Friday, May 30, 2014

CANTIK YANG SEKEJAB

Hari ini adalah hari terakhir perjalanan kempen di PRK Teluk Intan.

Buat Calon Melayu DAP,
Hari ini adalah hari terakhir beliau berkubu dan "BERUMAH"  di Teluk Anson,Yang pada perkiraan AP,dalam dua minggu inilah baru dia tahu mana letaknya Kampung Selabak,mana jalannya ke Kampung Bahagia,mana sedapnya nasi kandar.mana bandingnya mee udang sungai...
Hari ini hari terakhir Calon Melayu DAP yang menolak HUDUD itu  ber"SELFIE" demi undi di Dataran Menara Condong.
Hari terakhir buat Ibu Calon Melayu DAP menghadapi tekanan kerana "TERSALAH CAKAP" anak kesayangannya itu.
Hari ini yang terakhirnya segala Teressa,segala Nga Kor Ming,Tony Phua,Mat Sabu menghamburkan sentimen-sentimen meluat,benci dan hina kepada BARISAN NASIONAL KHUSUSNYA UMNO.
Yang paling penting,
DAN BELIAU AKAN PULANG KE ASALNYA DI KUALA LUMPUR/JOHOR bagi meneruskan tugas memegang yang "KHAS" kepada LIM KIT SIANG.Kerana itulah HAKIKI PERKERJAANNYA.

Maka TINGGAL LAH SEKALIAN 60,000 PENGUNDI P076 TELUK INTAN SELEPAS berakhirnya Hari esok.

CANTIK,MUDA,SENYUM MANIS DAN SEANGKATAN DENGANNYA BAKAL MENJADI TINGGALAN SEJARAH BUAT TELUK INTAN.


Walau apapun analisa yang ditunjukkan kepada AP,Jangkaan keputusan yang bagaimana.AP tetap yakin kesemua diatas akan tetap berlaku.MENANG ATAUPUN KALAH CALON MELAYU DAP ITU.

SENANG SUNGGUH PEKERJAAN PEMBANGKANG...

Untuk itu PENGUNDI TELUK INTAN HARUS MELAKAR SEJARAH,

SEJARAH MENGHANTAR PULANG CALON LOMPAT INI,
AYUH BANGKIT PENGUNDI TELUK INTAN
BANGKIT MENOLAK TELUK INTAN DIJADIKAN TEMPAT MELAMPIASKAN KETAMAKAN KUASA MEREKA MEREKA YANG CAUVINIST INI.






Thursday, May 29, 2014

TELUK INTAN DILIMPAH SURAM

Petang ini AP bersama rakan Blogger Pct,santai merenung titis hujan yang kian jarak menghampiri renyai,
M.Ghulam Rasul seperti kebiasaannya masih lagi penuh dikunjung manusia.Sambalnya memikat.
Blogger sekupangdua hela lega,sebab dipujuknya menulis,AP menulis..

Ya Kami di Teluk Intan,membantu calon Barisan Nasional Dato Mah Siew Keong untuk memenangi Kerusi Parlimen 076 Teluk Intan.
lawan calon Barisan Nasional itu datangnya dari Parti DAP,ya betul regu utama PKR dan PAS,

Tinggalkan seketika segala macam politik dan fahaman,

Berdua kami sebenarnya mengeluh kerana tidak dapat ke Istana Chandan petang ini,menyertai ribuan jelata rakyat untuk memberikan penghormatan terakhir buat Pemerintah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan shah.
Mungkin lebihnya sekupang berfikir sebab kebajikan blogers lain turut serta mengambil tempat dalam kotak akalnya.

AP merenung langit Teluk Intan,memandang bumi Teluk Intan,turut bersedih.

Namun semua itu terhenti apabila dikejutkan dengan bual sembang pemuda disebelah meja ini.

"Abang aku taknak balik la mengundi ni...kuat cinanya siDyana anak kak Yammy tu"...
Budak muda berbaju merah berlambangkan muka calon DAP Teluk Intan itu berkata.

Ada banyak juga bual bicara mereka yang AP dengar,demi Menghormati Perginya Almarhum Baginda Sultan.Biarlah yang utama sahaja AP paparkan.


Buat pengetahuan pembaca MAJORITI PENYOKONG PAS TELUK INTAN MEMBOIKOT CALON DAP ITU.


BUAT CALON BARISAN NASIONAL,DATO MAH SIEW KEONG YANG KINI BERADA DI ISTANA CHANDAN BERSAMA RIBUAN RAKYAT YANG LAIN,TAHNIAH KERANA MENGHORMATI ISTITUSI RAJA RAJA MELAYU.


DATO MAH SIEW KEONG BERSAMA SAMA KEPIMPINAN NEGARA DI ISTANA CHANDAN.KUALA KANGSAR.



INDAH ITU SEMENTARA 2 (CALON MELAYU DAP)

"Diperkata-katakan 2 "

Bila mana KERUSI Ahli Parlimen Teluk Intan cuba dijadikan Bahan Komoditi untuk didagangkan,
Sudah tentu Komoditi itu akan diUJILARI baik dan buruknya.

Bercakap mengenai bahan komoditi,kena juga bercakap mengenai dagangan.Bila dagangan diperkata,sudah tentunya ada JUALAN DAN BELIAN.

Apa yang didagangkan oleh CALON MELAYU DAP ini kepada 60,000 pengundi Teluk Intan?
Apa yang sedang dijualnya?
Siapa pembelinya dikalangan 60,000 pengundi TELUK INTAN ITU?

Secara licik dan tanpa sedar,42% pengundi Melayu dipinggirkan peranan dan Hak dalam perlembagaan Oleh CALON MELAYU DAP ini Bila mana jelas KEHENDAK POLITIKNYA MAHU KESAMARATAAN DAN DIHAPUSKAN STATUS KEMASUKAN KE UITM HANYA KEPADA BUMIPUTERA.

Maka langkah mula KESAMARATAAN HAK.MALAYSIA,MALAYSIAN  versi "CANTIK,MUDA,PROFESIONAL" (MELAYU) SEDANG DIUJI LARI DI PARLIMEN 076TELUK INTAN.

Mengukuhkan lagi Gerakan licik kepimpinan DAP ini bila mana SEORANG LAGI MELAYU MELEPASKAN KEPENTINGANNYA DALAM PERTUBUHAN PERKASA MALAYSIA DEMI MEMASTIKAN CALON MELAYU DAP ITU MENDAPAT SOKONGAN TOTAL PENGUNDI CINA DI TELUK INTAN.

kasih ibu membawa ke parlimen gitu..
Sayangkan anak,tinggal-tinggalkan bangsa...

AP bukan bencikan cina,hanya Cina yang bersifat UltraCauvinist yang AP tentang.

MCA DAN GERAKAN yang bersama BN yang memahami konsep tolak ansur dan saling menerima kurang lebih melayu negara ini patut diberi tempat bersama dalam meneraju negara.

INDAH ITU SEMENTARA siri 1 (CALON MELAYU DAP)

Benarlah yang indah itu sementara.

Bagaikan guruh dilangit berdentumnya bila mana DAP dengan beraninya meletakkan seorang Calon Melayu untuk mempertahankan kerusi P76 Teluk Intan setelah penyandangnya Seah leong Peng meninggal dunia akibat kanser.

Bagi 60,000 pengundi Teluk Intan,kedatangan Calon DAP itu sebenarnya bukanlah perkara yang mengujakan maupun perkara yang menghairahkan.
BILAMANA MEDIA MASSA Pakatan Pembangkang memberikan lampu limpah dan sinar flash yang berlebihan barulah CALON MELAYU DAP itu mula diperkata-katakan.

"Diperkata-katakan"
Bila mana dikormersilkan terlebih sangat maka sudah tentulah ada Kontranya.
Bila mana KERUSI Ahli Parlimen Teluk Intan cuba dijadikan Bahan Komoditi untuk didagangkan,
Sudah tentu Komoditi itu akan diUJILARI baik dan buruknya.
Bila mana Prinsip,halatuju dan matlamat Parti mendahului,asas kehendak melayu islam yang berada dalam PAS,PKR sudah tentu berbagai fatwa baru wajib untuk disebarkan dan dihalalkan demi mempertahankan CALON MELAYU DAP itu.

Diperkata-kata 1.

Berselfie,bersalaman sembrono tidak kira lelaki tua muda,terdesak sangat CALON MELAYU DAP  itu untuk kelihatan lebih TERBUKA memenuhi Kriteria DAP,memaksa sekalian JURURUJUK JURURUJUK PAS BERHEMPAS PULAS MEMBENARKAN PERLAKUAN SEPERTI ITU DIBENARKAN JUGA DALAM AMALAN ISLAM.

Begitulah HARGA YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PARA JURU-jurucakap PAS dek kerana
KOMERSILNYA CALON MELAYU DAP INI.

ATAS KOMERSILNYA KAH 60,000 PENGUNDI TELUK INTAN HARUS MEMILIHNYA???


yang indah itu hanyalah sementara,MOGA RAKYAT MENILAI PERBUATAN MEREKA,

AP tetap pendukung BARISAN NASIONAL,




SEMBAH TAKZIAH DAN KENANGAN

Setelah seminggu berada di Teluk Intan,

AP mencatat kembali.
Sembah Takziah dari AP buat seluruh Kerabat Di Raja Sultan Perak,atas kemangkatan Baginda Sultan Pemerintah Darul Ridzuan.

Bagi rakyat Perak,AP begitu merasakan kehilangan Seorang Sultan Melayu yang hampir dengan rakyat, sekarang terkenangkan senda gurau almarhum Sultan tika datang melawat masjid dikampung dahulu,

ketika AP kecil
Loghat Perak Almarhum bersama kami anak anak kampung kekal menjadi ingatan.Sejak itu setiap jumaat tika imam mendoakan sejahtera atas Almarhum Sultan Perak Pemerintah Darul Ridzuan Pasti wajah jernih Almarhum muncul diingatan.
"budak-budak berbaris!!..jangan rebut-rebut,semua dapat salam sultan.." arahan imam pak Jagho pada kami.
Kami berbaris mendahului yang tua,makcik,abang nenek yang turut serta di halaman masjid itu.

"udah sunat belum nih?"... Suara Almarhum Sultan menegur Juher,disebabkan kecil sangat dia dikalangan kami.Kami gelak berdekah.

Semua disalamnya,semua ditegurnya.Ada juga diselang gelak sebab digurau Baginda Sultan.

Banyak kenangan sebenarnya.Tak tertulis di catatan ini.

KERANA JASANYA, PERBUATANNYA,TINGKAHNYA DAN NAMANYA 

SULTAN PEMERINTAH PERAK DARUL RIDZUAN

AP antara RIBUAN ANAK PERAK yang bangkit mempertahankan Almarhum baginda dari dihina Oleh LIM KIT SIANG pada 16 Mac 2008.Kerana angkuhnya tidak mahu menerima titah baginda.


HARUS DIINGAT!  RIBUAN ANAK PERAK KETIKA ITU TIDAK BERLABELKAN SEBARANG PARTI POLITIK.

JANJI ANGKATANPEMIKIR.
KAMI AKAN TERUS BANGKIT!MARA! MEMPERTAHANKAN ISLAM,KESULTANAN DAN NEGARA




SEMBAH TAKZIAH




Moga Allah menempatkan Almarhum Sultan Pemerintah dikalangan mereka yang beriman dan dicucuri rahmat keatasnya.