Tuesday, July 31, 2012

KISAH RAMDHAN 10 (PAS dan ISLAM)

Budak itu dari meronta ronta kecil kini sudah ketahap *nyelap.(*kata orang Perak)meraung raung.Bukan main lagi kehendaknya andai tidak dipenuhi.
Jelaslah apapun,pujuklah cara mana pun namun tetap juga tak berganjak kehendaknya.

"Anak sapa la budak ni"...AP panculkan dari mulut sendiri,bukan itu saja...,,
Kecil,besar,kecil besar fokus mata ini memandangnya.
Meluat,geram dan segala macam perasaan sudah bersarang dalam hati ini.
Rasa nak jentik seliang,piat perut,jerkah,...apa lagi yer,yang sewaktu dengan semua tu..

Kini yang selalu terpacul dimulut AP ; Parti Islam apa la diorang ni...
 Tanyakan Perasaan AP?.. Sudah tentunya setingkat lebih tinggi dari perasaan diatas.Fokus mata...(jawapan dibawah)
Perenggan akhir nanti mungkin terumus persamaan mengapa terpaculnya kata kata di dua perenggan itu terkeluar dari mulut AP,

Kita sambung,
Bukanlah sengaja insan yang paling kami kasih itu lupakan dia,atau dibiarkan tidur bergelimpangan sahaja.
Tahu ke budak itu,seawal mana insan yang paling kami kasih itu bangun... semata untuk menyiapkan juadah sahur kami sekeluarga. Selepas itu pula memastikan dapur kembali tenang dari periuk,pinggan kuali.tahuke
Sudah tentunya jauh dari tahu,jauh sangat.
Mengapa?... 
"Berpuasa kita kena mula dari subuh adik,sekarang sudah lepas waktu subuh,"..
"esokla adik puasa yer"..
"Dah Adzan subuh dik..tak boleh makan dah"...
"ayam tu tak masak lagi dik,keras dalam peti ais"..
"adik baik,dengar cakap mak kan"...
"dekat pukul tujuh dah dik"...

Dan segala macam lagi pujuk mak untuk adik,(kalau AP masa usia adik,mak cakap sekali je AP angguk faham.)
"Cehh,baru darjah satu adik ni,dah macam macam bertambah manjanya" ; iye mulut AP jugak..

Demi sayang mak,demi kasihnya mak buat adik,mak jerangkan air,mak rebuskan ayam keras mentah dalam peti ais itu,untuk memastikan cepat masak ayam itu,kemudian memanaskan kuali untuk menggoreng pula.segalanya berganda buat mak hari itu,semata nak memuaskan nafsu adik berdarjah satu,yang riaknya bercerita seluruh sekolah dia tidak pernah tinggal puasa.

Adik dapat ayam goreng nan seketul, hari itu.
Tepat jam 7.10pagi,setelah berhempas pulasnya mak didapur,
Adik dapat cerita lagi satu sekolah yang dia puasa tak tinggal.
Kesian mak.
AP dan adik beradik lain dah sepakat la memastikan berbuka puasa nanti,adik duduk kat penjuru(tempat kalau tak puasa) namun...
Mak jualah benteng pertahanan adik masa berbuka itu.
Adik dapat juga berbuka bersama kami.
Sekadar hiasan.
Perenggan akhir
Korang nampak persamaan perangai adik AP dengan Parti islam itu.. Nampakkan..
Demi nafsu kepada kuasa,demi ego atas jenama parti,apa saja kehendaknya wajib dipenuhi,Tidak boleh langsung menerima teguran, bahan jajaan seluruh negara ; mereka lebih islam dari parti lain,yang lain plastik,tak sampai ke syurga dan berbagai lagi yang menyebabkan "kecil besar,kecil besar jeling mata ini"
Kesemua kehendak mereka dipenuhi oleh kerajaan,walau kesan untuk memenuhi kehendak mereka itu merisikokan keseluruhan "keluarga".

Monday, July 30, 2012

KISAH RAMDHAN 9 (Alasan Auta Nizar )

Orang ini
Dari jauh jalan gelap ini sudah nampak bayang orang itu kelam kelam kelihatan menunggu di pintu.Tiada bayang insan tersayang bersamanya. Aduh,bagaimana menghadapi orang itu tanpa pembela yang selalu ada waktu aku perlukannya.Sudah lenakah?sudah tidak mahu lagi membelakah aku ini, insan kerdil lagi lemah.
Dalam kepala, seolah setiap pertanyaan orang itu wajib bukan lagi harus terjawab dengan lancar tanpa putus dan tersangkut.
Itu fikirku kini dalam derap perlahan lahan melangkah longlai menuju tepat kearah tempat orang itu.

Orang itu
Sudah gelap benar malam ini mengesot waktu..sudah hampir dengan tengah malam..Rumah Allah yang ditepi jalan itu sudah lama penziarah penziarah yang mencari RedhaNya pulang.paling tidak yang paling akhir,Mokhsen...orang akhir yang memastikan kipas,lampu,,paip air,sejadah dikembalikan kepada asal.Serabut perut memikirkan kemana budak itu pada malam malam ramadhan ini.

"kamu kemana?!"...Meninggi suara Abah.
"masjidla"...jawap AP selamba.
"Masjid mana".. Soal abah lagi.
Dan tanpa terus menunggu jawapan AP,Abah meneruskan ketokohannya (yang sedikit banyak tumpah ke AP) dalam memberi prosa kata tanpa dapat dijawab.
"Berapa rakaat kamu buat solat hajat?solat taubat? Sampai tengah malam baru balik?kamu sembahyang Tarawih ke tidak?kamu main kat belakang kan?dan banyak lagi ayat dengan kesudahannya bertanda soal, yang boleh memanjangkan entri kali ini,kira AP.

AP tidaklah seperti mana Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dalam reaksinya apabila jelas melakukan kesilapan "tweet saya itu adalah UNTUK UMUM,bukan UNTUK SULTAN"atau selambanya Ketua Pemuda Addin Nasa Tantawi menutup AIBnya dengan "memutar"kan "DAP sudah menerima HUDUD pada Debatnya bersama Ustaz Fathul Bari tempohari.
"SILAP YANG SEDAP" kata sahabat..... "sedap sedap dia je layan silap tanpa rasa bersalah".

"Ha ah,orang main kat belakang tadi,kawan bawak bunga api banyak..tak sedar dah lewat"....
"tapi orang sembahyang...kan Abah nampak tadikan..."( Rujuk entri sebelumnya)
Tengok macam mana AP jawab...tak samakan dengan Silambai dengan Ketua  Muda Addin tu jawabkan...hehehe mengaku dengan penuh keinsafan tu.
panjang adegan kena sound dengan Abah,tak payah cerita penuh.
Malam itu serius,nyaris tak tidor beralaskan langit...
Malam itu,serius sangatlah mak tak cover AP langsung..
Dan malam tu serius la tersangat layan "thunderclap" yang baru kali pertama AP jumpa.
berkat ramadhan la tu.

Perakcybertroopers ramai jiwa kanak kanak...semua layan main bunga api time pose ni,nak join?

Sunday, July 29, 2012

KISAH RAMDHAN 8 (kecoh gempar di masjid)

Hingar bingar dibelakang sana.Riuhnya hampir menyamai bazar ramadhan yang berlangsung siang tadi.Namun tidaklah seriuh rendah jualan ketika hampirnya Maghrib memasuki ruang waktunya."JUALAN PENGHABISAN STOK BERBUKA".Air soya dua bungkus boleh dapat dengan nilai RM 1,Gulai nangka sehingga mengangkat senget chaffingdish dibuat oleh kakak penjual lauk,"jangan membazir"katanya.Kuih 4 jenis RM 1.Cupcake,cendol.puhh macam macam.

Hingar bingar dibelakang sana bukanlah disebabkan perdebatan siapa yang lebih islamik atau,siapa yang tidak mengUpdate Informasi mengenai Karpal Singh mengenai Hudud.Atau Ustaz Fathul Bari,orang muda yang menjadi contoh menjadi seorang muslim sejati.terkhilaf dengan disolek ketika debat.atau Bohong terang terangan Ketua Pemuda PAS Malaysia mengenai terbukanya PINTU HATI  DAP MENERIMA HUDUD...bukan sebab itu hingar bingarnya.

Ada gelak tawa bersulam di belakang sana..
Ada jerit jerit seperti peperangan kecil..
Lengkap.
Kesemua itu serba lengkap apabila sekumpulan kanak kanak yang berada di belakang sana..

AP mengenang saat itu.

"Cepat Alun,Jhuer,Man..cepat!...
Imam Pak Jagor dah baca TAHYAT AKHIR!"...Jerit Yoi Satdan.

Dan sepantas kilat kami semua tersusun di saf paling belakang,yang lazimnya memang menjadi tempat wajib kami..kanak kanak kampung.

Siapsiaga dengan duduk diantara dua sujud...
Apabila jari diangkat tatkala mengucap..sebaris saf kanak kanak itu tertib lagaknya mengikuti imam...


Maka sunyi sudah hingar bingar,perang tett..tett..tett..,dan segala macam masaalah dunia tadi..

Terkenangkah korang peristiwa "Alim Hujung Hujung" Terkenangkan.....

Perasankah korang kesemua makmum yang juga bapa bapa,pakcik pakcik  kampung itu seolah tidak terganggu dengan gelagat kita yang sebentar tadi "MENGIMARAHKAN" Masjid dengan "cara kita".Mungkinlah ada yang kena sergah,Namun menghalang dari datang ke rumah Allah tidak sekali...

Beza benar lagak "pakcik pakcik Parti Addin " sekarang,tempat berdirinya seorang imam kini boleh diisi dengan bukan muslim untuk memberi tazkirah,
Beza sangat.
Hingar bingar kanak kanak diganti dengan "senaman tepi rumah Allah bersama YB sendat"demi perpaduan kata mereka..tiada sergah,tiada tegur tegur..

Perakcybertroopers ramai anak kampung,semua ada story masing masing..korang nak join?

Thursday, July 26, 2012

KISAH RAMDHAN 7 Parang Ditangan Budak itu.

Parang ditangan budak itu.Nampak serius pada riak wajahnya,tiada tanda tanda penyesalan.Bahagian atas badannya bogel tanpa baju.
Hela nafasnya bulat,tekad.
Andai ditilik pelangkah,nafas tidak tersangkut,lelangit tidak tercuit.Sah langkah budak itu tidak berpatah.

Salah menelah,maka cerita AMUK DI PUTRAJAYA pastinya terpacul keluar.

AP tidaklah berniat untuk mengasak minda pembaca,seperti mana Parti Pakatan Rakyat yang secara terus terusan mahukan rakyat Negara ini PERCAYA DENGAN PENUH YAKIN : KERAJAAN BN INI ZALIM,MEROMPAK HAK RAKYAT.Sehingga perutusan puasa pun mahu diasak ayat zalim,perompak (cisst...buang karan betul)Tiap kali demonstrasi,wajid ada kain rentang"ZALIM,PEROMPAK HAK RAKYAT"
(Ahli Parlimen Gopeng Lim Bhoon Chye dan Radzi Zainol punya kesukaan tu)

Jadi dari terus menelah dan bersangka salah,
Tidak mahu pembaca melihat dari mata lalat,
Dan mengotakan JANJI DITEPATI  oleh AP
Bersempena Ramadhan.

Kisah ramdhan 7 Parang ditangan budak itu,sebenarnya cebisan kenangan AP melihat anak muda kampung, LEMAN.. Yang setiap kali Ramadhan tiba,maka persiapan membuat panjut pastinya bermula awal. Dan kalau boleh AP gambarkan,maka pada AP, seni membuat panjut buluh oleh Leman..terbaik.
Leman juga pengusaha pertanian kontang,DULU,KINI dan SELAMANYA harapan dari AP,tebu dan jagung waktu berbuka AP satu ketika dulu,sudah tentunya sedekah dari dia.
Mata Parang ditangan budak itu,Leman....pastinya bertemu RUAS BULUH di Kuala Punti.(Leman sudahpun berkahwin)

Dan,Korang rasa rumah Leman tu gantung bendera apa...hehehhehe

Ada lagi,AP tahap seniman main badminton nih..ala Chong Wei pun ada... Pun sebab selalu kena smash dengan Leman dan Rahim adiknya..

Wednesday, July 25, 2012

KISAH RAMDHAN 6 semangat Komunis.

"ARGHHHHH!!....PERGI KAU SETAN!PERGI!!!" tempik Husin.
PERGILAH SETAN!!Semua terkejut,mata,debar dalam dada macam seia sekata.
"DIRESAPI" semangat KOMUNIS Seperti mana yang dikecohkan sekarang :"UMNO diresapi semangat KOMUNIS", :KATA BAPA KEPADA KETUA MENTERI PULAU PINANG.

Itu kalau disembronokan sangka,maka DIRESAPILAH buruk sangka seperti mana buruknya sangka bapa ketua menteri Pulau itu.Walhal kene mengena barang sekelumit langsung tiada,seperti kata sahabat AP "MELIHAT DARI MATA LALAT MAKA NAMPAKLAH BUSUK DAN MELOYAKAN,..LIHATLAH DARI MATA LEBAH".
(boleh ke DAP melihat dan memperakui kepimpinan berjaya UMNO dan BARISAN NASIONAL dalam MENERAJUI NEGARA,..musykil...musykil)
Sambung kata kata sahabat AP lagi;"ANDAI TERUS MELIHAT DARI MATA LALAT,BUSUK,LOYA DAN NAJIS ITU,ADALAH PERKARA TERINDAH BUAT LALAT".
(ooo...patutle suker je Demo demo nih,)sangkaan baik AP kepada "Kesukaan" DAP DAN RAKAN PARTI LAINNYA.

kita sambung cerita Husin,

"apalah lagi Husin nih"... Celah Jimi.Siapa Jimi tidaklah AP ceritakan pada Entri sebelum ini,Jimi seorang budak muda,kerjanya membantu kedua ibubapanya berniaga kedai makan di salah satu Medan Selera di Ipoh,separuh dari masa kerjanya adalah memastikan kepuasan pelanggan motor yang mahukan sedikit kelajuan pada tunggangan...yela..yela istilahnya POMEN MOTOR.

Husin berlari laju,dari tempat parking Motor dan basikal yang bersebelahan tempat mengambil wuduk dimasjid Kampung AP,tuju lariannya ialah Pak Brahim,Pengetuk Kerantung di Kampung AP,
Rupanya Husin sengaja memekik,membantutkan niat Pak Brahim,iaitu mahu mengetuk Kerantung..
Maghrib hari itu,kami sekampung berbuka dengan bunyian Kerantung yang diketuk Husin.
KERANTONG MASJID AP DULU LEBIH KURANG SEBELAH KIRI GAMBAR.... SEKARANG DAH CANGGIH...

Husin(bukan nama sebenar) : Insan istimewa,walaupun dia sembahyang ikut suka dia rukuk,sujud.Dia tak pernah kacau orang.kami juga tidak pernah menyisihkan dia sewaktu berbuka di masjid.Pun begitu Husin tak meroyan macam Bekas Menteri Besar Perak.MASUK MAJLIS ORANG BAWA MUKA SARDIN.Husin selalu datang majlis orang kampung dengan ringan tangan.
AP rindukan paluan "kompang" Husin(bukan nama sebenar)