Saturday, October 22, 2011

HIMPUN SEJUTA UMAT! NYATA PAS BUKAN PERJUANGKAN ISLAM?

SIAPA SANGKA! Dengan wujudnya harapan Umat ISLAM supaya dapat berHIMPUN bagi menyatukan umat ISLAM akhirnya dijawab oleh PAS yang bertuankan lain untuk memutuskan sama ada boleh menyertainya ataupun tidak? Siapa kah sebenarnya Mursyidol PAS? Tuan Guru Nik AZIZ aau Anuar Ibrahim ataupun seperti yang rakyat maklum DAP yang sebenarnya, sebelum ini dengan suara lantang Ambiga nyata diperlihatkan PAS pasti angguk bila dikerah kejalanan demonstrasi walaupun diharamkan. Bukan setakat itu sahaja malah HIMPUN juga menjadi kecaman puak juak PAS dalam media cyber seperti FB dan Blog. Apakah tabiat angguk sudah dijadikan keMESTIan dalam PAS yang sebelum ini paling lantang menyalahkan UMNO bila kegagalan PAS wujudkan hudud. Sebagaimana yang kita ketahui sekadar melalak memarah bukit sebab bukit yang menghalang penglihatan si bongkak. Kalau BERSIH merekalah dalangnya menjadi pencetus kini HIMPUN seolah membuka pekung si PELAKUN yang berlagak ALIM memperlihatkan sebenarnya menjadi pengangguk DAP sahaja. Mana tidaknya untuk BERSIH sehingga sanggup melakunkan mati sambil diselang seli takbir dan ayat Al Quran. Paling Jelas Ahli PAS paling dominasi perarakan Haram tersebut. Kini mereka juga lah yang paling kecut bila cubaan menghimpun dan menyatukan umat ISLAM dalam HIMPUN SEJUTA UMAT. Malah sampai sanggup menjadi penentang dengan mencipta fitnah baru sebagai alasan . Tentunya UMNO adalah sebab atau punca sebab kita memang MAKLUM kalau Mat sabu jatuh tangga sekali pun UMNO confirm akan dipersalahkan! am' I Right BRO?

Monday, October 17, 2011

BERFIKIRLAH DGN WARAS! KALAU LAH INI PERDANA MENTERI KITA?



Sebagai seorang Rakyat yang menentukan kerajaan, sebaik-baik insan, sematang-matang pemikiran, Apakah kita terfikir jika pelaku didalam VIDEO ini bakal Perdana Menteri Kita, apakah kelansungan bakal berlaku jika benar-benar dia diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia di PRU 13 maupun dengan rampasan? Adakah kita mahu menjadi benar dalam salah satu peribahsa Melayu 'Sudah terhantuk baru mengaduh?' Apakah kita mahu membebankan soal negara yang bakal huru hara dengan menunding jari kepada yang lain?
Jangan jadi antara yang memperjudikan nasib Bangsa sendiri, jangan jadi penyebab keamanan di rampas dan diserahkan kepada lain, jangan pertaruhkan masa depan warisan dan bangsa dengan hanya terpedaya lenggok ceramah yg memfitnah, bersamalah kita menjadi angkatan pemikir yang menilai dengan hati, perhitungan, kajian, dan fakta. Telah diperingatkan bahawasanya kita adalah umat akhir zaman. Sepalitt kita salah memangkah bakal binasa seumur zaman bangsa sendiri.
Jadilah mereka yang berfikir jauh......tidak kah siapa sahaja yg punya simpanan video aksi keji ini dalam beberapa siri merupakan Kuasa Utama sekalipun pelaku didalam video-video ini bakal menjadi Perdana Menteri maupun peneraju Utama pembangkang. yang tersirat telah dikeahui, mengapa cari jalan hancur untuk generasi mendatang?