipandangan mata Penyokong mereka.. "Tiada" jawap mereka dengan lancar.
Tanpa cuba menundukkan nafsu mata.

Gelora mulut AP,
di mulanya ramadhan..kecur mulut,melihat pelbagai juadah untuk dibuat berbuka,pelbagai kuih untuk dibuat pemanis,berwarna warni tong air buah dimeja.puluhan kali menelan air liur apabila melalui Bazar Ramadhan Medan Gopeng.

Tidaklah seGelora mulut penyokong Parti yang Tiga serangkai itu,tak perlu ditulis,semua sedia maklum akan "HEBAT" dan "Makrifat" apabila ustazah dan usatz segera mereka membuka mulut.

Gelora Akal AP,
Kurang sudah kiraan strategi untuk menghabiskan kesemua juadah yang AP beli dibazar Ramadhan Medan Gopeng,berbuka makan apa,lepas maghrib apa,dekat isyak ratah apa,lepas witir jamah apa,pukul sepuloh setengah hirup apa,kurang sangat,..beli lauk 2 jenis,kuih seringgit,air pakai 3 in 1.. Sekarang ni.

Juga tidaklah seperti mana "mereka"
Andai tidak tertunduk nafsu akal... HARI KEMERDEKAAN NEGARA pun tenggelam ingatannya demi sehelai BENDERA PARTI.
kurang sangat jana akalnya,

Nak menulis panjang,tapi nafsu menulis pun tertunduk..heheheh.

Perakcybertroopers ramai ahli yang salam tunduk tunduk...kitaorang hormat kat orang...