Showing posts with label DAP LAGI. Show all posts
Showing posts with label DAP LAGI. Show all posts

Friday, May 18, 2012

SYUKUR...PARASIT UMNO KELUAR DENGAN SENDIRINYA..

Wah suka benar nampaknya Nizar Jamaludin di sidang media Sanhuri NKP UMNO Kampar tengahari tadi yang berlangsung di kantin pejabat Daerah Batu Gajah.

Maka bersiaran seluruh media Pakatan baik di Negeri Perak maupun negara."berita SEHEBAT ini patut disampaikan ke rakyat"Telah ada jua clip video "hempok meja" yang akan dikeluarkan oleh para jentera PR.Telah ada jua kata bicara betapa Nizar jamaludin berjaya memimpin seorang lagi UMNO menyeberang titian jaminan syurga.
Begitulah siaran langsung yang diterima oleh para penyokong Pakatan.
Begitulah.
Namun,andai itulah sahaja bicara AP,tertinggal pula makna PARASIT yang selama ini menjadi bicara AP di Laman Facebook.

Tahu mana berlangsungnya acara hempok meja oleh Sanhuri sambil diiring senyum oleh Nizar Si Penipu Bersiri itu?
Kantin pejabat Daerah,

Tahu macam mana bekas MB dengan Bekas Speaker ada bersama Sanhuri...
Si Sanhuri PARASIT menjemputnya.

Kenapa Nizar?
Kerana cita cita Nizar untuk bertanding dikampar pada PRU akan datang,

kenapa Sanhuri PARASIT mengamuk?

Yang ini panjang sikit.Baca perlahan lahan.
Kerana begitu efisyennya Kerajaan Perak memastikan tiada unsur pecah amanah berlaku akibat penjualan pasir di Perak.
Tanyalah Sanhuri sendiri,sebelum ini berapa banyak kawasan yang diterima sebelum ini.
Tanyalah diri sendiri bagaimana Nizar si Penipu Bersiri boleh mempertahankan manusia sebegitu.Terdesaknya beliau sehingga lupa akan kesan atas sokongannya tidak berbelahnya atas kemasukan Sanhuri PARASIT ke parti DAP.Tidakkah beliau sedar ketika itu SANHURI PARASIT sedang mengamuk kerana tidak dapat MELABA HARTA RAKYAT?
Tahniah Nizar PENIPU BERSIRI...TAHNIAH DAP PERAK Parti anda kini dipenuhi melayu Pendek akal dan melayu panjang akal sudah lama keluar DAP.

Kalau dah penyamun...penyamun jua pilihan hati.... Teringat Ngar Kor Ming sipenyamun tender baju.

Friday, March 30, 2012

BACA PERLAHAN LAHAN

PERCATURAN YANG MEMAKAN DIRI

INIKAH YANG SEPATUTNYA DILAUNGKAN OLEH PARTI YANG MENDUKUNG SEMANGAT KESAMARATAAN


PERMINTAAN YANG WAJIB DIPENUHI KATA MEREKA..
"Permintaan Dong Jiao Zong supaya “beratus-ratus” guru dipindah keluar adalah atas alasan mereka tidak mempunyai kelulusan SPM dalam bahasa Cina."

Yang patut kita fikirkan ialah.... "SIAPA" ratus ratus guru tersebut?
Kena mengenakah kita ini dengan ratus ratus guru tersebut,

MEREKA LUPA SEBENARNYA, PADA 18/12/ 2009 DAN 08/11/2011 KESEPAKATAN YANG DITUNJUKKAN OLEH DAP,PAS DAN PKR MENGENAI "MEMURNIKAN PERLEMBAGAAN" Dengan mempertahankan apa yang tertulis di PERLEMBAGAAN.

LUPAKAH MEREKA MEMURNIKAN ITU JUGA BERMAKSUD MELAKSANAKAN SECARA TOTAL APA YANG TERDASAR DI PERLEMBAGAAN,TERMASUKLAH DASAR PENDIDIKAN NEGARA.

CERITA LANJUT :
http://helenang.wordpress.com/2012/03/25/dong-jiao-zong-diperalatkan-oleh-dap/

Saturday, March 3, 2012

MENGAKU PUN DAP

DAP PERAK AKUI

AP sempat melayari laman laman sahabat,lalu satu artikel ini cukup menarik minat AP
Andailah tidak dapat membuka mata mata pengundi melayu,maka benarlah mereka kini tidak melihat dengan mata hati..


Ini kenyataan Thomas Su,orang penting dalam Parti DAP Perak...


"Saya telah buat survey semua pengundi cina telah menolak Barisan Nasional daripada memerintah negeri Perak. BN/UMNO hanya mengharapkan pengundi Melayu sahaja jika kita dapat rampas pengundi Melayu dari UMNO Perak akan jadi milik kita, kata Thomas Su Adun Pinji ketika ceramah di Kampung Changkat Larang Ipoh.

Walaupun kita baru memerintah 11 bulan, kerajaan pakatan rakyat telah berjaya memberi tanah kepada penyokong setia pakatan rakyat yang majoritinya pengundi cina.

DAP memandang serius tentang pengagihan peruntukkan kepada rumah ibadat yang dilakukan oleh UMNO. UMNO hanya menumpukan kepada Masjid dan surau sahaja, jika pakatan rakyat memerintah Perak kita akan agihkan kepada semua rumah ibadat, kata Thomas Su lagi.

Semasa memerintah Perak 11 bulan DAP telah merancang selepas memberi tanah kepada pengundi cina 999 tahun DAP akan memberi tanah kepada orang Melayu pula," katanya lagi dihadapan kira-kira 50 penyokong tegar Pas.

Ceramah ini diadakan secara tertutup untuk mengelakkan daripada rahsia pakatan rakyat tersebar.

Thomas Su merupakan Adun DAP Pinji yang secara keras mahukan pengundi cina yang tinggal dikampung Baru diberi hakmilik kekal tanah selama 999 tahun.

Thomas Su mengejek ceramah Agama yang dibuat oleh UMNO berdekatan dengan ceramah politik pakatan

Sumber dari sungairapatonline.

Tuesday, February 14, 2012

DAP DI PENANG DAH MULA DAHH...

Apa habaq CM Penang?..




Apabila melihat betapa Pulau Pinang dijadikan contoh Oleh 2 anak muda melayu yang menyertai parti DAP beberapa minggu lalu,di negeri Perak, kenyataan mereka seolah tiada cacat celanya kepimpinan DAP Pulau Pinang.competency, accountability and transparency (CAT) dasar yang dikatakan amat berjaya.

Itu kata mereka,hakikat yang sebenar bolehlah layari (SINI)
bidaman.blogspot.com
Jelaslah kini bagaimana rakyatlah yang dibuai dengan slogan hebat tapi sebenarnya "enak dihalwa telinga mereka, enak lagi kalau di poket mereka"

Sejarah DAP sebenarnya sudah dilakar,kepimpinan plastik mereka sudah didedahkan.AP pernah mengeluarkan posting berkenaan bagaimana hebat ketika mereka berkuasa di Perak satu ketika dulu,ada ruang membuat keuntungan tersembunyi bagi pihak yang berkepentingan dalam PARTI DAP Perak.

Dan perkara sekeji itu nescaya takkan mampu disembunyikan lagi,apabila seorang blogger jalanan mengambil inisiatif untuk melaporkan kepada pihak berkuasa,itupun kerana dia dicabar oleh si pembuat kepentingan itu.menarik lagi isu ini,apabila sipencabar itu bertindak menyaman kembali blogger itu.Kita tinggalkan "PERANG BAJU NGA VS BLOGGER" untuk kembali berbicara tajuk di atas,

Makin jelas lagi bersuluh,kenyataan untuk menghadapkan dua pemimpin "rendah" DAP ke LEMBAGA DISIPLIN PARTI DAP khamis ini seolah bertujuan mengalihkan perhatian terhadap PEMIMPIN "BESAR" Parti itu dari lensa dan pena Media,khususnya kepada penduduk Pulau Pinang itu Sendiri...




Tahniah dari AP BUAT http://bidaman.blogspot.com atas video yang diuploadkan.setidaknya boleh juga dua orang Melayu muda yang baru berparti itu menontonnya.