Friday, May 3, 2013

SILA BACA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!

BOCOR LAGI.

Kajian oleh Majlis Profesor pada minggu kedua tempoh berkempen menunjukkan BN masih mendapat sokongan kuat pengundi di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sebanyak 72% responden di zon selatan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 28% sokongan. Sebanyak 72% responden menyatakan mereka akan mengundi BN dalam PRU-13, 28% akan mengundi PR dan 2% akan mengundi calon bebas.

BN juga dilihat mempunyai kelebihan di negeri-negeri zon tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak. Sebanyak 53% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 47% sokongan. Dari segi parti pilihan, BN memperolehi 48% sokongan, PR 47% dan bebas 5%.

Majoriti responden di negeri-negeri zon utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga memilih Najib sebagai Perdana Menteri. Sebanyak 55% responden di zon ini menyokong Najib manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. BN mendahului PR sebagai parti pilihan di zon utara dengan 53% sokongan manakala PR 43%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan mengundi calon bebas.

BN juga dilihat memiliki kelebihan di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebanyak 55% responden di zon pantai timur menyatakan sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. Dari segi parti pilihan, 51% responden di pantai timur memilih BN, 38% PR dan 11% bebas.

Dapatan kajian di Sabah dan Sarawak juga memihak kepada BN. Sebanyak 65% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 35% sokongan. Dari segi parti pilihan, sebanyak 62% responden memilih BN, 37% PR dan 1% bebas.

Berdasarkan dapatan kajian ini, BN dijangka kekal memerintah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Dengan tahap sokongan yang agak tinggi di zon tengah, utara dan timur, BN dijangka mempunyai peluang yang cerah untuk menang



Wednesday, May 1, 2013

INI CONTOH CUCI JARI!!!

Tadi AP berkesempatan bertemu dengan 2 orang anggota yang telah melaksanakan kewajipan mereka sebagai pengundi,
AP tanyakan kebenaran mengenai dakwat kekal yang dicalit ke jari mereka.

"sudah 3 kali solat.. Nih ada lagi kesan nya"... Kata seorang anggota sambil menunjukkan jari kepada AP..

"Ini abang cuci pakai clorox... Pun ada kesan lagi".. Seorang lagi abang keselamatan menunjukkan jarinya kepada AP..

Itu semua saja nak dibuat propaganda bagi rakyat ragu ragu..
Ini kenyataan kedua anggota keselamatan itu bila AP lontarkan Mengenai dakwaan Nurul dan Tian Cua mengenai keraguan dakwat kekal itu..

"Memang boleh hilang.. Tapi bukan kejab kejab tu hilangnya"...celah Abang anggota keselamatan itu lagi..

"Dosa besar pun Allah boleh hilangkan"... Meneruskan hujahnya
SALUTE kepada mereka.



Sunday, April 28, 2013

MAKCIK KAKAK TERBAIK!!

Nih gambar khas.. AP kagum dengan semangat mereka... Apalah sangat pengorbanan AP berbanding mereka

TERBAIK!!



YB MIDAH LA LAGI

AP jumpa Dato Hamidah Osman,semasa singgah di Masjid Ibnu Salam,Pengkalan Pegoh.Ramai,ramai wanita,orang muda di bilik gerakan itu.AP ingatkan ada acara apa di bilik gerakan berhampiran masjid itu.

Dikesempatan itu sempat AP bertanya secara berdepan mengenai kejadian di Batu Gajah kelmarin..

"takkan la kak Midah larat nak belasah orang...kak Midah ni perempuan"... Katanya mengulas tentang tohmahan penyokong calon PKR yang mengatakan Dato Hamidah samseng...

"sampai nak buka bilik gerakan bersebelahan tu mengapa"... Ujarnya lagi..

"kaedah provokasi itu bukanlah sesuatu yang sihat untuk ditunjukkan kepada rakyat di Dun Sg Rapat"...kata Kak Midah lagi..

AP kata..; PKR yang berbangga dengan strategi sebegini sebab itu ada jawatan Pengarah Strategi Politik Parti....


GEMPAR ANALISA BEBAS MENGENAI KEPUTUSAN PRU

Hasil Analisa Badan Bebas Politik Malaysia. Mengambil kira keputusan PRU10,11 dan 12 serta Populariti Najib Razak dan dasar Transformasi yang dilakukan oleh BN, Perak akan kekal menjadi milik Barisan Nasional dengan aggaran 36 kerusi akan dimenangi BN dengan majoriti yang lebih selesa.
Antara DUN yang dimaksudkan ialah:
1. Pengkalan Hulu
2. Temenggor
3. Kenering
4. Kota Tampan
5. Kubu Gajah
6. Batu Kurau
7. Titi Serong
8. Kuala Kurau
9. Alor Pongsu
10. Selinsing
12. Trong
13. Manong
14. Lintang
15. Ulu Kinta
16. Manjoi
17. Ayer Kuning
18. Slim
19. Pangkor
20. Changkat Jong
21. Rungkup
22. Sg Rapat
23. Teja
24. Aulong
25. Pengkalan Baru
27. Bota
28. Belanja
29. Sg manik
30. Kg Gajah.
31. Buntong
32. Behrang
33. Kemunting
34. Canning
35. Malim Nawar.
36. Chenderiang.
75% pengundi di kawasan ini memihak kepada BN.

HIDUP RAKYAT!!!