Thursday, December 13, 2012

PANDAI TAK BOLEH DIIKUT,BODOH TAK BOLEH DIAJAR.

Ada bermacam kias kata dan bahasa didunia Persuratan Melayu.Kesemuanya sopan dan indah dalam menghuraikan perbuatan atau lisan seseorang.Kias kata diatas sebahagian dari ribuan peri dan sindiran yang termuat pada artikel ini.

Tentunya bertanya Peri diatas mahu digambarkan kepada siapa.

Tiada jawapan untuk soalan itu.Yang ada hanyalah perbandingan buat ditatap dan dinilai oleh kita semua.

Mencari Ilmu itu tuntutan,
Menyebarkan Ilmu jua tuntutan,

Jadi pesan AP,tuntutlah Ilmu Benar pada jalan yang betul.andai dituntut Ilmu Betul pada jalan yang salah...

Sesopan KIAS diatas boleh dijadikan panduan.

Dibawah AP lampirkan contoh.
Yang baik jadikan panduan,


SALAM PERAK AMANJAYA.



Wednesday, November 28, 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012



"Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijaksanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang."

Timbalan Presiden UMNO

Benar artikel kali ini AP mulakan dengan kata kata keramat Tan Sri Muhyiddin Yasin penjawat amanah Timbalan Presiden UMNO.

Kata kata beliau semalam sebagai pembuka persidangan Wanita,Pemuda dan Puteri,bukan sekadar kata kata.malah melangkau jauh dari itu.Benar,ramai yang menanti apa yang terhambur di Bicaranya semalam.Tiap patah kata ditunggu.Yakin lah bicara AP ini,para pelaksana jentera media maya pembangkang juga sama seperti AP,menanti bicaranya untuk dijadikan senjata.Dijadikan bahan untuk menyerang Perhimpunan terbesar Parti Melayu itu.

Maka kata kata keramat Timbalan Presiden UMNO wajar diamati dan dihayati,
Apa ideologi songsang? Corak dan cara berfikir yang bagaimana pembangkang semaikan kepada rakyat negara ini?

Semua tergambar jelas dan tertonjol dengan perbuatan pemimpin pemimpin mereka ketika ini.




Bicara PCT bicara kami yang tidak berjawatan,kami insafi dan syukuri diberi sedar ini.








Tuesday, November 27, 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Bahan dibawah adalah untuk tatapan penyokong Pakatan Rakyat,

Sebab mungkin ada yang bertanya mengapa UMNO berkumpul,
Sebab telah juga sinis dijiwa mereka itu menantikan DOA BALAS yang dibuat oleh orang penting UMNO di himpunan terbesar Parti melayu itu.
Apakah pertemuan dan perkumpulan terbesar orang melayu Hanya retorik yang akan berakhir dengan lolongan minta dipenuhkan tabung?apakah berlaku..
Sebab ramai yang seolah cerdik bijak disana mengatakan UMNO itu menolak Agama,
Sebab ramai dari sebelah sana menyangkakan UMNO ini hanya membicarakan keris,songkok dan tongkat.

Dan untuk pengetahuan penyokong dan pendokong pakatan rakyat.......

AP lampirkan intipati mengapa UMNO bertahan lebih dari limapuluh tahun..

Sebanyak 476 usul daripada 191 bahagian Umno dipersetujui untuk dibahaskan pada perhimpunan agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 November hingga 1 Disember ini.


Naib Presiden Umno yang juga Pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak.


"Usul-usul yang akan dibentangkan kali ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu usul ekonomi yang akan diselaras Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin, usul agama oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan usul pendidikan serta sosial dikendali oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya pada sidang media, di sini, Sabtu.

Petikan dari : Bernama.

Dan hasil dari apa yang berlaku di perhimpunan terbesar melayu itulah yang mencorakkan negara ini.
Yang memastikan negara ini kekal aman.
Yang memastikan setiap hak warga isinya dijamin.
Yang memastikan kelestarian kemakmuran

Dan paling pasti lagi sahih... Di perhimpunan melayu terbesar inilah lahirnya bakal Perdana Menteri Malaysia.YANG DIPERSETUJUI BERSAMA DENGAN SELURUH KOMPONEN BARISAN NASIONAL..

Jadi kepada penyokong penyokong PAS...lontarkan pertanyaan ini kepada diri Anda ;

"Parti saya pun telah bersidang,juga telah buat ketetapan,juga presiden Parti saya jugalah calon Perdana Menterinya.MENGAPA KOMPONEN PARTI DAP DAN PKR DALAM PAKATAN RAKYAT TIDAK BERSETUJU DENGAN DEKLARASI HASILAN PARTI SAYA?"

"Parti saya telah bersidang,berusul dan berhujah jua seperti Bersidangnya UMNO itu,kesemua pembawa dasar parti saya bersetuju mahu melaksanakan dasar Islam iaitu HUDUD apabila memerintah kelak...Mengapa ADA PEMIMPIN DAP MAHU PARTI SAYA MENGHORMATI KEPUTUSAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT YANG LALU?".....APA ISI KONVENSYEN ITU?

soalan soalan mudah ini tidak perlu anda jawabkan kepada AP,kerana AP tidak menyertai konvensyen pakatan,AP tak pergi Kota Bharu bersidang dengan para ulama capaian tertinggi,juga tidak bersama sama men DOA kan perkara yang tak masuk akal seperti yang dihalalkan oleh kepimpinan anda.



Jangan risau,PCT punya geng tak biasa doakan orang islam yang bukan bukan..



HALAL?!?

.CARIKAN PERSAMAAN.
1.
Juga masih dengan hal semalam,tapi bukan KEKALAHAN semalam yang perlu diingatkan.Kalah menang sudah tertulis,dilihat dan juga telah terpampang di dada akhbar utama maupun kurang utama.
Yang nyata,besar perhatian yang diberikan seluruh rakyat negara ini apabila Malaysia tewas semalam.

Dan seperti mana menjadi kebiasaan rakyat Malaysia ; Perlu ada "sesuatu" @"sesiapa" untuk dipersalahkan atas peristiwa tersebut.Antara senarai "sesuatu" dan "siapa" yang rancak dikatakan ;
@apek@Dato Raja @Safie @ FAM@Presiden@hal kawin@bayaran perpindahan dan berbagai bagai.....paling tidak dilupakan ini :@najibrazak (kerana perjumpaan beliau bersama Harimau Malaya) dan semestinya datang dari pendukung Parti PR.

Buat peminat bola..AP faham..
Setidaknya menjadi UBAT PENENANG @"alasan"buat ketumbukan gelodak yang bersarang dijiwa.

Buat peminat bola@penyokong PR
Berdoalah cari ketenangan diri,banyak sangat hilang rasional kewarasan diri apabila dicampur aduk dendam.

2.
.....
.......
"DOA untuk menghancur dan menjahanamkan Umno-BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam arena politik Malaysia, Pas dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno-BN jelas bertentangan dengan dasar Pas yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.
....
......
Dasar Umno-BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno-BN selama ini."

* Azhar Yahya, Timbalan Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat

Antara isi kenyataan saudara Azhar Yahya yang sempat AP sisipkan buat tontonan pembaca.Setelah dipersoalkan kewajaran "teknik" BERDOA sedemikan oleh kebanyakan peminat politik seagama di negara ini.Malas nak ulas panjang tiga gulungan kertas.Sebab membaca kenyataannya sudah menyebabkan senak mata,sebu perut dan percuma menambahkan pahala kepada beliau.(AP nak gelak sebab dia bagi kenyataan sebegitu)

Agak agak,dasar 20 tahun lebih memerintah sesebuah negeri melahirkan apa?

Dasar yang pertama PAS apa agak nya? Cuba buat carian.. (kejutan)
Dasar Negara Islam tu bila pulak agaknya?
Dasar negara kebajikan?Hudud?
Eh, masa Konvensyen Pakatan Rakyat yang terbaru setuju terima dasar apa?(pun cuba buat carian...kejutan juga tu)masa muktamar jadi lain..

?????...Dasar jelas?

"150 orang setahun telah memeluk islam setelah diberi kefahaman oleh tok guru"(diandaikan)
"67 orang juga telah mendapat hidayah hasil "Usrah" Timbalan Presiden Parti"(diandaikan)
"78 keluarga islam berjaya keluar dari kepompong miskin tegar hasil kepakaran Yayasan yang dikendalikan oleh Majlis Syura Parti".
(diandaikan)

????????...... Ada?

Kalau dinilai dari sudut ketokohan dan kepakaran dua puluh tahun.....iaitu berkata kata.

Baiklah,akhir rangkap ini AP serahkan kepada pembaca untuk memahami antara peristiwa 1 dan 2 diatas,Iaitu : MENCARI PERSAMAAN.

Carian persamaan oleh AP : "HALAL"dan "CARA"

* cara untuk meng"halal"kan perbuatan.
cara mengkambinghitamkan pihak lain.





Kami di PCT selalu mengeteh kat kedai "halal" je... Nescafe dengan teh tarik selalunya..Nak join?hehehe.

Ni gambar sisipan doa buat pembaca...sah tak mintak KO kat sapa sapa































Monday, November 26, 2012

KALAH...BUKAN GAGAL!!

Sehabis lontaran vokal tika menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura sebentar tadi.
Biarpun tidak bersama sama UltraMalaya di stadium,namun lagu pembakar semangatnya tetap berkumandang di tempat AP menyaksikannya.
Skrin besar ala wayang pacak,dataran yang di tar, sebungkus nescafe ditangan dan puluhan keluh kesah rakan rakan, hujung tepian gelanggang futsal ternampak juga 2,3 orang rakan parti dari "sebelah sana"turut serta menyaksikan bola wayang pacak walaupun ada siaran langsung di tv1.Ramai,
Jauh benar jurangnya kami yang didataran ini dengan mereka itu sekarang,hilang gamaknya ingatan bermain bola bersama dipadang waktu belasan dulu.Tika sama sama menyarung jersi baru yang dibeli oleh Abg Ham, ketika menjawat Ketua Pemuda UMNO Cawangan.Pudar mungkin...Azam dan semangat yang dilaungkan bersama,untuk bermain di Divisyen 1 Ipoh dulu.

Bila dilambai untuk diajak bersama duduk didataran tar,hanya senyum pahit dan tangan beralah yang ditunjuk.Biarlah dan entahlah.

Semuanya kerana ANGGAPAN... Kami ini UMNO,segala berkaitan UMNO mungkin "HARAM" barangkali.

Untuk menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki edisi 2012,bukan lah semudah "berdiri di pentas kemudian menghamburkan segala cela kepada lawan"atau semudah memetik separuh dari ayat al quran berkenaan "tiada paksaan memilih agama" Dari keseluruhan ayat :

Ertinya:
Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al Baqarah 254.

Tidak pula mahu kiranya dibaca ayat seterusnya didepan para mubaligh mubaligh kristian dalam dewan itu....

Ertinya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Al Baqarah 256.

Sudahlah,bukan bicara itu mahu dipanjangkan pada posting ini,bukan juga kawan kawan Kampung yang "Taat pada doa Ulama Parti" duduk dihujung dataran itu bualannya.

Kita bual pada Skuad Harimau Malaya.. Kalah kepada Singapura 0 berbalas 3 pada perlawanan tadi bukan bermakna skuad Harimau Malaya kita telah gagal mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012,
HARIMAU MALAYA BELUM LAGI GAGAL.

Seharusnya kita men DOA kan agar perlawanan menentang Laos dan Indonesia nanti,moga beroleh kemenangan.

INGAT...DOA YANG BAIK BAIK BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA KITA.

Jangan Doa mintak mati,k.o. Dan berbagai bagai..hanya kerana mereka kalah.





Sunday, November 25, 2012

Mongol baru pulang!

Tadda... Memang,memang lama AP tak menulis,sinis je luahan luahan sahabat Perak Cyber Troopers mengenai berita,isu dan segala macam hal dunia yang diibaratkan mereka sudah meninggalkan AP,

Lama merenung papan huruf,lama.mahu ditaipkan apa atas pemuka blog ini,buntu.
Mahu dibacakan apa buat tatapan mata yang membaca blog AP kali ini.

Isu politik Negeri Perak yang mana patut pembaca blog AP tahu dan bicarakan..
Isu Doa yang bagaimana mahu dijadikan senjata.
Isu itu isu ini,cerita itu cerita ini.
Khabar itu khabar ini..

Semua itu diuji lari dalam minda AP tika ini.

Apapun,terima kasih kepada semua sahabat PCT,sentiasa menyokong AP,sentiasa ada bahu untuk dipaut.

Apapun pengalaman lalu AP jadikan pengajaran

Seperti mana tajuk diatas...

MONGOL BARU PULANG!!!





: PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012


دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو: PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012: 3 USUL BAKAL DIBAHASKAN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012~ PUTRAJAYA 22 Nov - Tiga usul penting bakal dibahaskan menerusi Perhimpunan...

Monday, October 8, 2012

KRISTIAN EVANGALIS DALAM DAP

Menarik sebenarnya apabila bercakap tentang tajuk diatas.Sudah tentu dibayangi dengan maksud perkauman,jumud dan maksud bahasa yang seantaranya.

Jadi benarlah,bahawa bahasa penulisan boleh meyebabkan dan menimbul keraguan apabila minda sering diasak dengan kecelaruan maklumat.

Tidaklah AP mahu menambah beban bagi pembaca kali ini dengan teori atau tanggapan baru mengenai politik negara.Seperti mana pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat "MEMPERBAHARUI" IKRAR" janji janji lagi kepada rakyat pada pembentangan baJET mereka lalu. dalam menyusur blog rakan rakan tadi terlihat 1 artikel menark untuk dikongsi bersama pembaca
KLIK SINI dari blog AIDC.

Menarik,pemerhatian dan pengalaman wartawan ini patut setidak tidaknya menjadi penilaian peribadi kita menilai Pemimpin pemimpin parti politik DAP dalam agenda mereka berparti di Malaysia.

Di akhiran wawancara itu jua sedikit mendetikkan perasaan ragu AP tentang pegangan pemimpin utama DAP Malaysia.Mungkin kerana terkurang maklumat.Atau mungkin maklumat tidak terdedah,seperti mana terdedahnya "MENAIKI JET.SEWA?SPONSOR?BELI? " begitulah Faham AP ketika ini.






Saturday, October 6, 2012

SESSI MARI BELAJAR MEMFITNAH ZAMBRY

Mari belajar memfitnah 1.

Elemen utama dalam memfitnah ialah memastikan bahan atau material untuk dijadikan bahan fitnah
MEMPUNYAI KEPENTINGAN / PERHATIAN UMUM

Kesannya

Bergantung,paling nyata ialah memastikan karektor atau imej keperibadian yang menjadi mangsa fitnah rosak.

Jadi dalam artikel kali ini bahan fitnah kita ialah Menteri Besar Negeri Perak, Dr Zambry Abd Kadir.

Mengapa Dr Zambry?

Jawapanya ialah, Intergriti beliau dalam memacu kepimpinan UMNO Negeri Perak dilihat ancaman kepada kemahuan Parti Islam di negeri Perak yang dahagakan kuasa.
Jua kerana ketokohan beliau membentuk
Juga apabila fitnah terbesar yang dilaluinya "MENTERI BESAR HARAMJADAH,HITAM TAR JALAN,ANAK NELAYAN TIDAK SEDAR DIRI,  Secara  terbuka di ceramah ceramah yang dibuat oleh rakan sekutu parti Islam di Perak itu, memakan diri dan menghakiskan sokongan umat islam kepada mereka DAP,PAS DAN PKR berikutan hinaan dan cacian kepada kepada Zambry itu melampaui batas dari sudut agama.Lalu DAP menyedari silap besar mereka.

Mengapa tidak DAP yang menyerang seperti selalu?mengapa PAS PERAK?

Jawapannya, Apabila qalam qalam Allah digunakan secara pukal untuk mencari kuasa, oleh mereka mereka kafir yang diangkat seolah Khalifah Islam oleh pemimpin Parti Islam di Perak.Memberi implikasi buruk dan membuka mata rakyat,betapa tergadainya Islam ditangan KHALIFAH DAP.


KEROSAKAN" besar itu harus diperbaiki dan diperbetulkan dengan cepat,dan untuk itu demi memastikan kelangsungan undi Ultrakiasu berterusan,maka kedepanlah pembahas pembahas bertaraf Ulama parti Addin menghalalkan fitnah kepada Dr Zambry.Dengan harapan Umat Islam tidak terus tersinggung dengan tindakan mereka.

Dibawah ini contoh FAKTA SEPARUH BENAR yang diputarkan oleh parti Addin melalui media utamanya Harakah

Bagaimana mereka mengalihkan isu sebenar,

2.Kenapa kerajaan negeri menjual rumah perak dan apakah rasionalnya.
3.Adakah kerajaan negeri Perak menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa menjual aset?
4.Adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah baru untuk menggantikan rumah yg telah dijual?

Dan Untuk mengetahu jawapan panjang sila KLIK dan percayalah mereka takkan mampu membalas kenyataan yang sebenar,
Untuk itu AP sebenarnya menanti SESSI MARI MEMFITNAH MENTERI BESAR PERAK siri 2, yang bakal dibuat oleh mereka apabila isu diatas dijawab.

Sama sama kita nantikan

Wednesday, September 19, 2012

MULUT MAKAN BANGKAI,PUN SANGGUP DISANJUNG KATA KATANYA?

APA SUDAHNYA NASIB UMAT ISLAM

BIADAP!!KURANG AJAR!!

Itu perkataan yang paling sesuai buat sikap Dato Ngeh Kor Ham apabila melihat tweetnya dibawah.


Ini reaksi spontan Ahli Parlimen Beruas merangkap Pengerusi DAP Negeri Perak itu dalam reaksinya membalas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menyeru Umat Islam Negara ini membantah filem "Innocence of Muslims" yang secara terang menghina Maruah dan Martabat Nabi Muhammad.

Soalnya kini ialah apa REAKSI DEWAN PEMUDA PAS SELURUH MALAYSIA terhadap biadapnya perlakuan Ahli Parlimen Beruas itu?

Apakah seruan untuk mempertahankan Maruah Rasul buat umat akhir zaman itu keuntungan politik?Kelebihan undi?
Sialan buat mulut lancang si pemakan  bangkai itu.
Sialan,bagi mereka penyembah kiblat sama yang mempertahankan kata kata si pemakan bangkai itu.


Mana pergi sengitnya kenyataan kenyataan "KONKRIT"  KETUA DEWAN PEMUDA PAS Ustaz Nasha Tantawi? Seperti sengitnya dia berbalah mengenai pertemuan Mantan Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasha Isa bersama Perdana Menteri Malaysia.

Jawapan yang mangli atas kejadian ini sudah semestinya berbunyi :

" Oh,itu pandangan peribadi beliau"
"Mereka...,DAP sebagai rakan sekutu Pakatan Rakyat tidak faham mengenai Islam,oleh itu mereka dimaafkan"
"Kepimpinan PAS berkecuali dalam isu ini"

Apakah seruan Parti PAS untuk berhimpun selepas SOLAT JUMAAT minggu ini,membantah penghinaan yang dibuat melalui filem biadap itu merupakan kerja yang sia sia?

Andai tiadalah SATU REAKSI pun dari mereka yang mengaku tegar mempertahankan ISLAM melalui Parti Addin itu sudahnya nanti tidakkah :

"Ibadah qorban yang diamalkan umat islam itu sia sia" ( isu ini pernah dimainkan atas nama Hak Asasi suatu ketika dulu)

"Hasil Zakat sepatutnya diberi juga kepada bukan Muslim" ( juga dipertikaikan oleh kepimpinan DAP Perak ketika dalam Perak dalam pemerintahan mereka)

Melihat jawapan jawapan balas dari penyokong Pakatan Rakyat cukup loya dan mual,
Sudah lepas garis atau paras dibenarkan dalam mempertahan rakan sekutu mereka kira fikir AP,tiada batas yang digunakan oleh mereka.

Untuk itu,renungkan dan insafi diri
Jawapan apa lagi sebenarnya boleh melegakan kita  sebagai umat Islam.

Tidakkah penyatuan umat juga pengakhiran buat segala masalah buat bangsa melayu kita......








Friday, September 14, 2012

BLOGGER SEKUPANG MAIN GILA,KOR MENG MAIN APA???


KORANG MESTI SOAL MACAM MACAM.JADI AP NAK MEMBALAS JAWAPAN DENGAN TIDAK MENAIP KETERANGAN.KORANG KENA KLIK BAWAH.

Blogger sekupangdua punya MAIN GILE!!
INI PERINTAH PERSETUJUAAN BERSAMA INI MESTI BACA.

BLOGGERS ANAK JATI MALAYA MEMANG MAMPU DIHARAPKAN.
ADA GAMBAR MASA PC.

PESAN AP BUAT SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG MEMBACA INI :

Korang baca dua kali,sepertimana Pencipta melengkapkan anugerah SEPASANG MATA buat kita melihat,
Korang berfikir dua kali,segandanya Pencipta memberi kelebihan PASANGAN OTAK KIRI KANAN berfikir melebihi haiwan,

Begitulah lebihnya deria KEMBAR  andai mahu dibandingkan kelebihan MULUT YANG PASANGANNYA CUKUP DIGEMARI PEMIMPIN DE FACTO KALIAN.

BUAT SI LICIK NGA KOMENG.. KONVENSYEN DAP PERAK PADA 23 SEPTEMBER INI BUKANLAH TEMPAT KAU "BERMAIN BAHASA DAP LIM GUAN ENG"UNTUK MERAIH KUASA MENGAWAL PARTI DAP DALAM NEGERI PERAK.


Tajuk diatas sudah tentunya SEPARUH TERJAWAB jika korang klik,
Dibawah ini AP penuhkan jawapan buat korang.

NGA KOMENG MAIN?!??
Nga Komeng punya MAIN : CEKAP,AKAUNTABILITI,TELUS (CAT)

CEKAP : Memang kau cekap pasal kau juga pengamal undang undang,pasal tu lawyer kau yang publish kenyataan,bukan kau.Nampak macam kau tak tahu apa benda kan.....gambar dekat Malaysiakini tu pun pakai yang dulu punya...pfff cam sial.

AKAUNTABILITI : Memang bijak "kiraan" kau,sebab 23 Sept 2012 sudah dekat,tak lah M Kula,Thomas Su dan lain lain Warlord DAP Perak tembak kau punya SUCI tu.Kau kena ingat wahai pengata dan pengeji SAUDARA ISLAM AP,
Kau tak kira AKAUNTABILITI SPRM kan...KES KAU TU SUDAH DILAPORKAN.Kau "kira" sekali lagi ya SU DAH DI LA POR KAN. Bukan auta la sekupangdua buat laporan tu.


TELUS : yang ini,sah sangat sangat AP bersetuju.Memang "TELUS" nubari Warlords DAP Perak ni,nak menghapuskan kuku kau dengan sepupu kau tu.se"TELUS" kenyataan kau "Isteri saya hanya rakan tidur dalam perniagaan itu"..

So AP nak cakap,sila lah sambung MAINAN kau tu.

Kami di PCT sudah mengisytiharkan "tidak akan mendiamkan diri" dengan gelagat kau.

Thursday, September 13, 2012

24 JAM SAHAJA!!!! JANGAN MAIN GILA SAMA PCT!!!

Masih ingat Lagi Syarikat jahit baju kepunyaan isteri AHLI PARLIMEN TAIPING?
Samar?kelabu ingatan?


Klink SINI bagi mereka yang mahukan lebih FAKTA.

SEBENTAR TADI DALAM KENYATAAN AKHBAR YANG DIBUAT OLEH BLOGGER SEKUPANGDUA yang dibuat di restoran Nasi Ayam Hainan Ipoh.Menjelaskan segalanya.Nantikan kenyataan akhbar dari Sekupangduas pada artikel AP yang datang.

AP lampirkan permulaan pendedahan yang menyebabkan Nga Kor Ming KEPANASAN!






Memang lu orang lebih lorrr!!

Blogger sekupangduas MAIN GILA!!

Masih lagi Panas!!
Isu TENDER BAJU LONG SUITE , SYARIKAT YANG dimiliki isteri Ahli Parlimen DAP iaitu Nga Kor Ming di putarkan semula!!

Di bawah ini adalah kenyataan media yang bertarikh 12/9/2012 oleh peguam Nga Kor Ming iaitu Leong Cheok Keng yang dipaparkan dalam blog Nga Kor Ming (www.ngarkorming.com)sendiri :



Blogger UMNO tarik balik segala kenyataan fitnah & beri aku janji kepada Mahkamah tidak mengulangi dakwaan salahgunakuasa lagi




(Sebahagian yang AP ambil dari rakan blogger kintamenjerit


NANTIKAN JUGA MAKLUMBALAS DARI PEGUAM BLOGGER SEKUPANGDUAS  YANG DIJADUALKAN MENGADAKAN KENYATAAN AKHBAR JAM 3.30 PETANG INI.

sekupangdua rakan blogger AP,korang main wayang!... Kitaorang MAIN GILA!!

Pssstttt kitaorang tahu la DAP PERAK SEDANG GOYANG GILAKHINZIR SEKARANG,tak payah cari publisiti murah.

JEMPUT KHAS SEMUA

TERIMA KASIH BLOGGER aweksbukitgantang. ATAS JEMPUTAN.

ANGKATANPEMIKIR memanjangkan jemputan buat semua pembaca


Sila lah semua.

Tuesday, September 11, 2012

BLOGGER SENDIRI MENGAKU DAP MEMANG SAMSENG..

Ayat yang pertama selalu muncul dimulut sekarang apabila membaca tajuk diatas ..."betulke?" atau "ini semua propaganda UMNO!"
Itu kalau dengar dari mulut penyokong Parti Pakatan Rakyat di Perak,

"Kami sudah lama tahu, sudah lama menasihat kawan kawan yang tak habis habis menghentam UMNO"
Ayat ini biasanya akan dikeluarkan oleh rakan rakan AP,

Ayat ini dari AP BUAT PEMBACA;

DAP PERAK SUDAH LAMA BERPECAHNYA.SEJAK SEPUPU BERSAUDARA ITU MENGAWAL BONEKA YANG MASIH TIDAK SEDARKAN DIRI ITU.TUNGGU DAN LIHATLAH.

Jadi untuk memudahkan rakan pembaca,AP lampirkan screenshot dibawah
"Media Perak" yang dengarnya cukup lumayan  peruntukan diberi kepada mereka.
Wahhh siap ada video samseng lagi yerr...Errrr mau ke orang sendiri percaya video tu? Video aiskrim,video "senaman anak China" pun ditolak mentah...

Kan.... Sendiri punya kawan tikam menikam kan...kan..
Ada saman...menyaman kan...
Bukan AP kata kan...

Mahu link blog?!! Owhh maaf pembaca AP sekalian,tidaklah layak AP lampirkan link blog pendokong PR ini disebabkan betapa rendah etika pusingan fakta separuh benar yang selalu dimainkan olehnya.

Dengarnya puluhan "wartawan" dilantik dibawah jenama Blog ini...dengar dengarla..
Kalau betul, baguslah.Asyik orang yang sama je yang "masyukk"dari 2008 dulu.. yer tak...
Hehehe.

Monday, September 10, 2012

WORLD CONFERENCE ON ISLAMIC THOUGHT 2012 : CONTEMPORARY CHALLENGES AND REALITIES




Lanjut mengenai jadual persidangan DISINI

 Y.A.B. DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN HAJI ABD. KADIR 
MENTERI BESAR NEGERI PERAK AKAN MERASMIKAN PERSIDANGAN INI.



Bagi umat Islam yang berada di Ipoh bolehlah berpeluang untuk sama sama hadir dalam majlis ini.

Friday, September 7, 2012

PENGAKUAN AP ; UMNO ZALIM....

Baru baca aritkel sahabat sebentar tadi,sayu hati ini..bila kebenaran di telanjangi buat tatapan rakyat.
Malu...
Memang benar apa yang selama ini mereka mereka penyokong Pakatan Rakyat khususnya penyokong tegar bugar parti Islah daulah itu...

Korang hayatilah sendiri
KISAH KEKEJAMAN UMNO


Tuesday, August 28, 2012

APA AP NAK JAWAB!!!???

Apa AP nak jawab?..kelu lidah ni..kelu!
Korang pakar?tiada masaalah liguistik?
Korang BRAN nak jawab?

Oke,korang klik ,korang memang terror!

Soalan STPM tak sesusah camni......



Perakcybertroopers ada cikgu yang jadi bloggers...pun selalu main soal soal nih... Hehehehe

PERAK JUGA BERGOLAK!!!

Memang menjadi buah mulut ramai orang,desas desus mengenai kerusi mana patut diserahkan,kerusi mana patut diberi,siapa yang paling layak menjadi calon.

Telah ada ura ura mahu memboikot Pilihanraya yang akan datang ini  juga dengarnya.Begitulah besarnya pergolakan yang berlaku di Negeri Perak.
Sama besarnya peristiwa bergambar "Ustaz Nasharudin Isa bergambar dengan Perdana Menteri Malaysia  Dato Seri Najib Tun Razak".
Besarnya dibicarakan kesalahan Ustaz Nasha Isa bergambar itu oleh pengikut pengikut Parti Addin(ada pemimpinnya dikenali sebagai pemegang EXCO Adat dan Sukan,bukan EXCO Addin) dan penyokong rakan rakan Parti Ultra Kiasu dan Parti Kronisma.sehingga URA URA mahu dilucut dan direndah tarafkan segala perkara baik perbuatannya termasuk "MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM"
"Karpal dah setuju" kata insan tak "update" berita ini.

Kita tinggalkan segala macam ura ura dan segala macam penjatuh penjatuh hukuman penyokong parti Addin itu kepada tindakan "Fisabillah Ustaz Nasha"
Bakal ditalkinkan.
Bicara AP entri ini sebenarnya berkisarkan pergolakan Politik yang berlaku di Negeri Perak tercinta ini.Dan bukan berita yang diada adakan,tidak juga berita konspirasi malah,tiada kena mengena dengan peristiwa bergambar dengan mana mana pemimpin UMNO.

Pergolakan apa yang sedang berlaku diperak? Apa yang sedang diwar warkan?siapa yang mahu memboikot pilihanraya?

Perkara ini dikatakan antara menjadi punca;
Hasil dari perjumpaan pemimpin PR Perak yang dibuat secara tertutup di Clearwater Golf Club bulan lalu ;

"Nizar masih menjadi pilihan pertama untuk menjadi Menteri Besar sekiranya PR Perak menang pada PRU akan datang"

Dicadangkan oleh dua YB Dari parti DAP, Nga dan Ngeh bersaudara.Dengan alasan kesemua pengundi cina Perak,lebih lebih lagi pengundi di Kampung Kampung Baru amat menyenangi dan menyanjungi "tindakan bekas MB semasa berkuasa"

Sokongan penuh YB,YB dari DAP itu yang mendominasi kerusi kuasa di Perak itu,menenggelamkan suara suara minoriti Pejuang Pejuang Addin yang mahukan seorang Doktor,anak kepada tokoh agama untuk dijadikan Menteri Besar.

Begitulah kekecewaan yang diluahkan oleh seorang sahabat AP dari Parti Addin Perak,kecewanya dia dan ramai lagi pengikut parti Addin di Perak,kerana Kepimpinan partinya terbukti menjadi BONEKA DUA BERSAUDARA itu semuanya kerana dikhayalkan dengan KUASA.


ATAS ARAHAN DUA BERSAUDARA ITU JUGA.....DIKATAKAN KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG AKAN DIBERI KEPADA CALON LAIN BUKAN LAGI NIZARCAMRY...


dengar cerita,Doktor itu juga patah hati dengan apa yang berlaku dalam parti Addin Perak sendiri,
Kita tengok sama sama apa nak berlaku nanti.
Perakcybertroopers,kami tiada arahan arahan macam atas ni...."kau pergi sana...kau lawan sini.."
Tiada juga yang macam ini "kerusi ni bagi dia....kerusi tu aku punya"... Jom join kami.