Thursday, January 19, 2012

RAKYAT SUKA,RAKYAT TAK SUKA

Pertamanya AP nak mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim atas penerimaan Portfolio Addin Negeri, muga Imarahlah dan berkibar syiar dibawah genggaman tangannya, Tahniah jugalah AP ucapkan Kepada Seluruh RAKYAT SELANGOR kerana perlantikan baru ini.

"SAYA SUKA!!!"


Cuma yang bersarang di hati AP berkenaan perlantikan ini, satu, dua perkara sahaja,dan kepada semua warga Selangor untuk saling mengingatkan, manalah tahu nanti bertukar lagi Potfolio Addin ke tangan orang lain. mohonla semua warga Selangor MENGINGATKAN Exco ADDIN yang baru itu supaya tidak menyentuh sensiviti sensiviti KEHENDAK RAKYAT seperti  berikut :

JANGAN sesekali pergi membuat serbuan ke gereja atau rumah berhala jika berlaku kes Murtad : RAKYAT TAK SUKA
JANGAN sesekali menyita atau merampas ARAK yang dijual kepada UMUM : RAKYAT TAK SUKA
JANGAN sesekali menyerbu KELAB MALAM dan menahan RAKYAT yang sedang berhibur : RAKYAT TAK SUKA
JANGAN sesekali MEMPERTIKAIKAN Exco yang TAK menerima HIDAYAH apabila Exco itu mengkritik Addin terutamanya dari PARTI ITU : RAKYAT TAK SUKA
JANGAN sesekali pergi ke mana mana HIMPUNan ADDIN : RAKYAT TAK SUKA
JANGAN sesekali cuba untuk memasukkan ENAKMEN HUDUD dalam negeri Selangor : RAKYAT TAK SUKA

 Banyak pula rasanya pesanan AP,manalah tau nanti EXCO ADDIN  yang baru itu TAK SUKA, maunya dipecat dan di 'bebas'nya AP.Tak sanggup rasanya.
Jadi yang paling PENTING untuk Menteri Besar Selangor selepas ini ialah memastikan ELEMEN SUKA SAMA SUKA sentiasa menjadi keutamaan beliau,bagi memastikan SYIAR SEBAGAI EXCO berkekalan.

"SUKA SAMA SUKA"


SUKA SAMA SUKA adalah elemen kebahagian RUMAHTANGGA juga elemen bagi memanjangkan hayat JAWATAN POTFOLIO....

No comments:

Post a Comment