Friday, April 26, 2013

PANAS!!! NIZAR GOYANG

Memang tajuk sensasi sebenarnya,bukanlah sesensasi Blog RajaGoyang yang disebut sebut sebelum ini yang memaparkan adegan adegan Romantik mirip DeFacto Anwar.

Sebenarnya tajuk diatas AP kaitkan dengan apa yang terjadi kepada PAKATAN RAKYAT di Negeri Perak secara khususnya,mungkin ada diantara pembaca blog AP yang mendukung dan penyokong Pakatan Rakyat menyatakan bahawa ini salah satu propaganda dari AP selaku blogger yang menyokong Barisan Nasional.

Maaf saudara saudara..(dibaca sedare sedare e panjangkan sedikit...KC rakan blogger AP selalu sebut sebegitu)

Pemerhatian AP kepada pergolakan antara PAS Perak dan PKR Perak nampak tidak mampu dibendung dan dinafikan lagi.Kegilaan mereka(disebut pemimpin pemimpin utama mereka)
kepada KERUSI UTAMA KUASA POLITIK PERAK iaitu KERUSI MENTERI BESAR semakin menjadi jadi,

Tergugatnya Nizar Jamaluddin dengan LANGKAH BESAR ANWAR bilamana TERBOCOR GERAKAN SULIT mahukan jawatan MENTERI BESAR PERAK DIKUASAI OLEH CALON DARI PKR PERAK.

BAGI MEREKA YANG MENGATAKAN INI PROPAGANDA BARISAN NASIONAL.....MAKA ANDA HARUS MENILAI KEMBALI KENYATAAN KENYATAAN DARI PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ANDA SENDIRI



Kenyataan ini diluahkan oleh KETUA CABANG PKR TANJUNG MALIM

GILANYA MEREKA DENGAN KUASA..KETUA CABANG YANG TAK TERPILIH MENJADI CALON PKR BEHRANG ITU JUGA MASUK BERTANDING MENJADI CALON MENENTANG CALON PILIHAN DEFACTO ANWAR.(gila jawatan MB barangkali)

Tanyakan diri anda wahai rakyat Perak yang bijak...tidakkah tindakan tindakan PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DI PERAK INI menjurus kepada tindakan GILAKAN KUASA?

MEREKA BERMAIN BAHASA "ZALIM,REJIM,PENINDAS,MENOLAK ISLAM,INIKALILAH" untuk disumbatkan kepada rakyat DEMI MEMASTIKAN RAKYAT DIGELAPKAN MATA DENGAN RAKUS KUASA ITU....


KEJUTAN BILA MANA DIDEDAHKAN BAHAWA BETAPA NIZAR JAMALUDDIN ITU BUKANLAH PILIHAN UNTUK DIJADIKAN MENTERI BESAR PERAK......
Maka bermula semalam,JENTERA MEDIA PAS PERAK tanpa henti membuat publisiti BAHAWA KERUSI MENTERI BESAR PERAK WAJIB KEKAL DI PEGANG PAS DENGAN POSTER POSTER,BANNER BANNER DI KESELURUHAN MEDIA PAS PERAK.

Goyang yer..






BUAT RAKYAT PENGUNDI DI BEHRANG MAHUPUN DI CHANGKAT JERING
Wajib tolak kedua dua calon PAKATAN ini kerana TERNYATA JELAS,MEREKA INI BUKANLAH MAHU MEMPERJUANGKAN NASIB ANDA...

HANYA MAHUKAN KERUSI KUASA dengan MEMERAH SEMANGAT ANDA...

JOM SORAK...HANCUR!!!HANCUR!!...HANCUR PAKATAN!!! PENIPU!!PENIPU!!!PENIPU RAKYAT!!!...

NEGARA BERKEBAJIKAN LA SANGAT..,

Gambar ini menunjukkan Padri Kristian dari Gereja Anglikan di Britain, William Temple, orang
 pertama yang mencipta istilah "Welfare State" yang Melayunya bermaksud "Negara Berkebajikan" atau "Negara Kebajikan"..

Konsep "Negara Berkebajikan" (Welfare State) amat jauh beza dari konsep "Negara Islam" (Islamic State) kerana kedua sistem kenegaraan ini memberikan penekanan berbeza kepada konsep masing2..




Pencipta istilah..




"kita laksana konsep Negara Berkebajikan"....


DATO MOHD KUSAIRI HJ ABD TALIB

N58.Slim River,Sengaja AP paparkan nama Dato Kusairi itu sebagai tajuk artikel AP kali ini.Dan tentulah ada sebab mengapa AP mahu bicarakan tentang nama itu diposting ini.

Ada masaalahkah nama itu?

Tidak,tidak..Sebenarnya nama itu salah seorang yang AP kagum keperibadiannya.Dan mahu saja AP kongsikan pengalaman AP bersamanya buat pembaca serta penduduk penduduk Slim River,pertamanya agar mereka kenal (yang sememangnya kenal dengan beliau) bagaimana sifat Dato Kusairi itu diluar Slim River.

Secara peribadi,DATO KUSAIRI,DATO SHAMSUDDIN,dan DATO ZAINOL trio ini merupakan PEMIMPIN PILIHAN buat AP,

Mengapa?

Sebab ketiga tiga mereka ini telah AP "USIK" tanpa mereka sedar yang AP ini seorang penulis Blog,kata orang..."GURAU KASAR".

Yang pertama,Reaksi mereka.
Dato Shamsuddin dan Dato Zainol kita bicara lain..

LOKASI GURAU KASAR AP PADA DATO KUSAIRI
KEDAI MAMAK SALIM depan sekolah Tarsician,Ipoh

(peristiwa Nizar dan Zambry suatu ketika dulu.AP sengaja kecohkan meja sebab tahu sebelah meja AP dia tengah minum teh bersama seorang pemuda..pemuda UMNO barangkali)

"UMNO main kotor!! Merampas hak rakyat!! Zalim pada Nizar!! "Dan banyak lagilah kata kata yang boleh menyebabkan hilang sabar bagi orang UMNO kalau mendengarnya..
Memang nak bagi dia dengar dan memang nak bagi pemuda baju Putih UMNO itu panas..

Memang dia respon.. Pemuda UMNO berbadan gempal itu muka sudah kemerahan..tapi Dato Kusairi senyum,

Dia bagi salam,Lalu dia kata dia bukanlah nak menambah marah marah AP pasal Zambry dan Nizar..cumanya dia nak jelaskan supaya tak berlaku silap faham...

AP balas "memanglah..Dato Orang UMNO mestilah Dato pertahankan Zambry.."

"Bukan.,.bukan,Saya sebenarnya menjelaskan supaya adik terus mempertahankan tindakan Nizar Jamaluddin..."

Terkejutkan?..samalah reaksi AP.. Dia sambung...

"adik tahukan Nizar memfailkan kes sahih tidaknya MB Perak ke mahkamah.."

"tahu"...AP balas.

"Nizar mahu mahkamah tentukan sah atau tidaknya Zambry sebagai Menteri Besar.Dan Mahkamah telah juga membuat keputusan"... katanya.

"Jadi,saya,adik,kawan adik sepatutnya setuju atau tidak.. tindakan Nizar mencari kebenaran melalui mahkamah?"

"Setuju sangat!" (yang ini rakan meja AP yang sahut)

"Jadi, keputusan yang dicari oleh Nizar Jamaluddin melalui mahkamah telah menyatakan Zambry Abdul Kadir sah sebagai Menteri Besar Perak....tidakkah ini yang dituntut benar atau tidaknya oleh Nizar?..."
"Ermm"... AP angguk.

"tidakkah adik,saya,kawan adik dan sepatutnya seluruh rakyat Perak menyokong tindakan Nizar memcari kebenaran dan ketika kebenaran telah diberikan kepada kita...kita patut pertahankan kebenaran itu"...(panjang lagi penerangannya..)

Itulah sebahagian tindakan Dato Kusairi bila berhadapan dengan rakyat,bagi penjelasan,tak melatah dan tenang,menjawab provokasi.Tidak juga menyalah Pembangkang.

Tabik spring kat kanda!kalau terbaca posting ini..nanti nanti boleh belanja nescafe lagi.

Ramai kawan AP mahukan Dato Kusairi ini menjadi pemimpin penting di Perak...Memahami Aspirasi orang muda.mungkin Dato ingat satu lagi peristiwa dimana ada kumpulan yang sangat mahukan Dato menjadi pemimpin dan kumpulan itu bukanlah dari Kawasan Dato..

TAHNIAH ORANG SLIM RIVER...PEMIMPIN ANDA INI SEMEMANG LAYAK MEWAKILI RAKYAT DI SLIM RIVER.



Wednesday, April 24, 2013

MAKAN YANG HALAL JE..YANG HARAM KUIS TEPI..

Saat senja kuning habis waktu tadi,AP bersiap siap untuk ke lokasi wajib selepas Maghrib.Dalam ruang kepala,rasanya mahu berteman pulak malam ini mengadap nescafe tarik buatan mamak kedai favorate yang selalu menanti kedatangan AP itu.

"(selepas salam)....Bro...mane tu..jom nescafe..port biasa..owkeh..saya tunggu bro kedai la trus"
ini bualan AP dengan Senior PCT members Bro Sekupangdua, Yup,yang paling dibenci oleh Nga Kor Ming calon DAP lari dari tempat sendiri pergi ke dun Kepayang.

Menanti  Bro Sekupang dimamak itu,tidaklah menjemukan kerana seperti biasa mudah melayar ke dunia satu lagi.Sebelum ke posting seterusnya..AP terkenang pada seorang Sahabat waktu remaja AP yang cukup gila gila perangainya.

"weih..jom la makan aku lapar ni"... (rakan AP itu)

"mana nak makan kat Menglembu ni"..(AP)

"ala punya la banyak kedai makan kat sini"...(rakan AP)

Tercengang cengang AP, mana alam pulak ada kedai melayu dalam Menglembu ini.( sebuah Pekan Kecil berhampiran Lahat Perak.)

"jom la ikut aku..tak tahan lapar dah ni"..(rakan AP)

"yela yela jom" ( AP)

Menumpang dia menaiki EX5 kami meluncur laju kedestinasi pilihannya.

"HOII!!! INI GILA LA WEII!! .....(AP)

"Takpe...boleh...aku kata boleh...boleh la...(rakan AP)
 
"Aku selalu makan restoran ni...tapi aku takla makan daging b*** tu...aku kuis letak tepi je"....(rakan AP)dengan selamba dia menunjukkan  isyarat tangan menandakan mahu sepinggan dari Auntie tukang masak itu.. 

"Kira aku makan yang halal je...yang haram aku tak makan"....jawab rakan AP itu lagi tanpa rasa bersalah..

Mengapa AP terkenang peristiwa ini....KORANG KLIK SINI DAN NILAIKAN PERISTIWA YANG PERNAH AP LALU ITU...

Sampai dah pun Bro Sekupangdua....
sekadar hiasan...bukan sambal petai..



CALON PKR BEHRANG MB WANNABE...

Maka benarlah kata orang lama..."lagi banyak berkata,maka lebih terdedah peribadi diri"
Begitulah kerenah mamak dikedai yang menjadi " pejabat / tempat menulis /pengumpulan Idea untuk AP,

Lagi lama AP disitu kata tuan punya kedai lagi ramailah pelanggan yang datang,TERTONJOL KARENAHNYA yang mahukan AP kekal menjadikan restorannya tempat AP menulis..
Ya benar sahabat,AP hanya blogger jalanan..

AP sepertimana Calon PKR UNTUK DUN Behrang,Mejar(B) KAMAL BADRI, tetapi diNAFIKAN OLEH DE FACTO ANWAR kerana hanya bersara sebagai MEJAR...bukan BERSARA BRIGADIER JENERAL..tidaklah mengilakan status atau pangkat ; pelaris kedai Tidak juga mahu dijadikan Icon kedai Mamak dan sebagainya.Seperti mana DE FACTO ANWAR MENGANGKAT CALON PKR BEHRANG HADI KHATAB ITU SEBAGAI PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN yang dikatakan sama tarafnya dengan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)

Mengenang kerenah De Facto Anwar yang TERTONJOL SIFAT MUNAFIQNYA dengan JANJI,membuatkan AP tertanya tanya bagaimana dia boleh menjanjikan jawatan MENTERI BESAR NEGERI PERAK kepada Hadi Khatab yang dipecat dari perkhidmatan itu.

Bagaimana pada suatu ketika pula,De Facto Anwar Itu berjanji dengan penyokong PAS bahawa dia akan pastikan NIZAR JAMLUDDIN bakal menjadi MENTERI BESAR PERAK.

Soalan AP,apakah kata kata De Facto itu adalah "MANIFESTO" sebab kerana kalau ITU SALAH SATU DARI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT...maka AP yakin penyokong PAS dan PKR akan berbalah pula dengan PENYOKONG DAP,sebab sudah tentunya penyokong DAP berkata :
"MANIFESTO BUKAN JANJI maa...dia tara manifesto sama DAP..sama u orang saja"
Maka DAP lah berhak meletakkan wakil mereka sebagai Menteri Besar kerana DAP tahu penyokong PAS dan PKR akan akur Bila DeFacto Anwar berkata "itu hanya manifesto... Bukan janji saya"..begitulah fikir logik AP,

Biarlah logik atau tidak fikir AP itu.

Seperti biasa,selaku "BAKAL MENTERI BESAR PERAK" tentulah AP mahu tahu latar belakang pemimpin yang "BAKAL" itu.Maka AP juga membuat carian serta carian

Dan Ini yang mahu AP kongsikan bersama rakan SINI
Korang nak tau berapa kos-nyer? Teman diberitau satu unit speaker tu dibeli dengan harga RM600,000.00. Itu tidak termasuk kenderaannya tau. Lepas tu dia hentam beli sampai 10 unit…. Tak ke RM6 juta tu? Makin parah lagi, teman dimaklumkan yang air force tak lagi pakai speaker tu sebab langsung tak berkesan. Membazir duit kerajaan betoi…-

Antara petikan penulisan rakan blogger AP itu.
Nilailah dengan akal yang waras,jiwa yang tenang..
Terdedah sedikit peribadi calon PKR ini....