Pages

Wednesday, April 24, 2013

MAKAN YANG HALAL JE..YANG HARAM KUIS TEPI..

Saat senja kuning habis waktu tadi,AP bersiap siap untuk ke lokasi wajib selepas Maghrib.Dalam ruang kepala,rasanya mahu berteman pulak malam ini mengadap nescafe tarik buatan mamak kedai favorate yang selalu menanti kedatangan AP itu.

"(selepas salam)....Bro...mane tu..jom nescafe..port biasa..owkeh..saya tunggu bro kedai la trus"
ini bualan AP dengan Senior PCT members Bro Sekupangdua, Yup,yang paling dibenci oleh Nga Kor Ming calon DAP lari dari tempat sendiri pergi ke dun Kepayang.

Menanti  Bro Sekupang dimamak itu,tidaklah menjemukan kerana seperti biasa mudah melayar ke dunia satu lagi.Sebelum ke posting seterusnya..AP terkenang pada seorang Sahabat waktu remaja AP yang cukup gila gila perangainya.

"weih..jom la makan aku lapar ni"... (rakan AP itu)

"mana nak makan kat Menglembu ni"..(AP)

"ala punya la banyak kedai makan kat sini"...(rakan AP)

Tercengang cengang AP, mana alam pulak ada kedai melayu dalam Menglembu ini.( sebuah Pekan Kecil berhampiran Lahat Perak.)

"jom la ikut aku..tak tahan lapar dah ni"..(rakan AP)

"yela yela jom" ( AP)

Menumpang dia menaiki EX5 kami meluncur laju kedestinasi pilihannya.

"HOII!!! INI GILA LA WEII!! .....(AP)

"Takpe...boleh...aku kata boleh...boleh la...(rakan AP)
 
"Aku selalu makan restoran ni...tapi aku takla makan daging b*** tu...aku kuis letak tepi je"....(rakan AP)dengan selamba dia menunjukkan  isyarat tangan menandakan mahu sepinggan dari Auntie tukang masak itu.. 

"Kira aku makan yang halal je...yang haram aku tak makan"....jawab rakan AP itu lagi tanpa rasa bersalah..

Mengapa AP terkenang peristiwa ini....KORANG KLIK SINI DAN NILAIKAN PERISTIWA YANG PERNAH AP LALU ITU...

Sampai dah pun Bro Sekupangdua....
sekadar hiasan...bukan sambal petai..



No comments:

Post a Comment