Wednesday, April 24, 2013

PENDEDAHAN TERGEMPAR!!! PKR TIPU PKR...PAS TERLEPASKAH?

Rancak sebenarnya AP menulis,mengapa kerana kali ini isu yang mahu AP paparkan buat pembaca lebih besar dari kebiasaan.Nahu bahasa harus diabaikan kerana bukan itu isi bicara yang patut diperdebatkan diposting ini.

LAGI MOLEK SEKIRANYA POSTING KALI INI DIBACA OLEH PENYOKONG PENYOKONG PARTI PAS DI NEGERI PERAK.

Sebenarnya dalam AP menyiarkan "LUAHAN RASA DITIPU PEMIMPIN PKR kepada PEMIMPIN PKR" pada posting sebelum ini,perkara itu juga mendedahkan satu lagi RAHSIA GERAKAN LICIK PEMIMPIN D FACTO ANWAR bersama sama dengan CALON KEGEMARANNYA.... PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN @ Briged Jen dipecat @ Hadi Khatab UNTUK DUN BEHRANG.

Membaca kenyataan calon PKR yang tak terpilih untuk disebut sebagai calon di Behrang sangat sangat mengejutkan..

DALAM DIAM PKR PERAK SEDANG MERANCANG LEBIH JAUH UNTUK MEMEGANG TAMPUK KUASA SEBAGAI MENTERI BESAR NEGERI PERAK....


SEBAB KERANA KUASA ITULAH ANTARANYA DIANGKAT DATO HADI KHATAB ITU SEBAGAI PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN,

Jawatan GAGAH CIPTAAAN ANWAR.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan PAS PERAK berputih mata dengan Calon Menteri Besar Mereka NIZAR JAMALUDDIN yang bertanding di DUN CHANGKAT JERING....baru tahap Ir...mereka PKR menawarkan Presiden@Brigadier Janeral...

LICIK...PAS JUGA TAK TERLEPAS DITIPU HIDUP HIDUP..

AP screencapturekan kenyataan PEMBELIT itu di Blog pendokong PAS.

NAMPAK MAINANNYA...NAMPAK..
Dihadapan penyokong PAS...
PKR besar...tipu PKR kecil...Tipu Rakyat...Tipu PAS...

MAKA DENGAN INI WAJIBLAH KITA TUNTUT KEBENARAN SANDIWARA PAKATAN RAKYAT TENTANG APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DIPAKATAN RAKYAT.




DAN INI SEMUA BUKANLAH FITNAH CIPTAAN UMNO...JAUH SEKALILAH ANDAI DITUDUH AP SENGAJA MENGADAKAN CERITA.

Jadi silalah membuat pertimbangan sewajarnya wahai sahabat serta pengundi semua..
Sudah terang jelas kesekalian kalinya. "TIPU ITU MAKANAN PKR"...
Sorry derr..AP raba rambut.rambut tak basah kena kencing...( bahasa santai sahabat AP berkenaan tipu atau tidak )




Perakcybertroopers kata,TOLAK PAKATANRAKYAT!! PENIPURAKYAT!!

PKR TIPU PKR bahagian 2

Lagu Tipah Tertipu tak kedengaran dikaunter itu dah..
Benarlah kedai mamak pilihan AP itu menawarkan capaian wifi yang tinggi buat pelanggan pelanggannya,bagus benar pengusaha kedai makan itu memastikan kepuasan pelanggannya pada tingkat yang amat selesa.

Untuk itu AP memuji usahanya si tuan punya kedai mamak itu,bukan senang mahu menjadikan kedai mamak itu "AKTIF" dikunjungi pelanggan,pelanggan setia seperti AP,secawan dua nescafe gelas besar..tarik,yang penting Kaw.Beza sangat dengan kedai kedai mamak yang lain,pekerja pekerja yang terdiri warga asing.Roti terasa tawar.Kuah dhal cair.Harga makan minumnya?tentunya bukan kepalang mencekik darah..

Bahagian 2 kali ini,terkait juga soal "AKTIF" disamping tajuk besar diatas itu.

Masih lagi berbicara tentang CALON PKR untuk DUN BEHRANG..ya..ya.. Yang diangkat sebagai PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN (MRK) Parti Keadilan Nasional oleh kepala De Facto Parti.Sebelum itu sila silalah jemari anda untuk membuat carian jawatan beliau semasa dalam perkhidmatan.Andai malas serta mahu teruskan pembacaan,AP ringkaskan buat anda.Bekas Pegawai tentera itu tugasnya dahulu dibahagian Logistik.Dipecat dari tugasnya juga berkaitan hal hal logistik..kes kehilangan enjin jet juga terkait,pembelian peralatan dengan harga mencekik darah juga terpalit.

Mana AP tahu?.. Benar,Kenalan AP yang menyeram sejukkan tengkuk AP itu jugalah yang memberi sedikit informasi mengenai calon Parti Dokongannya itu.Marahnya tak nampak boleh reda dengan janji.

Menanyakan mengapa ada kemarahan kepada Partinya sendiri..

"bukan penipu itu yang patut jadi calon Behrang!!"... ( Pemimpin D facto Anwar sendiri yang mengumumkan )

Phewww PKR BESAR...TIPU PKR KECIL...TIPU RAKYAT..

Owhh...calon yang disokongnya tak terpilih..Patutlah tersentap sentap sanubarinya.

Jadi carian AP bermula lagi...maka terjumpalah AP dengan luahan hati pemimpin PKR ini...
Maka terlerailah maksud "AKTIF" tidaknya calon PKR DUN BEHRANG ITU.
(gambar dibawah)



Buat pengundi Behrang, kalau sesama mereka kepimpinan Parti perkara tipu menipu,Janji tinggal janji seperti juadah petang buat mereka...apalah sangat dibandingkan dengan menipu rakyat Behrang....


Pct kata,satu lagi "produk bermutu" PKR...

NANTIKAN PENDEDAHAN TERGEMPAR DARI AP JAM 2.00ptg NANTI.






PKR TIPU PKR bahagian 1

"Tipah tertipu..tertipu teTipah...Tipah tertipu lagi".Sayup pemati lagu Tipah tertipu itu meninggalkan AP,corong radio kecil dikaunter itu AP pandang.
Saat meninggalkan meja biasa tempat melepas lelah,Saat mengangguk sapa kepada mamak pembuat nescafe tarik kegemaran,isyarat mahu pulang dari AP.Melalui bahasa tubuh,nampaknya mamak itu cukup berpuas hati dengan seni tarik nescafenya kepada AP....Nanti sambung...

Tinggalkan dulu senario biasa AP diatas,ada bicara baru buat pembaca.seperti artikel artikel AP yang sudah,pastinya ada kaitan perenggan pertama dengan apa yang mahu AP sampaikan dibawah.

Mahu bicarakan soal TERTIPU.

AP melayar satu demi satu calon PKR di negeri Perak yang bakal bertanding di PRU 13 ,bakal kita lalu pada 05 Mei nanti,menarik lirik mata AP terarah kepada suatu nama yang digah besarkan oleh Pemimpin De Facto PKR Ds Anwar dibanyak tempat ceramahnya, Iaitu Dato Abd Hadi bin Abd Khatab, mahu kenal siapa? Bagi yang kurang jelas,nama itu takkan lengkap sebenarnya andai tidak di isi didepan nama nya sebagai Brigadier Jenderal (B).

GAH yang di labelkan kepada Brigadier Jenderal (B) *selepas ini disebut : BJB atau pembaca labelkan sendiri mengikut faham masing masing.Yang menjadi SEBUTAN oleh De Facto di setiap ceramahnya,kerana De Facto itu telah pun melantik BJB itu sebagai..... PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN (MKR ) Parti Keadilan Rakyat. Nah!! Sekarang tambahkan GA pada GAH dipermulaan perenggan ini.

GAGAH....kah?. Seram sejuk tengkuk AP bilakala mahu menyebut jawatan besar ahli PKR itu.

seram sejuk itu bukanlah disebabkan kegerunan Dato Abdul Hadi Abdl Khatab juga dikenalkan kepada umum oleh De Facto sebagai Brigadier Jeneral Bersara juga sebagai PRESIDEN RUNDINGAN KESELAMATAN....bukan sebabnya..jauh sangatlah..

Semua LABELAN GAGAH DAN SOSSIFIKATED kepada Dato Abdul Hadi itu kerana mahu menutup MALU Dato Abdul Hadi sendiri...

Seram sejuk AP... diberitahu oleh kenalan AP di PKR Tanjung Malim.." mana layak nak panggil Brigadier Janeral Bersara pun Dato Hadi tu! Dia tu kena pecat!" dibacakan dengan nada kuat .."berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bil 1/1975 dibawah seksyen 9,Akta Angkatan Tentera 1972"
Seram sejuk sebab kenalan AP itu...marah benar dia dengan calon pilihan Parti sokongannya..bila mana AP mahu menyebut jawatan penuh panjang itu kepadanya...

"JANGAN NAK TIPU AKU LAH!!!AKU PUN BEKAS ASKAR JUGAK!!".. Nada dari kenalan AP, disambungnya lagi...
"JANGAN NAK TIPULAH KAMI,CABANG PKR TANJUNG MALIM!!"....

Dapat Apa yang AP nak sampaikan?
Dapat buat keputusan nak panggil Dato Hadi tu siapa?
Siapa PULAK dia??

Owhh lupa sebenarnya nak bagitau pembaca.. PRESIDEN RUNDINGAN KESELAMATAN aka BRIGADIER JANERAL BERSARA aka DIPECAT DARI JAWATAN aka DATO HADI

(Errr...PKR BESAR..TIPU PKR KECIL,TIPU RAKYAT...
pheww....)

Ini Ialah calon PKR untuk DUN BEHRANG.
Pct kata...satu lagi "produk bermutu" dari Pakatan Rakyat...


Pssst.....ada lagi sambungan.....





Tuesday, April 23, 2013

PRESTASI ZAMBRY,NIZAR YANG PATUT KITA TAHU.

Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak telahpun melancarkan AKUJANJI PILIHANRAYA untuk Negeri Perak.
Tidaklah mahu mengupas keseluruhan Iltizam Kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak dengan menghuraikan satu demi satu perkara yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak.

Bagi Angkatanpemikir,Melihat PRESTASI KESELURUHAN PASUKAN ZAMBRY.....

Pasti dan yakin,sejak mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Perak pada 06 Februari 2009, bukan omong kosong yang dilemparkan oleh Zambry anak sinelayan itu.

Benar dan betul, Zambry yang dihina HITAM METALLIC itu telah berjaya sebenarnya mengurangkan tegang dan tertekannya rakyat negeri Perak berikutan saban hari disumbat halwa TELINGA RAKYAT dengan rampasan,hak rakyat dizalimi.sidang bawah pokok. Dengan ber Aspirasikan "TIADA TERTINGGAL DAN TIADA TERPINGGIR" MEMAHAMI DENYUT NADI RAKYAT dengan turun bersama sama rakyat baik di bandar maupun di pendalaman negeri.

Tepat dan bijak, Zambry Abdul Kadir itu melancarkan "PERAK AMANJAYA" yang kini sedang berlangsung yang menjadi teras memacu Kelestarian Negeri Perak.Baik dari pengisian Spiritualnya maupun pembangunannya.

DAN YANG WAJID DIKETAHUI OLEH RAKYAT PERAK IALAH :

ZAMBRY ABDUL KADIR yang digelar HARAMJADAH(anak haram),HITAM METALIC oleh KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK ITU,
BELUM PERNAH WAIMA SEKALIPUN DIMANA MANA PENTAS RAKYAT MAUPUN RASMI,
MEMBALAS HINAAN,CERCAAN,MAKIAN mereka mereka PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT terhadap beliau.

"biarlah depa nak kata saya apa...betui saya terasa hati dengan hinaan itu,saya pun manusia.Tapi saya yakin dengan Allah".....Zambry Kadir.

Jawapan itu diberikan kepada AP bila AP tanyakan tindakan apa yang beliau buat tentang hinaan itu. Sebenarnya terlampau banyak mahu diperkatakan tentang Zambry Abdul Kadir yang digelar HARAMJADAH itu oleh NGA KOR MING ( ia,Nga Kor Ming yang mengaku isterinya rakan kongsi niaga untuk syarikat E & E yang terkait dengan skandal tender long suite Majlis Bandaraya)
Banyak...tetapi AP tinggalkan demi mahu menyentuh PERJANJIAN ZAMBRY KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK.

Satu antara JANJI ZAMBRY KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK IALAH MEMASTIKAN 15,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT

Mencipta peluang kerjaya bukanlah satu perkara yang mudah,namun andai kita menoleh kembali PRESTASI ZAMBRY maka kita patut sedar telah lebih 1000 peluang pekerjaan terisi melalui Program BNJOBS yang berlangsung tahun lalu.

15,000 rumah mampu milik,lihat juga PRESTASI ZAMBRY,nah..pastinya YAYASAN BINAUPAYA dijadikan modal contoh untuk dibanggakan..

ANGKATANPEMIKIR YAKIN DAN PASTI BUKAN OMONG OMONG KOSONG YANG DIBERI,BULAN DAN BINTANG JAUH SEKALI DIJANJI TETAPI SEBUAH ASPIRASI YANG MAMPU DIREALISASI.

Tanyakan juga bagaimana PRESTASI KESELURUHAN PAKATAN RAKYAT PERAK yang diketuai oleh NIZAR JAMLUDDIN selaku KETUA PENTADBIRAN mereka yang paling dingati oleh setiap rakyat Perak.

"berjaya memberikan hak milikan tanah pegangan 999 tahun kepada kesemua rakyat kampung baru"

Dan berjaya juga

"mewujudkan portfolio Exco Hal Ehwal Agama Bukan Islam yang dipegang oleh saudara Ngeh yang memastikan tiap tiap agama terbela sama seperti agama Islam.Mendapat peruntukan sama seperti yang dinikmati oleh penganut islam di Perak"

Suatu pencapaian hebat barangkali...








Monday, April 22, 2013

AKHLAK MIDAH KE AKHLAK RADZI YANG NAK BAGI ELOK?

Kali ini nak menulis tentang akhlak.Bukanlah berniat nak memberi nasihat,jauh sekali nak berceramah dengan tajuk "AKHLAK".
Cumanya AP tertarik dengan posting blogger Penyokong / pekerja media / kakitangan media baru Pakatan rakyat yang datangnya dari Parti PAS, (nilailah sendiri sama ada blog tersebut dibayar atau seperti kami di Perakcybertroopers,bloggers jalanan)

Menariknya isi kandung blog tersebut,bila mana menyiarkan sekeping gambar calon Barisan Nasional DUN Sg Rapat yang sedang menjulang tangan dikelilingi penyokongnya.Lalu dengan sesedap tulisannya menegur agar "berakhlak" sedikit kepada calon BN DUN SG RAPAT,DATO HAMIDAH OSMAN.

Diulang,... JULANG TANGAN....PENYOKONG...
Screenshot posting tersebut.

DIULANG SEKALI LAGI..... JULANG TANGAN....DIKELILINGI PENYOKONG BARISAN NASIONAL...RAKYAT...

baiklah...apa kata kita ikutkan saranan blogger penyokong / pekerja media / kakitangan media baru Pakatan Rakyat itu.
berkesempatan berjumpa calon BN DUN SG RAPAT,akan AP sampaikan pesan blogger tersebut.Diizinkan Allah hendaknya..

Cumanya andai dia terbaca posting ini..sama samalah kita ingat mengingati..
"JAGALAH AKHLAK DENGAN BANYAK"...

Owhh...tidaklah AP mahu mengaitkan soal "AKHLAK" lelaki MIRIP SETIAUSAHA AGUNG PARTI ISLAM seMALAYSIA yang heboh diperkatakan di dada akhbar,baik di yang pro Pakatan Rakyat maupun di Barisan Nasional..Yang mengeluarkan not dari sampul putih itu (sampul ye..bukan lain)
Bukan juga Akhlak Lelaki " di koc keretapi malam " yang ditangkap bersekedudukan dengan isteri orang,juga riuh dengan klip video sumpah oleh bekas ketua keselamatan parti addin di laman youtube.
Jauh sekali bercakap soal AKHLAK orang nombor dua di Parti Addin yang ditangkap Khalwat dibilik hotel.

AP cuma nak ingatkan sahaja... Nilaikan AKHLAK manusia dibawah ini.....
(yang mendambakan title Ustaz juga yang mendambakan kerusi Sg Rapat itu sendiri)



Gambar berbicara...dibawah


P/s :-
Bagus budaknya blogger itu..."klip video" : besi. Gambar : akhlak.." Bagus murni hatinya." belajar rajin rajin yer dik.
Akhlak calon PKR tu nanti kita sembang lain yer dik....errr yang dalam gambar dibawah.. Bukan yang De Facto tu, bukan juga yang bertitle Pakar Motivasi tu...