Monday, April 22, 2013

PANAS!!PRU13 "Report palsu atau benar"?!??

Serius beb,ini bukan perkara main,bukan jugak perkara gurau senda.

AP tidaklah mahu berbicara panjang,AP bukan calon untuk kerusi ADUN maupun PARLIMEN.
terkejut sebentar tadi apabila dimaklumkan oleh sahabat Blogger budakbenteng, yang memaklumkan calon PKR membuat laporan Polis keatas calon Barisan Nasional Dun Sungai Rapat.

Selaku rakan sesaf,berita sebegini memeranjatkan..Rakan blogger AP seorang lagi dihubungi bagi mendapat sedikit pencerahan.
"bro tokguru86...mintak tolong bro,betul atau tidak berita report Polis itu" AP sampaikan ke blogger tokguru86,sementelah blogger tokguru86 memang kami tahu rapatnya dia dengan orang kuat PKR GOPENG.
"Sah bro,tapi detail bro kena tengok blog teman"..SINI

Jadi begitulah ceritanya...

Hermm,panjang ceritanya.
 AP  pesan..
"masuk tempat orang bawak otak..bukan bawa pisau"

Gerunnya mereka Pakatan Pembangkang akan kekalahan,
PROVOKASI DEMI PROVOKASI dibuat..

Harus diingat...laporan Polis yang dibuat,bukan duduknya diatas meja.Akan ada siasatan..
Soalan buat calon PKR Gopeng Lee B chai ; "AGAK AGAK KALAU BUAT LAPORAN PALSU,ADA APA APA TINDAKAN TAK?"



Tuesday, April 16, 2013

SURUHANJAYA PILIHANRAYA YANG DIKECAM


Maka selesailah sudah babak penting dalam setiap kali mahu berlakunya pengundian di pilihanraya.Rakyat sudah pun diberitahu secara rasmi oleh badan yang menjalankan sistem pilihanraya iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.Diseluruh pelusuk negara,Sabah dan Serawak,Kedah hingga ke Johor.calon calon telah pun diperkenalkan,diumumkan serta disahkan akan bertanding untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negara.
Dimana mana pusat penamaan calon semalam acara penting itu dilihat meriah,tersusun serta tiada gangguan yang terbit yang boleh menggangu perjalanan acara itu.

Dan yang terlibat semalam adalah...
Ermm rehatkan minda sebentar,kita ke laluan bacaan lain dibawah.

Dalam pemegang sistem yang dikatakan pincang,Berat sebelah,dikawal Barisan Nasional,dipenuhi senarai pengundi hantu,Alat oleh BN menzalimi rakyat dan berbagai tuduhan oleh mereka mereka pemimpin Pakatan Rakyat.
Disambut pula dengan media media luar negara dengan liputan demi liputan di perhimpunan perhimpunan anjuran bersama mereka
Bahkan ada Rally yang menghimpunkan rakyat sepanjang tahun lalu yang tak sudah mengecam SPR dan BARISAN NASIONAL bukan hanya dilakukan sekali bukan dua kali malah tiga kali..di ulang TIGA KALI.
Tidakkah kesemua mereka itu baik PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT mahupun penyokong penyokong Himpunan Itu bersetuju bahawa SPR atau Suruhanjaya Pilihanraya wajar dikecam pada acara semalam?

...HIDUP!!HIDUP!!HIDUP RAKYAT!!..BERSIH!!BERSIH!!BERSIH SPR!!

Terkejutkan dengan tiadanya tempik dan teriak semalam...kan...


pada 20 April semalam, ribuan yang yang turun di himpunan BERSIH 1.2,dan 3 tahun lalu turun juga di tempat penamaan calon yang disediakan SPR TETAPI Tiada seorang pun peneriak dan penempik Himpunan Bersih 1,2,3 yang mengecam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai proses bermulanya Pilihanraya yang mereka kecam dan bantah tahun lalu.
SORAK MEREKA HANYA KEPADA PEMIMPIN MEREKA yang diumum oleh SPR pada akhir penamaan calon ya.betul..pemimpin mereka itu sedang diumumkan oleh SPR yang hina,yang alat,yang pincang.

Pelik...pelik...SPR..tak bersih?,alat?pengundi hantu?

pada 20 April semalam,kepala kepala yang mengetuai Himpunan mengecam SPR dan Barisan Nasional yang menzalimi parti mereka itu...masing masing tersenyum lebar di meja meja pendaftaran calon yang disediakan oleh SPR,ya badan yang mereka kecam,kritik dan berbagai lagi itu.

Pelik...pelik..SPR tak bersih?alat?nafi hak rakyat?

MENAMBAHKAN RASA KELIRU ANDA

Apabila ditanya kepada pemimpin mereka..ya sekali lagi,pemimpin Pakatan Rakyat,Apakah peluang Pakatan Rakyat pada Pilihanraya ke 13 yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia....

"Kami yakin dapat menang banyak kerusi pada pilihanraya kali ini"...
(Tiada lah kena mengena bicara atas ini dengan mana mana babak jenaka maharaja lawak atau lawak minggu ini yang ke udara dan bersiaran di Astro.Tidak juga kenanya dengan mana mana ceritera cerekarama bersiri disiar di siaran percuma samaada di tv1,atau tv3,)


AP cuma nak ingatkan..kalaulah SPR itu menzalimi dan menjadi alat kepada BN..tak merasalah lima Negeri diperintah PAKATAN RAKYAT sepanjang 5 tahun lepas..

Rakyat yang naif jualah bekalan mereka buat bertempik..sucinya hati rakyat..




SENARAI NAMA NAMA CALON BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK









































SAAT GETIR NIK AZIZ DAN HAJI HADI

Kita sama sekali tidak salahkan Haji Hadi dalam perkara ini. Kita juga tahu yang Haji Hadi serta Nik Aziz pening untuk memikirkan masalah ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Haji Hadi dan Nik Aziz menghadapi saat yang getir ini.

Begitulah ujian Allah buat mereka,
Sebahagian kupasan ikhlas dari rakan bloger AP.

Blogger Tokguru86 sebenarnya membicarakan realiti kecelakaan yang bakal berlaku dalam kepimpinan PAS,lebih menarik andai rakan pembaca berlapang dada,bernafas tenang dan membuat latihtubi minda sedikit.
Ajari minda anda di  SINI 

Tidak dinafikan selepas ini akan ada pendokong dan penyokong bangkit melulu dan ber sembrono mempertahankan Pemimpin pemimpin PAS YANG TERBUKA AIBNYA ITU.
(benarkah Ada lagi klip membabitkan pemimpin"zuhud" Parti PAS yang di "JADUALSIARKAN" oleh Parti cauvanis?)
Andai ada lagi TERBUKA AIB pemimpin PAS  selepas ini,fahamlah AP betapa tertinggalnya PAS dalam kestrategian kelompok elit Pakatan Rakyat.
Kesamaan yang berlaku kepada PARTI UMNO sepanjang  tempoh 10 tahun kebelakangan ini.Tertinggal dari segi kestrategian.

Itulah kekeliruan yang AP tegaskan sebelum ini.Kebanyakan pendokong dan penyokong Parti PAS khususnya amat dilihat tertekan dengan realiti "keadaan masa kini" Parti harapan mereka itu.
Agar tidak disia siakan teriakan Takbir!!!, baik di stadium,dijalanan didataran,di tempat tempat ceramah. Mereka kehadapan mempertahankan  dalam soal RENDAH MORAL PEMIMPIN PAS  dengan MENAFIKAN SEGALA YANG BENAR.

keliru yang dialami penyokong dari Parti PAS bukan isu remeh yang patut kita ambil mudah dan buangkan pada akal ruang fikir kita.
Kerana kita juga dilihat terkadang hampir terjebak dengan strategi halus,menyahut apa saja isu yang dilemparkan kepada kita.

Apapun AP mendoakan pemimpin pemimpin PAS bermuhasabah diri,selamat pilihanraya.




Monday, April 15, 2013

PENDAKWAH YANG DITAKUTI

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,dan janganlah kamu berbalah;kalau tidak nescaya kamu akan gagal dan kekuatan kamu akan hilang;dan bersabarlah;sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar"

(Al-Anfaal,46)

Demikian juga andai dihalusi dan dimengertikan ayat diatas,maka harus tiada perbalahan yang berlaku dalam Umat Islam di negara ini.Bagi mereka yang mengaku Taat kepada Perintah Allah,mengangkat Addin sebagai yang tertinggi,mana mungkin terbit kesanggupan dalam diri untuk menkafirkan saudara seKiblatnya.

Soalnya...golongan yang mana satu mengakui taat pada perintahNya,menegakkan agamaNya dan pada masa yang sama membenci,menghina sehingga mengkafirkan andai tidak seParti seperti mereka.UMNO kah?..
Belum mengambil kira "seParti, tetapi tetap juga dihina,caci dan dikeji,andai menegakkan Kebenaran"..UMNO jugakah?

mahu contoh?

Pernah dengar insan yang bernama Ustaz Nasharuddin Isa?..
Pernah dengar juga insan yang bernama Dr Hassan Ali?
Dah tentu yang ini jarang dengar namanya..Ustaz Kazem Elyas?

PENDAKWAH BELAKA TU......
Dan senarai panjang yang tak tertulis disini.UMNO kah juga?

sampaikanlah wahai Saudara Penyokong Pakatan Rakyat,KEPERIBADIAN ISLAM itu BUKAN HANYA TERLETAK PADA SIFAT PAKAIANNYA.
Kejutan demi kejutan dibuat oleh pemimpin pemimpin anda,AP percaya dan yakin dengan akal waras kurniaanNya kepada anda.Boleh membezakan keperibadian Palsu yang dibuat buat atas kehendak kuasa Politik.jangan terkeliru dan terikut ikut dengan semangat SETIA yang melulu.

Mahu tahu mengapa posting ini sedikit serius dari kebiasaan?

Kerana AP percaya,pesan dan ingatan yang berterusan mampu membebaskan pendokong dari Pakatan Rakyat khususnya umat yang seagama dengan AP,

Slogan Kebebasan dan keadilan yang dilaung selama ini tidakkah menjurus kepada tindakan tindakan kebencian,ketegangan,prasangka sesama umat islam,serong dan jijik melihat UMNO yang mana ahlinya majoriti Islam yang sesaudara?

ISLAM BUKAN PARTI PAS... IA MILIK SEKALIAN UMAT MUSLIM
SYURGA BUKAN MILIK ULAMA PAS.... IA KURNIAAN ALLAH UNTUK HAMBANYA.

Teringat nada sahabat AP dulu "pengikut Pas berjuang atas dasar parti,bukan atas dasar individu.(intima' aqidi)".... Relevenkah lagi?