Tuesday, December 27, 2011

BLOGGER MARHAEIN VS BEKAS EXCO KERAJAAN PERAK

GENDANG PERANG DIBUNYIKAN

Berikutan pendedahan yang dibuat oleh AP,sekupangduas dan rakan rakan blogers yang lain, berkenaan isu penyalahgunaan kuasa sewaktu mereka menjadi  kerajaan pemerintah negeri Perak,( lihat artikel sebelumnya) nampaknya suhu politik Perak kekal panas.

Lihat saja kenyataan kenyataan bekas Exco Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming dalam media apabila diasak oleh wartawan berkenaan  isu "Long suite" sekejab kata bukti diada adakan... sekejab laporkan pada pihak berkuasa..sekejab  saya cabar.. sekejab isteri saya hanya "rakan tidur perniagaan"..

Dan paling terkini..... " SAYA SAMAN PENULIS BLOG SEKUPANGDUAS".... Utusan Malaysia 27/12/2012.

Apa yang boleh AP gambarkan... kepimpinan DAP Perak kini mulai gentar.Peluh jantanbetina mengalir deras..lalu tempik gertak mulai kedengaran..SAMAN!!!! Bahasa mudah.
Disebalik semua ini nampakkah kita betapa kerdil seorang bloger, perasankah kita bahawa ada bloger kerdil seperti bloger sekupangduas yang berani tampil atas nama rakyat,  kini berhadapan dengan antara mereka yang pernah berkuasa di Perak.Berhadapan dengan tindakan SAMAN.Oleh mereka yang berlatarbelakangkan perundangan.

AP mengajak rakan semua melihat  jawapan bloger sekupangduas katanya " ( disini ) ... gentarkah si penulis kerdil itu, gugupkah kata katanya,cemaskah bila ada SAMAN keatas dirinya.
AP percaya ketika ini  beliau berseorangan..AP harapkan akan ada ramai penyokong berdiri menyatakan sokongan kepada penulis kerdil itu bagi menghadapi GENDANG PERANG DAP PERAK
.


TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua penulis penulis kerdil sepertinya.
Kami di AngkatanPemikir senantiasa berada di belakang anda,Berkata untuk kebenaran,Berani kerana perjuangan.

No comments:

Post a Comment