Wednesday, March 7, 2012

KE"BASAH"AN

Titis titis hujan perlahan lahan menyusur celah gelegar penahan kerangka rumah pusaka ini.Langit sudah kepenghujung muntahannya.Tapi yang baru bermula lagi gempar berbanding awan gelap tua tadi memulakan raungannya..basah,sejuk bedi menggigit tetulang sendi

Hermmm..puitis kritis nampaknya AP,hehehe..namun bukan puisi atau bait bahasa indah yang nak disajikan untuk posting kali ini,
Sebenarnya posting kali ini AP nak kongsikan sedikit kesengsaraan yang dilalui mangsa mangsa banjir.Info yang baru disampaikan kepada AP sebentar tadi,Kampung Manjoi iaitu Perkampungan Melayu terbesar di negara ini dilanda banjir lagi.Terima kasih Facebookers PCT atas info.


Cuma tika kesusahan seperti ini yang AP selalu kenangkan ialah bantuan dan pertolongan yang akan dihulurkan.... Siapa biasanya?
Jawapan kepada persoalan itu juga telah ada




Mahu atau tidak,berlainan parti atau berbeza aqidah atau berlainan adat sekalipun.Mereka mereka ini akan tetap turun.merasai sendiri kejerihan mangsa,memaksimakan sebanyak mungkin bantuan agar beban yang tertimpa kepada merasai musibah banjir dapat dikurang.Begitulah sifat sifat yang harus ada apabila diri diangkat menjadi pemimpin.

Pemimpin dari sebelah "sana" bagaimana?... Haruslah mereka juga ingat,mereka juga pemimpin,telah banyak karung karung Jihad terisi dari rakyat,dari mereka mereka yang simpati kepada perjuangan BARU mereka.yang terkesima dengan pautan bahu kebahu PEMIMPIN ULTRA KIASU,LIBERAL DAN ADDIN dalam memperjuangkan nasib rakyat....

Kenyataan yang kita sama sama fikirkan... Alangkah baiknya andai karung karung derma jihad yang dilancarkan pada saban malam dipentas ceramah Pakatan Rakyat dapat diagihkan sedikit pada insan insan yang ditimpa musibah.Itupun jihad sebenarnya,
Apabila kita tanya kepada Pendokong PR,tentulah mereka akan berkata "mereka itu kerajaan..memang tanggungjawab mereka untuk membantu"

Untuk mereka mereka itu,politik bukan terletak hanya pada IDEALOGI semata mata...KEMANUSIAN jua terisi dalam berpolitik itu,

Kepada Kerajaan Negeri Perak dan Agensi terlibat,terima kasih kerana peka akan kepentingan KEMANUSIAN.....
HITAM ATAU PUTIHNYA SESEORANG INSAN ITU TIDAK DIPANDANG OLEH PENCIPTANYA...... YANG DIPANDANG OLEHNYA....KEIMANAN.

Sunday, March 4, 2012

SURAT TUN KEPADA ISRAEL

Biarlah apapun kata mereka mengenai Tun satu ketika dulu
Dibawah ini surat surat yang diperkatakan pendukung dan penyokong PR...
Nilaikan.......



(Bernama) – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar

PERDANA MENTERI MALAYSIA

8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,





Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas
Dr Mahathir Bin Mohamad


Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu

(Bernama) – Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama.

Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.

Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD


Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin

(Bernama) – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini,

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel
(ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Sumber dari papagomo.com

Saturday, March 3, 2012

MENGAKU PUN DAP

DAP PERAK AKUI

AP sempat melayari laman laman sahabat,lalu satu artikel ini cukup menarik minat AP
Andailah tidak dapat membuka mata mata pengundi melayu,maka benarlah mereka kini tidak melihat dengan mata hati..


Ini kenyataan Thomas Su,orang penting dalam Parti DAP Perak...


"Saya telah buat survey semua pengundi cina telah menolak Barisan Nasional daripada memerintah negeri Perak. BN/UMNO hanya mengharapkan pengundi Melayu sahaja jika kita dapat rampas pengundi Melayu dari UMNO Perak akan jadi milik kita, kata Thomas Su Adun Pinji ketika ceramah di Kampung Changkat Larang Ipoh.

Walaupun kita baru memerintah 11 bulan, kerajaan pakatan rakyat telah berjaya memberi tanah kepada penyokong setia pakatan rakyat yang majoritinya pengundi cina.

DAP memandang serius tentang pengagihan peruntukkan kepada rumah ibadat yang dilakukan oleh UMNO. UMNO hanya menumpukan kepada Masjid dan surau sahaja, jika pakatan rakyat memerintah Perak kita akan agihkan kepada semua rumah ibadat, kata Thomas Su lagi.

Semasa memerintah Perak 11 bulan DAP telah merancang selepas memberi tanah kepada pengundi cina 999 tahun DAP akan memberi tanah kepada orang Melayu pula," katanya lagi dihadapan kira-kira 50 penyokong tegar Pas.

Ceramah ini diadakan secara tertutup untuk mengelakkan daripada rahsia pakatan rakyat tersebar.

Thomas Su merupakan Adun DAP Pinji yang secara keras mahukan pengundi cina yang tinggal dikampung Baru diberi hakmilik kekal tanah selama 999 tahun.

Thomas Su mengejek ceramah Agama yang dibuat oleh UMNO berdekatan dengan ceramah politik pakatan

Sumber dari sungairapatonline.

Friday, March 2, 2012

CINTA ZAMBRY DIDEDAHKAN

MEMANG PANAS TAJUK DIATAS..
SEPANAS ISU YANG BERTEBARAN DALAM MAYA LEWAT KINI..>


Disaat terkenangkan seorang insan paling dihina selepas ayahanda Tun Mahathir,yang digelar MAHA FIRAUN,..ZAMBRY SI HARAMJADAH, HITAM METALIC,MENTERI BESAR TEKNIKAL,MENTERI BESAR DARUL KARTUN saat dimana  INSAN itu ditertawakan disetiap perkumpulan majlis ILMU parti itu,Pabila si pelontar suara mula menarik  minat laungan penyokong  dan pendukung parti ADDIN,LIBERAL DAN ULTRAKIASU dengan BERTAKBIR. 

Maka getirnya hinaan itu mengingatkan AP akan sejarah seorang digelarHINA, HITAM lagi ABDI....
BILAL BIN RABBAH
Penghinaan  yang ditanggung Bilal bukan alang kepalang. Umayyad bin Khalaf, sang majikan, telah meletak  maksud "penghinaan dan penyiksaan" untuk kita cukup cukup faham maknanya "HITAM" dimata Umayyad..

Lalu terdetik  dihati AP,
Bilal bin Rabah, Bilal, “sipengumandang seruan langit yang pertama”
meski dalam strata sosial posisinya sangat lemah, tapi tidak di mata Allah. 
Subhanallah, demikian tinggi darjat Bilal bin Rabah di sisi Allah.

Lalu AP faham mengapa Dr Zambry yang digelar BERBAGAI itu hanya tersenyum,bila AP tanyakan tindakannya berkenaan hinaan itu.
Semanis senyuman Ayahanda Tun kini persisnya..

CINTA ZAMBRY
Menyelami lebih jauh hati anak nelayan itu,menyebabkan AP terpanggil untuk berkongsi perasaan cintanya sesama saudara..
Bukan "cinta motivasi ulama"yang  panas diperkatakan dimedia maya tika ini.
Bukan juga cinta "suka sama suka" seperti yang dipertahankan peguam tersohor parti Ultrakiasu dimahkamah dulu.


Tapi kecintaan Dr Zambry akan Syiar Addin dinegeri Perak ini..


Anak nelayan itu tidak digelar ustaz..malah jauh andai digelar ulama..
Malah tidak juga diangkat ke Majlis Syura yang berbicara soal "katadua aqidah"..



Jelaslah 
Keikhlasan untuk duduk bersama sama,menjamah dalam satu talam membuktikan cintanya kepada sesama Islam tidak lain tidak bukan tautannya adalah dengan tali Allah SWT.hanya semata-mata demi untuk menggapai redha Allah SWT,
Dr Zambry Abd Kadir,Menteri Besar Negeri Perak,sisi peribadi kamu jauh lagi baik dari si penghina  HITAM itu,
Ukhwah yang terbina antara KERAJAAN UMNO dan PARA TAHFIZ  itu mencerminkan betapa Negeri Perak ini tidak pernah meminggirkan SINAR ISLAM seperti yang dilabelkan oleh pendukung Parti addin,liberal dan kiasu itu.
Kecintaan  hubungan itu akan menyuburkan wangian keimanan dan menerbitkan sakinah (ketenangan), mawaddah (rasa kasih), dan rahmah (rasa sayang),antara saudara yang mengadap kiblat yang sama..

angkatanpemikir.
PCT

BUKTI BERGAMBAR

25% Tuan Saddik Sigaraga yang punya!!

Berita yang AP kongsikan dari sahabat blogger PCT Taipingcentral memaklumkan akan bagaimana penerima penerima BR1M dikawasannya di "CUKAI PENDAPATAN" kan atas nama Parti Addin,

Yang dikatakan untuk persiapan menghadapi PRU 13,hebat...
KLIK SINI

Nasib baik la semua saudara AP disana,semuanya menyokong UMNO...
apapun bahasa indah yang mereka gunakan...ketahuilah bahawa BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) itu hak anda sebagai rakyat untuk menerimanya..
Adalah lagi baik jika anda sedekahnya kepada anak yatim dari di komisyenkan kepada Parti yang hilang arah perjuangannya,