Monday, September 24, 2018

RED BEAN ARMY : EPISOD KE 2 ''DEDAKIAN LOW CLASS'


SIAPA PULA PENCACAI KELAS 4 MENJADI SURUHAN RBA

Mungkin ramai yg tidak tahu bagaimana operasi RBA dijalankan?
Kali ini kita kisahkan ttg siapa duduk sebagai pencacai atau gelaran cai yg juga merupakan kelas ke empat atau mereka yg paling bawah dlm pegerakan atau gerakan RBA selama ini. (Sila lihat gambar-gambar)

Mereka yg dibawah sekali ini nyata dari serpihan rakan kongsi je, menjadi pencarut pemaki hamun ikut suka mak bapak mereka, itu sahaja kemampuan yg mereka ada kerana utk debate dalam satu-satu isu memang tak dapatlah....

Sorry : fuhhh susah bro guna ayat buku nih! sorry chief gua guna ayat gua bro!



Sambung balik :  jenis nih mmg jenih otak beku kalau mau sembang psl politik pakat kena knock out 1st round, jadi yg ada sikit bijak lar boleh maki hamun jer, lu org blh kenal abam mangkuk ni bila yg mampu dia buat setakat maki dan carut je, gua pun pelik juga brom mother father dia tak kan got no kemaluan yg dia selalu sebut? Lain natang dia org tak sebut asyik gentel mulut sebut babi, gua pun heran mat gentel ni tak lepas sebut babi maca, sedap sgt babi atau mmg pemaging spesis ciok ni!

Apa pun nak temberang psl isu mmg tak dapatlah dlm otak mat gentel otak pungkok nih, jadi bolehlah boss guna sebagai last line yg ada juga gunanya bila maki memaki ni janji boleh jadikan itu bangsa Malay chai kasi gaduh sama bangsa sindri, pencarut kelas ni adalah pencacai paling bawah sbagai org suruhan RBA,

Tapi biasalah bro, tak kan lu org tak tau jenis macam ni biasanya lebih sudu dari kuah, lebih besar dada dia org nih macamlah dia org ni paling hebat dan teratas duduk line paling tinggi, pada hal dia sebenarnya cai paling bawah standard cuci magkuk tandas jer bro. Tapi biasalah jenis macam ni lah yg rasa diri dia king, lu org tgk sendrilah gua taruk semua screen shot ayat cai kurapan ni

Yg like tak lah seberapa tapi bab komen mmg blh cecah ratus, tapi kalu lu org tgk yg komen semuanya kasi HANTAM balik dgn posting cai kurapan ni. Tapi gua rasalah bila makin ramai yg sembur cai kurap ni dia org ni makin syok lak, apa pun gua dapat agak credit dan dedak menyusul bila tunjuk lagi kerja mental macam nih. Sebab hasilnya yg penting Melayu kasi gaduh la bro, kiasu mmg suka part nih.



Sebenarnya tak susah mana nak cati cai kurap macam nih, yg penting boleh karut maki hamun tak ingat, walaupun kita boleh baca kategori jenis cai macam ni banyak kaki ketum atau stone. Bila high mmg kuat karut bro, hasil upah boleh sambung hari layan kapla. Jenis macam ni lah yg suka cakap carut dan lu org tentu blh baca ayat lalok meraban cai kaki high ni buat ayat.

Kalau ada like pun sesama dia org jer, dan acc FB tu kalu lu org  teliti mautlah, yg like pun acc lain yg dia org buat sendiri. Perhatikan pengunaan ayat dari susunan, sebutan, tonasi yg sama. Jadi tak heranlah dari acc yg dimiliki org yg sama yg like dan komen pada jarak masa dalam urutan ikut giliran sign in dari acc FB ke FB yg lain. Jenis pemakan dedak ni hanya mampu setakat itu jer.

Tak susah mana kalu org nak tgk cai kurapan ni berani atau tak, yg nom satu blh kita tgk bila semua profile dia org sorok dari odeon. Walaupun kuat melalak mari kuat  mencarut macam berani tapi inilah gaya yg selalu tarak tulur yg jantan.. wakakaka takut jugak dia org nih!

Tengok pula nama acc yg digunakan mmg nampak jelas yg dia guna nama lansung tak nampak bunyi Melayu!
Jenis ni bro selalu hanya ada bran takat melalak dalam group jer pun sbb kecut kalau open. Dan jgn terkezut group atau page yg ada pun bunyi jer macam BN walhal milik dia org jer. Nampak macam anti PH tapi sebenarnya suku sakat dia org punya juga.

Itulah serba sedikit cerita cai dedak RBA yg kategori longkang paling bawah sekali yg sebenarnya ramai dikuli oleh big boss RBA yg jadikan sifat bodoh sedia ada cai ni utk memudahkan kerja cai bawahan berfungsi dan berperanan.

Ok esok kita kasi dedah sapa pulak big boss yg sebenarnya yg hamba abdikan golongan  ni, tunggu bro...
Lagi Gambar kerja kaki stim Ais ni (KLIK SINI)

@ cyberstrom
Sorry chief, susah banget nak ikut bahasa buku, i will try next ya!
Gua pesan kat lu orang jgn hangin tgk mat kaki ais bila high punya ayat, tgh halusinasi mmg ayat macam tu. Tak kuat maki tak dapat dedak dari pig bro, kesian itu rezeki dia...

Wednesday, September 19, 2018

ISU TOK PA ISYARAT PERANG TUN DAN ANWAR BERMULA


RAKYAT TIDAK AKAN TERTIPU LAGI DGN GAME TUN DAN SEKUTUNYA.

APA SANGAT NAK KECOH?
Rakyat sekali lagi dihayalkan dgn isu TOK PA KELUAR UMNO, disebalik isu tersebut kita lupa yg realiti sebenarnya PERANG TUN dan ANWAR sudah bermula. Setakat pencacai dedakian RBA kelas ketiga yg kecoh memadan muka orang UMNO tu bukan cerdik sangat pun malah ada yg tak tahu apa sebenarnya terjadi. Tapi biasalah mereka setia ikut suruhan bukan pun jenis yg mendalam soal politik bila terbukti hingga kini pun sudah tertipu tetapi masih kuat mengangguk lagi.

Sebelum ini admin pernah dedahkan ttg TEORY 116, cai kelas 3 mana nak ambil tahu dan tak tahu pun apa nak jadi, tetapi hasilnya kita sudah boleh melihat 'spark' atau percikan api sudah pun bermula nampaknya bakal jadi ledakan dan mengunung besar kali ini. Cai mana tahu yg tahunya sekadar mencarut dan fitnah kerana itu hasilnya dapat pujian atau istilah dedak yg mengeyangkan. (Sila klik)

Sebenarnya Tun dan kuncu adh mula dulu hasil dari persiapan peperangan ini, bila Anwar umum bertanding di Port Dikson, Tun seolah tidak menoleh kebelakang dan terus berusaha keras memastikan dia bersama kuncunya termasuk kroninya yg bakal menang dalam  perang antara mereka nanti. Seperti biasa bagaimana dia mahu sulitkan rancangan sekalipun tidak akan tersorok kerana yg mengkaji dan meneliti sentiasa mendapat clue dari kesilapan perbuatan dari kuncunya spt DAP, Amanah dan sebilangan dari PKR sendiri yg setia kerana sdg kenyang dan mewah sebab menjadi tagan kepada TUN dan PBBM.

Oleh kerana itulah kita boleh lihat beberapa pemimpin PKR bercakaran sesama sendiri dalam parti termasuk isu paling dekat spt Fauziah, Azmin, Ambiga dan banyak lagi yg berhaluan kiri mempertikaikan kenapa Anwar bertanding di Port Dikson. Samada mereka sedar sesuatu bakal berlaku atau pun memang mereka rasa kemewahan bakal berkubur bila perang bermula merebut kerajaan yg baru oleh Anwar. Mereka juga sedar DAP, PBBM, AMANAH dan kompenan laim sekadar menumpang kini semakin naik junjung. Tidak nampak bagaimana Tun boleh serahkan takhta kepada Anwar.

Anwar tidak sebodoh yg disangkakan PH kroni Tun, kali ini pastinya dia akan Checkmate terus PH. Secara logiknya tak kan Anwar mahu mewarisi Kerajaan Porak Peranda tinggalan Tun? Anwar juga akan dikekang sekali pun dia menjadi Perdana Menteri warisan dari PH,  Dia sedar Tun telah membuat persiapan atau SHEILD untuk dirinya kerana tetap percaya orang yg dipenjarakan masakan percaya bulat tanpa sebarang keraguan lansung. Bertahun dipenjara adakah boleh akan setia dan menghormati beliau?

Anwar juga sedar barisan kekangan yg diwujudkan Tun seperti Penasihat Ekonomi yg terdiri dari Zetty, Daim, Robert Kuak dll adalah kekangan kepadanya utk tindakan memacukan ekonmi negara jika dia dilantik sebagai PM 8, Bukan itu sahaja meneteri kewangan dan peguam negara juga disusun atur utk boleh bertindak terhadapnya malah kombinasi tentera sulit Tun dalan kementerian sebenarnya sekali lagi boleh mengadakan bukti dan mengheret Anwar ke jerigi besi kembali sekali lagi. Lakon layar tuduhan fitnah terhadap NAJIB sudah cukup membuktikan sebenarnya hati Tun sebenarnya

Kalau kita lihat adakalanya Tun sudah tak berupaya berjalan dgn baik, bercakap lupa, keletihan dan sebagainya kenapa tidak terfikir biarlah Menteri atau orang kuatnya boleh mengantikan nya dlm setiap kerja atau lawatan Tun sebelum ini, tetapi kenapa Tun masih mahu meneruskan dlam keadaan penat dan uzur begini? Sudah tentulah apa yg dirancang tidak semua yg tahu dan apa yg dia lakukan adalah persediaan Perang yg bakal berlaku.

Dan kerana itulah Tun tetap berusaha mendapatkan sokongan dari mementingkan soal ekonomi negara dan Rakyat, jangan pula kita tak nampak bagaimana usaha Tun ke Sabah dan Sarawak dan mengembar gemburkan kononnya PH perlukan sokongan majoriti 2/3 utk perubahan. Perubahan apa yg nak dibuat oleh Tun sehingga begitu kuat beliau berusaha? Sebenarnya dia mencari sokongan kerana sedar kebangkitan Anwar bakal berlaku spt yg dia ramalkan tidak seperti macai-macainya fikirkan. Kita juga tidak akan terkejut akan segala usaha kerajaan PH menabung dan memotong segala peruntukan, memecat anggota kerajaan, menceroboh khazah besar punca kewangan selama ini jika ianya sebagai tukaran utk sokongan kepada beliau yg hanya punya 13 seat tetapi berkuasa di negara.

Anwar secara zahirnya tidak mahu jatuh dilubang sama buat kali kedua. Dia tidak sedengkel yg dikatakan, mana mungkin dia memilih kerajaan sedia ada yg kini semakin dibenci Rakyat yg tertipu dan ditindas teruk, kerajaan yg korupsi dan salah guna kuasa, tidak professional, tiada pengalaman, membuat rakyat terhimpit, berdendam dan terinaya.
Cukup jelas kuasa disalah guna diperlihatkan kepada rakyat bila perasuah boleh bebas, fitnah terhadap DS Najib berterus difitnah sebagaimana beliau juga yg jadi sasaran pertama sebelum ini. Negara semakin mundur, Persahabatn dgn negara luar semakin berenggang spt Arab Saudi, China, Jepun dan lain-lain yg sdh nampak menyalakan permusuhan diplomatik dan kebersamaan memajukan ekonomi.

Buka itu sahaja kerajaan sedia ada yg semalin kotor juga sudah dipenuhi oleh egen-agen setia Tun didalamnya... Adakah Anwar akan terus angguk dan Akur menerimanya atau pun beliau berhak dapat kerajaan baru yg bersih dan menjadi harapan Rakyat melihat negara kembali stabil dan bersinar seterus menutup segala kezaliman yg ada dan bernafas kembali. Adakah Anwar sedia menerima Kerajaan PH yg dibelakangnya DAP yg menyiksa rakyat dan mengetahui Rakyat mula bangkit menentang kerajaan yg beliau warisi dari TUN  DAP dan kuncunya?

Apakah beliau kena tanggung semua keroskan Tun? Sedangkan beliau boleh membentuk kerajaan baru dari parti yg ada dan yg sebenarnya majoriti menang dalam PRU lepas. Anwar sebenarnya sdh nampak gerakan dan usaha Tun mencari penyokongnya spya menidakan hasrat beliau sebagai PM ke 8 kerana dimasa Rakyat disiksa beliau juga diantara yg sdg diinaya dan tiada kuasa utk membantu rakyat yg menderita.

Ttg isu Tok Pa Lompat tu, itu juga usaha Tun walaupun terus tunjuk sombong dan kata tak nak UMNO, tapi dalam keadaan sekarang yg terdesak mmg perlukan sokongan sebenarnya, tak masuk akal PBBM yg ada paling manoriti dan kecil hanya ada 13 kerusi nak sound kat yg paling majoriti kerusi utk Parti spt UMNO yg ada 51kerusi. Apa pun tunggulah macam-macam macai qkan katakan banyak lagi akan lompat. Kesian juga kan utk apa nak sokongan UMNO sedangkan sudah ada Kerajaan. Percayalah sebenarnya dalam UMNO sebenarnya pengkhianat semua dah jadi katak hijau yg melompaf join atau bersama ular sawa yg kata sunyi takda kawan dan mencari kawan baru utk duduk dgn selamat bersama.  Kalau ada pun biarlah...

@ S@rb@n Tujuh H@st@
Tq : 10 cent
#janganKenaTIPUlagi

Monday, September 17, 2018

DISEBALIK MAHASISWA BANTAH MASLEE


DISEBALIK BANTAHAM MAHASISWA SEBENARNYA......
WAJIB hukumnya bantah, lama dah.... kita kena belajar dari silap yg dulu, baca dulu dan kongsi pandangan anda

Bagi mereka yg ikuti perkembangan UIA, mana mungkin dapat lupakan betapa sesalnya kita tiris dgn kehadiran sekutu dajjal dimana nama Amina Wadud juga hasil dari UIA sendiri. Bagaimana ianya blh terjadi dgn kehafiran Amina wadud di UIA?
Dia juga serata dunia ambil kesempatan kononnya berdakwah luar negara khususnya mereka yg hukan islam tetapi terbuka hati utk Islam, Yg mahu dan rela utk jadi mualaf akhirnya jatuh ketangan yg menjahanamkan niat asal yg murni, bukan kearah jalan yg benar sebaliknya menambah sesatkan sinar atau nur hidayah yg baru mahu bermula.

Amina juga antara yg begitu popular menjadikan seorang wanita BOLEH menjadi imam dalam satu jemaah sholat, malah makmumnya juga boleh bercampur lelaki dan perempuan dalam satu saf diimamni beliau. Makmun utk wanita tidak perlu gunakan telekong atau menutup aurat spt dituntut sebaliknya apa yg sedia ada tidak menutup rambut atau aurat masih boleh tunaikan Fardu dan waktu.



Bukan setakat itu sahaja, beliau juga popular sebagai jurunikah utk perkahwinan itk pasangan lelaki dan lelaki maupun perempuan kawin perempuan yg kita gelarkan istilah nama morden LGBT. Dan inilah juga perjuangan rakan atau anak buah beliau spt anakanda Tun, Marina dan anti hadis anak beranak City Cassem Ahmed. Jadi tak sia-sialah mereka begitu bangga dgn hasil perjuangan mereka dizaman era bapaknya sebagai pemegang kuasa kini.

Tapi apa kaitannya?
Soalnya adalah bagaimana Amina blh terlepas jadi dewa dlm UIA, inilah masalahnya tanpa kita sedari ada tangan atau kuasa ghaib yg blh lepaskan dia mendapat tempat istimewa disini. Ini yg patut kita sedari, kaum atau puak yg sama pendapat yg secara senyap blh menjadikan tempat ini dibooking tetap atau confirm awal. Yg menyokong tak perlu tunjuk dia juga geng tapi blh adakan jasa utk kaum atau puak.

Dah benarlah jalannnya Mahasiswa bertindak berani sebegini, sdh terlerai dati dosa bersubahat dgn pekara membawa kemungkaran. Kesedaran awal dari peristiwa silam yg kini tidak tertanggung sesal yg tersimpan. Jadi ianya dtg dgn penuh kesedaran betapa mereka WAJIB menentang.

Kenapa pula Maslee beriya pertahankan jawatan yg dilantik sendiri tanpa rasa muka setebal tembok?  Setakat mengejar elaun atau tambahan pangkat mmg tak masuk akal, setakat nak cari duit utk repair limo beliau yg dilanggar kereta myvi tu dah cukup duit elaun dan poket tepi yg ada, bukan setakat itu rasanya sdh mampu adakan 3 biji limo yg lebih besar yg tak susah mana spt rakyat miskin nak menukar kasut akibat kasut putih nak dihitamkan. 

Kalau punca jawatan baru beliau pertahankan ini tak masuk akal lansung. Soal Limo beliau tu bukan shj mampu adakan limo khas yg blh dikira dalam dunia tetapi limo yg punya 20 biji tayar pun dia mampu beb!

Tahniah anak muda, kami nampak anda sdg sekat kemusnahan Islam kali kedua di makam tertinggi pengajian Islam utk ummah..... 

@ S@rb@n Tujuh H@st@  .... Takbir!!!

Friday, September 14, 2018

RED BEAN ARMY : EPISODE ONE (OPENING)


Red BEAN ARMY kerja kuat buat fitnah dan serang UMNO terutama DS Najib, kini dibantu oleh Pairing pencacai kompenan.
Bila dilontarkan SATU FITNAH mereka akan panaskan isu spya yg difitnah diaibkan dan dilebelkan bersalah awal dari mata rakyat!

 Manakala pencacai akan terus maki hamun mencarut, menghina tertuduh dgn acc Fake atau dilihat spt milik org bangsa melayu. Kejayaan mereka adalah bila sesama Melayu bertekak dan telagah sesama sendiri.

Selain dari UPAH yg lumayan, mereka dilindungi. Jadi kalau setakat nak maki hamun caci carut, ikut suka pak mak depa jer! Bagaimana pun ada cytro yg diluar lebih hebat dan mmg pakar dlm membongkar siapa disebalik RBA dan operasinya. Sepandai-pandai atau secerdik mana pun mereka, data dianalisis dan blh diceroboh. Mungkin satu dua yg jadi peneraju bijak dlm menyembunyikan profil atau data peribadi. Sebaliknya pencacai yg suka maki hamun dan rasa mereka juga sebijak big boss mereka sebenarnya penyebab operasi mereka bocor.

Soalannnya disini adakah anda percaya RBA itu wujud? Adakah mereka kebal dan tidak akan dikenali wajah-wajah mereka yg sdg menghuru harakan negara?
Tunggu nanti kita perlihatkan siapa disebalik tabir.... tunggu....

@ cyberstrom 

Wednesday, September 12, 2018

PUKUL POLIS, TERBALIKAN KERETA PERONDA TAK AKAN DITANGKAP?


KENA BUAT RUSUHAN, TERBALIKAN KERETA PUKUL POLIS BARU TAK KENA TANGKAP?
Apa dah Jadi dgn negara bila kumpulan yg menuntut keadilan demi HAK rakyat dinafikan bagai ada sengkongkol dgn Kera Jaan yg PENIPU kepada Rakyat! Siapa disebalik arahan yg dilakukan terhadap rakyat di SOGO dan Pelajar yg berdemo ditangkap dan dihalang?

Audah-sudahlah rakyat mula hilang kepercayaan terhadap integriti SPRM dan POLIS bila membuat tuduhan Palsu ttg DS Najib dgn kaitan 1MDB yg lepas bila tiada lansung dakwaan ttg 1MDB yg dikaitkan dgn najib, negara di pertontonkan dgn pelbagai barangan kemas, beg mewah, matawang asing dan pelbagai barangan berkali-kali setiap hari dengan memperlihatkan di kaca TV disaksikan dan dilaporkan seluruh dunia seolah negara terlalu teruk. Sekarang semuanya senyap... mana SPRM dan POLIS. Mana, mana... bukankah ini lebih TERKEJUT sepatutnya?

Mana menteri kewangan yg main HANTAM ikut suka bagi laporan yg diikuti RAKYAT malah DUNIA yg mengikutinya? Negara bukan shjdimalikan malah diaibkan dimata dunia, lebih teruk lagi bila ia juga disabitkan kes RASUAH boleh terlepas begitu sahaja tanpa blh didakwa atau dikaitkan dgn kes kembali, bagaimana 25 saksi yg memberikan kenyataan dan bagaimana pula 35 lagi saksi yg menunggu utk diberi kenyataan.

Peguam Negara yg disaran serya dilantik oleh beliau sendiri sdh tidak cukup adil kerana merupakan peguam beliau juga sebelum ini. Kalau dulu menang PRU dgn menipu rakyat sekarang ke fasa 2 guna kuasa menindas dan menafikan HAK rakyat!

Rakyat sudah sedar spt ingatan keras dlm Agama jgn sesekali terjatuh kelubang yg sama kali kedua, rakyat juga sedar modus operandi tetap sama kerana PM4 dan PM7 adalah oranh yg sama, jadi soal mengaibkan terinaya sebelum ini spt bukti tilam, bulu, cadar, air mani dan segala mak datuk punya bukti supaya aib dan Fitnah!

Jadi Tak heranlah RAKYAT CUKUP SEDAR TERTIPU DGN PEMFITNAH yg kini sdg mengunakan kuasa dgn cara rakus menindas dan menzalimi rakyat spya takut dan akur dgn mereka. Setakat kebal didunia blm pasti selamat lagi..... lupakah mereka Allah yg sentiasa memerhati dan juga berkuasa memberi hadiah MUSIBAH kepada negara dan mereka?

Mana menteri KDN? Tak mahukah keluar TV sejam sekali macam kes DS Najib dan 1MDB? Tak teringinkah keluar TV sejam sekali. Cuba cerita kepada rakyat kenapa ditangkap mereka yg protes tentang keadilan dan kehakiman negara yg semakin hancur! Kenapa sekarang pula berani bertindak dgn Rakyat yg tuntut hak mereka?

Apakah mereka perlu merusuh dgn kejam seperti BERSIH memukul anggota dan memusnah kereta POLIS serta merosakan Harta Awam barulah POLIS tidak akan bertindak? Apa sebenarnya mereka takutkan? Rakyat atau pemimpin yg sdg menzalimi rakyat? Mana perginya slogan Bersih, Cekap, Amanah, Adil utk semua?

Bukankah kerana nila setitik sebelanga susu yg musnah, kerana seorang dua yg salah guna kuasa adakah kita sebagai rakyat terpaksa hancurkan Agama dan Negara? Tidakkah kita punya generasi anak cucu yg akan diwarisi keamanan dan kemakmuran sebagai kesinambungan hidup?

Sebagai rakyat...... kita juga perlu bangkit dlm apa jua cara, tidak terhapus dosa silam bila kita tertipu dgn memberi negara kepada penipu dan pemfitnah. Ini tanggung kawab kita utk kembalikan semula negara dilandasan sebelumnya. Rakyat ketika ini patut mengunakan kuasa utk menghukum! Supaya kita tidak dari golongan yg tidak  mengakui kesilapan sendiri dan sembunyi tangan sebelum pedih mata kita juga yg terus menyaksikan kehancuran Agama, bangsa dan kedaulatan Negara.

Selagi penipu ada jgn fikir ttg cerita kebenaran....

@ SeMuTaR HiTaM
#BangkitlahRakyat

Sunday, September 9, 2018

SAMUNAN TERANCANG TUN DAN TAN


YANG SEBENAR, BUKAN MACAM PH YG MEMANG PENIPU DAN PEMFITNAH!
Memang tujuan mereka hanyalah utk musnahkan UMNO dan menyamun milik UMNO bila merrka mula membekukan semua hak milik UMNO. Lalu disiarkan pelbagai FITNAH ttg wang UMNO yg ada,

Tun org UMNO dan dia juga salah seorang yg juga memegang amanah DANA tersebut, inilah peluang beliau utk memusnahkan UMNO dan mewujudkan PBBM dibawah kuasa beliau, malangnya PBBM kini RETAK menunggu Hancur kerana ahli UMNO sudah tahu betapa busuknya hati pembunuh UMNO. Kalau 8anya salah maka TUN wajib dipersalahkan kerana dia juga merupakan org yg terlibat semasa zamannya menjadi Presiden.

Tentang kera jaan hari ini, kita sudah lihat bagaimana tembelang mereka sebenar, Hari ini samunan menjadi-jadi, dgn berbekalkan ayat NEGARA BANYAK HUTANG ianya dijadikan modal utk rakyat dikaburkan dgn samunan yg sdg berlaku.

Mana perginya dana Petronas? Mana hilangnya duit kutipan hair 200j tabung yg dikencingkan. Telekom dan Agensi2 lain yg dibekukan, pembangunan langkawi,  Belum lagi hasil dari kutipan kezaliman dari mereka, Bonus yg ditarik balik, bantuan rakyat JKM yg dibekukan, BRIM kepada lebih 3 juta yg dihentikan, subsidi utk petani, nelayan, teksi, dan lain-lain, Mana perginya bantuan sek agama dan guru kafa, mana hasil besar hasil membuang pekerja atau kakitangan awam, mana perginya duit dari peruntukan projek yg dibatalkan.
Banyak lagi hasil catuan dan kutipan yg diambil tidak dilaporkan malah ayat yg sama dikatakan kita perlu bantu negara yg makin miskin sbb berhutang bagi tujuan melihat salah kerajaan terdahulu sementara mereka terus secara senyap menyamun harta rakyat!

Sebagai kambing hitam kalau dulunya DS Anwar kini dialihkan kepada DS Najib, kini mereka akan memberi bonus dan amaran kepada pemimpin mereka spya tidak bertindak meerjuangkan hak RAKYAT. Ini dibuktikan dgn kes RASUAH LIM GUAN ENG kalau dilihat ia seperti amaran kepada semua PH bahawa mereka mampu dan berkuasa MEMBEBASKAN DOSA dan MENGHUKUM sesiapa sahaja!

Semuanya telah dirancang, penipuan kepada rakyat dgn Janji pelbagai, merosakan dan menghasut minda rakyat, penindasan kpd rakyat, amaran dan menghukum rakyat supaya semuannya kena akur dgn kuasa besar mereka.

Lihat sendiri apa yg didedahkan oleh DS Najib sendiri dalam laman beliau, sudah tentulah ada pencacai yg kekeyangan dedak akan bangkit menjerit bagai org tidak siuman utk tambahan elaun yg lebih tinggi.

@ SeMuTaR HiTaM.
_________________________________
[09/09, 6:12 pm] : FB : NAJIB RAZAK

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik dari ahli perniagaan, individu, NGO  dan korporat.

Presiden UMNO juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihanraya.

Semua hak ini ada ditulis di dalam perlembagaan UMNO dan ialah satu kelaziman sejak zaman Tun Mahathir Mohamad.

Ada satu klip video tular yang merakamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada 6 September 2015 selepas beliau digantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri bahawa beliau sendiri tidak mempersoal amalan dana khas presiden kerana ini ialah kebiasaan untuk diuruskan oleh presiden sejak dulu lagi.

Tun Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa dia menyerah sebanyak RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada Tun Abdullah Badawi apabila Pak Lah mengambil alih jawatan presiden parti dari Tun Mahathir.

Walaupun saya pernah sarankan untuk mewujudkan satu akta sumbangan politik, ia ditolak oleh Pakatan pada masa itu, justeru sumbangan dana politik tidak melanggar mana-mana undang-undang negara ini.

Pada masa pilihanraya umum, kebanyakan sumbangan dari ahli perniagaan dan individu adalah dalam bentuk wang tunai dan juga diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Semasa Tun Mahathir membina Pejabat Perdana Menteri dan Seri Perdana, beliau turut membina bilik kebal dan peti besi di kedua-dua tempat.

Inilah tempat di mana wang tunai yang diterima disimpan untuk tujuan kegunaan operasi politik dan pilihanraya termasuk bayaran bil selepas pilihanraya dan operasi cawangan-cawangan parti.

Selepas BN kalah tidak terjangka dalam pilihanraya lalu, wang tunai yang dikumpul ini telah dipindahkan oleh pegawai-pegawai kepada satu pangsapuri di Pavilion Kuala Lumpur sebagai langkah sementera.

Saya juga difahamkan baru-baru ini bahawa ketika wang ini di dalam permindahan, ada beberapa pegawai-pegawai yang ditugaskan telah mengambil RM3.5 juta untuk diri sendiri dan mereka telah ditahan oleh SPRM.

Sebelum kita sempat membuat keputusan bagaimana untuk mengendalikan wang tunai ini dan sementera menunggu keputusan pemilihan parti siapa akan mengambil alih jawatan presiden, pangsapuri Kuala Lumpur ini telah diserbu oleh PDRM dan wang tunai ini telah disita.

Tun Mahathir tahu tentang kewujudan wang tunai parti yang banyak di pejabat Perdana Menteri pada masa pilihanraya kerana beliau juga melakukan begini semasa beliau presiden UMNO dan Perdana Menteri.

PDRM juga tahu tentang wang ini ada di Pavilion kerana permindahan wang ini daripada Pejabat Perdana Menteri oleh pegawai-pegawai bukanlah satu rahsia.

Wang ini ialah wang parti. Oleh itu, UMNO telah menyediakan barisan peguam untuk berunding dengan pihak kuasa untuk menuntut kembali wang ini.

Memang tiada wang tunai begitu banyak di simpan dalam pangsapuri Pavilion ataupun rumah saya sebelum pilihanraya dan wang tunai yang disimpan dalam Pejabat Perdana Menteri juga tidak begitu banyak pada masa bukan pilihanraya.

Mengapa pula ada matawang dari 27 buah negara?

Selain dari pangsapuri Pavilion, PDRM juga menyerbu rumah dua anak saya yang berdekatan dan kediaman peribadi saya di Jalan Duta. Setiap sen dan setiap helai wang kertas sama ada dalam matawang tempatan atau asing telah dirampas.

Sesiapa yang sering melawat dan bertugas di luar negara, tentu ada baki wang matawang asing yang belum diguna di dalam kediaman mereka. Saya dan keluarga saya tidak berbeza.

Oleh itu  sebahagian besar wang yang disita ialah dalam matawang Ringgit (termasuk ada satu jumlah ialah dalam wang Singapura kerana satu penyumbang tertentu memilih untuk menderma dalam bentuk ini). Yang dalam matawang asing merupakan jumlah yang kecil.

Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana walaupun banyak usaha dan rundingan telah dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu kembalikan wang ini kepada parti.

Ia telah melangkaui tempoh 3 bulan mengikut undang-undang untuk dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita.

Saya juga akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sitaan barang kemas dan beg tangan yang menjadi topik perbualan ramai.