Monday, January 16, 2012

"BEBAS" ANWAR DAN HASSAN ALI

Lama rasanya AP tak keluarkan artikel,bukanlah sebab sibuk berbaring dijalanan atau sebab sibuk menggoyangkan pintu pagar Universiti,tidak jua kerana sendi betis mencengkam kaki akibat letihnya ber"soliditari"dari parking bas ke parking kereta.
SOLIDITARI IKHLAS (sekadar gambar hiasan....)
AP berehat menulis  kerana terkenang pesan sang ilmuan.. "keputusan ketika marah dan paling gembira" adalah kata putus paling bodoh yang akan memusnahkan diri kamu...... Benar kata sang Ilmuan, buat pertama kalinya AP mengalami kedua perasaan itu serentak, pada 2 situasi berlainan,2 individu berbeza.Persamaan kedua duanya  terletak kepada "perbicaraan"
"SUKA SAMA SUKA"
Nyatalah kedua mereka ini melalui proses 'besar' KEBENARAN. akhirnya HAK akan terserlah pada sepanjang pengadilan KEBENARAN. Pada akhir pengadilan DSAI,maka terkeluarlah KEBENARAN perkara AIBnya yang  tidak langsung dinafikan oleh beliau dan barisan penegak benarnya,proses yang mengambil masa hampir 3 tahun  untuk pertahankan dirinya, diruang yang dianggap paling tidak adil pernah berlaku kepada seorang rakyat negara ini.Dengan gigihnya pemdemostrator demostrator jalanan berteriak akan nasibnya,seolah sudah tamatnya hari bersuara beliau.Malah, warkah Amanat PENJARANYA sudah pun disiapkan bagi menjadi azimat pengikutnya untuk memerangi kezalimaan,ketidakadilan dan ketamakan penguasa negara..
Kuasa Allah yang maha mengetahui KEBENARAN maka dengan tidak semena mena  BEBASLah DSAI,(mereka lupa bahawa) bebasnya beliau diiring bersama sama AIB BESAR yang tidak dinafikan oleh pembela Pembelanya.


 
'bicara atau tidak'


PERBICARAAN seterusnya,kini melibatkan seorang cendiakawan ilmu ..siapa?,seseorang yang diamanahkan untuk menjaga urusan Agama Negerinya,seseorang yang diangkat oleh rakyatnya dalam Pilihanraya yang dikatakan tidak adil dan zalim ,kini beliau dibicarakan, namun beliau dibicarakan  bukan oleh mahkamah kezaliman penguasa..tidak juga dibicarakan oleh mahkamah syarak kehendak PARTI yang menolak Asso-biyah ,tapi dibicarakan oleh politikus menikus... tanpa dia diberikan ruang walau selama 3 minit untuk mempertahankan dirinya....tanpa dia sempat menyediakan AMANAT bagi keperluan pengikutnya,Tanpa dia sempat menyusun soliditari kebenaran bagi melangkah untuk mempertahankan tindakannya,namun HAKIM PERBICARAANYA telah MEMUTUSKAN bahawa beliau BERSALAH.Dan atas kesalahan beliau iaitu TIDAK BERGAMBAR BOGEL,TIDAK MEMOHON KEAMPUNAN DAN KESUCIAN DIRI DARI PEMIMPIN PARTI,TIDAK TERDAPAT LELAKI YANG SAMA SEPERTINYA DALAM KLIP VIDEO,TIDAK MENGGADAIKAN MARUAH DAN MARTABAT ADDINNYA DEMI RANGKAIAN PARTI,TIDAK MEMPUNYAI ANAK ANGKAT SELAIN ANAKNYA,....

Kuasa Allah Jualah KEBENARANNYA : beliau kini di 'BEBAS' kan dari Parti Addin (tanpa mereka sedar) yang mengiringi 'BEBAS' beliau adalah PANJI PANJI HAQ KEBENARAN.... LALU RAKYAT MENILAI, YANG TINGGAL DIDALAM PARTI ADDIN ITU HANYALAH  KEBATILAN YANG TIDAK MEREKA SENDIRI SEDARI.

Monday, January 2, 2012

Nazak!!! itulah yang digemparkan sejak dari detik pengiraan mula tahun 2012..Gempar seketika tanahair detik 12 semalam.Media utama pembangkang seolah membunyikan siren bahawa kezaliman polis terhadap anak muda yang mengadakan himpunan aman di hadapan institusi kelahiran pendidik negara.
belum lagi mengambil kira facebookers pembangkang dengan statusnya seolah akan syahid seorang anak muda kerana tertewasnya nyawa di tangan pihak polis
Cehh. buat berat traffic internet malaysia hal budak budak kurang kasih sayang yang berdemo semalam.......

Tetiba keluar pulak gambar ini

Cepat betul sedar dari koma budak ni.Siap silang tangan lagi....betul la sampah perjuangan namanya,rosak nama demonstrator demonstrator jalanan tanahair ternama,nasib la Surah Al Fatihah tu sedekah ikhlas dari AP semalam,malas nak berkira.Tp ingat!! lain kali kalau nazak lama sikit koma tu.....senang nak round ceramah kezaliman polis,Banyak hasil "duit derma jihad" dikutip..Ingat tu