Sebenarnya nak bersatu bukanlah sesuatu yang mustahil,apatah lagi apabila yang cuba disatukan itu..seagama.
MENYATUKAN seagama itu bukanlah sesuatu yang sukar apatah lagi penyatuan itu ...datangnya dari ras bangsa yang sama.
Begitulah kata kata bicara.Mudah tapi sangat sukar dilaksanakan andai NAFSU UNTUK BERKUASA tidak ditundukkan.
Bahan untuk dijual untuk mendapatkan kuasa terkadang diluar kotak pemikiran akal....TAUHID.
Para penjual bukan calang orangnya.ARTIS,ULAMA
Sudahlah kiranya mukadimah KISAH RAMADAN AP kali ini..
Masih lagi mengenai surau entri ini.Jua..bicaranya bukanlah berkenaan suramnya surau itu,sesuramnya As Salihin,surau diKedah yang berusia 107 tahun yang mahu diputus hayat atas nama pembangunan...bukan...
|
Lebih kurang macam surau AP bentuknya. |
"Apa cadangnya kome nak bagi sinar pada surau lama kita nih" Yoi Satdan sedikit hairan apabila cadangan SINAR SURAU menjadi bahan bualan budak budak muda malam itu.( lihat entri lepas )
"Betoila..dari orang kampung nengok kita dengan pandangan hujung mata,baik kita buat mende elok.Idakla deme nuduh kita buat bende tak elok di surau ni"Monner merangkap anak ustaz kg AP memberi "tazkirah"(anak ustaz pun join kitaorang skali la)...
"bulan pose ni pun kalo kita buat mende elok,berganda pahalanya" anak ustaz itu menyambung.
Ngomelan dan bualan kami itu mencapai deklarasi bersama akhirnya.
Permuafakatan dimeterai,pembahagian tanggungjawab diagihi,semuanya dengan satu arahan,anak ustaz,AP,Yoi Satdan,Giant,Jimi dan semua yang lain mengangguk angguk.
Perghhhh...seolah deklarasi Pakatan Rakyat lagaknya."bersetuju TIADA HUDUD dan Negara Islam" jua dengan satu arahan...pemimpin ustaz parti agama,mengangguk angguk...Bersama sama dengan bukan seagama pulak tu.
"nak kumer nih buat ape?"Kata AP setelah menerima amanah dari Jhuer,
(Part seterusnya memerlukan pandangan neutral pembaca,menilai dari mata anak muda belasan tahun)
Ketika ini,Sudah tentunya Pakar Congak kami,Alun mengemukakan teori yang tak mungkin disanggah sesiapa.Kiraan strategiknya mengenai pelan SINAR SURAU dikongsikan....
"Nan,group kamu ambil belah dalam Kampung..Giant,group kamu belah padang bola,yang lain ikut aku dengan Jhuer". Arahan pertama Alun.
"ingat korang semue...1 rumah 1je... Jangan lebih!" Arahan keduanya.
Bukan 1 malaysia la... Time tu Tun Dr Mahathir Perdana Menterinya.
Korang rasa apa mendenya "SATU RUMAH, SATU SAHAJA"...tekalah
"Aku tak boleh buat kerja ni!...INI MENCURI namanya!"Kata Giant.
(Giant bersesuaian dengan nama,takut tahap dewa bila nampak ayah dia lalu,ayah dia garang derr...)
"Rileks G,rileks...kita bukan mencuri...kita nih kategori asnaf,patut dibantu,insan yang memerlukan,kita belum mampu untuk membeli.Apa yang kita buat ini kira ambil zakatlah..ambil dari orang yang mampu...bagi pada yang tak mampu.Dan kalau sekarang,kitalah golongan yang tak mampu tu"..sedap ayat dia nih.Agakkan dan telahan korang memang tepat,kalau korang kata ini ayat Monner..hehehe anak ustaz kg AP.Memang dia tiru seketul cara ayah dia bagi nasihat.Kalau sudah anak ustaz memberi "lampu hijau"....
Dan pertama kalinya Ramadhan kali itu bukan Polis Sentri yang mengujakan kami,
Pertama kali jualah AP menyusur sisi gelap sebagai anak muda belasan..
Kami pergi PERGI CURI PELITA.....dua group berjalan serentak.group ketiga, Jhuer Alun buat perkara lain.Pun sambung entri lain.
Dengan motto "satu rumah...satu sahaja...
Pheww...kenangan curi pelita memang thrill bro..tapi bukan entri ini..kita sambung nanti..