Monday, July 23, 2018

NEGARA JGN MEMBAZIR MENTERI BIAWAK HIDUP



PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT PALING BESAR IAITU MEMBAYAR GAJI KEPADA MENTERI YG TIDAK BOLEH MEMBANTU RAKYAT DAN NEGARA SEBALIKNYA IDEA BODOH DAN MENYUSAHKAN RAKYAT KEMBALI, BAYANGKANGLAH BEGINI BANYAK PEMBAZIRAN WANG NERAGA KEPADA MEREKA YG HANYA MAMPU BERI PANDANGAN BODOH MALAH RAKYAT DIKERAH MENDERMA KONONNYA MEREKA KATAKAN RAKYAT TERPAKSA MENDERMA UTK TABUNG HARAPAN SEOLAH NEGARA HAMPIR MUFLIS DAN BENGKRAPSI, APAKAH SEBENARNYA MEREKALAH YG TAMBAH MEMISKINKAN NEGARA TANPA RASA TANGGUNG JAWAB KEMBALIKAN PULIHKAN NEGARA DENGAN KEMENTERIAN MEREKA SRBALIKNYA MENYALAHKAN RAKYAT YG BUKAN MENTERI?

Rakyat ditakutkan dgn pelbagai andaian kononnya negara sdh miskin dan hampir bengkrapsi hasil kerajaan terdahulu yg tidak pernah timbul isu sebelum ini, cuba menakutkan rakyat akhirnya menjadikan negara bertambah teruk bila :

- Mereka juga buat pembaziran sewenang-wenangnya spt membelanjakan puluhan jutaan ringgit bagi kos yg tidak sepatutnya dgn sifat berdendam mereka menghapuskan identiti kerajaan sebelum ini spt 1 Malaysia yg sdg dinikmati oleh rakyat hanya kerana dendam spt menurunkan semua lambang satu Malaysia di mana-mana RTC, UTC, menurunkan semua pemancar internet seluruh negeri Sabah dan Sarawak bahi mengantikan pemancar baru yg keupayaannya jauh lebih teruk dan tidak berkualiti dan segala yg ada kaitan kerajaan lama utk dihapus dan dijenamakan semula, ianya menelan kos yg terlalu tinggi dan membazir.

- Rakyat yg sebenarnya disebalik tadbir membantu negara juga dihukum dgn membuang kakitangan kerajaan sedia ada yg juga merupakan tulang belakang ekonomi dan kemajuan negara. Masalah pengangguran dan inflasi pula yg mendatang

- Menghapuskan projek-projek besar keutamaan utk rakyat spt dgn negara China, Singapura dan negara-negara lain memberikan impak lebih teruk kerana secara automatiknya segala kerjasama projek dgn tukaran bantuan oleh mereka terhapus spt dgn Chinq yg kini menukar ke indonesia utk bekalan minyak sawit menjadikan hasil peneroka dari hasil RM600 satu tan kini menurun ke RM300 dan terpaksa menangggung beban kos yg tinggi.

- Banyak lagi kerosakan kerugian ditanggung negara disebabkan mereka. Bukan membantu sebaliknya menakutkan rakyat dan memburukan lagi hasil pentadbiran mereka terlalu banyak membazir.

SEBALIKNYA YG TERSEMBUNYI MEWAH DAN PALING MEMBAZIR IALAH NEGARA TERPAKSA MENANGGUNG KOS YG AMAT TINGGI MENTERI-MENTERI YG TIDAK MEMBANTU BAGAI BIAWAK HIDUP. PALING LUCU MENTERI BOLEH MEMBUAT LAWAK TERHADAP KENYATAAN YG MENAMPAKAN BETAPA BODOHNYA MENTERI DINEGARA KITA, Ialah....... gaji menteri puluhan ribu hanya mampu buat kenyataan
tukar kasut sekolah putih ke hitam tahun hadapan,
Harga barang naik kerana kerajaan dahulu,
Kerajaan tidak berjanji meminima tangga gaji rm1500,
minyak tidak akan turun RM1.50 seliter kerana sdh beri subsidi,
Brim dihapuskan dbb nak ajar rakyat berdikari sambil minum teh lagi,
ikan kembong dilaut kita ada 30 billion lagi
Tol tak boleh hapus sbb sapa nak bayar selengaraan
Saya menurut arahan kaitan Najib dan 1MDB yg akhirnya tiada kaitan.
Paling WIN, JANJI BUKAN BIBBLE MESTI DITUNAIKAN!

@rtikel Ot@k K@n@n

Kita cuba kira pembaziiran untuk menteri-menteri biawak hidup yg rakyat terpaksa tanggung (dari blog)

____________________________________


Pendapatan bulanan Menteri Penuh termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji pokok – RM18,000

2. Elaun Keraian – RM10,500

3. Elaun Perumahan – RM10,800 (jika Menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)

4. Elaun Wakil Rakyat – RM10,650

5. Elaun parkir kenderaan – RM5,700

Jadi, jumlah pendapatan setiap bulan yang diterima adalah sebanyak RM55,650, tidak mengambil kira sama ada sakit atau tidak bertugas.

Kemudahan lain-lain

1. Bercuti ke luar negara

Perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan untuk sekali setahun termasuklah tiket penerbangan, hotel dan duit poket sebanyak RM50,000. Wang RM50,000 boleh dituntut tanpa resit jika menteri tersebut tidak bercuti ke luar negara.

2. Bil percuma

Pegawai tertinggi negara tidak perlu membayar bil-bil kerana ia ditanggung oleh kerajaan. Antara bil-bil tersebut termasuklah:

Bil elektrikBil airBil telefon

3. Perhiasan rumah

Wang sebanyak RM40,000 boleh dituntut sekali setahun bagi perkakasan dapur atau perhiasan rumah.

4. Kereta

Juga dibekalkan sebuah kereta Mercedes S320 dan seorang pemandu termasuk minyak percuma.

5. Derma

Terdapat peruntukan bagi segala pemberian derma termasuklah kepada badan-badan kebajikan, majlis perkahwinan atau kematian.

6. Elaun rumah terbuka

Setiap tahun, elaun rumah terbuka boleh dituntut yang mana segala perbelanjaan bagi menganjurkan rumah terbuka adalah ditanggung oleh kerajaan.

Gaji Dato Seri Najib Razak

Satu kajian dilakukan oleh portal Listabuzz pada April 2017 mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia memperoleh pendapatan sebanyak RM284,194.89 setahun. Nilai ini memberikan purata gaji bulanan sebanyak RM22,826.65.

Pendapatan Bulanan Timbalan Menteri

1. Gaji pokok – RM15,000

2. Elaun Keraian – RM9,500

3. Elaun perumahan – RM9,800 (jika Menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)

4. Elaun wakil rakyat – RM10,650

5. Elaun parkir – RM5,700

Jumlah pendapatan bulanan : RM50,650

Peningkatan gaji Ahli Parlimen pada tahun 2015

Pada tahun 2015, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang menyaksikan kenaikan gaji bagi ahli-ahli parlimen dan pegawai-pegawai yang lain. Kadar gaji terbaru tersebut adalah seperti berikut:

1. Ahli Parlimen

Peningkatan daripada RM11,000 kepada RM16,000 (peningkatan sebanyak RM5,000). Sebelum itu, seorang Ahli Parlimen menerima gaji pokok sebanyak RM6,508.59 sebulan, dan elaun bulanan sebanyak RM5,000.

Sebanyak RM200 elaun harian diberikan apabila ahli-ahli parlimen menghadiri persidangan Dewan rakkyat dan RM150 elaun harian bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

2. Ahli Dewan Negara

Pindaan itu juga menyaksikan kenaikan gaji bagi Ahli Dewan Negara, daripada RM7,000 kepada RM11,000.

3. Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga menerima kenaikan sebanyak RM20,000 menjadikan gaji bulanan baharu sebanyak RM31,000. Timbalan masing-masing menerima peningkatan gaji sebanyak RM4,000 menjadikan gaji baharu adalah RM20,000.

4. Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara

Selain daripada gaji pokok, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga menerima imbuhan seperti berikut:

Elaun Hiburan – RM1,500
Elaun Istimewa – RM1,500
Elaun Pengangkutan – RM1,500
Elaun Telefon – RM900
Elaun Pemandu – RM1,200
Komputer peribadi – RM6,000 (maksimum)
Elaun hotel untuk urusan rasmi – RM350 semalam (maksimum)

Nilaikanlah betapa banyak pembaziran duit rakyat

No comments:

Post a Comment