Tuesday, August 28, 2012

MERDEKA!!!!!

Buat warga Perak.khususnya penduduk Ipoh sedikit informasi buat pengguna jalanraya.

Senarai jalan yang ditutup sempena perayaan kemerdekaan di Ipoh(klik)

Apapun selamat menyambut hari KEMERDEKAAN YANG KE 55.
Tema tahun ini


Monday, August 27, 2012

Ramadhan berlalu,

Maka selesailah sudah ibadah Puasa,sebegitu jua selesainya janji AP kepada pembaca blog AP tentang kurangnya bicara Politik semasa Ramadhan yang lalu,

Betullah banyak yang tertinggal mengenai ehwal politik negara ini,dari kenyataan Karpal Singh,kenyataan Ustaz Nasharudin Isa Mantan Timbalan Presiden Pas.Kenyataan Mursyidul Am dan ramai lagi,semuanya AP tinggalkan demi JANJI AP KEPADA PEMBACA.

Bagi yang tertanya mengapa artikel artikel Ramadhan dalam blog AP seolah terkurang bilangannya.
Jawapan untuk itu ialah begitulah sifat manusia,tentu ada kekurangan.MAAF dari AP.

Jadi pada yang masih meriah dalam suasana perayaan,perkahwinan dan berbagai peristiwa berkonsep raya.Syukur kepada Pencipta  kerana mereka mereka dapat menyambutnya tanpa takut bencana bom,bunuh,ganas demonstrasi dan segala macam ketidakadilan.


Bagi mereka mereka yang mengatakan "negara ini di bawah pemerintahan Zalim,rasuah,kroni" renung renungkan bagaimana"sengsaranya" menyambut perayaan di negara ini.

Wednesday, August 15, 2012

JEMPUTAN BUAT RAKYAT SELURUH PERAK

JEMPUTAN BUAT RAKYAT SELURUH PERAK


Yab Ds Dr Zambry menjemput seluruh rakyat Perak hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak pada Hari Raya Pertama dari :

2.00 petang hingga 5.30 petang 

Dengan Keberangkatan

 DYMM Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah.




Monday, August 13, 2012

Fitnah kepada Menteri Besar Perak terkini

tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Persoalan juga timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak ‘patriotik’?

Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?

ANTARA BAHAN FITNAH TERBARU PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK BUAT ZAMBRY ABDUL KADIR.MENTERI BESAR NEGERI PERAK.
Sepakat nampaknya blogger Pakatan Perak memutar Isu.


CABARAN SEBENAR BUAT Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Ialah MEMBUKTIKAN  tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ ITU WUJUD dan digunakan seperti didakwa
Bayangan macam ada

BUKAN SEKADAR MEMBERI GAMBARAN SEOLAH OLAH ADA.
BUKAN SEKADAR MEMBERI PERBANDINGAN HARGA KERETA.
TIDAK JUGA MENUDUH MENTERI BESAR TANPA MAMPU DIA PERTAHANKAN KERANA KETIKA INI BELIAU SEDANG MELAKUKAN UMRAH.

DAN SEMEMANGNYA TINDAKAN MEMBELI  "Camry" "Plat nombor Khas" AMAT TIDAK  PATRIOTIK.Mengaku dalam diam rupanya penyokong  dan pendokong PAS Perak.

Tak payah menunjukkan kebodohan dengan mengheret orang lain menjadi tidak patriotik sama seperti Bekas Menteri Besar Perak yang dulu.
Alasan apa lagi bloggers PAS Perak mahu ditempekkan bagi menghalalkan tindakan bekas Menteri Besar nizar itu.
Buktikan wahai pembela pembela Nizar sekalian.. Biarpun dengan sekeping gambar,seperti gambar dibawah ini...nampakkan......






Jadi... Apakah perbezaan antara Datuk Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin  dengan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir .
Perbezaan pengikut Parti Pakatan Rakyat dan Pengikut dan Pendokong Barisan Nasional
Jawapannya mudah,
Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir  tidak sembrono mengeluarkan kenyataan tanpa periksa.
Samalah juga penyokong dan pengikut Dr Haji Zambry...kami tak tuduh sembrono...

KISAH RAMDHAN 17 ( deklarasi seiras deklarasi Pakatan Rakyat)

Sebenarnya nak bersatu bukanlah sesuatu yang mustahil,apatah lagi apabila yang cuba disatukan itu..seagama.
MENYATUKAN seagama itu bukanlah sesuatu yang sukar apatah lagi penyatuan itu ...datangnya dari ras bangsa yang sama.
Begitulah kata kata bicara.Mudah tapi sangat sukar dilaksanakan andai NAFSU UNTUK BERKUASA tidak ditundukkan.
Bahan untuk dijual untuk mendapatkan kuasa terkadang diluar kotak pemikiran akal....TAUHID.
Para penjual bukan calang orangnya.ARTIS,ULAMA
Sudahlah kiranya mukadimah KISAH RAMADAN AP kali ini..

Masih lagi mengenai surau entri ini.Jua..bicaranya bukanlah berkenaan suramnya surau itu,sesuramnya As Salihin,surau diKedah yang berusia 107 tahun yang mahu diputus hayat atas nama pembangunan...bukan...
Lebih kurang macam surau AP bentuknya.
"Apa cadangnya kome nak bagi sinar pada surau lama kita nih" Yoi Satdan sedikit hairan apabila cadangan SINAR SURAU menjadi bahan bualan budak budak muda malam itu.( lihat entri lepas )

"Betoila..dari orang kampung nengok kita dengan pandangan hujung mata,baik kita buat mende elok.Idakla deme nuduh kita buat bende tak elok di surau ni"Monner merangkap anak ustaz kg AP memberi "tazkirah"(anak ustaz pun join kitaorang skali la)...
"bulan pose ni pun kalo kita buat mende elok,berganda pahalanya" anak ustaz itu menyambung.
Ngomelan dan bualan kami itu mencapai deklarasi bersama akhirnya.
Permuafakatan dimeterai,pembahagian tanggungjawab diagihi,semuanya dengan satu arahan,anak ustaz,AP,Yoi Satdan,Giant,Jimi dan semua yang lain mengangguk angguk.

Perghhhh...seolah deklarasi Pakatan Rakyat lagaknya."bersetuju TIADA HUDUD dan Negara Islam" jua dengan satu arahan...pemimpin ustaz parti agama,mengangguk angguk...Bersama sama dengan bukan seagama pulak tu.

"nak kumer nih buat ape?"Kata AP setelah menerima amanah dari Jhuer,
(Part seterusnya memerlukan pandangan neutral pembaca,menilai dari mata anak muda belasan tahun)

Ketika ini,Sudah tentunya Pakar Congak kami,Alun mengemukakan teori yang tak mungkin disanggah sesiapa.Kiraan strategiknya mengenai pelan SINAR SURAU dikongsikan....
"Nan,group kamu ambil belah dalam Kampung..Giant,group kamu belah padang bola,yang lain ikut aku dengan Jhuer". Arahan pertama Alun.
"ingat korang semue...1 rumah 1je... Jangan lebih!" Arahan keduanya.
Bukan 1 malaysia la... Time tu Tun Dr Mahathir Perdana Menterinya.
Korang rasa apa mendenya "SATU RUMAH, SATU SAHAJA"...tekalah

"Aku tak boleh buat kerja ni!...INI MENCURI namanya!"Kata Giant.
(Giant bersesuaian dengan nama,takut tahap dewa bila nampak ayah dia lalu,ayah dia garang derr...)

"Rileks G,rileks...kita bukan mencuri...kita nih kategori asnaf,patut dibantu,insan yang memerlukan,kita belum mampu untuk membeli.Apa yang kita buat ini kira ambil zakatlah..ambil dari orang yang mampu...bagi pada yang tak mampu.Dan kalau sekarang,kitalah golongan yang tak mampu tu"..sedap ayat dia nih.Agakkan dan telahan korang memang tepat,kalau korang kata ini ayat Monner..hehehe anak ustaz kg AP.Memang dia tiru seketul cara ayah dia bagi nasihat.Kalau sudah anak ustaz memberi "lampu hijau"....

Dan pertama kalinya Ramadhan kali itu bukan Polis Sentri yang mengujakan kami,
Pertama kali jualah AP menyusur sisi gelap sebagai anak muda belasan..

Kami pergi PERGI CURI PELITA.....dua group berjalan serentak.group ketiga, Jhuer Alun buat perkara lain.Pun sambung entri lain.

Dengan motto "satu rumah...satu sahaja...



Pheww...kenangan curi pelita memang thrill bro..tapi bukan entri ini..kita sambung nanti..