Wednesday, December 28, 2011

Blogger sekupangduas di depan pejabat DAP

Sah blogger sekupangduas tunggu depan pejabat DAP!

tepat jam 10pg, Angkatan Pemikir difahamkan telah ramai pemberita menanti samaada benar atau  tidak blogger sekupangdua hadir bg menerima saman dari Nga Kor Ming seperti yang dinyatakan dalam media massa sebelum ini
Apa pun peristiwa ini menjadi penanda kebangkitan suara rakyat
Kami di Angkatan Pemikir lampirkan gambar gambar di pejabat DAP pagi ini

Tuesday, December 27, 2011

BLOGGER MARHAEIN VS BEKAS EXCO KERAJAAN PERAK

GENDANG PERANG DIBUNYIKAN

Berikutan pendedahan yang dibuat oleh AP,sekupangduas dan rakan rakan blogers yang lain, berkenaan isu penyalahgunaan kuasa sewaktu mereka menjadi  kerajaan pemerintah negeri Perak,( lihat artikel sebelumnya) nampaknya suhu politik Perak kekal panas.

Lihat saja kenyataan kenyataan bekas Exco Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming dalam media apabila diasak oleh wartawan berkenaan  isu "Long suite" sekejab kata bukti diada adakan... sekejab laporkan pada pihak berkuasa..sekejab  saya cabar.. sekejab isteri saya hanya "rakan tidur perniagaan"..

Dan paling terkini..... " SAYA SAMAN PENULIS BLOG SEKUPANGDUAS".... Utusan Malaysia 27/12/2012.

Apa yang boleh AP gambarkan... kepimpinan DAP Perak kini mulai gentar.Peluh jantanbetina mengalir deras..lalu tempik gertak mulai kedengaran..SAMAN!!!! Bahasa mudah.
Disebalik semua ini nampakkah kita betapa kerdil seorang bloger, perasankah kita bahawa ada bloger kerdil seperti bloger sekupangduas yang berani tampil atas nama rakyat,  kini berhadapan dengan antara mereka yang pernah berkuasa di Perak.Berhadapan dengan tindakan SAMAN.Oleh mereka yang berlatarbelakangkan perundangan.

AP mengajak rakan semua melihat  jawapan bloger sekupangduas katanya " ( disini ) ... gentarkah si penulis kerdil itu, gugupkah kata katanya,cemaskah bila ada SAMAN keatas dirinya.
AP percaya ketika ini  beliau berseorangan..AP harapkan akan ada ramai penyokong berdiri menyatakan sokongan kepada penulis kerdil itu bagi menghadapi GENDANG PERANG DAP PERAK
.


TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua penulis penulis kerdil sepertinya.
Kami di AngkatanPemikir senantiasa berada di belakang anda,Berkata untuk kebenaran,Berani kerana perjuangan.

Wednesday, December 21, 2011

CABARAN DISAHUT!!!

 NYATA BUKAN GENTAR YANG DITUNJUKKAN OLEH BLOGGER PERAK.


Tahniah kepada blogger Sekupangduas kerana tampil membuat laporan SPRM atas penyalahgunaan kuasa ketika Pakatan Rakyat berkuasa di Perak.Bukan senang sebenarnya seorang blogger tampil ke depan mendedeahkan identiti secara terang.Maka soal maruah dan prinsiplah yang menyebabkan mereka mereka ini tampil.
Blogger sekupangdua bersama media di depan pejabat SPRM.tahniah!

Cabaran Nga Kor Ming dalam Malaysiakini bertarikh 19/12
Angkatan Pemikir mengucapkan terima kasih kepada Blogger Perak Cyber trooper,(PCT)Panglima Hitam kerana megirimkan gambar gambar semasa laporan tersebut.Jelas lah mengikut laporan Malaysiakini,Sahih!Benar! isteri tersayangnya merupakan rakan kongsi dalam syarikat  tersebut!

Yang betul betul menggelikan hati ialah kenyataan si Pelabel si hitam metallic dan si HaramJadah memang benar isterinya didalam syarikat tersebut....tetapi sebagai.... "rakan tidurr"..hahahaha.

KATA BLOGGER SEKUPANGDUAS KEPADA MEDIA
TAHNIAH kepadanya kerana mendefinasikan dan menambah senarai tugas seorang isteri YB atau EXCO KERAJAAN NEGERI ketika itu...... " TEMAN TIDOR DIKATIL  SERTA RAKAN TIDOR DISYARIKAT "

Apapun AP percaya bahawa bukan ini sahaja yang bakal terbongkar di Perak,....mungkin bakal ada pendedahan demi pendedahan bagi menyingkap ketamakan DAP diPerak sepanjang mereka berkuasa.

Thursday, December 15, 2011

PANAS! KAMI DEDAH NGA PENYAMUN!


TERTERA JELAS NAMA ISTERI KESAYANGANNYA


BONGKAR!!! KAMI DEDAHKAN PENYAMUN NGA KOR MENG

SALAHGUNA KUASA OLEH  NGA KOMENG SI PENGHINA HITAM METALIC,HARAMJADAH
DOKUMEN YANG MEMBABITKAN TENDER TEMPAHAN DARI MAJLIS BANDARAYA IPOH KEPADA SYARIKAT LAIN DIPAKSA SERAH ATAS ARAHAN KERAJAAN NEGERI KETIKA ITU  KEPADA SYARIKAT ISTERI NGA KOR MENG,INI BUKTINYA
MULA-MULA GOODMAN TAILOR KEMUDIAN DITUKAR KE COMPANY YANG TERSAYANG

NGA KOR MENG YANG JUGA PENGHINA WARNA KULIT  DAN MELABELKAN MENTERI BESAR PERAK HARAMJADAH  ATAU BAHASA MUDAHNYA ANAK HARAM DIULANG.. ANAK HARAM  DENGAN JELAS MENGGUNAKAN PENGARUHNYA AGAR TENDER YANG SUDAH DIBERI KEPADA SYARIKAT GOODMAN TAILOR SDN BHD DI TARIK KEMUDIAN DI SERAHKAN KEPADA SYARIKAT ETHAN & ELTON SDN BHD.
MENARIK UNTUK DI BICARAKAN IALAH KITA LIHAT SENDIRI TARIKH TERTUBUHNYA SYARIKAT MILIK YANG TERSAYANG NGA KOR MENG IAITU ETHAN & ELTON SDN BHD DISINI
DEMI YANG TERSAYANG, HARGA TERMAHAL DIBERIKAN

LIHAT BAGAIMANA LICIKNYA  MEREKA MEROMPAK DUIT RAKYAT DENGAN MENGHALALKAN CARA DAN TINDAKAN AGAR TIDAK DIKESAN SESIAPA.SELAMA INI MEREKA MELAUNGKAN KETELUSAN,KREBILITI DAN BERBAGAI BAGAI NYATALAH ITU GULA GULA UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT.SYARIKAT YANG DITUBUHKAN SELEPAS MEREKA MEMEGANG KUASA DI PERAK DAN TERUS MENYAMUN RM14,000,00.HEBAT ..
PARTI YANG MENJADI SANDARAN ORANG CINA, HARAPAN AGAR KESAMARATAAN DIRASAI AKHIRNYA MEMAKAN ORANG CINA ITU SENDIRI,GOODMAN TAILOR SDN BHD YANG DI PUNYAI OLEH KAUMNYA SENDIRI DISEMBELIH SEBAB KETAMAKAN KUASA  MEREKA.
14 RIBU PUN DIBERIKAN KEPADA TERSAYANG

BUKTI NYATA INI  MELIHAT BAGAIMANA DAP PERAK DENGAN MENGGUNAKAN KUASA NYA  AGAR MBI TUNDUK DENGAN ARAHAN MEREKA SAMBIL  MEMPERKUDAKAN MB NIZAR  MENJADI BONEKA MEREKA
DEMI TERSAYANG ..... SELAMAT TINGGAL ARAHAN

PENGALAMAN USIA COMPANY TERSAYANG KETIKA ITU
MAKA BERSUKALAH TERSAYANG HASIL SAMUNAN SUAMI TERCINTA

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DIMINTA UNTUK MENYIASAT PEMBONGKARAN INI.BAGI MEREKA YANG CINTAKAN KETELUSAN,KREBILITI DIMINTA UNTUK MELAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA.

Tuesday, November 8, 2011

MACAMANA JADI MB BILA SUKA SANGAT PUTAR-PUTAR



Semacam Adengan Mahararaja lawak pun ada, tak faham ker? atau memang sengaja tak faham? atau memang jenis tak faham-faham, atau memang otak lembab nak faham? atau memang susah faham? atau otak benut nak faham? atau memang fahamnya begini?
Memang tak masuk akal bila rakyat mengadu soal longkang yang tersumbat dan akhirnya Menteri Besar Yang tak Faham-faham menyoal balik kalau dia mahu jual tanah nya! Apa dah jadi dalam video ni memang kelakar, malah menampakan kepandaian atau kebodohan sebenar atau kelicikan memutar belit cerita? Siapa yang bodoh dan siapa yang cerdik sebenarnya?

Saturday, October 22, 2011

HIMPUN SEJUTA UMAT! NYATA PAS BUKAN PERJUANGKAN ISLAM?

SIAPA SANGKA! Dengan wujudnya harapan Umat ISLAM supaya dapat berHIMPUN bagi menyatukan umat ISLAM akhirnya dijawab oleh PAS yang bertuankan lain untuk memutuskan sama ada boleh menyertainya ataupun tidak? Siapa kah sebenarnya Mursyidol PAS? Tuan Guru Nik AZIZ aau Anuar Ibrahim ataupun seperti yang rakyat maklum DAP yang sebenarnya, sebelum ini dengan suara lantang Ambiga nyata diperlihatkan PAS pasti angguk bila dikerah kejalanan demonstrasi walaupun diharamkan. Bukan setakat itu sahaja malah HIMPUN juga menjadi kecaman puak juak PAS dalam media cyber seperti FB dan Blog. Apakah tabiat angguk sudah dijadikan keMESTIan dalam PAS yang sebelum ini paling lantang menyalahkan UMNO bila kegagalan PAS wujudkan hudud. Sebagaimana yang kita ketahui sekadar melalak memarah bukit sebab bukit yang menghalang penglihatan si bongkak. Kalau BERSIH merekalah dalangnya menjadi pencetus kini HIMPUN seolah membuka pekung si PELAKUN yang berlagak ALIM memperlihatkan sebenarnya menjadi pengangguk DAP sahaja. Mana tidaknya untuk BERSIH sehingga sanggup melakunkan mati sambil diselang seli takbir dan ayat Al Quran. Paling Jelas Ahli PAS paling dominasi perarakan Haram tersebut. Kini mereka juga lah yang paling kecut bila cubaan menghimpun dan menyatukan umat ISLAM dalam HIMPUN SEJUTA UMAT. Malah sampai sanggup menjadi penentang dengan mencipta fitnah baru sebagai alasan . Tentunya UMNO adalah sebab atau punca sebab kita memang MAKLUM kalau Mat sabu jatuh tangga sekali pun UMNO confirm akan dipersalahkan! am' I Right BRO?

Monday, October 17, 2011

BERFIKIRLAH DGN WARAS! KALAU LAH INI PERDANA MENTERI KITA?



Sebagai seorang Rakyat yang menentukan kerajaan, sebaik-baik insan, sematang-matang pemikiran, Apakah kita terfikir jika pelaku didalam VIDEO ini bakal Perdana Menteri Kita, apakah kelansungan bakal berlaku jika benar-benar dia diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia di PRU 13 maupun dengan rampasan? Adakah kita mahu menjadi benar dalam salah satu peribahsa Melayu 'Sudah terhantuk baru mengaduh?' Apakah kita mahu membebankan soal negara yang bakal huru hara dengan menunding jari kepada yang lain?
Jangan jadi antara yang memperjudikan nasib Bangsa sendiri, jangan jadi penyebab keamanan di rampas dan diserahkan kepada lain, jangan pertaruhkan masa depan warisan dan bangsa dengan hanya terpedaya lenggok ceramah yg memfitnah, bersamalah kita menjadi angkatan pemikir yang menilai dengan hati, perhitungan, kajian, dan fakta. Telah diperingatkan bahawasanya kita adalah umat akhir zaman. Sepalitt kita salah memangkah bakal binasa seumur zaman bangsa sendiri.
Jadilah mereka yang berfikir jauh......tidak kah siapa sahaja yg punya simpanan video aksi keji ini dalam beberapa siri merupakan Kuasa Utama sekalipun pelaku didalam video-video ini bakal menjadi Perdana Menteri maupun peneraju Utama pembangkang. yang tersirat telah dikeahui, mengapa cari jalan hancur untuk generasi mendatang?

Wednesday, September 28, 2011

SEBELUM NASI LEMAK DIPAWAGAM, DS NAJIB DI CACI! NAK BAGI LALUAN?



Bukan satu tapi banyak video-video terbitan produksi Nasi Lemak 2020 yang mencaci termasuk Perdana Menteri, menghina orang Melayu, menjijikan lagu Negara ku, memutar belitkan fakta keamanan sedia ada, malah dailog lansung tiada tapisan, lagi berani dengan serikata dalam bahasa MALAYSIA, di ubah suara dari salah sebuah Filem Hong kong. inilah perbuatan yang dapat kita saksikan sebelum NASI LEMAK sekali lagi digunakan di pawagam-pawagam serta VCD yang berleluasa dewasa ini. tujuan keuntungan bukan soal utama tapi pengaruh dan simpati Namawee supaya diangkat sebagai HERO Orang Muda Kaum Cina sebagai tanda sokongan satu kaum bersatu hati apatah lagi menjejak dan meneliti kelebihan di PRU 13 yang bakal ditunggu. Halus caranya tapi jijik hasratnya, kali ini mencuba berkahak keatas bendera negara supaya orang ketawa, Kahak diatas bendera, rakyat terbahak-bahak tanpa sedar maruah tercela!

Persoalannya adakah kejujuran dalam menghasilkan Filem dengan pelbagai undangan Artis-artis Popular untuk memperlihatkan mereka mampu dan berDUIT untuk laksanakan hasrat sambil menyimpan niat untuk jadikan cara menghina era baru. kenapa NASI LEMAK tajuk yang digunakan kenapa tidak Char kueh tiow, Tosei ataupun Putumayum kenapa NASI LEMAK? tentunya kerana kesinambungan yang ada pada Video-video yang di tayangkan di Youtube yang boleh ditonton seluruh dunia terutama yang berada diluar negara, terfikirkah anda bagaimana video-video ini dapat di terima cepat dan baik terutama pelajar-pelajar di luar negara? tentunya serta pastinya ada hantu yang menyampaikan atau lebih tepat lagi menghasut!

Maka berfikir lah ANDA sebagai seorang dari Angkatan Pemikir? Kewarasan dan kebijaksanaan anda menjadi penentu!
Oleh : BUDAK HITAM 1

Tuesday, September 20, 2011

MELAYU KENA TAHU! KISAH SEORANG PEJUANG BRITISH & MAT SABU the HERO!

Sebagai seorang RAKYAT, Kami cukup tertarik dengan Temuramah serta pertemuan rakan Bloggers seperjuangan Seorang  Bekas Warga Pejuang, British Army yang menjangkau usia 80 tahun. Sebaik selesai membaca, meneliti dan menghuraikan postig salah seorang dari rakan maya Sdr sekupang Dua didalam Blognya (terus ke halaman), kesemua kami sungguh terharu dengan penceritaan beliau, dihujani dengan pelbagai rasa Marah, sedih, menyentuh, Bangga dan bermacam-macam lagi. Jadi kami sepakat mahu kisah ini diwartakan didalam Blog Kami. Cukup berbangga dengan Pejuang ini selayaknya kami paparkan semula untuk semua, Insyallah, Anda, jika sebagai salah seorang rakyat yang berbangga dengan kemerdekaan yang dikecapi sudah pasti akan bersetuju dan merasakan sebahagian dari cerita ini yang akan di noktahkan dalam kotak fikiran anda malah akan menyimpan kisah ini sebagai sejarah tuntutan kemerdekaan Malaysia. Pada pejuang yang dimaksudkan, kami menzahir serta mengangkat dia sebagai HERO dan Pahlawan, Cuma sedikit terkilan pada beliau dan rakan-rakan. membaca kisahnya sudah cukup meremang bulu roma, Apatah lagi kalau dapat bersua dan bertentang mata dengan beliau. Harap-harapnya kali hadapan jangan di lupa rakan-rakan bloggers jika ada lagi. Mengetahui kisahnya sudah cukup menghuraikan segala pertanyaan dan penjelasan sebenar! Kami mahu diantaranya yang pastinya amat bangga kerana dapat DENGAR dan apa lagi dapat Bersua muka dengan pahlawan ini. Kepada Rakan Bloggers diharap jangan tercicir lagi AP dalam senarai undangan nanti. Syabas dan Tahniah! Jom ikuti Kisahnya......



BACA KISAH INI KALAU KAMU SEBAGAI BANGSA MELAYU YANG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH! Sekupang BERTENTANG MATA dan berkongsi APA BEKAS PEJUANG 2COY BRITISH ARMY yang meletak nyawa demi kesinambungan Keamanan Negara, dari berjuang hingga berkawad di baris hadapan semasa MALAYA mendapat kemerdekaan! Wajah ini juga yang sekarang siSABU gelarkan PENGKHIANAT atau PENGGANAS NEGARA!
Sebaik Sekupang bersama rakan bloggers kinta dan kamunting memasuki highway menuju utara selepas selesai tugas di Ibu kota, tak banyak kami nak bercakap dek keletihan, sebaik selesai dan menyambung kembali perjalanan selepas membasahi tekak di Kawasan Rehat Rawang, Kinta Jauh termenung lama dan tiba-tiba terpacul ayat, KITA ADA SATU KERJA LAGI! KENA PEGI! terkejut teman... apa lagi yg tak selesai. Amenda bro? Kinta ingatkan teman 'kita kena pergi terus rumah Pakcik Bekas British Army tu' 
Ikuti kisah penuhnya {disini}

Friday, September 9, 2011

HALALNYA DARAH MELAYU...!!!


Belum pun habis isu tentang Mat Sabu menyatakan Polis Bukit Kepong adalah talibarut British, kini Mat Sabu sekali lagi cuba mengeruhkan lagi isu Polis Bukit Kepong dengan penyelewengan Fakta. Malam tadi Mat Sabu sekali lagi mempertahankan kenyataannya yang jelas cuba memesongkan fakta sejarah dalam ceramahnya di Bukit Jana, Taiping Di Markas Pas Bukit Jana bahawa kononnya membandingkan keadaan sebelum merdeka dan selepas merdeka. 

            Mat Sabu beria-ia benarnya menyatakan bahawa polis Melayu Islam yang bertugas pada masa sebelum merdeka adalah talibarut British dan tindakan Mat Indera yang mengetuai Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya adalah betul sebagai seorang pejuangan kemerdekaan. GILA!!!!! Pada masa yang masa tidak menafikan kebenaran bahawa Mat Indera dalam buku tulisan Samsiah Fakeh (Komunis) dan Abdullah CD (Komunis) adalah seorang Pemimpin Parti Komunis Malaya.



Adakah HALAL darah-darah Anggota Polis Islam yang berkhidmat di Bukit Kepong yang telah dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera??? 

Apakah HALAL bagi Mat sabu, darah-darah orang kampung Islam Bukit Kepong yang dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera???

Apakah HALAL bagi Mat sabu, darah-darah merah isteri-isteri dan anak-anak Anggota polis Islam Bukit Kepong yang dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera???

Dan kami percaya..”HALAL lah jawapan yang akan dikeluarkan atas nama sokongan undi Ultra Kiasu kepada Parti ysng mengaku islam itu. 


Dan untuk itu Persoalan yang paling besar  buat Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia ini atas kenyataannya bahawa kerajaan Malaysia ini adalah warisan dari penjajah British, maka atas nama warisan British...undang undang Negara ini adalah warisan British, Parlimen Negara ini juga didikan British ..

maka nyatalah Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia itu sebenarnya TALIBARUT ATAU PENGKHIANAT Warisan British kerana menerima gaji sebagai Ahli Parlimen Negara WARISAN BRITISH INI.

Juga Jawapan terbaik untuk PENGKHIANATAN itu ialah HALAL!!!!