Assalamualaikum wbkth...
Memang bukan baru, memang bukan juga lama, tetapi ianya seusia anak yg sudah tumbuh gigi..
Setahun dan lima bulan AP sepi, memang kami sepakat dengan sindrom makin menang makin megah pulak kembangnya sasa dada mereka. kerja letih bukan minta dihargai tetapi kenanglah sikit kerana kami juga antara dalam sejarahnya..
Sebaliknya kejayaan dirayakan dimasa yg sama kami juga mengintai celah pagar melihat kegemilangan pesta
Soal mengaku hero memang banyak, merekalah bloggers tersohor, mereka lah penggubah sejarah duka
Walaupun sebalik kemenangan ramai rakan yang bergelimpangan parah, seolah telinga labang mereka ada sistem MUTE, yang depan mata dijulang juga hanya mengaku sebagai HERO disebaliknya mereka lebih bersedia menunggu teguh masa kemenangan atau lebih tepat lagi menanti gugur buah ranum sepohon.
Kami ambil keputusan bodo setelah duduk semeja meneruskan apa yang tertunggak lama terdiam
Bukan ada resit yang perlu dibayar pun,
Bukan ada melangit pujian yang dinantikan pun,
Bukan nak meracau kalau tak disebut ampu pun,
Bukan nak berebut meja makan khas dalam Majlis besar pun,
memang tak ada dalam kamus hati kami semua itu
Sebaliknya..
Tak sanggup melihat parah dan semak yang berleluasa yang ada sekarang.
Melihat pelbagai kepincangan yg makin kuat melarik sejarah
Melihat bangsa yang sedang mendorong bangsa berbunuhan kuasa
Melihat sejarah Bapa Kemerdekaan yg diusung kepala komunis bakal berulang lagi
Melihat Genarasi yang semakin hampir hilang masa kehadapan
Melihat ketaksuban dunia yang sedang gabungkan Politik menghancurkan bangsaku dan negaraku
Hero-hero dimeja khas perwira semakin gagap dengan alasan
Blog dan bloggers tak diperlukan lagi kerana medan fitnah utama yang merosakan
Tak perlu baca lagi dan ketinggalan.. apa lagi mengikutinya
'Kononnya orang dah tak baca!'
Tak sedarkan 60 ribu yang hadir jadi pengkhianat jalanan kerana sumber blog
Tak sedarkah Bapa Kemerdekaan dimalukan dalam sejarah hasil paparan gambar di laman blog
Tak sedarkah pelbagai bukti rekaan cincin, tas tangan, pembunuhan tuya dan banyak lagi datangnya dari blog
Tak nampak kah gambar diputar belitkan untuk memalukan serta aibkan pemimpin dan keluarga di blog
Tak sedarkah segala kemusnahan bermula dari laman blog, itulah sebab utama kami rasa Wajib pulang Keganggang perjuangan. memertabatkan kembali rakan seperjuangan yang lain.
Mereka perlu ingat dua pekara yang dah lupa agaknya..
Pertama : seorang bloggers juga seorang Facebooker, tweeterian dan lain-lain
Kedua : diangkat, dijulang sebagai HERO kerana jasa sebaliknya sampai sekarang tak berkesudahan kesan nya, isu tak terhakis atau hilang sebaliknya makin menambah.. konon HERO lah tu......