Thursday, April 11, 2013

SUBURNYA DEMOKRASI PAKATAN RAKYAT

Pertama kali mungkin, tajuk entry AP dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat,kalau ada yang bertanya mengapa sedemikian,adakah kerana MANIFESTO Pakatan Rakyat yang banyak diperkatakan didada surat khabar Harakah?

JAUH...Uiihhh JAUH tiada kena mengena langsung,mana mungkin "MANIFESTO BUKANLAH JANJI" itu mahu dikatakan suburnya DEMOKRASI Pakatan Rakyat.

PENGUMUMAN SENARAI CALON CALON PAKATANKAH?

Yang ini tentu tentunya kelaut dasar, DEMOKRASI PAKATAN hapenya, fungsian Presiden Parti apakah yang hanya "Menguncikan Mulut"Membisu ribuan kata.SEORANG PRESIDEN SEBUAH PARTI PALING TERKENAL DENGAN LAUNGAN PERUBAHAN, Penentu hala tuju partinya, menjadi tauladan pengikutnya, TETAPI dikawal oleh orang yang BUKANNYA AHLI PARTINYA.
DEMOKRASI KAH KAH KAH.Maaf, Presiden Parti Keadilan Nasional secara terang harfiahnya adalah PATUNG BERNYAWA.

Jadi,dimana kena mengenanya tajuk entry diatas dengan artikel kali ini?

Dan seperti biasa,tidaklah AP mahu menyesak dan menggasak minda pembaca dengan kenyataan seperti pemimpin de facto Pakatan Rakyat,sekejab mahu bertanding di Perak,dengar dengar mahu kembali ke Permatang Pauh,..tak ada pendirian langsung..

Kenanya Entry diatas,"DEMOKRASI"nya para para Pemimpin Pakatan Rakyat dalam (demokrasi)memilih "Pasangan di bilik hotel".Dari kepala De factonya, JAMBU,PUCUK MUDA,KACAK,LUAR NEGARA,BARANGAN CHINA.bawah sikit dari dia, BINI ORANG BINI KU JUA KERNA KU USTAZ PAKAR,BILIK 121 KAH 112 KAH..Mah..oh Mah.. Dan terkini paling mengejut dan mengujakan...

Dikatakan wajah pelaku itu mirip dengan pemimpin terkenal Parti Addin itu...saksikan dan nilaikan.

Apa yang mengujakan.... Psstt...tangkapan oleh Pihak berkuasa keatas individu yang menyebarkan cd lucah itu mendedah dan mengesahkan mereka dari AMK.. Parti mana agaknya ya?...

Hebat DEMOKRASI PAKATAN RAKYAT...HEBAT..












FENOMENA

Melihat kebanjiran majalah/diari maya yang selesa di panggil blog,yang saban hari bertambah keahliannya,yang majoritinya menulis mengenai suasana politik di negara ini.Hebat dan sesuatu yang tak dijangka.
FENOMENA besar ini bukanlah sesuatu yang dirancang dan direncana teliti, BERSTRATEGIK serta berAGENDA seperti gerakan menjatuhkan Dato Seri Shahrizat selaku General Besar Pergerakan Wanita UMNO Malaysia oleh Kumpulan Strategik PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang diketuai oleh Rafizi Ramli yang juga KETUA EKSEKUTIF Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebelum melepaskan jawatan,yang diketuai oleh Ketua Umum PKR yang semua sedia maklum siapa empunya diri.

Sehingga ketika ini,nama Dato Seri Shahrizat sering menjadi buah "perang" yang dimainkan oleh penyokong penyokong Pakatan Rakyat,Walhal telah dibuktikan dengan jelas tiada penglibatan beliau dalam isu Pinjaman jutaan ringgit itu.

Hebat strategi dan ketelitian dalam bermedia oleh Pembangkang diMalaysia.
Inikah sekatan media yang diperkatakan oleh Pembangkang diMalaysia?
Inikah ketidakadilan kebebasan media seperti mana dilaungkan Pembangkang diMalaysia?
Tidakkah semua itu hasil dari BEBASNYA MEREKA BERMEDIA.

BELUM LAGI membicarakan cubaan mereka menjatuhkan Zulkifli Nordin iaitu BEKAS PEGUAM DSAI melalui klip video ketika beliau menjadi pemimpin PAS.

Tinggalkan segala pertanyaan diatas,redakan ragu mengenai KUMPULAN STRATEGIK PKR yang bersarang diminda kerana bukan itu fokus AP untuk tatapan Entry kali ini.

FENOMENA,

Ya,kita bercakap mengenai FENOMENA,atau bahasa mudahnya PERISTIWA.

Hari ini rata rata kita dapat melihat FENOMENA kebangkitan rakyat menyokong KEPIMPINAN DATO SERI NAJIB TUN RAZAK,

PERISTIWA sokongan ini bukanlah dibuat buat oleh rakyat.
Bukan juga kerana diongkosi keterlibatan mereka.

Kesemua itu terjadi kerana TRANFORMASI KERAJAAN BARISAN NASIONAL berjaya memenuhi aspirasi KEHENDAK RAKYAT.

AP terhenti menulis seketika bila mana meja minum AP ketika ini didatangi calon PAS Sg Rapat bersama jenteranya,duduk dan makan tengahari bersama.

Ada diantara mereka itu orang kampung AP,kami berbual dan sempat jua AP LONTARkan satu soalan ini ketika mereka mahu beredar

"KETETAPAN MAJLIS MANA HARUS DITAATI...MAJLIS SYURA PAS atau MAJLIS KONVENSYEN PR"

Terdiam lalu terus beredar...
Walau AP tahu takkan berganjak hijaunya abang N itu.

Beredarnya mereka,maka beredar juga semangat mahu menulis ini.




AP di PCT cukup jelas mengenai ketetapan..









Friday, March 15, 2013

MATI NYA IKON ANAK ISMETH

Gila dah budak ni,semangat apa yang merasuk sampai sebegitu kenyataaan yang dikeluarkan.
Regim apa yang dilawan?Lihat sendiri gambar

Jangan nanti dikatakan ada campurtangan UMNO.
Jangan pulak " dikonspirasi kan " kematian orang itu.

Yang pasti, seminggu dua ini kurang benar status dan kenyataan kenyataan dari pembangkang yang menyokong tindakan kerajaan menangani Krisis Pengganans.

TIADA SOKONGAN PENUH DARI MEREKA.


NAHH..sudah ada berita dan isu yang boleh dipusing peningkan buat tatapan Rakyat Malaysia
"PI BALA DAH MATI"..

Jangan pulak nak diangkat sebagai wira negara .
Jangan pulak nak disamakan dengan parajurit parajurit yang gugur mempertahankan negara.

Percayalah,pembangkang kini bermodal isu,

Harap tidaklah ada pemimpin pemimpin islam Pakatan Rakyat yang tertunduk tunduk memberi hormat kepada mendiang.
Harap tidaklah menjerit jerit mahu inkues dilakukan demi mencari sebab matinya Ikon Ismeth itu.

AP percaya dan yakin,Malam ini penuh di rumah mendiang,kepimpinan kepimpinan Pakatan Rakyat datang memberi penghormatan....



Malas nk sembang,yang mati itu sembang kasi bimbang...macam sahabat AP kata "cehh...dia punya sembang..sepuluh sebelas..."

AP tanya "apa yang sepuluh sebelas?"

Jawab sahabat AP.....

"Sepuluh dia sembang....SEBELAS tak boleh pakai..."

Bab Anak ismeth nih kita sembang lain...



Thursday, March 7, 2013

TAK MENGAPALAH....LAHAD DATU

Hati ku dihirisnya lagi,kali ini lebih dalam dan pedih...
Sah dalam kepala terkeluar rangkap lagu sentimental.Juga,bukan lagu mendayu yang menjadi bicara artikel ini.bukan.Artikel kali ini kisarnya pada pergolakan nun dihujung peta Malaysia.lahad Datu,Sabah.

Pergolakan dihujung peta negara,dengan samar samar informasi,yang datang dari pelbagai sumber yang entah betul benarnya,yang ditambah rencah dan perisanya.memberikan pelbagai reaksi dan respon dari rakyat negara ini.Soal rakyat negara luar dan reaksi mereka,tidak menjadi perhatian AP ketika ini.

Menjadi perhatian AP,respon yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini.melalui medium media maya,

Perenggan ini penyebab kepada permulaan ayat mula AP diatas,dihiris lebih pedih dan lebih dalam.

Kesemuanya bermula apabila AP melihat komen komen rakyat negara ini diPortal Portal kebanggaan pendukung Pakatan Rakyat,komen mengenai Pergolakan Lahad Datu yang diceroboh oleh "Orang Sulu".Dengan niat mahu menuntut Sabah sebagai Milik Raja Sulu.

Diulang dengan huruf besar" MENUNTUT ".untuk dijadikan milik Sultan Kiram.

Jadi, Apa perlu ditambah berbagai TUDUHAN KEPADA UMNO dan BARISAN NASIONAL,
"askar mati katak"UMNO pergunakan Polis"UMNO JANJI BAGI TANAH"SANDIWARA UMNO"TINDAKAN YANG LAMBAT"
Dan berbagai bagai lagi kata kata yang tak mampu Ditulis.

Mengapa perlu diaibkan soal nyawa yang hilang atas nama mempertahankan negara dari DITUNTUT orang.
Mengapa perlu dipersoalkan cara bagaimana Pertahanan Negara menghadapi TUNTUTAN orang.

Bukankah cukup dengan ;

 "SAYA MENYOKONG PENUH SEGALA TINDAKAN BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN NEGERI DAN RAKYAT SABAH"

Tiada simpatikah pada mereka yang meletakkan nyawa untuk selamatnya negara?
Tidak terkeluarkah sifat pilu saat sianak kecil itu berkata " ayah kena bom"...
Tidak berdebarkah didada saat mengetahui ada anggota keselamatan kita dikepung?

Buat seluruh kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat baik dari PKR,PAS DAN JUGA DAP, ini nasihat rakyat :
Tak perlu menjadi juara atas segala perkara.
Jagalah barang sedikit,perasaan mereka mereka yang kehilangan insan demi keamanan.


TAK MENGAPALAH LAHAD DATU,
Andainya mereka mereka di kepimpinan PEMBANGKANG MALAYSIA khususnya ANWAR itu tidak sanggup mengatakan
" SAYA MENYOKONG PENUH SEGALA TINDAKAN BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN RAKYAT DAN JUGA NEGERI SABAH "

AP yakin dan pasti,
TAKKAN SEKALI KALI Perdana Menteri Malaysia NAJIB TUN RAZAK dan barisannya membiarkan walau seinci tanah Sabah DITUNTUT PENGGANAS.

Tuesday, February 26, 2013

GORES DAN MENANG

GORES DAN MENANG

Bukanlah peraduan gores dan menang yang menjadi bicara AP untuk artikel kali ini,
Bukan juga hadiah TAWARAN PERCUMA gores dan menang seperti proton preve,kerusi urut,oven,duit atau melancong keluar negara yang mnjadi bicaranya juga.Bukan.
INI SEMUA SINDIKET PENIPUAN YANG MENIPU RAKYAT.
MEREKA HANYA TAWARKAN...BUKAN BERJANJI.

Untuk memahami bagaimana pengguna boleh terkena dengan SINDIKET PENIPUAN seperti diatas,adalah baiknya dapat melapangkan anak mata dan minda untuk meneruskan pembacaan dibawah.

"Pakatan Rakyat berjaya mendefinasikan maksud baru untuk Ayat ini : MANIFESTO."
(seperti yang telah kita saksikan Kenyataan MB Selangor berkenaan maksud manifesto )

Menurut apa yang disampaikan mereka,MANIFESTO maksudnya ialah bukan JANJI.
Yang AP kira ;
Yang bermaksud segala kata kata atau perkara perkara yang mereka katakan untuk RAKYAT seperti; air percuma,elaun warga emas,ibu tunggal,hadiah wang kelahiran,siswazah,pendidikan,penghapusan tol dan berbagai lagi yang SEGALANYA PERCUMA apabila MEMERINTAH dan berjaya menumbangkan BARISAN NASIONAL.

DAN SEMUA ITU HANYALAH TAWARAN KEPADA RAKYAT.

Tidak ASING sangat seperti mana TAWARAN hadiah GORES DAN MENANG
Yang kita selalu dengar ;
"pakcik gores je..untung untung boleh dapat oven atau hadiah melancong PERCUMA"..
Bila pakcik mula menggores,tiba tiba melompat lompat gembira si penjual kad gores dan menang
"pakcik menang hadiah utama!pakcik menang!tahniah pakcik!!"
Berkerumun penyangak penyangak gores dan menang yang lain meraikan pakcik tersebut...

Adegan seterusnya telah pun berlegar di minda pembaca,
Kesian,simpati pada pakcik tersebut.

Cuba cari kesamaan PERADUAN GORES DAN MENANG itu dengan kenyataan terbaru oleh Pakatan Rakyat dibawah :

"PEMBANGKANG hari ini mengumumkan 14 tawaran dalam Cabang Kesejahteraan Rakyat yang juga merupakan sebahagian dari Manifesto Rakyat yang bakal digunakan mereka dalam pilihanraya akan datang."

adegan dibawah mirip kepada apa yang telah terjadi kepada pakcik diatas ;

Disebabkan tawaran yang amat menarik ini,maka para para pengguna iaitu pengundi telah memberikan mereka,Pakatan Rakyat KUASA melalui pilihanraya agar MANIFESTO itu dapat DIKECAPI RAKYAT sebagai Hasil untuk dirasai sebagai pengguna atau rakyat.

Juga telah terjadi di NEGERI NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT SEBELUM INI.

Jadi,untuk lebih jelas maksud artikel ini, AP sekali lagi menggunakan DEFINASI PAKATAN RAKYAT melalui MENTERI BESAR SELANGORNYA :

"Menurut Menteri Besar Selangor,MANIFESTO bermaksud "MENAWARKAN" bukan JANJI YANG HARUS DITUNAIKAN."


Jadi,jelas kiranya persamaan GORES DAN MENANG dan CABANG MANIFESTO PAKATAN RAKYAT.

Kami di PerakCyberTroopers tara sembang kasi orang bimbang..
Kami ikut Perdana Menteri kami "JANJI DITUNAIKAN"..