Pages

Wednesday, July 31, 2013

SENGAJA ATAU TER KEBISAAN KURANG AJAR?

Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di Kuantan sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.
Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.
Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.
“Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.
“Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan,” katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.
Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.
“Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah,” katanya.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.
“Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.
“Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Wednesday, July 24, 2013

KUALA BESUT KRITIKAL DENGAN RASUAH PAS?


INI BERITA GEMPAR YANG BARU TEMAN TERBACA DI SLAH SEBUAH BLOG BARU TEMAN TENGOK TADI, RASUAH UNTUK PENGUNDI LUAR YANG BALIK MENGUNDI OLEH CALON, KALAU BENARLAH INI BERLAKU MAKA WAJIBLAH PENGUNDI MENOLAK PARTI RASUAH YANG BERTOPENGKAN ISLAM KONONNYA, DAN KALAU BENARLAH JUGA INI YANG MEREKA BUAT MAKA PELAKU WAJIB DIHADAPKAN KE MAKAMAH, KALAU DIIKUTKAN ADA TERTERA NOM TEL DI SMS TERSEBUT, JIKA BENARLAH IANYA DATANG DARI CALON MAKA TINDAKAN MESTI DIAMBIL, SEPTUTNYA PARTI RASUAH DITOLAK... 
Ikuti pendedahan dari sumber...

LAGI RASUAH RAYA untuk pengundi dibesut, penerima SMS agak terkejut dengan SMS yang diterima untuk pengundi luar, RM 300 untuk sesiapa sahaja yang datang mengundi untuk Parti yang menyuapkan RASUAH sebagai membeli undi, depa ni buat apa saja untuk beli undi, Pak tam terima email nie dari penerima kawan yang dapat SMS ni, kalau betui la lagu ni punya calon hangpa pakat lingkup la dibalas tuhan, pi bagi orang duit untuk undi hangpa, elok la hangpa tunjuk lagu mana PAS memang parti RASUAH

Pak Tam betui-betui terkejut bila selama ni duk tenguk pelaku hangpa dalam blog-blog lain, siapa pun la ni tau lagu mana hangpa duk buat kerja merasuah pengundi kat PRK Kuala Besut, memang hangpa betui-betui )0HARAM JADAH sungguh, lagu ni yang hangpa kata hangpa ni Parti Islam?

Pak Tam memang tak mau buat posting pasai PRK Kuala Besut, bila tinguk banyak betui Rasuah yang hangpa bagi kat internet mulanya pak tam setakat tinguk sahaja, tapi bila dapat info dari kawan pasai SMS rasuah raya yang hangpa nak bagi pengundi Pak tam rasa tak patut kalu pak tam duk diam, jadi pak tam harap sangat SPRM jangan duk tinguk kerja Haram Jadah lagu ni, Rosak negara kalu Calun Rasuah ni buat lagu tu, tak kan hangpa duk tinguk depa duk rasuah Minyak, makan dan macam-macam lagi?

Pada pengundi yang duk ada kat luar yang akan balik mengundi, hangpa sapu duit dia tapi jangan bagi undi kat depa, lepas tu pakat pi report atau bagi kerjasama kat SPRM biaq depa tau langit ni tinggi atau rendah, kat AADK pulak elok 
A hangpa pi terus kat Calun Perasuah ni, biaq dia kena urine TEST dulu, bukan apa kalu rusak lah hari undi dengan rasuah, negara pun akan hancoq, jangan duk pesalah orang lain, hangpa patut bertanggung jawab dengan kerja HARAM JADAH ni!

SUMBER (KLIK

Friday, May 3, 2013

GEMPAR!!!HARAKAH PALSU?!??!

AP sempat membaca apa yang tertera di Harakah yang mereka katakan "Palsu" itu.Membaca dari Print screen gambar yang dimuatkan ke Blog blog utama pembangkang di Perak.

Menarik sekali sebenarnya ISI KANDUNG YANG TERDAPAT DALAM HARAKAH ITU,
SANGAT MENARIK.

sebelum untuk lebih thrilll..atau lebih nescafe pekat secawan.... Pinjam minda untuk peristiwa dibawah.

Mengingatkan AP tentang peristiwa wajah iras SETIAUSAHA AGUNG PARTI PAS yang dikaitkan dengan SKANDAL KELUCAHAN MELAMPAU yang sehingga kini DIBISUKAN.

WALAUPUN DIKATAKAN MUSTAPA ALI IAITU SETIAUSAHA AGUNG PARTI PAS ITU,BAKAL MENGADAKAN SIDANG MEDIA UNTUK MENGURAIKAN PERSOALAN BESAR ITU.

DAN TARIKH YANG DIKATAKAN MAHU MENGADAKAN SIDANG AKHBAR ITU,JATUH PADA 03/05/2013 IAITU HARI INI.TIBA TIBA TERKELUAR ISU YANG LEBIH BESAR...."HARAKAH PALSU"..

Phewww...dahsyat wayang tinggi production hasilan Pemikir parti addin itu.dasyat...

INGATKAH SAUDARA SAUDARA SIAPA YANG TERTANGKAP MENGEDARKAN VCD IRAS MUSTAFA ITU?..

SIAPA YANG MULA DIPERSALAHKAN OLEH PARTI ADDIN ITU BERKENAAN HAL VCD ITU?...

Hermmm..jelas saudara saudara?

Cuba saudara saudara bayangkan siapa dikalangan ahli UMNO tahu benar mengenai latar belakang pemimpin PAS pujaan mereka... Jawapannya... TIADA SIAPA PUN TAHU PRESIDEN HADI AWANG ITU BERISTERI TIGA...TIADA TUAN TUAN,ADIK KAKAK...(baca print screen)

BETUL KE PALSU?..

Betul atau tidaknya,Kepimpinan PAS Mewajibkan kepada penyokong Parti PAS supaya UNDI DIBERIKAN KEPADA RAKAN MEREKA DAP?SURUH BAGI UNDI ATAU TAK?(baca print screen)

BETUL KE PALSU?

Diedarkan pula hanya dikawasan BUKIT GANTANG??.. (kelmarin dilihat skuad penjenamaan parti berusaha kuat dengan tajuk NIZAR MENTERI BESAR).. Banyak betul KEMUSYKILAN dek TANGAN TANGAN BUATAN STRATEGIK PARTI ADDIN ITU..SUDAH SERATUS PERATUS MENYERUPAI PERGERAKAN STRATEGI PARTI BERTUANKAN DEFACTO ANWAR... banyak auta wayangnya.

BETUL KE PALSU?

Menarik lagi....Bukan satu blog penyokong Addin itu yang menyambut SENSASI HARAKAH PALSU ITU.... SEMUA BLOG BLOG UTAMA..hahhh...ini wayang der...wayang...

AGAK AGAK LAH NAK DITUTUP BANGKAI GAJAH DENGAN SURATKHABAR DER....

"HARAKAH EDISI 100% BENAR" PULAK TU...Sila nafi kan isi berita HARAKAH itu wahai pemimpin pemimpin Addin...ker,ada komplot dalaman Parti Addin itu sedar bahawa rakyat sedang menolak mereka perlahan lahan...lalu dicipta satu plot drama yang amat menarik bagi meraih simpati?...ciss, bersimpang siur buah fikiran AP cuba mencantumkan misi sebenar Parti Addin ini....

Apapun,

INI SAH 100% satu lagi produk berkualiti dari Jenama Pakatan Rakyat......

UMNO JUGALAH PENERIMA HAMUN DAN MAKIAN....





PENJAWAT AWAM SILA BACA!!

Bila mana AP membuka email sebentar tadi,terpandang satu email yang dikirimkan kepada AP oleh kenalan AP yang bertugas sebagai Jururawat di Hospital Bainun Ipoh,ada nota kaki buat AP

"DAH LAMA TAHU...NASIB LA TERIKAT DENGAN AMANAH KERJA,KALAU TAK....DAH LAMA DIHENYUK HENYUK SILAMBAI YANG KEMALANGAN DEPAN BANGUNAN UMNO DULU TU"...

Yang itu nota buat AP,sengaja AP kongsikan buat pembaca.
Begitulah nasib badan dek untung PENJAWAT PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA INI.

KALAU TIDAK DITIMPA APA BENCANA...MAKILAH SEPUAS HATI,GERTAKLAH SEMAHUNYA
HINALAH SENAFSU DIRI...Mereka mereka penjawat awam itu tetap cekal dengan tugas hakikinya.

MAHU TAHU REALITI?

PENJAWAT AWAM YANG DIHINA "KERA" "PEMALAS"MAHU DIKURANGKAN BILANGAN"
"PENCARI BUDAK HILANG"POLIS HUTAN""LEMBAB"

Ya tuan tuan adik kakak, penghina PENJAWAT AWAM SEPERTI DIATAS ITU BUKAN SEBARANGAN MANUSIA...

NURUL IZZAH dengan slogan "cari budak hilang"
LATHEFA KOYA dengan slogan "u tau siapa saya"
JEFF DAP dengan slogan " kulangkan olang"

Memasuki senarai terbaru PENGHINA PENJAWAT AWAM...CALON PAKATAN RAKYAT JOHOR BAHRU,GENERAL HASHIM MENYAMAKAN PENJAWAT AWAM DENGAN KERA.
Aktiviskepayangjr mendedahkan....

Yang kamu hina LEMBAB KERA PENCARI BUDAK itu...merekalah yang mampu MENAWARKAN NYAWA DIRI UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA.(SALUTE VAT 69!) Berbanding dengan Kamu sialan pembawa mulut hina!

TELAH PUN NYAWA MEREKA KORBANKAN MANUSIA YANG KAMU HINA KERA LEMBAB PENCARI BUDAK ITU DEMI MEMASTIKAN KAMU TANPA SEGAN MALU BERDIRI DIATAS PENTAS CERAMAH TANPA PERLU KAMU RISAUKAN AMAN TIDAKNYA SEMASA BERDIRINYA KAMU ITU..

AP CUMA BOLEH CAKAP.... Fak la! Kawan nurse AP tu bakal merangkap suri hidup AP, hina Penjawat awam..seumpama hina AP!..


Satu lagi Produk bermutu keluaran Pakatan Rakyat....




DEPAN KAABAH!!!

Ya Allah,meremang bulu roma AP bila mana melihat berita di tv sebentar tadi.Terkejut,kaku,gamam.

Saiful Bukhari bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim.

Teringatkan
Bila mana kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat mempertikaikan sumpah mubalah Saiful,Mengatakan itu sumpah yang dibuat kerana dibayar oleh UMNO.

Kali ini bukan perkara yang boleh dibuat main dan suka.DEPAN KAABAH.
Punca kliblat buat Umat dunia Islam,
Umat Islam di America pun menghadap Kaabah,Jepun mengadap Kaabah,Russia mengadap Kaabah.Bukan sekadar umat di Malaysia.Diulang...

BUKAN SEKADAR PENGHADAP KIBLAT DI MALAYSIA OLEH UMAT ISLAM DUDUKANNYA.

SAIFUL BERSUMPAH DIDEPAN KAABAH.
DISINI

Maka bodoh apanya lagi penyokong Pakatan Rakyat?
AP Printscreenkan kuatnya kehendak mereka menolak kebenaran..


Tak terasakah sekelumit dihati,jalan yang sedang kamu tempuh itu.Perjuangan yang sedang kamu pekikkan itu.Semangat yang sedang membakar itu....semuanya di LIKU YANG SALAH.

Ingatlah sahabat,pesan ini jua menjadi panduan buat AP.

"sedang kamu yakin jalan dipilih kamu benar,wadah politik kamu benar,terkemudian datang petunjuk petunjuk nyata tentang jauhnya jalan "benar" itu dari KEBENARAN SEBENAR.Yakinlah Allah itu Maha Pengampun."

Mari menyokong Barisan Nasional.





CALON PKR BEHRANG...PERANG KUASA AZMIN ALI

Tidaklah AP mahu membicarakan lagi soal Calon PKR DUN Behrang ini yang saban hari mencuit hati suci AP,Ia sahabat pembaca...AP sentiasa fikir yang baik baik buat Dato Hadi Khatab.Pada hemat yang bersarang diminda AP ini,tentunya apabila mengetahui bahawa dirinya salah seorang yang menjadi kepercayaan pemimpin De Facto Anwar,pulak pada masa yang sama mahu diangkat menjadi Menteri Besar seandai Pakatan Rakyat berjaya merampas kembali Negeri Perak.

Wahh...Beruntung benar penyokong penyokong PKR Tanjung Malim...Ketua Cabangkah Dato Hadi Khatab ini?..bukan....

Owhh...diselidiki rupanya Dato Hadi Khatab ini bukan sahaja berjawatan sebagai Presiden Malis Rundingan yang setaraf dengan Majlis Keselamatan Negara kata De Facto Anwar,Malah Ada jawatan berASPIRASIKAN ORANG MUDA...(wajah pun terpancar sinar warga emas tu) PENAUNG ANGKATAN MUDA (AMK ) TANJUNG MALIM... banyak betul jawatannya..

tinggalkan soal pegawai yang dipecat itu dulu,ada perkara besar yang mahu dikongsikan bersama.
Bukti bahawa Presiden PKR hanya PATUNG MISTERI YANG BERNYAWA.Nilaikan sendiri 

apabila menilai semua yang berlaku di PKR TANJUNG MALIM...AP merumuskan
Berstrategi betul siapa yang memimpin PKR...dimana mana baik peringkat PUSAT,NEGERI,Cabang...kesemuanya bernafsukan kuasa.

SEDIKIT KRONOLOGI
-PKR Tanjung Malim sebenarnya telah lumpuh berikutan pergelutan kuasa diantara ketua Cabang bertembung Ketua AMK apabila ADUN BEHRANG ketika itu bertindak keluar parti.
-PKR Cabang Tanjung Malim digantung oleh Mustafa Kamil Ayub (pimpinan MPN Perak)
-2010 berlaku pemilihan,Mejar (B) Kamal Badri terpilih
-Mejar (B) Kamal Badri menyokong Mustafa Kamil ayub menentang Azmin Ali.
-Mustafa kamil Ayub kalah..
-Muhammad Nur Manuty Pengerusi MPN Perak adalah pendokong kuat Azmin Ali..


DISINILAH BERMULANYA PENGUASAAN DAN PERCATURAN AZMIN ALI..

 PENGKHIANATAN PENGERUSI MPN NEGERI MUHAMAAD NUR MANUTY KEPADA CALON SEBENAR PKR DUN BEHRANG

MELAWAN AZMIN BERERTI MEMUTUSKAN HAYAT POLITIK SENDIRI..INGAT INGATLAH WAHAI PEMIMPIN PEMIMPIN KECIL PKR


SILA BACA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!

BOCOR LAGI.

Kajian oleh Majlis Profesor pada minggu kedua tempoh berkempen menunjukkan BN masih mendapat sokongan kuat pengundi di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sebanyak 72% responden di zon selatan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 28% sokongan. Sebanyak 72% responden menyatakan mereka akan mengundi BN dalam PRU-13, 28% akan mengundi PR dan 2% akan mengundi calon bebas.

BN juga dilihat mempunyai kelebihan di negeri-negeri zon tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak. Sebanyak 53% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 47% sokongan. Dari segi parti pilihan, BN memperolehi 48% sokongan, PR 47% dan bebas 5%.

Majoriti responden di negeri-negeri zon utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga memilih Najib sebagai Perdana Menteri. Sebanyak 55% responden di zon ini menyokong Najib manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. BN mendahului PR sebagai parti pilihan di zon utara dengan 53% sokongan manakala PR 43%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan mengundi calon bebas.

BN juga dilihat memiliki kelebihan di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebanyak 55% responden di zon pantai timur menyatakan sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. Dari segi parti pilihan, 51% responden di pantai timur memilih BN, 38% PR dan 11% bebas.

Dapatan kajian di Sabah dan Sarawak juga memihak kepada BN. Sebanyak 65% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 35% sokongan. Dari segi parti pilihan, sebanyak 62% responden memilih BN, 37% PR dan 1% bebas.

Berdasarkan dapatan kajian ini, BN dijangka kekal memerintah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Dengan tahap sokongan yang agak tinggi di zon tengah, utara dan timur, BN dijangka mempunyai peluang yang cerah untuk menang



Wednesday, May 1, 2013

INI CONTOH CUCI JARI!!!

Tadi AP berkesempatan bertemu dengan 2 orang anggota yang telah melaksanakan kewajipan mereka sebagai pengundi,
AP tanyakan kebenaran mengenai dakwat kekal yang dicalit ke jari mereka.

"sudah 3 kali solat.. Nih ada lagi kesan nya"... Kata seorang anggota sambil menunjukkan jari kepada AP..

"Ini abang cuci pakai clorox... Pun ada kesan lagi".. Seorang lagi abang keselamatan menunjukkan jarinya kepada AP..

Itu semua saja nak dibuat propaganda bagi rakyat ragu ragu..
Ini kenyataan kedua anggota keselamatan itu bila AP lontarkan Mengenai dakwaan Nurul dan Tian Cua mengenai keraguan dakwat kekal itu..

"Memang boleh hilang.. Tapi bukan kejab kejab tu hilangnya"...celah Abang anggota keselamatan itu lagi..

"Dosa besar pun Allah boleh hilangkan"... Meneruskan hujahnya
SALUTE kepada mereka.



Sunday, April 28, 2013

MAKCIK KAKAK TERBAIK!!

Nih gambar khas.. AP kagum dengan semangat mereka... Apalah sangat pengorbanan AP berbanding mereka

TERBAIK!!



YB MIDAH LA LAGI

AP jumpa Dato Hamidah Osman,semasa singgah di Masjid Ibnu Salam,Pengkalan Pegoh.Ramai,ramai wanita,orang muda di bilik gerakan itu.AP ingatkan ada acara apa di bilik gerakan berhampiran masjid itu.

Dikesempatan itu sempat AP bertanya secara berdepan mengenai kejadian di Batu Gajah kelmarin..

"takkan la kak Midah larat nak belasah orang...kak Midah ni perempuan"... Katanya mengulas tentang tohmahan penyokong calon PKR yang mengatakan Dato Hamidah samseng...

"sampai nak buka bilik gerakan bersebelahan tu mengapa"... Ujarnya lagi..

"kaedah provokasi itu bukanlah sesuatu yang sihat untuk ditunjukkan kepada rakyat di Dun Sg Rapat"...kata Kak Midah lagi..

AP kata..; PKR yang berbangga dengan strategi sebegini sebab itu ada jawatan Pengarah Strategi Politik Parti....


GEMPAR ANALISA BEBAS MENGENAI KEPUTUSAN PRU

Hasil Analisa Badan Bebas Politik Malaysia. Mengambil kira keputusan PRU10,11 dan 12 serta Populariti Najib Razak dan dasar Transformasi yang dilakukan oleh BN, Perak akan kekal menjadi milik Barisan Nasional dengan aggaran 36 kerusi akan dimenangi BN dengan majoriti yang lebih selesa.
Antara DUN yang dimaksudkan ialah:
1. Pengkalan Hulu
2. Temenggor
3. Kenering
4. Kota Tampan
5. Kubu Gajah
6. Batu Kurau
7. Titi Serong
8. Kuala Kurau
9. Alor Pongsu
10. Selinsing
12. Trong
13. Manong
14. Lintang
15. Ulu Kinta
16. Manjoi
17. Ayer Kuning
18. Slim
19. Pangkor
20. Changkat Jong
21. Rungkup
22. Sg Rapat
23. Teja
24. Aulong
25. Pengkalan Baru
27. Bota
28. Belanja
29. Sg manik
30. Kg Gajah.
31. Buntong
32. Behrang
33. Kemunting
34. Canning
35. Malim Nawar.
36. Chenderiang.
75% pengundi di kawasan ini memihak kepada BN.

HIDUP RAKYAT!!!

Friday, April 26, 2013

PANAS!!! NIZAR GOYANG

Memang tajuk sensasi sebenarnya,bukanlah sesensasi Blog RajaGoyang yang disebut sebut sebelum ini yang memaparkan adegan adegan Romantik mirip DeFacto Anwar.

Sebenarnya tajuk diatas AP kaitkan dengan apa yang terjadi kepada PAKATAN RAKYAT di Negeri Perak secara khususnya,mungkin ada diantara pembaca blog AP yang mendukung dan penyokong Pakatan Rakyat menyatakan bahawa ini salah satu propaganda dari AP selaku blogger yang menyokong Barisan Nasional.

Maaf saudara saudara..(dibaca sedare sedare e panjangkan sedikit...KC rakan blogger AP selalu sebut sebegitu)

Pemerhatian AP kepada pergolakan antara PAS Perak dan PKR Perak nampak tidak mampu dibendung dan dinafikan lagi.Kegilaan mereka(disebut pemimpin pemimpin utama mereka)
kepada KERUSI UTAMA KUASA POLITIK PERAK iaitu KERUSI MENTERI BESAR semakin menjadi jadi,

Tergugatnya Nizar Jamaluddin dengan LANGKAH BESAR ANWAR bilamana TERBOCOR GERAKAN SULIT mahukan jawatan MENTERI BESAR PERAK DIKUASAI OLEH CALON DARI PKR PERAK.

BAGI MEREKA YANG MENGATAKAN INI PROPAGANDA BARISAN NASIONAL.....MAKA ANDA HARUS MENILAI KEMBALI KENYATAAN KENYATAAN DARI PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ANDA SENDIRI



Kenyataan ini diluahkan oleh KETUA CABANG PKR TANJUNG MALIM

GILANYA MEREKA DENGAN KUASA..KETUA CABANG YANG TAK TERPILIH MENJADI CALON PKR BEHRANG ITU JUGA MASUK BERTANDING MENJADI CALON MENENTANG CALON PILIHAN DEFACTO ANWAR.(gila jawatan MB barangkali)

Tanyakan diri anda wahai rakyat Perak yang bijak...tidakkah tindakan tindakan PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DI PERAK INI menjurus kepada tindakan GILAKAN KUASA?

MEREKA BERMAIN BAHASA "ZALIM,REJIM,PENINDAS,MENOLAK ISLAM,INIKALILAH" untuk disumbatkan kepada rakyat DEMI MEMASTIKAN RAKYAT DIGELAPKAN MATA DENGAN RAKUS KUASA ITU....


KEJUTAN BILA MANA DIDEDAHKAN BAHAWA BETAPA NIZAR JAMALUDDIN ITU BUKANLAH PILIHAN UNTUK DIJADIKAN MENTERI BESAR PERAK......
Maka bermula semalam,JENTERA MEDIA PAS PERAK tanpa henti membuat publisiti BAHAWA KERUSI MENTERI BESAR PERAK WAJIB KEKAL DI PEGANG PAS DENGAN POSTER POSTER,BANNER BANNER DI KESELURUHAN MEDIA PAS PERAK.

Goyang yer..






BUAT RAKYAT PENGUNDI DI BEHRANG MAHUPUN DI CHANGKAT JERING
Wajib tolak kedua dua calon PAKATAN ini kerana TERNYATA JELAS,MEREKA INI BUKANLAH MAHU MEMPERJUANGKAN NASIB ANDA...

HANYA MAHUKAN KERUSI KUASA dengan MEMERAH SEMANGAT ANDA...

JOM SORAK...HANCUR!!!HANCUR!!...HANCUR PAKATAN!!! PENIPU!!PENIPU!!!PENIPU RAKYAT!!!...

NEGARA BERKEBAJIKAN LA SANGAT..,

Gambar ini menunjukkan Padri Kristian dari Gereja Anglikan di Britain, William Temple, orang
 pertama yang mencipta istilah "Welfare State" yang Melayunya bermaksud "Negara Berkebajikan" atau "Negara Kebajikan"..

Konsep "Negara Berkebajikan" (Welfare State) amat jauh beza dari konsep "Negara Islam" (Islamic State) kerana kedua sistem kenegaraan ini memberikan penekanan berbeza kepada konsep masing2..




Pencipta istilah..




"kita laksana konsep Negara Berkebajikan"....


DATO MOHD KUSAIRI HJ ABD TALIB

N58.Slim River,Sengaja AP paparkan nama Dato Kusairi itu sebagai tajuk artikel AP kali ini.Dan tentulah ada sebab mengapa AP mahu bicarakan tentang nama itu diposting ini.

Ada masaalahkah nama itu?

Tidak,tidak..Sebenarnya nama itu salah seorang yang AP kagum keperibadiannya.Dan mahu saja AP kongsikan pengalaman AP bersamanya buat pembaca serta penduduk penduduk Slim River,pertamanya agar mereka kenal (yang sememangnya kenal dengan beliau) bagaimana sifat Dato Kusairi itu diluar Slim River.

Secara peribadi,DATO KUSAIRI,DATO SHAMSUDDIN,dan DATO ZAINOL trio ini merupakan PEMIMPIN PILIHAN buat AP,

Mengapa?

Sebab ketiga tiga mereka ini telah AP "USIK" tanpa mereka sedar yang AP ini seorang penulis Blog,kata orang..."GURAU KASAR".

Yang pertama,Reaksi mereka.
Dato Shamsuddin dan Dato Zainol kita bicara lain..

LOKASI GURAU KASAR AP PADA DATO KUSAIRI
KEDAI MAMAK SALIM depan sekolah Tarsician,Ipoh

(peristiwa Nizar dan Zambry suatu ketika dulu.AP sengaja kecohkan meja sebab tahu sebelah meja AP dia tengah minum teh bersama seorang pemuda..pemuda UMNO barangkali)

"UMNO main kotor!! Merampas hak rakyat!! Zalim pada Nizar!! "Dan banyak lagilah kata kata yang boleh menyebabkan hilang sabar bagi orang UMNO kalau mendengarnya..
Memang nak bagi dia dengar dan memang nak bagi pemuda baju Putih UMNO itu panas..

Memang dia respon.. Pemuda UMNO berbadan gempal itu muka sudah kemerahan..tapi Dato Kusairi senyum,

Dia bagi salam,Lalu dia kata dia bukanlah nak menambah marah marah AP pasal Zambry dan Nizar..cumanya dia nak jelaskan supaya tak berlaku silap faham...

AP balas "memanglah..Dato Orang UMNO mestilah Dato pertahankan Zambry.."

"Bukan.,.bukan,Saya sebenarnya menjelaskan supaya adik terus mempertahankan tindakan Nizar Jamaluddin..."

Terkejutkan?..samalah reaksi AP.. Dia sambung...

"adik tahukan Nizar memfailkan kes sahih tidaknya MB Perak ke mahkamah.."

"tahu"...AP balas.

"Nizar mahu mahkamah tentukan sah atau tidaknya Zambry sebagai Menteri Besar.Dan Mahkamah telah juga membuat keputusan"... katanya.

"Jadi,saya,adik,kawan adik sepatutnya setuju atau tidak.. tindakan Nizar mencari kebenaran melalui mahkamah?"

"Setuju sangat!" (yang ini rakan meja AP yang sahut)

"Jadi, keputusan yang dicari oleh Nizar Jamaluddin melalui mahkamah telah menyatakan Zambry Abdul Kadir sah sebagai Menteri Besar Perak....tidakkah ini yang dituntut benar atau tidaknya oleh Nizar?..."
"Ermm"... AP angguk.

"tidakkah adik,saya,kawan adik dan sepatutnya seluruh rakyat Perak menyokong tindakan Nizar memcari kebenaran dan ketika kebenaran telah diberikan kepada kita...kita patut pertahankan kebenaran itu"...(panjang lagi penerangannya..)

Itulah sebahagian tindakan Dato Kusairi bila berhadapan dengan rakyat,bagi penjelasan,tak melatah dan tenang,menjawab provokasi.Tidak juga menyalah Pembangkang.

Tabik spring kat kanda!kalau terbaca posting ini..nanti nanti boleh belanja nescafe lagi.

Ramai kawan AP mahukan Dato Kusairi ini menjadi pemimpin penting di Perak...Memahami Aspirasi orang muda.mungkin Dato ingat satu lagi peristiwa dimana ada kumpulan yang sangat mahukan Dato menjadi pemimpin dan kumpulan itu bukanlah dari Kawasan Dato..

TAHNIAH ORANG SLIM RIVER...PEMIMPIN ANDA INI SEMEMANG LAYAK MEWAKILI RAKYAT DI SLIM RIVER.



Wednesday, April 24, 2013

MAKAN YANG HALAL JE..YANG HARAM KUIS TEPI..

Saat senja kuning habis waktu tadi,AP bersiap siap untuk ke lokasi wajib selepas Maghrib.Dalam ruang kepala,rasanya mahu berteman pulak malam ini mengadap nescafe tarik buatan mamak kedai favorate yang selalu menanti kedatangan AP itu.

"(selepas salam)....Bro...mane tu..jom nescafe..port biasa..owkeh..saya tunggu bro kedai la trus"
ini bualan AP dengan Senior PCT members Bro Sekupangdua, Yup,yang paling dibenci oleh Nga Kor Ming calon DAP lari dari tempat sendiri pergi ke dun Kepayang.

Menanti  Bro Sekupang dimamak itu,tidaklah menjemukan kerana seperti biasa mudah melayar ke dunia satu lagi.Sebelum ke posting seterusnya..AP terkenang pada seorang Sahabat waktu remaja AP yang cukup gila gila perangainya.

"weih..jom la makan aku lapar ni"... (rakan AP itu)

"mana nak makan kat Menglembu ni"..(AP)

"ala punya la banyak kedai makan kat sini"...(rakan AP)

Tercengang cengang AP, mana alam pulak ada kedai melayu dalam Menglembu ini.( sebuah Pekan Kecil berhampiran Lahat Perak.)

"jom la ikut aku..tak tahan lapar dah ni"..(rakan AP)

"yela yela jom" ( AP)

Menumpang dia menaiki EX5 kami meluncur laju kedestinasi pilihannya.

"HOII!!! INI GILA LA WEII!! .....(AP)

"Takpe...boleh...aku kata boleh...boleh la...(rakan AP)
 
"Aku selalu makan restoran ni...tapi aku takla makan daging b*** tu...aku kuis letak tepi je"....(rakan AP)dengan selamba dia menunjukkan  isyarat tangan menandakan mahu sepinggan dari Auntie tukang masak itu.. 

"Kira aku makan yang halal je...yang haram aku tak makan"....jawab rakan AP itu lagi tanpa rasa bersalah..

Mengapa AP terkenang peristiwa ini....KORANG KLIK SINI DAN NILAIKAN PERISTIWA YANG PERNAH AP LALU ITU...

Sampai dah pun Bro Sekupangdua....
sekadar hiasan...bukan sambal petai..



CALON PKR BEHRANG MB WANNABE...

Maka benarlah kata orang lama..."lagi banyak berkata,maka lebih terdedah peribadi diri"
Begitulah kerenah mamak dikedai yang menjadi " pejabat / tempat menulis /pengumpulan Idea untuk AP,

Lagi lama AP disitu kata tuan punya kedai lagi ramailah pelanggan yang datang,TERTONJOL KARENAHNYA yang mahukan AP kekal menjadikan restorannya tempat AP menulis..
Ya benar sahabat,AP hanya blogger jalanan..

AP sepertimana Calon PKR UNTUK DUN Behrang,Mejar(B) KAMAL BADRI, tetapi diNAFIKAN OLEH DE FACTO ANWAR kerana hanya bersara sebagai MEJAR...bukan BERSARA BRIGADIER JENERAL..tidaklah mengilakan status atau pangkat ; pelaris kedai Tidak juga mahu dijadikan Icon kedai Mamak dan sebagainya.Seperti mana DE FACTO ANWAR MENGANGKAT CALON PKR BEHRANG HADI KHATAB ITU SEBAGAI PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN yang dikatakan sama tarafnya dengan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)

Mengenang kerenah De Facto Anwar yang TERTONJOL SIFAT MUNAFIQNYA dengan JANJI,membuatkan AP tertanya tanya bagaimana dia boleh menjanjikan jawatan MENTERI BESAR NEGERI PERAK kepada Hadi Khatab yang dipecat dari perkhidmatan itu.

Bagaimana pada suatu ketika pula,De Facto Anwar Itu berjanji dengan penyokong PAS bahawa dia akan pastikan NIZAR JAMLUDDIN bakal menjadi MENTERI BESAR PERAK.

Soalan AP,apakah kata kata De Facto itu adalah "MANIFESTO" sebab kerana kalau ITU SALAH SATU DARI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT...maka AP yakin penyokong PAS dan PKR akan berbalah pula dengan PENYOKONG DAP,sebab sudah tentunya penyokong DAP berkata :
"MANIFESTO BUKAN JANJI maa...dia tara manifesto sama DAP..sama u orang saja"
Maka DAP lah berhak meletakkan wakil mereka sebagai Menteri Besar kerana DAP tahu penyokong PAS dan PKR akan akur Bila DeFacto Anwar berkata "itu hanya manifesto... Bukan janji saya"..begitulah fikir logik AP,

Biarlah logik atau tidak fikir AP itu.

Seperti biasa,selaku "BAKAL MENTERI BESAR PERAK" tentulah AP mahu tahu latar belakang pemimpin yang "BAKAL" itu.Maka AP juga membuat carian serta carian

Dan Ini yang mahu AP kongsikan bersama rakan SINI
Korang nak tau berapa kos-nyer? Teman diberitau satu unit speaker tu dibeli dengan harga RM600,000.00. Itu tidak termasuk kenderaannya tau. Lepas tu dia hentam beli sampai 10 unit…. Tak ke RM6 juta tu? Makin parah lagi, teman dimaklumkan yang air force tak lagi pakai speaker tu sebab langsung tak berkesan. Membazir duit kerajaan betoi…-

Antara petikan penulisan rakan blogger AP itu.
Nilailah dengan akal yang waras,jiwa yang tenang..
Terdedah sedikit peribadi calon PKR ini....


PENDEDAHAN TERGEMPAR!!! PKR TIPU PKR...PAS TERLEPASKAH?

Rancak sebenarnya AP menulis,mengapa kerana kali ini isu yang mahu AP paparkan buat pembaca lebih besar dari kebiasaan.Nahu bahasa harus diabaikan kerana bukan itu isi bicara yang patut diperdebatkan diposting ini.

LAGI MOLEK SEKIRANYA POSTING KALI INI DIBACA OLEH PENYOKONG PENYOKONG PARTI PAS DI NEGERI PERAK.

Sebenarnya dalam AP menyiarkan "LUAHAN RASA DITIPU PEMIMPIN PKR kepada PEMIMPIN PKR" pada posting sebelum ini,perkara itu juga mendedahkan satu lagi RAHSIA GERAKAN LICIK PEMIMPIN D FACTO ANWAR bersama sama dengan CALON KEGEMARANNYA.... PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN @ Briged Jen dipecat @ Hadi Khatab UNTUK DUN BEHRANG.

Membaca kenyataan calon PKR yang tak terpilih untuk disebut sebagai calon di Behrang sangat sangat mengejutkan..

DALAM DIAM PKR PERAK SEDANG MERANCANG LEBIH JAUH UNTUK MEMEGANG TAMPUK KUASA SEBAGAI MENTERI BESAR NEGERI PERAK....


SEBAB KERANA KUASA ITULAH ANTARANYA DIANGKAT DATO HADI KHATAB ITU SEBAGAI PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN,

Jawatan GAGAH CIPTAAAN ANWAR.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan PAS PERAK berputih mata dengan Calon Menteri Besar Mereka NIZAR JAMALUDDIN yang bertanding di DUN CHANGKAT JERING....baru tahap Ir...mereka PKR menawarkan Presiden@Brigadier Janeral...

LICIK...PAS JUGA TAK TERLEPAS DITIPU HIDUP HIDUP..

AP screencapturekan kenyataan PEMBELIT itu di Blog pendokong PAS.

NAMPAK MAINANNYA...NAMPAK..
Dihadapan penyokong PAS...
PKR besar...tipu PKR kecil...Tipu Rakyat...Tipu PAS...

MAKA DENGAN INI WAJIBLAH KITA TUNTUT KEBENARAN SANDIWARA PAKATAN RAKYAT TENTANG APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DIPAKATAN RAKYAT.




DAN INI SEMUA BUKANLAH FITNAH CIPTAAN UMNO...JAUH SEKALILAH ANDAI DITUDUH AP SENGAJA MENGADAKAN CERITA.

Jadi silalah membuat pertimbangan sewajarnya wahai sahabat serta pengundi semua..
Sudah terang jelas kesekalian kalinya. "TIPU ITU MAKANAN PKR"...
Sorry derr..AP raba rambut.rambut tak basah kena kencing...( bahasa santai sahabat AP berkenaan tipu atau tidak )




Perakcybertroopers kata,TOLAK PAKATANRAKYAT!! PENIPURAKYAT!!

PKR TIPU PKR bahagian 2

Lagu Tipah Tertipu tak kedengaran dikaunter itu dah..
Benarlah kedai mamak pilihan AP itu menawarkan capaian wifi yang tinggi buat pelanggan pelanggannya,bagus benar pengusaha kedai makan itu memastikan kepuasan pelanggannya pada tingkat yang amat selesa.

Untuk itu AP memuji usahanya si tuan punya kedai mamak itu,bukan senang mahu menjadikan kedai mamak itu "AKTIF" dikunjungi pelanggan,pelanggan setia seperti AP,secawan dua nescafe gelas besar..tarik,yang penting Kaw.Beza sangat dengan kedai kedai mamak yang lain,pekerja pekerja yang terdiri warga asing.Roti terasa tawar.Kuah dhal cair.Harga makan minumnya?tentunya bukan kepalang mencekik darah..

Bahagian 2 kali ini,terkait juga soal "AKTIF" disamping tajuk besar diatas itu.

Masih lagi berbicara tentang CALON PKR untuk DUN BEHRANG..ya..ya.. Yang diangkat sebagai PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN (MRK) Parti Keadilan Nasional oleh kepala De Facto Parti.Sebelum itu sila silalah jemari anda untuk membuat carian jawatan beliau semasa dalam perkhidmatan.Andai malas serta mahu teruskan pembacaan,AP ringkaskan buat anda.Bekas Pegawai tentera itu tugasnya dahulu dibahagian Logistik.Dipecat dari tugasnya juga berkaitan hal hal logistik..kes kehilangan enjin jet juga terkait,pembelian peralatan dengan harga mencekik darah juga terpalit.

Mana AP tahu?.. Benar,Kenalan AP yang menyeram sejukkan tengkuk AP itu jugalah yang memberi sedikit informasi mengenai calon Parti Dokongannya itu.Marahnya tak nampak boleh reda dengan janji.

Menanyakan mengapa ada kemarahan kepada Partinya sendiri..

"bukan penipu itu yang patut jadi calon Behrang!!"... ( Pemimpin D facto Anwar sendiri yang mengumumkan )

Phewww PKR BESAR...TIPU PKR KECIL...TIPU RAKYAT..

Owhh...calon yang disokongnya tak terpilih..Patutlah tersentap sentap sanubarinya.

Jadi carian AP bermula lagi...maka terjumpalah AP dengan luahan hati pemimpin PKR ini...
Maka terlerailah maksud "AKTIF" tidaknya calon PKR DUN BEHRANG ITU.
(gambar dibawah)



Buat pengundi Behrang, kalau sesama mereka kepimpinan Parti perkara tipu menipu,Janji tinggal janji seperti juadah petang buat mereka...apalah sangat dibandingkan dengan menipu rakyat Behrang....


Pct kata,satu lagi "produk bermutu" PKR...

NANTIKAN PENDEDAHAN TERGEMPAR DARI AP JAM 2.00ptg NANTI.






PKR TIPU PKR bahagian 1

"Tipah tertipu..tertipu teTipah...Tipah tertipu lagi".Sayup pemati lagu Tipah tertipu itu meninggalkan AP,corong radio kecil dikaunter itu AP pandang.
Saat meninggalkan meja biasa tempat melepas lelah,Saat mengangguk sapa kepada mamak pembuat nescafe tarik kegemaran,isyarat mahu pulang dari AP.Melalui bahasa tubuh,nampaknya mamak itu cukup berpuas hati dengan seni tarik nescafenya kepada AP....Nanti sambung...

Tinggalkan dulu senario biasa AP diatas,ada bicara baru buat pembaca.seperti artikel artikel AP yang sudah,pastinya ada kaitan perenggan pertama dengan apa yang mahu AP sampaikan dibawah.

Mahu bicarakan soal TERTIPU.

AP melayar satu demi satu calon PKR di negeri Perak yang bakal bertanding di PRU 13 ,bakal kita lalu pada 05 Mei nanti,menarik lirik mata AP terarah kepada suatu nama yang digah besarkan oleh Pemimpin De Facto PKR Ds Anwar dibanyak tempat ceramahnya, Iaitu Dato Abd Hadi bin Abd Khatab, mahu kenal siapa? Bagi yang kurang jelas,nama itu takkan lengkap sebenarnya andai tidak di isi didepan nama nya sebagai Brigadier Jenderal (B).

GAH yang di labelkan kepada Brigadier Jenderal (B) *selepas ini disebut : BJB atau pembaca labelkan sendiri mengikut faham masing masing.Yang menjadi SEBUTAN oleh De Facto di setiap ceramahnya,kerana De Facto itu telah pun melantik BJB itu sebagai..... PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN (MKR ) Parti Keadilan Rakyat. Nah!! Sekarang tambahkan GA pada GAH dipermulaan perenggan ini.

GAGAH....kah?. Seram sejuk tengkuk AP bilakala mahu menyebut jawatan besar ahli PKR itu.

seram sejuk itu bukanlah disebabkan kegerunan Dato Abdul Hadi Abdl Khatab juga dikenalkan kepada umum oleh De Facto sebagai Brigadier Jeneral Bersara juga sebagai PRESIDEN RUNDINGAN KESELAMATAN....bukan sebabnya..jauh sangatlah..

Semua LABELAN GAGAH DAN SOSSIFIKATED kepada Dato Abdul Hadi itu kerana mahu menutup MALU Dato Abdul Hadi sendiri...

Seram sejuk AP... diberitahu oleh kenalan AP di PKR Tanjung Malim.." mana layak nak panggil Brigadier Janeral Bersara pun Dato Hadi tu! Dia tu kena pecat!" dibacakan dengan nada kuat .."berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bil 1/1975 dibawah seksyen 9,Akta Angkatan Tentera 1972"
Seram sejuk sebab kenalan AP itu...marah benar dia dengan calon pilihan Parti sokongannya..bila mana AP mahu menyebut jawatan penuh panjang itu kepadanya...

"JANGAN NAK TIPU AKU LAH!!!AKU PUN BEKAS ASKAR JUGAK!!".. Nada dari kenalan AP, disambungnya lagi...
"JANGAN NAK TIPULAH KAMI,CABANG PKR TANJUNG MALIM!!"....

Dapat Apa yang AP nak sampaikan?
Dapat buat keputusan nak panggil Dato Hadi tu siapa?
Siapa PULAK dia??

Owhh lupa sebenarnya nak bagitau pembaca.. PRESIDEN RUNDINGAN KESELAMATAN aka BRIGADIER JANERAL BERSARA aka DIPECAT DARI JAWATAN aka DATO HADI

(Errr...PKR BESAR..TIPU PKR KECIL,TIPU RAKYAT...
pheww....)

Ini Ialah calon PKR untuk DUN BEHRANG.
Pct kata...satu lagi "produk bermutu" dari Pakatan Rakyat...


Pssst.....ada lagi sambungan.....





Tuesday, April 23, 2013

PRESTASI ZAMBRY,NIZAR YANG PATUT KITA TAHU.

Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak telahpun melancarkan AKUJANJI PILIHANRAYA untuk Negeri Perak.
Tidaklah mahu mengupas keseluruhan Iltizam Kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak dengan menghuraikan satu demi satu perkara yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak.

Bagi Angkatanpemikir,Melihat PRESTASI KESELURUHAN PASUKAN ZAMBRY.....

Pasti dan yakin,sejak mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Perak pada 06 Februari 2009, bukan omong kosong yang dilemparkan oleh Zambry anak sinelayan itu.

Benar dan betul, Zambry yang dihina HITAM METALLIC itu telah berjaya sebenarnya mengurangkan tegang dan tertekannya rakyat negeri Perak berikutan saban hari disumbat halwa TELINGA RAKYAT dengan rampasan,hak rakyat dizalimi.sidang bawah pokok. Dengan ber Aspirasikan "TIADA TERTINGGAL DAN TIADA TERPINGGIR" MEMAHAMI DENYUT NADI RAKYAT dengan turun bersama sama rakyat baik di bandar maupun di pendalaman negeri.

Tepat dan bijak, Zambry Abdul Kadir itu melancarkan "PERAK AMANJAYA" yang kini sedang berlangsung yang menjadi teras memacu Kelestarian Negeri Perak.Baik dari pengisian Spiritualnya maupun pembangunannya.

DAN YANG WAJID DIKETAHUI OLEH RAKYAT PERAK IALAH :

ZAMBRY ABDUL KADIR yang digelar HARAMJADAH(anak haram),HITAM METALIC oleh KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK ITU,
BELUM PERNAH WAIMA SEKALIPUN DIMANA MANA PENTAS RAKYAT MAUPUN RASMI,
MEMBALAS HINAAN,CERCAAN,MAKIAN mereka mereka PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT terhadap beliau.

"biarlah depa nak kata saya apa...betui saya terasa hati dengan hinaan itu,saya pun manusia.Tapi saya yakin dengan Allah".....Zambry Kadir.

Jawapan itu diberikan kepada AP bila AP tanyakan tindakan apa yang beliau buat tentang hinaan itu. Sebenarnya terlampau banyak mahu diperkatakan tentang Zambry Abdul Kadir yang digelar HARAMJADAH itu oleh NGA KOR MING ( ia,Nga Kor Ming yang mengaku isterinya rakan kongsi niaga untuk syarikat E & E yang terkait dengan skandal tender long suite Majlis Bandaraya)
Banyak...tetapi AP tinggalkan demi mahu menyentuh PERJANJIAN ZAMBRY KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK.

Satu antara JANJI ZAMBRY KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK IALAH MEMASTIKAN 15,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT

Mencipta peluang kerjaya bukanlah satu perkara yang mudah,namun andai kita menoleh kembali PRESTASI ZAMBRY maka kita patut sedar telah lebih 1000 peluang pekerjaan terisi melalui Program BNJOBS yang berlangsung tahun lalu.

15,000 rumah mampu milik,lihat juga PRESTASI ZAMBRY,nah..pastinya YAYASAN BINAUPAYA dijadikan modal contoh untuk dibanggakan..

ANGKATANPEMIKIR YAKIN DAN PASTI BUKAN OMONG OMONG KOSONG YANG DIBERI,BULAN DAN BINTANG JAUH SEKALI DIJANJI TETAPI SEBUAH ASPIRASI YANG MAMPU DIREALISASI.

Tanyakan juga bagaimana PRESTASI KESELURUHAN PAKATAN RAKYAT PERAK yang diketuai oleh NIZAR JAMLUDDIN selaku KETUA PENTADBIRAN mereka yang paling dingati oleh setiap rakyat Perak.

"berjaya memberikan hak milikan tanah pegangan 999 tahun kepada kesemua rakyat kampung baru"

Dan berjaya juga

"mewujudkan portfolio Exco Hal Ehwal Agama Bukan Islam yang dipegang oleh saudara Ngeh yang memastikan tiap tiap agama terbela sama seperti agama Islam.Mendapat peruntukan sama seperti yang dinikmati oleh penganut islam di Perak"

Suatu pencapaian hebat barangkali...








Monday, April 22, 2013

AKHLAK MIDAH KE AKHLAK RADZI YANG NAK BAGI ELOK?

Kali ini nak menulis tentang akhlak.Bukanlah berniat nak memberi nasihat,jauh sekali nak berceramah dengan tajuk "AKHLAK".
Cumanya AP tertarik dengan posting blogger Penyokong / pekerja media / kakitangan media baru Pakatan rakyat yang datangnya dari Parti PAS, (nilailah sendiri sama ada blog tersebut dibayar atau seperti kami di Perakcybertroopers,bloggers jalanan)

Menariknya isi kandung blog tersebut,bila mana menyiarkan sekeping gambar calon Barisan Nasional DUN Sg Rapat yang sedang menjulang tangan dikelilingi penyokongnya.Lalu dengan sesedap tulisannya menegur agar "berakhlak" sedikit kepada calon BN DUN SG RAPAT,DATO HAMIDAH OSMAN.

Diulang,... JULANG TANGAN....PENYOKONG...
Screenshot posting tersebut.

DIULANG SEKALI LAGI..... JULANG TANGAN....DIKELILINGI PENYOKONG BARISAN NASIONAL...RAKYAT...

baiklah...apa kata kita ikutkan saranan blogger penyokong / pekerja media / kakitangan media baru Pakatan Rakyat itu.
berkesempatan berjumpa calon BN DUN SG RAPAT,akan AP sampaikan pesan blogger tersebut.Diizinkan Allah hendaknya..

Cumanya andai dia terbaca posting ini..sama samalah kita ingat mengingati..
"JAGALAH AKHLAK DENGAN BANYAK"...

Owhh...tidaklah AP mahu mengaitkan soal "AKHLAK" lelaki MIRIP SETIAUSAHA AGUNG PARTI ISLAM seMALAYSIA yang heboh diperkatakan di dada akhbar,baik di yang pro Pakatan Rakyat maupun di Barisan Nasional..Yang mengeluarkan not dari sampul putih itu (sampul ye..bukan lain)
Bukan juga Akhlak Lelaki " di koc keretapi malam " yang ditangkap bersekedudukan dengan isteri orang,juga riuh dengan klip video sumpah oleh bekas ketua keselamatan parti addin di laman youtube.
Jauh sekali bercakap soal AKHLAK orang nombor dua di Parti Addin yang ditangkap Khalwat dibilik hotel.

AP cuma nak ingatkan sahaja... Nilaikan AKHLAK manusia dibawah ini.....
(yang mendambakan title Ustaz juga yang mendambakan kerusi Sg Rapat itu sendiri)



Gambar berbicara...dibawah


P/s :-
Bagus budaknya blogger itu..."klip video" : besi. Gambar : akhlak.." Bagus murni hatinya." belajar rajin rajin yer dik.
Akhlak calon PKR tu nanti kita sembang lain yer dik....errr yang dalam gambar dibawah.. Bukan yang De Facto tu, bukan juga yang bertitle Pakar Motivasi tu...



PANAS!!PRU13 "Report palsu atau benar"?!??

Serius beb,ini bukan perkara main,bukan jugak perkara gurau senda.

AP tidaklah mahu berbicara panjang,AP bukan calon untuk kerusi ADUN maupun PARLIMEN.
terkejut sebentar tadi apabila dimaklumkan oleh sahabat Blogger budakbenteng, yang memaklumkan calon PKR membuat laporan Polis keatas calon Barisan Nasional Dun Sungai Rapat.

Selaku rakan sesaf,berita sebegini memeranjatkan..Rakan blogger AP seorang lagi dihubungi bagi mendapat sedikit pencerahan.
"bro tokguru86...mintak tolong bro,betul atau tidak berita report Polis itu" AP sampaikan ke blogger tokguru86,sementelah blogger tokguru86 memang kami tahu rapatnya dia dengan orang kuat PKR GOPENG.
"Sah bro,tapi detail bro kena tengok blog teman"..SINI

Jadi begitulah ceritanya...

Hermm,panjang ceritanya.
 AP  pesan..
"masuk tempat orang bawak otak..bukan bawa pisau"

Gerunnya mereka Pakatan Pembangkang akan kekalahan,
PROVOKASI DEMI PROVOKASI dibuat..

Harus diingat...laporan Polis yang dibuat,bukan duduknya diatas meja.Akan ada siasatan..
Soalan buat calon PKR Gopeng Lee B chai ; "AGAK AGAK KALAU BUAT LAPORAN PALSU,ADA APA APA TINDAKAN TAK?"



Tuesday, April 16, 2013

SURUHANJAYA PILIHANRAYA YANG DIKECAM


Maka selesailah sudah babak penting dalam setiap kali mahu berlakunya pengundian di pilihanraya.Rakyat sudah pun diberitahu secara rasmi oleh badan yang menjalankan sistem pilihanraya iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.Diseluruh pelusuk negara,Sabah dan Serawak,Kedah hingga ke Johor.calon calon telah pun diperkenalkan,diumumkan serta disahkan akan bertanding untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negara.
Dimana mana pusat penamaan calon semalam acara penting itu dilihat meriah,tersusun serta tiada gangguan yang terbit yang boleh menggangu perjalanan acara itu.

Dan yang terlibat semalam adalah...
Ermm rehatkan minda sebentar,kita ke laluan bacaan lain dibawah.

Dalam pemegang sistem yang dikatakan pincang,Berat sebelah,dikawal Barisan Nasional,dipenuhi senarai pengundi hantu,Alat oleh BN menzalimi rakyat dan berbagai tuduhan oleh mereka mereka pemimpin Pakatan Rakyat.
Disambut pula dengan media media luar negara dengan liputan demi liputan di perhimpunan perhimpunan anjuran bersama mereka
Bahkan ada Rally yang menghimpunkan rakyat sepanjang tahun lalu yang tak sudah mengecam SPR dan BARISAN NASIONAL bukan hanya dilakukan sekali bukan dua kali malah tiga kali..di ulang TIGA KALI.
Tidakkah kesemua mereka itu baik PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT mahupun penyokong penyokong Himpunan Itu bersetuju bahawa SPR atau Suruhanjaya Pilihanraya wajar dikecam pada acara semalam?

...HIDUP!!HIDUP!!HIDUP RAKYAT!!..BERSIH!!BERSIH!!BERSIH SPR!!

Terkejutkan dengan tiadanya tempik dan teriak semalam...kan...


pada 20 April semalam, ribuan yang yang turun di himpunan BERSIH 1.2,dan 3 tahun lalu turun juga di tempat penamaan calon yang disediakan SPR TETAPI Tiada seorang pun peneriak dan penempik Himpunan Bersih 1,2,3 yang mengecam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai proses bermulanya Pilihanraya yang mereka kecam dan bantah tahun lalu.
SORAK MEREKA HANYA KEPADA PEMIMPIN MEREKA yang diumum oleh SPR pada akhir penamaan calon ya.betul..pemimpin mereka itu sedang diumumkan oleh SPR yang hina,yang alat,yang pincang.

Pelik...pelik...SPR..tak bersih?,alat?pengundi hantu?

pada 20 April semalam,kepala kepala yang mengetuai Himpunan mengecam SPR dan Barisan Nasional yang menzalimi parti mereka itu...masing masing tersenyum lebar di meja meja pendaftaran calon yang disediakan oleh SPR,ya badan yang mereka kecam,kritik dan berbagai lagi itu.

Pelik...pelik..SPR tak bersih?alat?nafi hak rakyat?

MENAMBAHKAN RASA KELIRU ANDA

Apabila ditanya kepada pemimpin mereka..ya sekali lagi,pemimpin Pakatan Rakyat,Apakah peluang Pakatan Rakyat pada Pilihanraya ke 13 yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia....

"Kami yakin dapat menang banyak kerusi pada pilihanraya kali ini"...
(Tiada lah kena mengena bicara atas ini dengan mana mana babak jenaka maharaja lawak atau lawak minggu ini yang ke udara dan bersiaran di Astro.Tidak juga kenanya dengan mana mana ceritera cerekarama bersiri disiar di siaran percuma samaada di tv1,atau tv3,)


AP cuma nak ingatkan..kalaulah SPR itu menzalimi dan menjadi alat kepada BN..tak merasalah lima Negeri diperintah PAKATAN RAKYAT sepanjang 5 tahun lepas..

Rakyat yang naif jualah bekalan mereka buat bertempik..sucinya hati rakyat..