Saturday, April 28, 2012

KITA PERANG!!!!

MATLAMAT KAMI BERHIMPUN,
Gendang telah dipalukan,kesiapsiagaan telah berminggu disusun,sehelai kertas bersaiz A2 dibelek berulang ulang.Jalan Tikus harus dihafal,pertempuran kali ini..pertempuran terulung.Tiada lagi selepas ini pertempuran sebegini.KertasA2 yang dipenuhi garisan merah,hitam,simbol simbol bangunan dan nama jalan diamati,ada tanda merah marker pen disatu simbol bangunan,kesitu lah akhirnya derap kaki mencari matlamat esok.

ESOK,ratusan anak muda akan meyertai PERHIMPUNAN ini,
ESOK,ratusan anak muda ini bakal ada yang syahid,
ESOK,ratusan anak muda ini bakal dihujani peluru,gas dan pastinya akan ada yang syahid.
ESOK,anak anak muda itu akan berPERANG
ESOK,ditanahair yang tiada pernah keadilan terjulang,tiada pendidikan yang ditatang,tiada biasiswa maupun pinjaman,malah hampir tiada bagi segala galanya.
Mereka orang muda itu berhimpun...mengapa?

KERANA MEREKA JELAS DENGAN MAKSUD BERHIMPUN.MEMBEBASKAN TANAHAIR MEREKA DARI KEKEJAMAN
.




Begitulah AP dalam mengekspresikan perjuangan para pejuang Islam Palestine dalam artikel kali ini.Namun,bukan intifada perjuangan pemuda dan pemudi Palestine itu yang menjadi bicara AP,


DITANYA KEPADA AP APA PULA MAKSUD BERHIMPUN BERSIH 3.0,
APA SEBENAR MATLAMATNYA
APA PENGAKHIRANNYA

Setelah Pengerusi utama perhimpunan tersebut di Malukan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Nilaikan sendiri penyataan penyataan debat Ambiga vs Khairy Jamaludin di
SINI

Jadi,Tanyalah diri sendiri maksud perhimpunan BERSIH itu.Apakah kerana tuntutannya atau sekadar memperkudakan rakyat bagi memenuhi agenda tersembunyi mereka mereka yang GILA DAHAGA akan kuasa di negara ini.

Friday, April 20, 2012

HARAPAN RAKYAT

BANJIR.
Kali ini AP menulis lagi soal bantuan banjir,menulis kerana musibah banjir yang terjadi baru baru ini.Kalau rajin menyusur artikel AP yang lepas,mungkin tersorot juga perihal cerita banjir yang melanda DUN KUALA SEPETANG tempoh hari,maka akan fahamlah bagaimana artikel kali ini ada kena mengena dengan BANTUAN BANJIR yang menjadi bahan tatapan kali ini.

Untuk pengetahuan,Banjir melanda lagi,tapi bukan di DUN KUALA SEPETANG,tapi melanda di Kampar Perak,bagi yang melalui jalan lama KL ke Ipoh tentunya Kampar adalah destinasi yang wajib ditempuhi,seperti mana andai mahu menikmati mee udang yang terkenal di Kuala Sepetang.

Terkenalnya KUALA SEPETANG kali ini bukanlah kerana lazatnya mee udang tersebut,tapi kerana "SERVIS"wakil rakyatnya apabila banjir melanda dikampung kampung (rujuk artikel terdahulu)

"Kertas risalah membusukkan BN" dijadikan PAKEJ BANTUAN YB PKR Tan Sing Ng buat pengubat kesengsaraan,lapik perut,selimut,susu bayi,tilam dan pengubat duka warga tua KUALA SEPETANG tetap menjadi KENANGAN BERHARGA.Percayalah.

Tinggallah sudah kenangan YB A4 itu..yang menjadi bicara AP ialah perilaku YB UMNO seorang ini,
Bandingkan sifatnya dengan YB A4 PKR itu.Dibawah ini AP lampirkan beberapa gambar buat tatapan semua.
BIAR GAMBAR YANG BERBICARA.KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS





NILAIKAN DENGAN CERCAAN PAKATAN RAKYAT MENGENAI ZALIMNYA PEMIMPIN UMNO KETIKA INI.
NILAIKAN DENGAN PAKEJ BANTUAN YB PAKATAN RAKYAT DIKUALA SEPETANG ITU
NILAIKAN,SUPAYA PENILAIAN KITA TIDAK DIROSAKKAN HANYA DENGAN SEKADAR MENDENGAR CERAMAH KEBURUKAN SAHAJA.

AP berkesempatan berbual dengan DATO SHAMSUDIN ABU HASAN..Terima kasih Dato.Tahniah pengundi Dun Ayer Kuning,BEGINILAH YANG RAKYAT MAHUKAN.ANDA TIDAK TERSILAP MEMILIH "ORANG KAMPUNG" itu sebagai Wakil Rakyat Anda.

ps : sembang AP bersama Dato Shamsudin tersangat layan.Terima kasih atas layanan kepada AP.

DIRGAHAYU DIBAWAH BAGINDA TUANKU



Patik dan sekalian barisan Angkatan Pemikir,
Merafak sembah sepuluh jari keatas keputeraan Tuanku Sultan Perak, SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH.
Dirgahayu bumi bertuah Perak Darul Ridzuan dibawah naungan Tuanku.

Untuk Anak Perak

Tuesday, April 17, 2012

PAKAR PAKAR DALAM PAS

SAYA TAHULAH KERJA BUAT SAYA.....
"Jangan risau,Semuanya dalam keadaan selamat.Suratkhabar pun ada keluar artikel pasal kepakaran dan komitmen karier saya. Saya cukup berpengalaman dalam bidang ini.Malah saya juga merupakan orang paling berpengaruh dalam menghidupkan elemen elemen kejutan dalam semua persembahan rakyat."..


katanya lagi " Apakah tuan tuan kurang yakin dengan saya?!"...".oh..takpe takpe,suka saya mengingatkan betapa kelab saya ini boleh dikategorikan sebagai PAKAR dalam hal hal membabitkan DEMONSTRASI SULAMAN KAIN"


Begitulah serba sedikit kata kata perangsang dari SEORANG PAKAR DEMONSTRASI SULAMAN KAIN kepada ahli ahli kelab jahit jahit kain yang sedikit ragu dengan hasil seninya.

NAMUN,bukan jahit atau kain menjadi bicara AP kali ini.


Bicara kali ini menyentuh tentang betapa terdesaknya mereka mereka yang mengaku memperjuangkan Negara Addin sebagai wadah dan matlamat,terkini...menukarkan pengakuan sebagai parti yang tersangat berkeperihatinan.
Kali ini cubaan terhebat menaiktaraf kewibaan parti sebagai PAKAR.



Satu ketika dulu ketika isu LYNAS hangat diperkatakan,betapa nyawa menjadi galang ganti kewujudannya.Seorang yang benar benar PAKAR tampil membuktikan betapa selamatnya LYNAS.Dr Che Rosli Che Mat, 57 Bekas Pensyarah UKM ,PhD Sains Nuklear.Ahli Parlimen PAS Hulu Langat.NAMUN....
DITOLAK MENTAH MENTAH PEMBUKTIANNYA OLEH KESELURUHAN  PIMPINAN PAKATAN DAN PENGIKUTNYA.


Dan Apakah kerana seorang PAKAR dari parti mereka sendiri pernah membantah tindakan bodoh dalam demonstrasi LYNAS tempoh hari maka...
PARTI ITU MEREKACIPTA SEORANG "PAKAR" BAGI MENUTUP "BODOH" YANG BAKAL dibuat pada acara duduk nanti.....

pesanan AP, jangan jadi "pakar bodoh"...cukuplah dengan "pakar tukar slogan" .









Tuesday, April 10, 2012

2445 ORANG LUPUS HUTANG PTPTN?KRONI?

ITU JUMLAH BESAR BRO!
ADALAGI...,9319 RIBU ORANG YANG BUKAN BUMIPUTERA PUN KERAJAAN BN HAPUSKAN HUTANG PTPTN!
2445 RIBU BUMIPUTERA FREE FREE JER TAK PAYAH BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN!!
APA NI BRO!
BRO TAU JUMLAH KESELURUHAN DUIT RAKYAT YANG HANGUS AKIBAT KERAKUSAN KERAJAAN BN MENGHAPUSKAN HUTANG PTPTN ITU?
339 JUTA!! YA BRO..RINGGIT MALAYSIA 339 JUTA!!!

JAWAB BRO JAWAB!!

PANAS HATI NI BRO...INI SAH ANAK KRONI KRONI UMNO,
YANG BUKAN BUMI TU SAH KRONI KRONI BN!D



sudah..sudah,AP malas bersentimen lagi.Cerita lebih boleh tengok sini

GADAI TANAH MASUK UNIVERSITI

Ke hadapan ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Syukur kehadrat Ilahi,dapat jua anakanda melapangkan masa dalam kesibukan dikampus dalam menyiapkan tugasan bagi anakanda bergelar mahasiswa.Bukan mudah ayahanda,banyak buku yang perlu,banyak rujukan yang perlu dicari.Malah Masa lapang ini, dapat juga anakanda menulis untuk ayahanda dan bonda.Alhamdulilah, duit yang ayahanda kirim 3 bulan lepas,telah anakanda gunakan untuk menuntut ilmu.
Ayahanda,sebenarnya niat sebenar anakanda menulis ini adalah kerana...kerana....




Permulaan atas ini adalah permulaan kebanyakan surat surat seorang anak kepada ibubapanya,dan sudah tentunya anak itu berada di universiti,dan semestinya surat sebegini tak dapat kita lihat lagi kini...Sekarang dah moden,maju.Pakai handphone.Lagi kehadapan... Pakai skype,video call..

Tapi bukan "kenangan surat kepada ayah" yang ingin AP bicarakan...bukan,
Menjadi bicara AP hari ini, ialah..

YA,MAKNA DAN MAKSUD LOGO DIATAS YANG INGIN AP HICARAKAN HATI INI.

Setuju atau tidak,malu atau marah,ego atau nafi.Setiap dari mereka yang pernah bergelar mahasiswa,pernah bergelumang dengan perkara diatas.

Dan oleh kerana MAKSUD DAN LOGO diatas ini, maka percaya atau tidak ramai ibu dan ayah kini menarik nafas lega,lega kerana geran tanah yang menjadi pusaka tidak terusik atas nama pendidikan,gelang pemberian nenek kekal tersimpan.

Dan PALING UTAMA DAN PALING AP MAHU NYATAKAN IALAH

BANGSA APAKAH YANG MENULIS SURAT SEBEGITU,RAS MANAKAH YANG BERCAKAP SOAL PUSAKA,

Apakah MAKSUD DAN LOGO diatas yang KINI menjadi serangan bertalu talu PR tidak menjadi pelepas kekangan untuk bergelar graduan?
Tidakkah MAKSUD DAN LOGO diatas sebenarnya banyak membantu?

PESAN AP
JANGAN MUDAH DIJUAL..JANGAN MUDAH MELATAH.
JANGAN BAKAR JAMINAN WARISAN UNTUK PENDIDIKAN ATAS NAMA PERJUANGAN POLITIK SEMPIT PR.

Monday, April 9, 2012

PAKCIK DEPAN SOGO VS PAKCIK KENA SOGOK

"Pakcik duduk depan sekali".."tak boleh dah,pakcik juga perlukan peminat".. Muncung pakcik itu mengumat ngamit meneruskan bebelan yang mungkin hanya difahami para pendeklamasi dan para puitis bait bait syair,sukar sedikit bagi mereka yang suka berpantun...walaupun dikategori dalam warisan yang sama,

"Pakcik ni pengkarya novel,syair,puisi...malah lagu juga pakcik terkadang buat...cuma tak didendang dalam radio jer"...sedikit tinggi nada pakcik tua itu menekan suara.

"JADI MENGAPA SEORANG LAGI PAKCIK TUA YANG TAK PERNAH BERKARYA LAGENDA ITU YANG DISANJUNG?"...MENGAPA PAKCIK TUA YANG HAMPIR BERBAU TANAH SEPERTI PAKCIK INI YANG KERAP DITONTON ORANG???".... menyoal pakcik tua itu....Kepada siapa?...entah.
"SUMBANGAN BESAR MANAKAH YANG MAMPU MEMBUAT RIBUAN PENONTON MENGULANGKAJI WATAK VIDEONYA?"... Soalan lagi yang keluar dari mulut pakcik tua itu.


Ah,sempit sudah ruang mata AP menekan nekan cermin hasilan "NADIRBUMI" ini.Mahu tahun depan,anugerah sasterawan muda dicermin bingkai hiasan dinding,andai diteruskan penulisan berat sebegini..dan sudah tentunya tahun berikut...AP diangkat untuk mengetuai "DEMO JENGKIT KAKI SEBELAH" wahh..jauh dah tu.
Hahahhaha

SEBENARNYA,AP CUMA MAHU BERKONGSI KENANGAN PAKCIK TUA DEPAN SOGO DALAM BICARANYA MENGENAI HIMPUNAN BERSIH 2.0,







Ini linknya bagi mereka yang masih belum berkesempatan melihat

Selepas itu bandingkan pula seorang lagi "PAKCIK TUA" yang akan mengambil alih watak utama persembahan BERSIH,

Lupa.Lupa agaknya pakcik tua itu,watak utama sebelumnya itu siapa.Jasanya kepada agama,jasanya kepada bangsa.Arghh,persetankan semua itu pakcik...
Yang penting!sogokan berupa semangat pasti pakcik dapat.

AP MENUNGGU VIDEOCLIP DI YOUTUBE "PAKCIK TUA" penyair INI YANG MENJADI HITS SEPERTI pakcik tua depan sogo
kurang kurang 300 ribu visitors...yer tak.





ps : "pakcik tua penyair" itu tidak AP lampirkan wajahnya.(belum layak nak dibandingkan dengan pakcik tua depan sogo itu).

Wednesday, April 4, 2012

SAYA MENGAKU.......SAYA PEMIMPIN MUNAFIQ

Saya memohon jutaan maaf,saya akui kekhilafan saya semasa memimpin gerakan selamatkan ladang hijau cuti minggu yang lepas,bukanlah niat saya untuk tidak menceritakan hal yang sebenar,kepada Ajk -ajk Selamat Ladang Hijau yang terdiri dari lapisan rakyat dan pemimpin..
SAYA PEMIMPIN MUNAFIQ.....YA SAYA MENGAKU.

Saya tahu ramai yang terkejut,Ajk terkejut,pakcik jual teh tarik kedai hujung terkejut,budak budak sukan rumah hijau terkejut,Budak budak kompang adat, rumah hijau juga panik...

CERITA INI ADA KENA MENGENA DENGAN PERISTIWA DI SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

APABILA KEBENARAN TERSINGKAP ...
Selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang iaitu Nizar Jamaluddin itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya.

"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan.


Surat itu adalah benar," kata Nizar pada hari kedua persidangan Dun Perak hari ini.

Jadi,tidakkah MUNAFIQ itu GELARAN selayaknya buat Pemimpin Parti ADDIN Negeri Perak itu.
Setelah Sabtu minggu lepas simunafiq itu mengetuai bantahan bersama, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 200 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar.

PEMIMPIN SEBEGINIKAH IDAMAN PARA PECINTA PARTI PAS PERAK.... SETELAH BERSUNGGUH SUNGGUH MULIA SUCINYA KENYATAAN BAHAWA BELIAU TIDAK MENGETAHUI WUJUDNYA OPERASI SYARIKAT TERSEBUT.


APAKAH PERBUATAN SEPERTI ITU YANG INGIN DIMASYURKAN??

ps : kejutan juga dibuat oleh Nizar...apabila selebihnya debat diantara kerajaan negeri dan pembangkang berkenaan isu tersebut dijawab oleh "SEKUTU" nya..

Tuesday, April 3, 2012

MENTERI BESAR NIZAR JAMALUDDIN?..dulu

INI SATU LAGI ANUGERAH BUAT PAKATAN RAKYAT.
bagusnya anugerah yang satu ini,kerana belum lagi isterinya tampil bagi "memperkasakan" keanugerahannya.Malah belum jua waris yang dihantar ke sekolah "Assabiyah" Melayu, membuat kenyataan akhbar mengenai "hebatnya Walid"..memang bagus warisnya.

Namun bukan kerana bagus itu yang mahu AP tabalkan sebagai penerima ANUGERAH..bukan..bukan,
ANUGERAH yang mahu AP tabalkan kepada BEKAS PENTADBIR KERAJAAN sila nyatakan dimana mana perlembagaan atau transkrip PAS..........(selebihnya boleh google kat youtube)..Atau menabalkanya sebagai pemimpin perjuangan zuhud addin,yang mahu AP tabalkan Itu IALAH..

ANUGERAH MUKA HIJAU (aka) MUKA mintak!!
(muka mintak ; rujuk remaja)

MASAKAN TIDAK ANUGERAH ITU BERBALOI KEPADA Nizar ini....
Punyalah penyokong PR itu mengangkat IKON HIJAU itu dalam demo baru baru ini


SIAP MENGETUAI LAGI BANTAHAN...

Namun..

APA AGAKNYA ALASAN YANG MAHU SI NIZAR INI JAMUKAN KEPADA PENYOKONG PENYOKONG PAS KHUSUSNYA, APABILA KAMI BONGKARKAN PENGLIBATAN BELIAU DALAM SYARIKAT YANG BELIAU "BANTAH" ITU..(posting sebelum)

wahai simuka mintak...JAMU lah penyokong penyokong mu,berikan ALASAN ala ala SI ANUGERAH TUHAN ITU..

NIZAR HARUS BERTAUBAT!



p/s ; AP baru faham kata bidalan ini dengan merujuk perbuatan bekas mb itu ..... "SIAPA NAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN" (hahaha ada bidalan yang lebih sesuai?)

Monday, April 2, 2012

PANAS!!!KAMI DEDAHKAN NIZAR TERLIBAT!

SETELAH KESELURUHAN JENTERA MAYA PAKATAN RAKYAT MENGGILA DENGAN ISU NUKLEAR LYNAS,

SERANGAN DEMI SERANGAN DITUJUKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK DIBAWAH KEPIMPINAN DR SRI ZAMBRY KADIR YANG DIGELAR HITAM ITU,

APABILA KEPIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT MENSASARKAN KILANG LYNAS SEBAGAI MEMUDARATKAN,MEMBAHAYAKAN MALAH MAMPU MERAGUT RIBUAN NYAWA.... PAKATAN RAKYAT DI PERAK TIDAK KURANG HEBATNYA DALAM MEMILIH "ANCAMAN NYAWA" BAGI MENJATUHKAN KERAJAAN PIMPINAN ZAMBRY..HEBAT!

KALI INI KEMAMPUAN BEKAS MENTERI BESAR NIZAR JAMALUDDIN ITU TERSERLAH DENGAN SEBEGITU SPESIFIKNYA BLOGGER BLOGGER PARTINYA MENYUSUN HIMPUNAN DEMI HIMPUNAN BANTAHAN,DEMO DEMI DEMO KESEDARAN...MALAH HEBATNYA SERANGAN MEREKA ITU SAMPAI NGO NGO JUGA DILIBATKAN DALAM SERANGAN MENJATUHKAN KERAJAAN PIMPINAN ZAMBRY...

KAMI TUNTUT PENJELASN NIZAR!!
JANGAN BOHONG RAKYAT!!


JANGAN BUAT SIDROM PENAFIAN "Saya tak tahu".....

ps; bloggers pakatan :otaimanjung n group jawabla..